Rabu, 28 Disember 2011

Aku masih di sini....hari hari hari hari

aku masih di sini

walau gelap tapi nampak

walau angin tetap nyaman bak bayu lembut

walau hujan tapi kering

walau ribut taufan tetap setia


aku masih di sini

walau cemburu dek masa

walau senak dihimpit tanggungjawab

walau lenguh jejari dek ayat demi ayat

walau penat lidah dek kata demi kata

walau kabur mata dek angka dan duit


aku masih di sini

ada lagi yang masih menunggu

AG , vot, program dan aktiviti

KPI , SKT dan LNPT


......YB dan pak menteri......


bila aku nak bercuti ni ????








Khamis, 8 Disember 2011

duit, DuiT, Duit..di mana-mana ada duit..SyukuR!!

10 hb Disember 2011 bersamaan hari Sabtu ni..mula beredarlah borang –borang untuk mendapatkan BANTUAN RAKYAT 1 Malaysia (BR1M) . Alaa..apalah sangat nak direbutkan RM500 tu..cisss!! itu kata orang , tapi RM1 pun cukup besar bagi yang lain. Dulu dah salam dapat RM100 bagi setiap anak yang sekolah, kali ini dapat RM500 pula. 5.2 juta orang akan mendapat manfaat ini yang akan melibatkan sebanyak RM2.6 bil ..Baik punyer kerajaan Najib!!

Sila baca…mana tau ada yang kena !!! SIAPA YANG LAYAK MEMOHON;
- Warganegara Malaysia ..of cause !
- Jumlah Pendapatan Isi Rumah ≤ RM3,000 sebulan;
- Ketua keluarga isi Rumah ( sama ada bapa/ ibu/anak)
- Anak yang dah berkahwin dan mempunyai tanggungan tapi masih duduk dengan emak bapak dia….
- Bujang tetapi mempunyai tanggungan
- Warga emas sebatang kara
- Penerima bantuan e-kasih automatik layak menerima bantuan ini

MANA NAK DAPATKAN BORANG;…..Percuma !! jangan ada yang kata kena beli pulak !!
- Pergilah ke LHDN , Pejabat Daerah , atau jumpa Ketua Kampung @JKKK , Pengerusi KRT
atau mana-mana Pejabat Kerajaan seperti Pejabat Penerangan…..sila baca surat khabar atau dengarlah radio negeri!!

ISI BORANG CEPAT-CEPAT.
Hantar segera permohonan tersebut SEBELUM 10 JANUARI 2012

16 JANUARI 2012
mulai terima duit …ada budak tu dah janji nak belanja IE pergi McD …breakfast punya pun jadilah !

Kalau nak tanya , dail lah ke nombor ini : TALIAN HOTLINE : 1-800-222-500.

Harap tiada yang mengambil kesempatan atas urusan ini. Maklumlah nanti ada pulak yang menipu dan tertipu.
Kepada yang tidak layak tu, bersabar saja la..mungkin rezeki kita kat lain pula. Membantu mengheboh-hebohkan perkara ini pun mungkin dapat pahala.Insyaallah!!








Rabu, 23 November 2011

Wednesday..Wahai Pemuda, sila baca sahaja










apa lagi yang tinggal ???



ada sesiapa yang nak jawap ...



b/p Khairy??















Selasa, 22 November 2011

Bagaimana nak Berarak dan Berhimpun ??? Tunggu RUU

September dulu PM Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan yang kerajaan akan mengkaji semula Seksyen 27, Akta Polis dan akan digantikan dengan akta baru. Kita tertunggu-tunggu beliau membentangkan akta baru ini, Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011. Tetapi ahli kabinet kena diberitahu dulu. Akta baru ini bertujuan memberi peluang dan ruang kepada rakyat untuk mengadakan perhimpunan secara aman dan meluahkan pandangan mereka. Ini merupakan satu lagi manifestasi kesungguhan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk membawa transformasi politik secara holistik, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin pula . Kira tunai janji la..cakap serupa bikin ma..


Kita tertunggu-tinggu juga apa dan bagaimana rang undang-undang berkenaan ? bagaimana cara dan peraturan kalau kita nak berhimpun, nak berarak, nak berdemo atau nak meluahkan pandangan, komen, komplen atau protes kerajaan ?? Sebelum tu jangan pandai-pandai kita nak buat spekulasi..Public Order Act atau Assembly Act atau apa ke..


Bulan Mac 2012..kita tunggu pengganti ISA pula.
p/s : nak buat kenduri kahwin atas jalan termasuk dalam RUU ni juga ke??














Isnin, 21 November 2011

PerJalanan Ini..

Dalam perjalanan ku mencari-cari
Perjuangan yang masih belum selesai
Mengharap sakinah di tirai kasih
Biar rebah kubangkit
Tali pegangan utuh erat
Derita dunia ujian bahagia
Lemah longlai juangku
Meniti titian selautan tak bertepi
Terkapai lemas ghairah membakar
Dalam tangis ada syukur
Ada kenikmatan aku dan Dia
Melipur jiwa nurkasih
Dialah mihrabku
Dialah kiblatku
kepadaMu aku bersujud
Ampunilah aku!!











