Memaparkan catatan dengan label isu semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu semasa. Papar semua catatan

Khamis, 3 Mei 2012

Bersihkan blog ini dari semak samun


Salam sejahtera

lama sungguh tak membuka laman ini. Sebok membersihkan laman laman lain yang nampaknya begitu kotor dengan sawang-sawang, habuk , semak samun dan serangga liar yang tak boleh diajar. Bagaimana melihat ada kalangan orang tua yg kononnya berilmu dunia dan akhirat tp berfikir dan bertindak macam dirasuk syaitan, yg kononnya pejuang untuk keadilan yg entah apa yg dia nak . Meneropong anak muda yg macam monyet..semakin diberi ilmu semakin kurang ajar. Berjuang tanpa kewarasan akal. Berjuang dengan nafsu macam orang tak beriman. Semalam  mereka meletakkan kaki mereka di badan yg mereka anggap anjing. Mana tau esok mereka memerlukan si anjing ini untuk menghalau hantu-hantu jembalang yg merasuk di kediaman mereka ?

Aku sentiasa berdoa semoga kehidupan aku dan generasi aku masa akan datang sentiasa dilindung , sentiasa mendapat rahmat. Dijauhkan dr segala mala petaka. Semoga anak cucu aku merasai nikmat keamanan dan kemakmuran.


p/s: ..tetiba tgk layout n setting blog ni dah huru hara..kena belajo balik ni.

Selasa, 22 November 2011

Bagaimana nak Berarak dan Berhimpun ??? Tunggu RUU

September dulu PM Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan yang kerajaan akan mengkaji semula Seksyen 27, Akta Polis dan akan digantikan dengan akta baru. Kita tertunggu-tunggu beliau membentangkan akta baru ini, Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011. Tetapi ahli kabinet kena diberitahu dulu. Akta baru ini bertujuan memberi peluang dan ruang kepada rakyat untuk mengadakan perhimpunan secara aman dan meluahkan pandangan mereka. Ini merupakan satu lagi manifestasi kesungguhan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk membawa transformasi politik secara holistik, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin pula . Kira tunai janji la..cakap serupa bikin ma..


Kita tertunggu-tinggu juga apa dan bagaimana rang undang-undang berkenaan ? bagaimana cara dan peraturan kalau kita nak berhimpun, nak berarak, nak berdemo atau nak meluahkan pandangan, komen, komplen atau protes kerajaan ?? Sebelum tu jangan pandai-pandai kita nak buat spekulasi..Public Order Act atau Assembly Act atau apa ke..


Bulan Mac 2012..kita tunggu pengganti ISA pula.
p/s : nak buat kenduri kahwin atas jalan termasuk dalam RUU ni juga ke??














Selasa, 16 Ogos 2011

gOLdEN cHURN TaK HaLal

Ada yg dah ambil cuti sebab nak buat kuih raya. Tak kira lah untuk dijual atau nak jamu tetamu sendiri. Dulu IE rajin buat kek buah. Dapat resepi dari Kak Pesah..Sedap!.. ..Tiap kali hari raya kawan org Sarawak akan bagi aneka kek lapis buatan dia. Kalau pergi ke Serawak tak sah kalau tak borong kek lapis pelbagai jenis dan perasa.

Sekarang..kek buah order kat kawan atau beli aje kat Jusco. Kawan pulak mungkin dah tak buat kek lagi..maklum mak ayah dia dah tak ada. Di Seremban pun dah banyak yang buat kek lapis Sarawak.



Tapi ingat kalau nak buat atau nak beli kek atau kuih raya, pastikan BUKAN diperbuat daripada mentega Golden Churn. TAK HALAL !!!











































Khamis, 7 Julai 2011

MenJelang 9 Julai

Menjelang 9 julai..

Apa ada pada Sembilan haribulan tujuh?
Bersamaan tujuh hari di bulan syaaban
Si kapir ketua, aties peracun
Kartunis, ustaz termasuk sasterawan
Tergoda dek sorang peliwat

Mengaku penegak demokrasi
Mengaku pencari keadilan
Mengaku pencuci kekotoran

Mereka yang ego provokasi
Mereka sarat hasad dengki
Pencacai bangsa sendiri
Negara dikhianati
Agama diketepi
Mereka bagai anai-anai
Mereka bagai gunting
Memotong baju sendiri
Mahu membogelkan diri
Maruah bangsa ditelanjangi
Oleh ambiga si ular betina


Demontrasi jalanan perosak demokrasi
Harmoni hilang dek provokasi
Warna Kuning itu telah memadam toleransi
Ketenangan dah bergelombang bak tsunami
Apakah ini yang dikata hak asasi?
Bangsaku bertempur sesama sendiri

Nun di sana mereka ketawa suka hati
baton kuasa sangat mereka idami
janganlah kita menyesal nanti
bila kuasa tiada lagi
aku tak mahu menjadi hamba di tanah sendiri.

