Memaparkan catatan dengan label umi hafilda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label umi hafilda. Papar semua catatan

Rabu, 19 Januari 2011

SuRat Tok Nek untuk Cu-Cit Yang Popular kerana Imej Yang BuRuk....bertaubatlah !

Ke hadapan cucu-cicitku yang dikasihi.
Betapa Tok Nek amat terharu dengan kepopularan cu-cit semua di muka bumi ini . Tok Nek amat bangga kerana cu-cit semua terkenal..namun sayang sekali terkenalnya cu-cit semua bukan kerana tingginya ilmu yang dimanafaatkan, bukan kerana tingginya darjat yang berhemah, bukan kerana gahnya kuasanya yang dipikul..bukan kerana nama yang baik tutur kata dan tulisannya..

Aduhai cucu-cicitku semua..
Betapa sedih dan malunya Tok Nek ketika menatap berita yang tersebar luas bahawa cu-cit berperang sesama sendiri..ke mahkamah untuk saman menyaman sesama saudara, membuka pekong di dada masing-masing..mendedahkan keburukan diri dan keluarga, membogelkan perilaku , dosa dan maksiat yang cu-cit semua lakukan..sengaja menghebahkan kepada dunia siapa dan bagaimana keluarga dan generasi kita..




Sayang sekali, Tok Nek telah memberi didikan yang tinggi kepada cu-cit semua baik yang lelaki mahupun perempuan..malah Tok Nek sepatutnya berbangga kerana cu-cit Tok Nek semuanya menjadi orang terkenal..ahli politik yang dikenali sebagai pemimpin yang setia sehingga sanggup melakukan perkara yang dikhuatiri dan rela hati dikata suami dayus hanya kerana ketaksuban kepada pemimpin yang telah menghuru-harakan bumi tanah air kita..sedih sekali Tok Nek melihat seorang lelaki yang menginginkan jadi artis perempuan yang bermulut celupar , terkenal dengan caci maki carut marut..atau patutkah Tok Nek berbangga memiliki seorang gadis yang entah dara ke menjadi nyamuk sehingga tiada reti adab bicara hilang segala ciri-ciri gadis timur ..



Patutkah Tok Nek ketawa berbahak-bahak kerana cu-cit semua telah berjaya mengharumkan nama keluarga kita dengan cerita-cerita begini…Perlukah Tok Nek tersenyum puas kerana cu-cit telah berjaya menjadikan rakyat seantero dunia menjadi semakin pening. Bukan salah Tok Nek kerana melahirkan cu-cit yang hebat dan terkenal kerana cerita-cerita ini.?? Apakah dosa Tok Nek sehingga mampu mewujudkan generasi sebegini ? kurangkah didikan dunia dan didikan agama ? Tok Nek tidak pernah mengajar cu-cit semua menjadi insan sebegini..Tok Nek tidak sesekali berhajat mahu dikenali kerana melahirkan cu-cit sebegini..


Semoga hati-hati cu-cit semua dibuka untuk bertaubat nasuha...