Isnin, 7 November 2011

Rintihan Rinduku..di ZulHijjah

Assalamualaikum..
Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam.




"Islam dibina atas lima rukun." Satunya mengerjakan ibadah haji. Didoakan semoga jemaah yang sedang menunaikan fardu haji..sentiasa mendapatkan kerahmatan dan dipermudahkan segala amal ibadat mereka. Semoga mereka mendapat haji yang mabrur. “ “Orang yang mengerjakan haji dan umrah merupakan rombongan Allah, jika mereka mendoakan sesuatu maka Allah akan memperkenankannya, dan jika mereka memohon ampun, akan diampunkan.” "Dosa di antara dua umrah akan terhapus dan Haji Mabrur (yg diterima) akan mendapat balasan Syurga.




Kepada yang telah mengerjakan ibadah tersebut , tentu rasa rindu dan kesayuan terus memuncak kala mendengar talbiah … Labbaik kallah humma labbaik! Labbaik kala syarikalaka labbaik! Innal hamda! Wal niaqmata! Lakawal mulk! Laa syarikalaq!!!!

Syukur Ya Allah!..akhirnya sampai jua aku di sini, tanah suci ini. Bersolat di masjid pertama di muka bumi ini…” Ya Allah, tambahkanlah kemuliaan, keagungan dan kemuliaan ke atas Baitul Ka’abah dan tambahkanlah juga kepada orang-orang yang memuliakan, mengagungkan dan memuliakannya… Ya Allah..bukakanlah pintu rahmatMu”.


Tatkala berdiri, bertafakur terpegun mengadap Baitullah, bertawaf mengelilingi nya.. "Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini, begitu juga kurniakanlah kepada kami kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab Neraka."
Tika dapat Mengucup Hajarulaswad, permata delima dari Syurga., mengingatkan kita betapa Rasulullah menciumnya sebagai syiar ibadah…



Tak terasa kepanatan ketikabBerlari-lari anak di antara Safa dan Marwah .. : "Seseorang tidak akan mampu melintasi lembah ini melainkan dengan kekuatan”. Menitip puncak rindu Nabi Ibrahim kepada Hajar dan Ismail. Oh betapa mulia bakti Ibrahim, besar sungguh sabar dan pengorbanan cinta Siti Hajar bersama setianya seorang Ismail. Ya Allah!, bimbinglah kami untuk beramal sesuai dengan dengan sunnah NabiMu, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam, dan hindarkanlah kami dari fitnah dan ujian yang menyesatkan "



Tatkala berada di kaki Jabar Rahmah, aduhai betapa ikatan suci cinta Adam dan Hawa. Tergiang-giang bait-bait kata amanat, nasihat dan peringatan Rasullullah tentang iman dan akidah, pengorbanan, tentang perpaduan, tentang darah dan keringat ,tentang prinsip akhlak, tentang harta dan riba ,tentang tanggungjawab suami, tentang hak dan tanggungjawab isteri.




Gema syahdu khutbah Imam dari masjid antara tanah halal dan haram menambah keinsafan bagaimana kita nanti kala di padang mahsyar?Berwukuf di Arafah, ku sahut syukur dalam doa, zikir dan istighifar. .... . "Wahai Tuhanku, bagiMu segala puji-pujian sebagaimana yang kupuji dan segala kebaikan yang kukatakan. Wahai Tuhanku, kepadaMu sembahyangku, segala ibadatku, kehidupanku, matiku, kepadaMu tempat kukembali dan bagiMu segala peninggalanku. Wahai Tuhanku, aku memohon pelindung kepadaMu daripada azab kubur, dari penyakit hati yang waswas dan dari urusan yang tidak tersusun. Wahai Tuhanku, aku berlindung denganMu dari keburukan yang datang dengan angin, dari keburukan yang berlaku pada malam dan siang juga dari keburukan bala bencana sehari-harian."

Di kala malam tika mengejar masa untuk ke Mudzalifah, bas terasa bagai tidak bergerak. Ku Kerah tenaga berjalan dan berlari tiba untuk mabit sambil mengutip batu-batu kecil buat bekalan ke Mina nanti. Oooo patut la ramai yang kata pergilah mengerjakan haji tika usia masih muda, tenaga masih kuat, badan masih sihat. "Wahai manusia! bertenanglah kerana kebaikan bukan dengan gopoh-gapah.”


Bagaimana peristiwa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail melontarkan batu-batu ke arah Iblis penghasut dan zalim yang memesongkan manusia daripada keimanan dan kebenaran, benci dengan iblis serta kejahatannya. Aku percaya ketika melontar anak- anak batu ke Jamratul Ula, Jamratul Wusta dan Jamratul 'Aqabah di Mina,adalah satu ibadah untuk mengingatkan kita kepada Allah Taala, dan mengikuti sunnah Rasul sambil menegakkan zikir kepada Allah. "Allahu Akbar","Allahu Akbar","Allahu Akbar",

Adakah aku insan yang beriman ?, Adakah aku anak yang patuh kepada ibu bapanya ? Sebagaimana kata Ismail "Wahai ayahku! Jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya Allah engkau akan mendapati aku dari kalangan orang-orang yang sabar".