Perhimpunan haram itu
Agenda keadilan atau muslihat?
Petanda kedamaian atau kehancuran?

Aku menjadi semakin takut...
Mengapa pewaris kemerdekaan ini
Masih tak mengerti!!!
Amanah menjaga WASIAT














Selasa, 28 Jun 2011

Nak Baju percuma ???... MERAH ke KUNING ????

Hari ini Isnin. Setiap Isnin IE pergi keja pakai baju merah. Sebab nak cergas dan aktif sikit.. Konon katanya Merah melambangkan kekuatan, agresif dan mampu meningkatkan semangat.

Tapi ada yang sibuk kempen supaya setiap Sabtu diminta pakai baju kaler kuning…pokok dek den la nak pakai baju warna apa pun..merah ke , biru ke kuning ke ??

Masalahnya kenapa lak nak kecoh berhimpun ramai-ramai..berembun berpanas terik , ntah-ntah kena hujan kat jalan-jalan ??..ish kot iyer pun nak komplen itu nak minta itu ini..ikut la saluran betul..tiga empat orang pergi cukup la..tak pun upah mat despatch hantar kan., Kalau nak glemer minta Nabil ..bergesuppp sampai ..buat apalah si ambiga tu bega sangat ??..Bodoh betul orang Melayu tak kenal mana si penghasut nombor satu ni..

Yang nak pakai baju merah tu pun sama jugak bodohnya..kalau dah kuning berhimpun untuk memBERSIH, terjerit pekik kat jalan ..yang sibaju merah pun tentulah lebih kurang sama saja…haram tu tetap haram !!..PATRIOT sangat ke kalau macam suka nak berdemontrasi macam si baju kuning ??? Tentulah fikiran sibaju merah pun lebih kurang sama saja macam si baju kuning ???

Bila kuning bertembung dengan merah..jadi kaler oren kan ???..apa maknanya ??? Maknanya tentulah makin huru hara..gaduh-gaduh..baling-baling batu..ada pulak Pak Polisi siram air sembur asap asid bagai..mana lak tau ada mat bangla mat indon mat nepal tumpang sekaki bawa pedang samurai belantan..Lepas tu Bob Lok boleh rakam buat filem ..keluar tv, Namewee pulak keluarkan kat youtube…satu dunia tahu Malaysia negara huru-hara tak aman..suka perang…antara siapa ?? Melayu sesama Melayu la….orang lain tepuk tangan …Siapa yang malu ???..Siapa yang rugi ?????...Siapa pula yang tepuk tangan..untung ??

IE sampaikan pesan..janganlah terpengaruh dengan jemputan ke Kuala Lumpur pada 9 Julai ..Tak kira la baju percuma warna merah atau kuning. Tak payah la nak pergi shopping kat Sogo..Sampaikan juga pesanan ini kepada anak-anak, adik-adik..sedara mara. Baik kita duduk aman ontok-ontok kat rumah.

P/S: 9 Julai ni kat Putarajaya pun ada Perhimpunan ...Hari Koperasi.






























Khamis, 16 Jun 2011

Main KuTu

Kechik-kechik dulu IE pernah main kutu. Tak banyak . Ala…RM1.00 sebulan sahaja..main sepuluh orang , dapatlah RM100.00…puhhh ..tapi masa nak tunggu sampai giliran punya lah lambat.

Opah dan orang kampung pun biasa main kutu. Sama ada main kutu dapat cash atau beli barang kemas atau barangan macam pinggan mangkuk periuk belanga. ..ada yang pergi Mekah atau kahwin guna duit kutu!! Selalunya giliran pertama mestilah siapa yang jadi ketua. Itu aje yang ketua dapat . Tiada komisyen atau caj apa-apa pun. Cukup bulan si ketua akan datang kutip..Pokoknya si ketua dan ahli mesti jujur dan amanah. Tu sebab sebelum nak main kena pilih geng yang benar-benar mampu bayar setiap bulan dan bukan kaki tipu. Ada juga yang main ikut minggu atau ikut hari. Mek kelete hok bayok emas tu gitulah kaedahnya .

Kat pejabat ni pun dulu ada juga dia orang main kutu ni ..dah tak der lagi kot..maklumlah semuanya dah kaya !!!

Itu dulu. Sekarang dah banyak bijak pandai.Mak timbullah idea nak buat skim ambil kaedah dari main kutu ni. Pak Man Telo antara yang berjaya mengumpul banyak ahli..lepas tu macam-macam skim timbul .guna berbagai-bagai nama ..katanya bukan skim cepat kaya..macam-macam strategi dan promosi. Ada pulak caj perkhidmatan ..Dek kerana semuanya kaedah mudah, cepat dan matlamat utama nak cepat kaya , maka ramailah yang menawarkan diri untuk ditipu…..

Tapi yang sebenarnya yang jadi kaya hanya seorang dua yang sebenarnya siPenipu!!

