Memaparkan catatan dengan label isu semasa-info negeri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu semasa-info negeri. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Januari 2012

Mai Datang ke Nismilan. Ada Pesta..

ACARA-ACARA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KE 64 DYMM YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSU 2012

12.1.2012 ( 6.00 petang )
Majlis Bacaan Yasin Tahlil dan Doa Selamat di Masjid Negeri Seremban

13.1.2012 (6.30 petang )
Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil di Masjid Tuanku Munawir, Seri Menanti.

14.1.20212 ( 7.30 pagi )
Perbarisan / Kawalan Kehormatan Utama di Padang Seri Menanti.

14.1.2012 ( 10.00 pagi )
*Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat di Balai Rong Seri, Istana Seri Menanti.

14.1.2012 ( 8.30 pagi )
Pertandingan Melukis dan Mewarna di Perkarangan Muzium DiRaja Seri Menanti.

14.1.2012 ( 9.00 pagi )
Program Merakyatkan Budaya Membaca di Dewan Tunku Ampuan Najihah , Seri Menanti.

15.1.2012 ( 11.00 Pagi )
Karnival Memancing Seri Menanti 2012 di Tasik Londa Naga, Seri Menanti

15.1.2012 ( 2.00ptg )
Pertandingan Gubahan, Memasak dan Pakaian Tradisional 1 Malaysia

15.1.2012 ( 8.00 mlm )
Forum Perdana Ehwal Islam di Padang Seri Menanti

15.1.2012 ( 8.00 mlm )
* Majlis Santapan Negeri di Klana Resort , Seremban

19.1.2012 ( 11.00 pagi )
Majlis Perasmian Kompleks As-Saadah, Seremban

26.1.2012 ( 11.00 pagi )
Majlis Perasmian Wisma Audit Negeri Sembilan, Seremban.


* ada sesape yang berangan nak bergelar dato??...masih embargo!






















Rabu, 14 April 2010

Tan Sri Isa nak kawen Bibi ???

Isa pilih Bibi selepas 4 tahun menduda
2010/04/14


SEREMBAN: Selepas lebih empat tahun menduda, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad, yang kini Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Pinang akan bernikah dengan bekas Setiausaha Puteri Umno, Bibi Sharliza Mohd Khalid, hari ini.Mohd Isa, 61, yang kembali aktif berpolitik selepas menang pilihan raya kecil Bagan Pinang pada Oktober tahun lalu, dijadual bernikah dengan Bibi Sharliza, 40, di rumah keluarga perempuan, di Taman Fatimah, Kuala Pilah, jam 3 petang ini.


Ikan Emas nak mengomen ...
...tahniah, elok la tuu..kalau jodoh tak ke mana..lambat laun ketemu juga..
dah lama sangat pun goSip ni kita layan..dah macam artis pulak , nafi-nafi akhirnya bebetoi.Tan Sri Isa pun pernah kena gosip konon dah kawen dgn sorang artis tp tak da apa pun !
Untungnya pembangkang tak guna isu ni masa kempen BP dulu...sebab depa pun dah dingatkan supaya 'jarak-jarak' sesama depa..sekarang pun Tan Sri dah jadi Ketua Penerangan UMNO NS..ligat lagi la dok cermah sana sini..
Al=Fatihah buat Puan Sri Hazizah, yang memang sesuai sngat jadi wanita pertama NS ..harap Bibi lepas jdi isteri YB ni pun kena dekatkan diri dgn rakyat jg..awak pun dah pernah jadi YB..harap2 jangan terlepas kerusi BP ke PAS pulak, macam Paroi tuu.
Kpd Farid, hang carilah penganti ..jgn lupa tanggungjawab jaga anak ..

p/s : ..ada yang menidirikan masjid selepas menggoncang dan meruntuhkan masjid lain...wajarkah ?? ...Maaf...minggu ni den tak mau balik kampung !!

Ahad, 21 Februari 2010

Apam Johol Janda Pulang

Al-Lavendari ada menggunakan apam dalam puecxrtnya.Dan Ikan emas komen balas dengan apam Johol. Nah inilah dia Kuih Apam Johol tuu..

Asas resepinya daripada tepung gandum,yang balut tu guna daun rambai.Cara buat IE tak tau..tukang buat tak bagi resepinya ...Rahsia katanya..!!!

N.Sembilan ada Dasar Think Tourism dengan tagline Keunikan Budaya Destinasi Popular.Maka dinamakanlah beberapa ikon dan identiti yang boleh dijadikan 'harta intelek' Negeri adat perpatih ni. Selain daripada bumbung lentik ,tarinya pula tumbuk kalang dan randai, makanan gulai lemak cili api ,kuih apam Johol ni pula sodap dimakan bersama minuman Air Jando Pulang.
3 assignment siang tadi, namun tak jumpo lak menu-menu tersebut. Yang ado ni..

Panta Pucong
( lauk pauh atau kuih muih yang di dalam dulang, tutup dengan tudung saji dan dibungkus dengan kain batik,
lepas tu bawa ler ke mana tujuannya...)

Dan jumpa jugak adat budaya yang ini...

penganti bertandu
,...adat ni ada lagi kat kampung tu.Kali Petama tengok, seronok pulak...meriah !!



Nak tahu selanjutnya tunggulah bila disiarkan....
p/s: Lama tak dengar berita PoKLi orang Rantau, tentu boleh bantu info ni kan!!











Selasa, 5 Januari 2010

KeMANISan 2009 di NEGERI SEMBILAN...Mai nikmati bersama!!