"Kami tebus dia dengan satu sembelihan yang agung." Melintasi ladang ternakan untuk umat Allah yang dipilih untuk dikorbankan. Masyaallah !! Maha Agong Mu Ya Tuhan, sebagaimana Engkau menjadikan manusia berpuak-puak, berbagai bangsa, rupa dan warna kulit, begitu juga Engkau menjadikan binatang ternakan ini. Betapa beraneka jenis, warna dan saiz kambing-kambing dan kibas yang Engkau jadikan.



Bercucuran air mataku tumpah kala bertawaf widak’ tanda akan meninggalkan bumi suci ini. Berat kaki untuk meninggalkan ketenangan ini, “ Tidak ada seorang pun yang meninggalkan Baitullah sebelum mengakhiri dengan bertawaf di Baitullah”


Insyaallah….akan tiba jua masanya untuk ku ulangimu lagi!!



Selamat berpuasa ...




Salam dari Hajah Ikan Emas.













Rabu, 2 November 2011

Hari Rabu Nan Hijau

cuci mata

.....buluh dari kedah, beli RM10


....nyaman dipandang


....cuci muka pun boleh


....dari padang besar


.free dari Jab Pertanian -tak sempat nak tanam ...













Selasa, 1 November 2011

PaWang ada..PoLong pun berSePah-SePah di Nogori, MujaraB dan berKesaN

Cerita fasal Jang monang menghoben masih tak padam lagi.
Sok sek sok sek..
ada ke dia kata orang dia kena penyakit misteri..
oii..celaka kau, kepala hotak kau..kepala hotak dia. kepala hotak dia ( 3 kali…)
ingat kiter ada bela polong ke ?
ingat orang negeri ni suka main pawang ke ?
sodap mulut ajo bilo becakap..

Tu la..lain kali jangan sombong..!
Tu la balasan orang yang bongkak..!
Ada ke bila kita nak interview dia ..dia boleh tolak..dia kata tunggu lepas ni, masa dia pegang piala tu baru boleh tanya..berlagak !! Depan Agong pun mulut asyik mengunyah! kurang sopan betul! padan muka dia , perasan! sombong ! hah kau !! terus tak berasa pegang piala tu..!!
pegi la duduk kat sana ..sana negeri kayo!!

Hah…ni laghi satu..orang nombor duo FAM pun samo jo..
Bilo maso lak kito kato setuju nak naikkan rege tiket..
Ini den nak bagi warning!! ..”jangan ada sesapo berani buat tawaran tinggi..jangan ado yang tertawan dengan gaji lumayan ???
( mana ada orang yang tolak gaji tinggi ???...)

Bla blab la bla…tok mat dah betul-betul hot!!!
Den pun hot! hebat sangatke dia tu ??. bomoh mana tu ??
nak juga IE cari..sebab tak lama lagi IE nak menghoben pasukan lawan !

Fail sprm pun dah siap nak diisi
kita tengok siapa yang kenaaaaa...!!!!

Apa yang hebat sangat dengan bola ni ?
Agaknya betul ke kalau ada yang kata bola ni
Boleh buat perang ?
Tapi ada yang kata boleh elakkan perang ?
Kalau dulu sibok nak suruh anak jadi artis macam mawi..
La ni nak suruh anak main bola pulak..glamer juga..
Gaji ribu-ribu…
Ramai peminat, dapat himpit artis..dapat joli clubbing
Macam kerol pahmi tu..sampai putus tunang.

Alahai sukan…bola ke..badminton ke..takraw ke..bowling ke ..squash ke…
Hanya berebut sebiji bola boleh macam gegak gempita dunia ni. Dah khayal macam kena dadah. Leka dan lalai . Dah emosi sampai nak membunuh..siapa yang rugi? Siapa yang bodoh?
Ada orang buat duit dengan sukan ,sanggup melabur besar beli pasukan sedara yahudi ..apa agenda selain nak untung ?? Yang kita asyik sibuk bergaduh fasal bersih fasal himpun fasal PPSMI fasal angan-angan nak jadi calon.

Sukan sebagai alat perpaduan bagi warga negara ini. Sukan menyatupadukan seluruh masyarakat dunia tidak kira agama, bangsa, fahaman, ideologi, warna kulit, politik dan budaya. Tak caya ??...pokok dek engko laaa .

okay...cukup bebelan kali ini..jap laghi IE nak poie main bola kek rombau...
Majulah sukan untuk negara !!











Jumaat, 28 Oktober 2011

ProTes SenYap

Harga ayam dah naik, harga teh tarik, kopi , susu dan capati pun sama. Harga gincu dan lipstik yang kononnya punca ramai yang tuntut fasakh pun naik juga. Harga tiket tengok bola pun naik hampir seganda..alasan yang sama ..kos modal naik!!!! Gaji kaki dan tangan kerajaan naik ??? gaji naik tak seberapa, bonus pun seciput..budak berumur dua tahun pun boleh kira. tapi impaknya …???? memang kaki dan tangan ku dikerjakan !

Protes senyap!! Kalau sudi marilah kita bersama-sama menyertai kempen yang disarankan oleh Cuepacs. Ahli MTUC dan ahli yang kuat warani gagah perkasa pun telah setuju. Belia muda dan belia tua MAYC pun sama. Kalau dikira jumlah keahlian memang berjuta-juta..ramai dan hebat bunyinya.