Ada kaedah labur@ duit

Ada kaedah bukak bisnes kiosk air..ubat kuat …kosmetik pun ok

Ada kaedah tabur kat kolam cacing… ikan keli…buaya

Ada kaedah beli emas…dinar …zulian ??

Ada kaedah tambang murah pergi melancong ..melencong

Ada kaedah pakej sedekah oleh orang kaya untuk buat umrah

Tak lama lagi akan ada yang pelawa labur duit bukak ladang lembu di Kazasthan!!!

Elok lah kalau ada undang-undang atau akta yang melarang individu atau syarikat yang menganjurkan perniagaan atau Skim Kutu ini. ..tapi kalau setakat main kutu RM1.00 atau RM100 oleh kumpulan kecil tak per kot.























Jumaat, 29 April 2011

Tak Perlu Tengok Video. Baik Kita BerDoa

Eaaa..Ikan Emas hairan betul dengan manusia-manusia ni yang kononnya insan yang sempurna dijadikan Tuhan. Meluat sangat melihat perangai manusia ni. Tuhan dah bagi akal, fikiran gunakanlah dengan cerdik. ..Hawa nafsu yang dikurniakan hanya diguna untuk benda-benda yang dilarang…ketawa betul si iblis dan si setan..

Hairan 1;

Kenapalah manusia ni dah tua bangka pun tak reti nak bertaubat lagi. Dah macam-macam hal dia buat. Bukan tak bagi dia peluang dah beri..tapi tak tau malu juga. Masih suka buat perkara tak senonoh. Buat kerja yang dilaknat Tuhan. Dah ada anak bini nak juga cari yang kotor. Pakai topeng tunjuk alim tapi hampeh!!. Konon nak memimpin dunia..macam manalah agaknya kalau manusia macam ni nak mentadbir alam..Usahkan manusia segala ikan pun nak muntah dengan kerenah dia ni..???..Bilalah si anu ni benar-benar nak bertaubat??


Hairan 2;

Ikan Emas nak tanyalah kat manusia di bumi ni. Isteri mesti taat dan ikut perintah suami..Anak mesti ikut cakap bapa. Tapi bagaimana hukumnya kalau manusia bergelar suami tu perangainya macam setan ? takkan nak taat dan setia jugak ??. Bagaimana kalau bapak dah jadi bapak ayam ?..bela anak ikan ? ..kerjakan amoi. . kalau suami masuk neraka tak kan si isteri nak ikut sama??


Hairan 3;

Kenapa manusia ni penuh dengan hasad dengki, cemburu dan iri hati tak senang dengan keamanan. Suka nak mendedahkan aib orang…saja-saja tokok tambah dan sedapkan skrip supaya manusia lain umpat keji kutuk mengutuk..tak fasal-fasal dapat share dosa..


Heran melihat makin ramai yang suka bagi publisiti percuma..siap dengan perisa penambah sedap skrip yang ditulis.


Yang pelik..si trio tu dah tau si anu nak buat maksiat kenapa pula dia yang sibuk jadi pro ala-ala bapa ayam ?..kenapa tak di tengah awal?.. Tok Alim pun bagitau kalau dah sah-sah si anu pun buat maksiat, carilah pendekatan yang murni sikit. Ikan-ikan kat kolam IE ni bimbang takut peluru yang digunakan untuk menembak seekor burung yang dah gila meroyan akhirnya tertembak si tuan nya sendiri.


Hairan 4,

Tolonglah wahai manusia ..janganlah permainkan ayat Allah..janganlah perendahkan martabat masjid sebagai rumah suci..Manusia sepatutnya bersyukur kerana menjadi insan yang dikurniakan dengan lidah untuk berkata-kata..menyebut nama Allah..



Copy catatan Ustaz Razak;


Ketahuilah, orang yang gemar membicarakan aib orang lain, sebenarnya tanpa ia sedari, ia sedang memperlihatkan jati dirinya yang asli, iaitu, tidak boleh memegang rahsia, lemah kesetiakawanannya, penggosip, penyebar berita bohong (kerana belum tentu yang diceritakannya benar). Ketahuilah, semakin banyak aib yang ia bicarakan dan disebarkan, maka semakin jelas keburukan diri si penyebar.

p/s; apa kata hukum sahaja tukang Arah, tukang lakon, hero heroin, pelakon tambahan, tukang tulis, tukang rakam, tukang promosi…tukang gossip…semua yang dibelakang tabir…


Ikan Emas mohon agar sekelian manusia berdoa supaya terhapus segala kemaksiatan. Ditunjukkan segala kebenaran. Berikan keamanan dan ketenteraman sesama manusia yang sama kulitnya, sama bahasanya ..sama agamanya...Aminnn!!!













Khamis, 21 April 2011

SaYa Tak Mau Jadi JuTaWan BeRACUN..