Bagi yang dah menangis beli tiket RM50 tuu..silalah beratur untuk dapatkan baki RM20..kalau sanggup la.

Protes senyap : kalau membeli belah jangan kecoh bawa kawan-kawan pergi ke Bandung...pasar malam pun tak payah, ketika makan diam, jangan bercakap-cakap. Bercuti hanya di rumah sendiri tak payah nak bawa anak-anak ke Langkawi, PD atau ke sunway..
Tak payah ke stadium untuk terjerit-jerit membodohkan pemain bola NS vs Terengganu .
CUMA pastikan jangan senyap ketika hulur duit kepada orang tua !

MARILAH KITA BERJIMAT CERMAT. Gunakan basikal, pakai bedak sejuk buatan sendiri, makan pucuk ubi yang ditanam di belakang rumah, minum air hujan…….bla bla bla….

p/s : aku rindukan bumi Mekah..Madinah !!!












Rabu, 26 Oktober 2011

Deepavali with love

soh soh soh...s

husssss...lame bebeno rumah ni kene bio.

IE ada di mane?..macam dalam wayang bukit kepong la pulakk..

bila agaknya kawasan ini akan berubah ?


p/s: lepas ni IE janji tak tinggalkan lagi awak ya !!














Rabu, 12 Oktober 2011

TeKsi Bob Dah TerLajak




Jangan komen kalau tak tau butirnya. Tapi dek kerana IE dego si Bob ni ceramah dah macam orang hilang akal, bodoh tak boleh diajar, tunjuk pandai tapi hampeh, siap kutuk, keji dan caci maki. Tak suka, tak suka dan naik meluat pulak. Ape ke namanya penceramah agama kalau gitu bahasanya. Apakah boleh digelar pendakwah kalau begitu imej dan cara dakwahnya? Menjejaskan nama dan imej ustaz dan ulama aja kalu begitu. Imej PAS pun terpalit kalu beginilah pendakwah atau penceramah yang mereka anggap hebat. Hebat ke ?? Cu fikir cerdik ke tak dia ni ??? Sah ..PAS tak malukah punya penceramah begini ??.


Kalu betoi dah bertaubat nak buat baik dan nak mengajak orang berbuat baik eloklah!, nak mengajak orang bertaubat, sembahyang dan beribadat biar cara yang betul. ….ai entahlah ! universiti mana yang dia belajo ntah !!


Bimbang orang yang jahil bertambah jahil bila dengar ceramah dan dakwah pemandu teksi ni. Dah melalut sesat barat melarat entah ke mana teksi yang dipandunya ni…bimbang ramai penumpang ikut sama sesat jatuh gaung sama dia ni.
Elok sangat Jais menjalankan kuasanya. Jais sila hantar laporan kepada Sultan!!

p/s: suker rock !!
















Jumaat, 7 Oktober 2011

“DASAR TRANSFORMASI NASIONAL: BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERA NEGARA

BAJET 2012 :

Jumlah Peruntukan RM232.8 bilion ; RM181.6 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM51.2 bilion perbelanjaan pembangunan

• Bekalan bahan api baharu, biodiesel atau B5 akan diperkenal di seluruh negara seawal-awalnya pada 2013 bagi mengurangkan penggantungan terhadap bahan api diesel fosil.

• Kerajaan akan bangunkan Pusat Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD), timbang beri pakej insentif termasuk pengecualian cukai.

• FELDA GVH akan disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012 dlm usaha kumpul dana menjadi syarikat konglomerat global. Peneroka FELDA akan terima “durian runtuh” yang mana jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian dilakukan

• Pelan Induk Lima Tahun Pembangunan Pelancongan Langkawi akan dilancarkan dengan peruntukan pembangunan RM420juta.

• Pengecualian sepenuhnya duti import & duti eksais bagi mengimport kereta hibrid & elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

• Rebate 70% utk 5thn kalau bina hotel 4 dan 5 bintang – Langkawi

• Kadar cukai keuntungan hartanah (RPGT) akan dikaji semula agar tidak jejas golongan berpendapatan sederhana-rendah miliki rumah.

• Kerajaan peruntukkan RM100juta utk inovasi termasuk memperkenalkan Anugerah Cipta 1Msia (C1PTA) utk iktiraf rekacipta pelajar.

• Bagi membolehkan syarikat PKS pasarkan produk penyelidikan, Dana Inovasi Pengkomersilan berjumlah RM500juta akan ditubuhkan.

• Sektor pendidikan akan dapat RM50.2bln utk melahirkan tenaga kerja berbakat, kreatif & inovatif.100juta MYR sekolah Agama, Mubaligh, Jenis Kebangsaan dan MRSM... satu jumlah yg besar. semua sekolah jenis kebangsaan tidak ketinggalan meraih kesannya.

• Sebuah tabung khas RM1bln akan melihat kepada keperluan pembinaan, baik-pulih & penyelenggaraan bangunan sekolah-sekolah. RM1bil utk baikpulih sekolah, RM500j-SK, @RM100j utk SJKT,SJKC,Sek Mubaligh, SABK, MRSM.