Z U L V A . com






Muka nak cantik, dagu nak tajam, kulit mesti putih , pinggang ramping, kurus lansing..Semua ini kategori CANTIK…Ini punya fasal, tak sangka pulak selama ni dok tengeh racun kat muka..




Ha, bukan IE yang buat keje begini. IE pakai bedak sejuk aje. Opah punya resepi. Beras yang direndam berbulan-bulan ( air rendaman kene selalu diganti, kalau tak masam ler muka nanti..) kemudian diblend ( dulu ada ke blender ???..) pastu dititik-titik atas kain putih..dan dijemur..Selain beras mungkin juga ada bahan lain yang dicampur ..nak bagi wangi ..tak tau la apa..( Pak Gugle mungkin boleh tolong …) Dan yang penting ada kumat kamit sikit…supaya naik seri…!!!





Sekarang macam-macam produk ada..yang ori, yang tiru, yang import yang lokal..pilih aje. Yang harga murah..ada juga ratus-ratus malah ribu-ribu..Dek godaan nak cantik macam rozita cek wan atau slim macam zianazain tak kisah dan pejam mata melabur.




Pengaruh iklan memang hebat. Kita tertipu dengan teknik gambar artis yang dah dilicinkan mukanya..dilangsingkan tubuh badannya…Sehingga ada yang terpengaruh kerana kesan nya boleh didapati selepas 5 minit menggunakannya ..Bila ada kesan sampingan seperti cirit birit, jerawat, muka yang lebam hitam mengelupas, itu dikatakan perkara biasa sebelum kesan sebenar diperolehi..hebat, hebat, hebat !!





Sebenarnya di sini..kebanyakan produk kecantikan adalah dari sumber yang sama..Oleh itu tentulah bahannya yang diguna pun sama. Cuma dibungkus cantik dan dijenamakan dengan nama yang menarik..Mana tau Ikan Emas pun akan mengeluarkan produk sendiri..YB Yunus Badawi tentu boleh join sekali..Jadi Jutawan Kosmetik la pulak !!





Kepada pengeluar, pengedar, penjual dan pengguna produk-produk berikut sila hentikan penjualan, pengedaran dan penggunaannya serta-merta sebelum kena denda:-



Losyen BML HB, Krim Malam Shana, Krim Herba Natasya Gold, Krim Hydro Pemutih Biotox, Krim Pemutih Yoko dan Krim Rawatan Malam Sue Beauty.












































Khamis, 7 April 2011

SaYa SuKa Yang Ori bukan Tiru PunYER !!

Ai..soalan kuiz hari ini?
1. Siapakah yang paling pandai matematik?

2. Siapakah yang paling pandai meniru ??


...Macam tak logik pulak. Tapi sains dan teknologi, R&D ,zaman nuklear ni semua boleh ditiru..

Awas!!..terutama kepada yang sentiasa berjimat cermat..hujung bulan dok pekena telur goreng mata kerbau aje..Hati-hati mana tau kot terkena telur kimia??.

orang lelaki macam YB tu mesti suker dan sentiasa ori punyer !!


Cara mengenal telur tiruan:

1. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.

2. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.

3. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.

4. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.

5. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.

6. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.

7. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.

8. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.


yang mana satu ori ???









Selasa, 5 April 2011

Ambil Tahu Fasal 10 Perkara Drpd Sebok Tengok Video Hitam Putih

Filem sensasi kontroversi dan paling box office sedang ditayangkan di seleuruh pelusuk dunia..pelakon,pemain pengarahnya malah penontonnya hebat diperkatakan..Sampai berebut-rebut nak minta dibuat tayangan perdana ..sampai pak leman tu diminta mencemar duli mengadakan tayangan khas. Walau siapa mereka , walau apa niat dan tujuan mereka..walau apa peranan mereka...SEMUA mereka telah BERJAYA menunjukkan siapa mereka ...!! Meluat nak bincang fasal mereka...Cuba kita baca catatan di bawah ini.....
-----------------------------------------------------------------------


  1. Injil dalam semua bahasa, termasuk bahasa Melayu/Indonesia boleh diimport ke Malaysia…
( khas untuk sedara mara Deris Jala sahaja !!!) *

2. Injil boleh dicetak di mana-mana saja…semenanjung ke Sabah ke serawak ke..

( boleh membantu kilang cetak!!!) *

3. Injil dalam bahasa asli Sabah atau Serawak seperti Iban, Kadazan Dusun boleh diimport masuk atau cetak sahaja di sana

( atau di sini…) *

4. Tiada syarat nak tulis atau cap ‘Penerbitan Kristian’ atau tak perlu ada nombor siri.

*

5. Di Semenanjung pulak…kalau cetak silalah tambah sikit ayat kat atas tu dengan bubuh gambar tanda salib…hormatlah sikit majoriti di sebelah sini….

( itu pun kalau sdi..1Malaysia la katakan….) *

6. Bawa Injil ini berjalan-jalan ke mana-mana sahaja….

( lepas ni boleh buat silibus sekolah pulak…) *

7. Penderma Kristian dah sumbang kepada Gideon untuk ambil semula 30,000 naskah itu secara percuma…

( dan lepas itu sebar-sebarkan ia secara percuma !!) *

8. Perdana Menteri akan bertemu wakil Persekutuan Kristian Malaysia…

( Perlembagaan Persekutuan dah tulis …) *

9. Pak Menteri yang Kristian akan diskus dengan ahli Kumpulan Kristian…

( boleh buat cadangan baru pulak…atau minta bajet..)

10. Tindakan disiplin akan diambil kepada penjawat awam yang gagal mematuhi arahan di atas….

( Hah kau …ada berani ????)
Apo nak dikato……Renung-renung dan fikir-fikirkanlah!!!!
Ke mana kita selepas ini ??

  • Islam itu Iman, Iman itu Islam, Islam itu Akidah, Syariat dan Akhlak….







Selasa, 15 Mac 2011

fukushima miyami iwate ibaraki

masih menjadi bahan berita dan cerita

gempa bumi

tsunami

radiasi

lobai kulup kata sebab dia orang banyak dosa..balasan

langau kata sebab nak buat ujian ..kira testing laa

ahlam kata sebab bumi tergelincir..habis semua segala raksasa ultraman utrasound keluar...

tolonglah kalau nak buat lawak ..masuk aje program raja lawak
bukan sini dan masa ini

tolonglah..kalau rajin sangat nak main sms ..( INI BUKAN TAJUK ENTRI EN AL..)
bukan ini bahannya..tak untung pun!

BAIK KITA SOLAT ..SUJUD SYUKUR

sebab

bila krisis mesir syria lubnan yemen libya
anak saudara keluarga rakan rakyat kita selamat

bila bumi bergoyang dichistchurch
anak saudara rakan rakyat kita selamat

bila bumi terbelah
bila laut membelah bumi
disisi matahari terbit lesu
anak saudara rakan rakyat kita selamat

agak-agaknya
sampai ke pencemaran radiasi nuklear tu ke sini ??
kalau tak esok , lusa tahun depan atau sepuluh tahun lagi ???

ahh..relax
kau faham ke apa bendanya radiasi tu ??
tahu tapi tak faham
berguna tapi tak baik


hiroshima nagasaki...
kemusnahannya MEMBANGUNKAN Jepun!!

Fukushima..Miyagi..Iwate..Ibaraki

??????







Rabu, 23 Februari 2011

Semoga Taubatnya Diterima..Perubahannya Kerana Iman

Bila dia berubah fesyen berserban
Agaknya dulu dia suka yang berkemban

Bila dia kata suka yang hijau
Maknanya dulu dia dungu dan angau

Bila dia kata nak jadi ulamak
Maknanya dulu dia suka buat lawak

Bila dia suka bertongkat
Agaknya dulu sebelah kakinya singkat

Bila dia kata dah bertaubat
Maknanya dulu dia banyak yang sesat

Bila dia kata nak mendapat syufaat
Maknanya dulu dia dinoda syahwat

Bila dia rasa nak insaf
Mungkin dulu dia banyak terkhilaf


Bila tetiba dia sayang tok guru
Agaknya dulu fikirannya celaru

Bila dia kata berjiwa PAS
Maknanya dulu roh dia tak bernafas


Bila dia kata perfectnya Islam
Agaknya dulu dia dah lemas tenggelam


SEMOGA TAUBATNYA DITERIMA
SEMOGA PERUBAHANNYA KERANA ALLAH
SEMOGA KEINSAFANNYA MENGIKUT AJARAN YANG BENAR










Jumaat, 4 Februari 2011

Bila AS masuk Mesir..kita kena ingat !!

di waktu ini dikhabarkan Obama dengan pak Arab Mesir tengah bincang macam mana Mubarak boleh melepaskan jawatan Presiden yang dipegangnya lebih 30 tahun tu dilepaskan dengan segera. Kira pelan terbaik la...lepas tu kena bentuk kerajaan interim dulu...pulak..tentera dan orang putih ??

…kekadang tak faham, rumahtangga arab yang bergolak..orang putih pulak kena selesaikan…


pengajarannya kita kena jaga rumah kita bebaik…


SUMBER


















Jumaat, 28 Januari 2011

50% Off...cepat tawaran istimewa akan tamat tak lama lagi


Perlaksanaan Senarai Hitam Saman PDRM
COUNT DOWN
Sila Jelaskan Saman Sebelum 28 FEBRUARI 2011
Anda Hanya Mempunyai
28
Hari Sahaja Lagi
**************

cepat, cepat, cepat..lepas ni dah tak ada lagi tawaran macam ni...
akhirnya saman ni selesai jugak ..tu pun dapat idea ..
guna kesempatan bila ada kerja di luar..
pergi ke kuanter pekan kecil...
.sempat lagi sembang-sembang, pandang-pandang dengan abang-abang polisi...
kalau kat IPD S2 tu...kirim kat orang pun tak sudi nak tolonggg...

dah masuk kocek kerajaan..

utk bayar gaji aku

dan kos pilihanraya kecil..

nasib 1 saman sahaja !!!

kiranya IE ni dalam kategori pemandu yang berhemahlah!!!

p/s: ish..kenapa income tax ni tak pernah nak kurang..dah tu CP38 ni pun tak delete lagi???





