• Buat pertama kalinya, Kerajaan akan memansuhkan yuran pendidikan rendah & menengah di semua sekolah-sekolah kerajaan.


• Sekolah swasta yg berdaftar dgn Kementerian Pelajaran akan diberi insentif termasuk Elaun Cukai Pelaburan.

• Pengecualian cukai bagi sumbangan kewangan syarikat dan orang perseorangan kepada sekolah-sekolah dan tempat ibadat berdaftar.

• Utk mantapkan modal insan sektor swasta, insentif akan diberi termasuk potongan dua kali ke atas pemberian biasiswa. #Belanjawan2012: RM5 bilion adalah utk pembangunan infrastruktur asas luar bandar, termasuk RM1.8bln utk Jalan Luar Bandar & Jalan Perhubungan Desa.

• Kerajaan akan memanjangkan program bekalan air bersih kepada komuniti di Sabah dengan peruntukan RM50juta.

• Kerajaan akan peruntuk RM400juta utk naik taraf infrastruktur bekalan air secara berperingkat di kawasan-kawasan FELDA yg terpilih.

• Bagi Orang Asli yg mengalami bencana tanah runtuh di Sg Ruil, krjn peruntuk RM20juta utk pemindahan penduduk ke kws baru.

• Bajet ini akan mentransformasi perkhidmatan awam untuk menjadi dinamik & responsif & berorientasikan prestasi.

• 600,000 pesara kerajaan akan dapat kenaikan pencen pesara sebanyak 2% setahun.

• Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menggantikan SSM. Gaji max lebih tinggi (37% to 39%). Laluan kerjaya guru diperbaiki. DGA29 ke DGA32 hanya 8thn time based. Begitu juga dr DGA32 kpd DGA34.

• Mulai 2012, kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.

• Kerajaan bersetuju melanjutkan umur persaraan wajib kepada 60 tahun daripada 58 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam.

• Kerajaan akan tawar bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam, termasuk 5,000 peluang ijazah sarjana & 500 kedoktoran falsafah.

• Bekas Pegawai kontrak JASA dan KEMAS dapat RM3,000 sebagai insentif khas secara one off.

• 62,000 waris bekas pejuang tanah air dapat insentif khas secara one off sebanyak RM3,000

• RM500j naiktaraf kemudahan kem tentera. RM50juta bantu askar yg bersara selepas berkhidmat 21 tahun utk menceburi bidang perniagaan.

• Bagi Skim Rumah Pertamaku, had maksimum harga rumah akan dinaikkan kpd RM400,000 drpd RM220,000

• KARISMA – membantu beban rakyat. Cadang membuka 85 unit tambahan Kedai Rakyat 1M bernilai RM40 juta. Membuka Agro bazar Rakyat .Pelan TUKAR mempeluas dan mempromosi menu rakyat 1Malaysia.

• Perumahan Rakyat 1M ( PRIMA) memajukan tanah pemilikan kerajaan terutama di kawasan berhampiran laluan pengangkutan awam. Berkerjasama dengan pihak swasta. 7,700 unit rumah akan dibina DI SEKITAR Cyberjaya, Seremban,Bukit Raja ...

• 2012 , Kerajaan akan terus melaksanakan Program Perumahan Rakyat (PPP) di seluruh negara dgn membina 75,000 unit rumah mampu milik.

• Projek PPR sebanyak 443 juta lebih PPR disewa dan lebih 7,000 unit PPR dimiliki. Rumah bernilai RM60,000 akan dijual dengan harga RM45 ribu sahaja.

• RM63 juta untuk memulihkan 1,270 rumah terbengkalai. RM40 juta utk baik pulih dan menyelenggara rumah kos rendah awam dan swasta.

• Mereka yg mempunyai tanah ttapi tiada rumah,atau yg memiliki rumah usang, boleh minta pembiayaan utk membaiki/mndirikan rumah.

• Kerajaan akan wujudkan Tabung Khas Perumahan Nelayan RM300juta utk bina & baik pulih rumah.

• Perkhidmatan kesihatan akan diperuntukkan RM15 bln utk perbelanjaan mengurus dan RM1.8bln utk pembangunan.

• Hospital akan dinaiktaraf & dibina, krjn juga akan tambahbaik 81 klinik kesihatan luar Bandar & buka 50 klinik 1Msia.

• elaun kerja waktu flexi RM600 bagi pegawai perubatan disamping menaikkan elaun 'ON CALL' dari RM30 ke RM80.

• KLGH, hospital tertua di Msia akan dinaiktaraf menjadi sebuah hospital primer dengan sebuah sayap baru utk rawatan pesakit luar.

• Bg bantu pemilik teksi bajet persendirian hadapi kos operasi tinggi, akan dibantu termasuk pengecualian cukai pembelian teksi.RM3,000 utk lupus teksi lama dan ganti dengan teksi buatan Msia.

• Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan akan memastikan setiap individu yg didakwa di mahkamah akan diberi bantuan guaman percuma.

• Anjung Singgah kepada geladangan 1,400 org yg berdaftar dgn JKM Di KL’.

• Kerajaan melalui LPPKN akan sediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV di seluruh negara untuk mengatasi kanser servik.

• ‘Say 1M’ program latihan kepada belia.