Rabu, 19 Januari 2011

SuRat Tok Nek untuk Cu-Cit Yang Popular kerana Imej Yang BuRuk....bertaubatlah !

Ke hadapan cucu-cicitku yang dikasihi.
Betapa Tok Nek amat terharu dengan kepopularan cu-cit semua di muka bumi ini . Tok Nek amat bangga kerana cu-cit semua terkenal..namun sayang sekali terkenalnya cu-cit semua bukan kerana tingginya ilmu yang dimanafaatkan, bukan kerana tingginya darjat yang berhemah, bukan kerana gahnya kuasanya yang dipikul..bukan kerana nama yang baik tutur kata dan tulisannya..

Aduhai cucu-cicitku semua..
Betapa sedih dan malunya Tok Nek ketika menatap berita yang tersebar luas bahawa cu-cit berperang sesama sendiri..ke mahkamah untuk saman menyaman sesama saudara, membuka pekong di dada masing-masing..mendedahkan keburukan diri dan keluarga, membogelkan perilaku , dosa dan maksiat yang cu-cit semua lakukan..sengaja menghebahkan kepada dunia siapa dan bagaimana keluarga dan generasi kita..




Sayang sekali, Tok Nek telah memberi didikan yang tinggi kepada cu-cit semua baik yang lelaki mahupun perempuan..malah Tok Nek sepatutnya berbangga kerana cu-cit Tok Nek semuanya menjadi orang terkenal..ahli politik yang dikenali sebagai pemimpin yang setia sehingga sanggup melakukan perkara yang dikhuatiri dan rela hati dikata suami dayus hanya kerana ketaksuban kepada pemimpin yang telah menghuru-harakan bumi tanah air kita..sedih sekali Tok Nek melihat seorang lelaki yang menginginkan jadi artis perempuan yang bermulut celupar , terkenal dengan caci maki carut marut..atau patutkah Tok Nek berbangga memiliki seorang gadis yang entah dara ke menjadi nyamuk sehingga tiada reti adab bicara hilang segala ciri-ciri gadis timur ..



Patutkah Tok Nek ketawa berbahak-bahak kerana cu-cit semua telah berjaya mengharumkan nama keluarga kita dengan cerita-cerita begini…Perlukah Tok Nek tersenyum puas kerana cu-cit telah berjaya menjadikan rakyat seantero dunia menjadi semakin pening. Bukan salah Tok Nek kerana melahirkan cu-cit yang hebat dan terkenal kerana cerita-cerita ini.?? Apakah dosa Tok Nek sehingga mampu mewujudkan generasi sebegini ? kurangkah didikan dunia dan didikan agama ? Tok Nek tidak pernah mengajar cu-cit semua menjadi insan sebegini..Tok Nek tidak sesekali berhajat mahu dikenali kerana melahirkan cu-cit sebegini..


Semoga hati-hati cu-cit semua dibuka untuk bertaubat nasuha...



















Khamis, 13 Januari 2011

INTERLOK – Bila Pemikiran Manusia Sempit..Novel yang jadi mangsa


Tetiba sibuk orang cari interlok kat kedai…tu la, kira dah tahap antik….orang dah lupa tapi ada ramai yang tercari-cari. Apa makna interlok ??

Memula isu ni timbul..sebok cari makna interlok ..ooo dari perkataan “interlock’..panca ??..ish konfius lagi..ooo..bertaut rapat..ibarat jejari yang digenggam erat..

Tiba-tiba novel ni jadi popular..dicari-cari..kenapa tak kecoh masa ia menang Juara Lagu tempat saguhati hampir 40 tahun dulu???. Novel ini ditulis oleh seorang yang bernama Abdullah Hussain, sekarang dah bergelar Sasterawan Negara. ,
Tetiba seorang bukan Menteri Pelajaran umumkan penarikan semula novel ini dari pada menjadi teks tingkatan lima…pelik kenapa sebok benar pak menteri ini yang umum dan sebok fasal hal sekolah..agaknya dia tak serik lagi ..Kemudian ada pula sekumpulan yang membakarnya dengan alasan novel Interlok mengandungi unsur-unsur rasis yang menyentuh mengenai masyarakat India.

Adakah ia benar-benar rasis, atau yang membacanya sekadar membaca perkataan tersebut tanpa dibaca dari mula atau ayat sebelumnya…atau ada yang tak pernah sentuh pun novel berkenaan ??
Rasis kah bila watak seorang anak yang berbapakan golongan kasta rendah akhirnya menjawat jawatan Inspektor ( tinggi pangkatnya ketika itu…) ..drama dan filem tamil sentiasa ada cerita begini..hah ??? salahkah kalau si penulis mengingatkan bahawa jika orang Melayu malas..apa akan jadi ??..tipukah kalau dipaparkan tentang kepercayaan, ketuhanan dan amalan agama dalam karya supaya ia boleh dibaca secara kritis .

Baca sikit terus marah..malah ada yang tak baca sepatah ayat pun !.. Jangan jumudkan fikiran. Tidak perlu sampai hendak mengugut-ugut untuk membakar novel itu. Memang mudah, bila marah dan disuruh berlakon marah , lalu kita pun menurut apa saja yang disuruh. Nak berlagak samseng konon. Itu bukan cara menyelesai masalah dan kekeliruan.

Tetapi bagi seorang yang bijak dan berilmu, adalah lebih baik jika kita mendapati kandungan sesuatu buku itu mungkin meragukan, semak ler dulu..ia jawab juga la secara ilmiah, biar nampak cerdik sikit.. Jika ini diamalkan, ia akan melahirkan satu perdebatan yang lebih harmoni, ruang perdekatan yang lebih ilmiah dan intelek, tak ler semakin mengeliru dan menghuru- harakan pemikiran rakyat.

Kelompok yang sedikit ini sengaja mengambil kesempatan ..sentiasa mencari ruang untuk menerobos pemikiran rakyat..suka meracun minda rakyat yang tak berapa cerdik…sengaja ingin menyalakan api ..suka mengambil jalan mudah..apa agenda sebenar mereka ini ??..tak suka nak tengok rakyat duduk aman damai..

Mai kita cari novel ni…apa kata kita buat resensi novel ni..baru faham sikit..bahawa sebenarnya novel ni karya yang memaparkan kisah realiti zaman itu dan suatu karya yang rupa-rupanya menjangkau masa..konsep 1 Malaysia tu dah lama terterap dan corak hidup kita. Negara ini terbangun dengan ‘genggaman tangan’ , ‘tautan’ rapat , integrasi dan perpaduan ketiga-tiga kaum utama di negara ini.

p/s : tak belajar subjek bab-bab novel masa tingkatan lima dulu ..???
Tetiba rajin nak tulis panjang lebar..



























Rabu, 5 Januari 2011

Ia Hanya FiTnah Semata-mata...

05/01/2011 3:49pm


KUALA LUMPUR 5 Jan. - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim hari ini menafikan tuduhan kononnya beliau terlibat dalam satu kes jenayah perkosaan pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di Internet dan parti pembangkang terhadapnya.


"Saya menafikan sebarang tuduhan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di Internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, tuduhan liar yang ditujukan terhadap dirinya akhir-akhir ini adalah fitnah dan pendustaan yang dahsyat.


"Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," katanya.
Rais berkata, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siasatan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi. - Bernama

UTUSAN

******************************

BUAT FITNAH TU DOSA BESAR

BERANI KERANA BENAR !!

DS NI PEGUAM KAN ??

APA KATA SAMAN AJE !!!
















Selasa, 4 Januari 2011

CeriTa-HOT-SenSasi-KonTroVersi

Cerita hot..sensasi dan kontroversi..
siap-buat-repot-lagi-

Nampaknya peluru yang dihalakan oleh penembak-penembak sipi menghala ke arah individu-individu yang terpilih !

Peluru meraka hanya menggunakan jejari –jejari yang mengaturkan ayat-ayat hot..sensasi dan kontroversi…


Karya yang orang suka nak baca..kisah skandal… rogol..gay..bunting..khalwat..kawin lari..

Psstttt…nak tau?..3 tahun dulu si YB tu merogol amahnya …..
Pssttttt si YB yang tu pulak buntingkan anak dara orang…siap suruh gugurkan lagi..
Pssttttt…YB tu pulak kena tangkap khalwat dgn bini orang…

Siapa penembak a.k.a pemfitnah tersebut ?

Dibayar untuk menulis skrip yang hebat..
Dibayar untuk mereka-reka cerita
Dibayar untuk mencari –cari cerita
Dibayar untuk mewar-war kan cerita
Dibayar untuk melaga-laga watak di dalam cerita
saja-suka-suka(nak-dapat-dosa-kering)

Siapa watak utama yang hendak menembak , tertembak dan di tembak ??

Ahli-politik-yang-bersih..(tembak-dia-dulu....yg-lain-mudah)
Ahli politik yang dah lama bertakhta ,..(tak ingat-ingat nak turun …)
Ahli politik yang dah kaya raya..(contohnya baru 8 tahun memerintah dah jadi millionare)
Ahli politik yang bukan ahli politik tapi dapat jawatan dalam politik..
Ahli politik yang dah lama dalam politik tapi tak naik-naik pangkat lagi….
Ahli politik yang mengaku ahli politik tapi sebenarnya tak ada apa-apa pun
Ahli politik yang dah tersungkur dan disungkurkan
Ahli politik yang baik budi..rakyat diutamakan..
Ahli politik yang tak disuka oleh mertua…
Ahli politik yang berlainan warna…
Bukan ahli politik tapi sibuk mengacau ahli politik

Kepada tukang fitnah itu..