• RM15 Juta bagi membina 150 lagi gelanggang futsal akan dibina di bawah program 1 mukim , 1 gelanggang.

• Mulai 1.1.2012, Warga emas berumur 60 thn ke atas akan dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital & klinik kesihatan.

• Pelepasan cukai sedia ada ke atas caruman Skim Persaraan Swasta diperkenalkan untuk menjamin kesejahteraan pesara.

• RM 1 billion di bawah Program Transformasi Luar bandar bagi membina pelbagai kemudahan seperti balai raya..

• Baucar buku untuk pelajar di institusi pengajian

• Bantuan RM500 kepada golongan berpendapatan rendah @ RM3,000 ke bawah kpd 3.4 juta isi rumah @ 35% mendapat manafaat RM1.8 juta . Bantuan RM100 sebagai belanja persekolahan kepada 3.3 juta kpd pelajar dari golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

• Bakal haji boleh membuat pendaftaran awal menggunakan wang caruman KWSP(akaun 2 ).

• Tambahan Bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam dan pesara kerajaan akan dibayar pada gaji bulan Disember 2011.

• Budaya politik baru, Elaun Ahli Parlimen dikaji untuk dinaikkan dengan syarat sekiranya kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang bersetuju ia akan berkuat kuasa Januari 2012.

p/s : tunggu gaji bulan Disember dan seterusnya. Ramai la tok aki opah-opah bertongkat ke pejabat !!!





























Khamis, 22 September 2011

RumahTangga Ini Jangan DiGanggu..

IE turut menyebok masa merisik sama ada si ISa ni baik ke? relevan ke ? setuju ke ? suka ke ? “kita masih cintakan ISa sebab ia lah teman yang melindungi dan menjadi dinding serta sanggup menghulurkan senjata kalau ada yang mahu merosakkan rumah tangga kita “ .

Sebenarnya kebahagiaan ini masih utuh walau ada badai ada yang tak senang dengan kedamaian . Namun sang panglima telah menjatuhkan talak tanpa peluang untuk rujuk dan dengar kata sang panglima dah merisik dua bini muda untuk menggantikan tempat si ISa ni.

Harap-harap , doa-doa biarlah mereka ini benar-benar mampu menjadi pendinding, tangkal azimat dan pengeras yang mampu memastikan tembok rumah tangga ini kebal tiada angin atau ribut taufan yang mampu menggoyangkan walau sedikit pun. Nak ceraikan begitu mudah tapi nak rujuk atau mencari pengganti bukan suatu yang senang. Calon mestilah lebih cantik dan bergaya dari yang dulu, mesti lebih seksi dan up to date dari yang lama..mesti pandai menyesuaikan diri, mesti kuat bersilat, berkungfu dan bersilambam.. Tempoh pemilihan bukan semudah mulut menyebut…mana tau kot-kot tok kadi , wali atau saksi-saksi sibuk berjoli dengan bini muda macam yang kes dulu ???

Dengar kata dah dua kali isa terlepas dapat baby baru…

p/s : tengah kaji buku fasal kem kemunting dan kisah shamsiah fakeh kat atas tuu..








Rabu, 21 September 2011

Sepanjang Jalan Kenangan MerdekaRaya...

MerdekaRaya punya penangan..kesebokan berganda-ganda..





antara tempat yg IE kunjungi sepanjang ramadhan-syawal ..merdeka !!!..rumah orang pun kena redah !





bos !! saya dapat hemper..bukan sy mintak tp mereka yg bagi...antara yg dihantar ke rumah ( IE tumpang makan jer !!!)





di pagi 16 Ogos 2011 di Kompleks Belia dan Sukan..

budak ni popular..sebab pakai baju bendera JG dan pandai posing pulak..
( terlupa lak nama nya..)



malam Hari Malaysia dan Jamuan Raya 1M . Orang ramai berasak-asak dan berebut-rebut menunggu nak ambil makanan..Tak menang tangan nak melayan , sampai ada yang macam tak makan 7 hari !!!Eh , orang kata Malaysia ni mewah makanan ???..dua org budak perempuan yg hilang dah jumpa ke belum ???



antara menu di Jamuan Raya kat offc semalam...terpaksa ambil menu di setiap gerai...ambik hati !!!( kesian dia orang susah payah buat kan ...)




hah...udahnya IE kena ambik jugak benda ni !!!! huk huk huk...ahhhhhhh cherm!!!!

p/s " Raya masih ada, kuih raya masih banyak, jemputan raya masih berjela, kerja tetap jalan...


* syyyyhhhhhhttt...ramai yg dapat surat tukar !!!!!







Khamis, 15 September 2011

Salam Aidil Fitri, Salam Kemerdekaan..mari berpantun

Salam...fuh lama sungguh rasanya tak meninggalkan jejak di laman ini..Ramadhan dah berlalu..Syawal pun masih ada lagi..merdeka raya punya penangan IE cukup tak menang tangankaki..IE hulurkan salam Aidil Fitri, maaf zahir batin..sekiranya ada kesilapan, kot ada yang terkhilaf, mana tau ada sindiran yang terguris samada yang tersurat atau tersirat....