Ingat-ingatlah bahawa Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya…fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.

"Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan"

Dan kepada tukang baca ..

Lu fikirlah sendiri !!
Nak ikut sama masuk neraka ke ???














Rabu, 24 November 2010

4 Kes...yg menakutkan..ada sesiapa berani jadi isteri no 1- 2-3-4??

Salam...hari ni kita tinjau 4 kisah kehidupan sebelum dan selepas berumah tangga...kahwin salah, tak kahwin pun salah..nak kahwin lagi pun salah...???? habis bagaimana ???
*********************************************************************
Perkara 1 :
Parang Jadi Mainan KekasihKu
amboiiiii...belum apa-apa awak dah beranai nak dera tetak bapa orang yer..macam ni nak jadi nak menantu...tak hingin!!!!!!
Tetak bapa kekasih
AMPANG: Hanya kerana hubungan cinta dihalang, seorang lelaki menetak bapa kekasihnya menggunakan parang di depan rumah mangsa di Jalan Wawasan, Bandar Baru Ampang, di sini……


Perkara 2 :
SUAMIKU SI-PEMBUNUH
dulu masa couple kata sayang..
bila dah dapat jadi isteri awak buat dia macam bola...
aiii Mr Bean pun tau sayang anak patung dia.. KISAHNYA DI SINI

PERKARA 3 :
"Perceraian meningkat angkara Facebook?


atau awak dah sebok dengan fb, ....
"Layari laman-laman sosial di Internet dengan niat dan tujuan yang ikhlas"

MEMANG belum ada satu kajian spesifik di negara ini yang boleh mengesahkannya,. Namun, jika dilihat secara rambang, jaringan sosial dalam Internet seperti Facebook, Twitter dan Myspace ternyata boleh mendatangkan mudarat kepada keharmonian rumah tangga jika penggunaannya disertai dengan niat yang salah.
Timbalan Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustafa berkata, sebanyak 27,110 kes perceraian telah direkodkan daripada 135,136 perkahwinan yang telah didaftarkan pada tahun 2009.
sini yang tulis

PERKARA 4:
SAMAN KEPADA PERAMPAS SUAMI ORANG

Apa macam ??? setuju ke dengan saranan Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim yang mengatakan seseorang yang cuba memecahbelahkan perkahwinan orang lain boleh didakwa ke mahkamah sebab terdapat peruntukan undang-undang di bawah Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam yang membolehkan ‘pihak ketiga’ disaman kerana cuba merosakkan perkahwinan pasangan lain.kira meruntuhkan masjid laa.





Ahad, 10 Oktober 2010

BEgitu sEnANG mELafazkan Maaf Bila JiN BerMATA itu benar2 ada HanTu..

Wok, ngape baik benar awak dua tiga hari ni..

Tak mood laa nak keluar..

Pulak ???...kalau tak derum sana derum sini, pantang tangki penuh..hilang aje

Takut dan ala-ala truma pulak.

Aii…Takut ? ..trauma ?? bukan ke awak la cikaro nombor satu derif menderif ni ?? bila dapat stereng awak tekan sampai nak habis meter tuu …jalan tu awak buat macam track Sepang F1 ......pot pet pot pet..bla bla bla.

Ko tak tau ke dalam senarai tuu aku punya yang ke 15,911..
tu aku takut nak pegang stereng tuu..kot meletup ko yang meraung pulak..patut laa sejak mula aku berkawan dengan dia asyik menyusahkan aku aje..asyik-asyik kena bawa klinik..sakit itu la , ni laa..grong greng macam-macam ada bunyi...ko ingat tak yg dua tiga kali dia tetiba menjerit tengah malam..buat menakutkan org setaman ni..Malu betul aku …

Habis tuu..apa awak nak buat wok?

Apa kata aku saman aja ….saman kerana mereka dah meletakkan aku dalam bahaya selama ni...kerana bertahun-tahun mereka dah menipu kami !!!
*
Elok tu...kaya awak nanti wok ..
Geramnya aku bila tengok muka selamber tokeh besar dia .. ko ada dengar dia minta maaf ke apa ???..

Wok, apa kata ko minta dia ganti dengan kameli ke…atau allepat ke...senang kita, tak lah sempit nak menyelit.. …selama ni pun dah banyak kali kekawan komplen susah nak tumpang dengan kawan awak tuu..

Ahhh ???....tak do makno nyo ...orang tongah susah hati ni…dio boleh fikir nak menyonang diri dio jo..

p/s: Belilah barang buatan tempatan !!!

alahai proton !!!