Untuk melepas rindu , sempena nak raikan sambutan hari kebangsaan dan Hari Malaysia esok..mari kita berpantun. Ini sebenarnya sebahagian daripada 54 pantun-pantun idea dari pelajar-pelajar sebuah sekolah di NS yang benar-benar 'giler' buat pelbagai aktiviti dan menceriakan sekolah mereka sempena sambutan bulan kemerdekaan tahun kali. IE memang bagi lima bintang kepada pengetua sekolah ini@ bukan Melayu! Anda bagaimana ??


Hajat di hati menangkap lokan
Dapat pula ikan sembilang
Hari kemerdekaan kita raikan
Sambutan penuh gilang-gemilang

Pk Abu pergi ke pekan
Membeli ikan dimasak kari
Jalur Gemilang kita kibarkan
Semangat merdeka lekat di hati

Putera nakhoda dari jawa
Singgah sebentar di pulau sinar
Merdeka minda merdeka jiwa
Itulah kemerdekaan yang sebenar

Malaysia indah tempat kunjungan
Rakyatnya sopan berbudi bahasa
Rukun Negara jadi pegangan
Pengikat bangsa 1 Malaysia

31 Ogos tarikh keramat
Menjadi ingatan warga Malaysia
Supaya hidup dilimpahi rahmat
Transformasi berjaya rakyat sejahtera

Lembut gemalai gamelan ditari
Penariknya manis berbaju kebaya
Generasi muda bijak bestari
Menjadi pemimpin pasti berjaya

Tanah ini tanah Melayu
Tempat pedagang datang berniaga
Serahkan budi bukan tanahmu
Pertahan negara , agama dan bangsa

Langkah sumbang salahkan lantai
Binasa badan bicara tak terkawal
Pinggirkan ketuanan Negara tergadai
Hilang maruah bangsa terjual

Segulur peria melilit titi
Daun pegaga di atas para
Satu Malaysia satu transformasi
Menyusun agenda memacu negara

Bulan mengambang bintang berkelipan
Langit dihiasi penuh meriah
Jasa tokoh dilupa jangan
Negara berdaulat merdekalah sudah

Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
Pejuang negara berjiwa watan
Berjaya harungi ranjau dan duri

Petik pauh tidak berulat
Masa dijemur terkena salju
Malaysia bertuah bumi berdaulat
Makin makmur bertambah maju

Negara Malaysia berbilang kaum
Dipimpin oleh Perdana Menteri
Bersatulah bangsa berpadulah kaum
Kemerdekaan negara tambah bererti

*******
16 September 2011

7.30 pagi - Kompleks Belia dan Sukan Paroi

( Perarakan dan Sambutan Hari Kebangsaan/Hari Malaysia Peringkat N.Sembilan)

3.00 petang - Rumah Terbuka Aidil Fitri

( di....banyak nak tulis ni..)

8.00 malam - Padang MPS Seremban( Jamuan Hari Raya 1Malaysia )
p/s : esok pepagi dah nak gerak lagi.....letih tapi demi negara dan sesuap nasi...






Khamis, 25 Ogos 2011

CerITA sEORANG wANITA

4.00 am – uwahhhhh!!!..kalau rasa sempat solat tahajud. Cari beras..atau roti canai ke capati ke….masak apa yang patut….Eh ! air tak buat buat lagi..

5.00 am – tuk! Tuk! tuk !….berapa banyak pintu yang diketuk ..sekali, dua kali, tiga kali..berkali-kali…masih tak bangun lagi !..ah ! Bangunnnnnnnn!!!!

5.30 am – kemas semula segala hidangan..pinggan mangkuk dah penuh singki…terpandang pulak kain sebakul tak masuk mesin lagi..cuci pinggan, cuci periuk belanga..lap meja , lap dapur..capai penyapu..cuci lantai..mop mana yang nampak…

…hah ??..dah azan..kerja tak selesai lagi ni..

6.00 am – bilik air..ah ..dah ada bau ‘wangi’ pulak ..aaa..ada berus..sental sikit..mandi..wuduk..
Solat subuh…panjangkan doa untuk kedua-dua ibu bapa..keluaraga..anak-anak..rakan sahabat dan seluruh Muslimin dan muslimat…Amin!!!!

..laaa..da pukul 6.45..apa baju nak pakai hari ni ??..oo hari ini hari Khamis..tak per hari ni batik biru la..ala tak bergosok lagi..jenguk kotak make up..sapu sikit pipi ,calit kat mata..merah di bibir kena nipis sikit bulan-bulan puasa ni.

…omak aii..nak rehat kejap la..1..2 minit jer!
Opss..lupa pulak..ketuk pintu bilik lagi !!! tuk! Tuk! Tuk! Tuk!!!...bangun !!!! pergi kerje , pergi kelas !!!

Eh! Mana pulak kunci kereta ni???...

Kesian pulak tengok pokok ni..Jenguk la kejap ..jangan merajuk ya..kita nak pergi kerja ni. Tak per musim hujan ni kau nampak segar !!

Bye !bye !bye !!!..aduhai…putaran lagu raya yang penuh syahdu!!

8.00 pagi – 5.00 petang – hai bos, hi kawan, hi klien…banyaknya benda atas meja ni..kring…kring…kring…

Hah ??..dah pukul lima tapi masih banyak perkara nak selesai lagi ni..ada mesyuarat la pulak..malam ni ada jemputan berbuka puasa …Helo..Minah!..akak nak oder..tomyam, kailan belacan, nasi pattaya, daging masak merah..sotong goreng tepung…hah ??? dah tutup ???..pekerja balik kampung dah???

6.30 ptg --- mana la nak singgah ni..banyak gerai dah tutup. .kita masak la apa yang ada…ikan sardin pun ok apa!!

7.25 malam – siap !!!..Allahhuakbar! Allahhuakbar! Allahhuakbar!
Singki lagi…Hari ni kita nak Terawih di mana ??

12.00 malam …..oh alamak!..raya dah dekat..aku tak siap apa-apa lagi ni …
………………………zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

p/s : Walaupun ini bukan IE tetapi beginilah senario sehari bagi seorang wanita .Selamat Hari Wanita!!














Rabu, 24 Ogos 2011

sEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA - 2

Salam..hari Rabu.


goodish untuk anak-anak BM


Yang ini untuk anak-anak perempuan



yang lelaki dapat seperti ini.


p/s : menu berbuka pun sedap dan ikut selera anak-anak....

antaranya Nasi tomato...Ayam, ais kerim, cupcake

( tak payah la letak gambar sebab sekarang dah mood raya ..)








Rabu, 17 Ogos 2011

Cerita Menu Malam WedNesDay

Salam..Hari Rabu

Sila tengok gambar-gambar curi ni.

Ini menu berbuka IE semalam...kek mano ?

Rasanya tak payah bagitau la


Kambing panGGang+ Nasi aRab DamSyik



IE duduk kek sini..tak nampak sebab dah terliur tengok menu ni..

kenapa ler semuanya kuning dan podeh-podeh belaka ???

Gulai lomak cili apiikan baung sungai bakar
Masak pucuk sayur hutan tempoyak

rendang ayam bandar

ayam kampong goreng

kari apa ntah..

sambal udang laut segebak
ulam-ulam dari Cina tak ke India...tak pun turun dari Cameron Hgland

Gulai lemak umbut kelapa...( yg ni IE suka....)

sambal belacan

sambal gesek
( menu special Negeri Sembilan ....sedap dan berasap !!!)

cendol , kuih muih dan macam-macam lagi laa.....

yang ini jiran sebelah...

berdesup tak sabar - sabar ..

p/s ; sayangnya IE tengah ada masalah dalam mulut pulak..... hu huh uhuhu


















Selasa, 16 Ogos 2011

gOLdEN cHURN TaK HaLal

Ada yg dah ambil cuti sebab nak buat kuih raya. Tak kira lah untuk dijual atau nak jamu tetamu sendiri. Dulu IE rajin buat kek buah. Dapat resepi dari Kak Pesah..Sedap!.. ..Tiap kali hari raya kawan org Sarawak akan bagi aneka kek lapis buatan dia. Kalau pergi ke Serawak tak sah kalau tak borong kek lapis pelbagai jenis dan perasa.

Sekarang..kek buah order kat kawan atau beli aje kat Jusco. Kawan pulak mungkin dah tak buat kek lagi..maklum mak ayah dia dah tak ada. Di Seremban pun dah banyak yang buat kek lapis Sarawak.



Tapi ingat kalau nak buat atau nak beli kek atau kuih raya, pastikan BUKAN diperbuat daripada mentega Golden Churn. TAK HALAL !!!











































Isnin, 8 Ogos 2011

sEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA



Antara ibadah yang amat digalakkan dalam bulan Ramadhan ini ialah bersedekah. Apa kata kita join program "Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata" yang diterajui sukarelawan-sukarelawan yang bergerak aktif di facebook & laman sosial yang lain. Ia bertujuan untuk mengumpulkan 10 000 baju raya (Baju Melayu & Baju Kurung) yang BARU ( usah la yang second hand, buddle atau dah dipakai atau dah rosak atau koyak ) untuk diagihkan ke lebih 50 buah rumah anak yatim & rumah-rumah kebajikan yang ada di Malaysia ni. Insyaallah ..moga-moga usaha mereka ini mendapat keberkatan.

Kepada yang ikhlas nak menyumbang cuba hubungi :
TEAM SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA
No. 12, Jalan Platinum 7/44 Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
(U.P: Ahmad Saabun) Tel: 016-2151192
Email: ahmadsaabun@sehelaibaju.com



Atau Kalau Yang Kat Seremban atau area selatan ..Boleh Hubungi : Zul 012-4 7336424 ( ala tokeh Kodai Minum Ujang R&R Nilai arah Utara.




Pada 20 hb ni kami sama-sama berbuka puasa dengan anak-anak Baitul Mahabbah, Rasah Kemayan. Mungkin Sehelaibaju cukup bermakna kepada mereka terutama nak raya ni. Walau pun begitu Baitul Mahabbah juga berharap sangat kalau ada yang sudi untuk menyumbangkan peralatan komputer ke alat bantuan lain ke atau apa-apa aja la..

Kalau ada yang nak jadi sukarelawan pun dialu-alukan. Mai jenguk ke :
http://sehelaibaju.com/ atau join http://www.facebook.com/sehelaibaju



p/s ; bulan puasa makin banyak program...Merdeka !!!