Perkara yang baik elok dikongsi bersama. Pelbagai kejayaan, peristiwa besar dan projek yang berjaya mencapai matlamat menjadikan orang Negeri Sembilandi bawah pimpinan Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Hassan sepatutnya tersenyum bangga .Mai bersama merasaikan keharuman dan gemilangnya Negeri Sembilan di tahun 2009. Kesejahteraan Rakyat adalah agenda utama Kerajaan negeri. ,

Mai kita renung-renung....

  1. 26 Oktober 2009,DYMM Yang Di-Pertuan Besar ,Tuanku Muhriz ibni Al-Marhum Tuanku Munawir yang dimasyurkan pada 29 Disember 2008 selamat ditabalkan.. Istiadat pertabalan berjaya dilaksanakan dengan penuh adat istiadat dalam suasana gilang gemilang.Lebih 340 orang wakil media dari dalam dan luar Negara membuat liputan di istiadat tersebut.
  2. Selepas asyik tewas dalam beberapa pilihanraya kecil yang diadakan selepas tsunami politik 2008, di PRK N31 Bagan Pinang pada 11 Oktober 2009 BN Berjaya mempertahankan kerusinya dengan kemenangan bergaya.
  3. Laporan Ketua Audit Negara mengiktiraf tatacara Pengurusan Kewangan Kerajaan negeri antara yang terbaik.
  4. Hobin Jang Hobin !!!!!7 November 2009, selepas 61 tahun pasukan bolasepak Negeri Sembilan Berjaya merampas kembali Piala Malaysia . Inilah hasil daripada SUKMA 2004
  5. Kemudahan di Stadium Paroi dan Kompleks Belia dan Sukan telah dinaik taraf.
  6. diwujudkan jawatan Eksekutif Masjid ( kumpulan P&P) yang bertanggungjawab menyelaras, mengurus dan melaksanakan program-program ibadat .,aktiviti keagamaan pelbagai aktiviti social. Masjid sebagai pusat komuniti.
  7. 2009,Negeri Sembilan jadi venue perhimpunan Dakwah Tabligh Sedunia. Lebih 200,000 jemaah tabligh dari seluruh dunia berhimpun di Nilai.
  8. Kerajaan Negeri bersama dengan PEKERTI (Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan NS) mendapat pujian kerana kejayan menjadi tuan rumah Program Tahunan Isteri Wakil –Wakil Rakyat Barisan Nasional Malaysia.
  9. BN terus bela nasib rakyat walaupun di kawasan pembangkang. Lantik EXCO/ADUN jadi bapa angkat kawasan berkenaan.
  10. Kecemerlangan Pendidikan. UPSR 2009, NS Berjaya meletakkan diri di tempat kedua terbaik Negara.
  11. Keputusan PMR pun mencapai target/KP1 Negeri untuk meletakkan tempat di kedudukan lima yang terbaik di peringkat kebangsaan..
  12. Memperuntukkan Dana Pelajaran dengan memberi sumbangan kepada pelajar-pelajar yang baru memulakan pengajian di peringkat diploma dan Ijazah.
  13. Seramai 118 orang pelajar anak negeri pula telah menerima galakan RM10,000 bagi Anugerah Graduan Cemerlang Kelas Pertama .
  14. Kelas Agama Petang (KAP) yang dimulakan tahun 2005, terus diperkasakan.
  15. Sebanyak 26 projek bernilai RM332.7 juta diterima di bawah RMK-9 .Pada 2009 sebanyak 83% projek telah dilaksanakan. 20% masih dalam tempoh untuk disiapkan. ..RMK-9 ada setahun lagi. Tak ada projek sakit !!
  16. Projek dan pendidikan keagamaan juga tidak dilupakan..( alaa…lupa lak faktanya..)
  17. NS nak muncul sebagai hub pendidikan Negara. Pembinaan Kompleks Pendidikan Bandar Ensteks,Labu bernilai RM1.3 biion dah dimulakan.Melibatkan empat ( 4) institusi pendidikan utama iaitu Institiut Aminudin Baki (IAB) ,Kolej Tunku Kursiah (TKC),English Language Teaching Centre (ELTC) dan Institiut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).
  18. Nak tengok anak bulan ?.Baitul Hilal pusat cerapan di Tanjung Tuan, P.Dickson tempat nak tengok anak bulan tiap kali bulan puasa dan raya akan dibangunkan menjadi sebuah Kompleks Penyuburan Ilmu Falak .
  19. Dasar Jaringan Keselamatan Sosial yang diilhamkan sejak beberapa tahun telah berjaya menyalurkan bantuan kepada 14,161 penerima sehingga Okt yang lalu.Sebanyak RM38 juta bantuan telah disalur dan RM11 juta disalurkan untuk baik pulih rumah orang miskin.Dan Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) lalu telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM1.8 juta untuk disalurkan kepada penerima bantuan bagi bulan November, Disember dan Januari 2010. ( ni belum lg bantuan dari BaitulMal, JHOEA....dll)
  20. Negeri Sembilan satu-satu negeri yang mampu menghapuskan kemiskinan tegar…( tak caya ?..tunggu la laporan rasmi)
  21. Sebanyak 5 buah masjid telah siap/sedang dibina .6 buah lagi akan masuk dalam projek RMK-10.
  22. Pembinaan jalan Lingkaran Tengah …orang Kl dah boleh balik ke Paroi, atau Pilah terus guna highway ini.
  23. Setelah menunggu hampir 40 tahun akhirnya mai poei Pilah , Bahau ikut jalan baru..Tak payah berpusing kek Bukit tengkolok (pinjam ayat adukataruna) laghi.’Laluan Sutera’ Seremban-Kuala Pilah sejauh 6.9 km bernilai RM109.5 juta 9 geran khusus Kerajaan Persekutuan) dibuka rasmi pada 25 November.Ada lima jambatan,salah satunya kedua tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 48 meter.
  24. Dalam gawat ekonomi dunia pun, NS mampu membawa sebanyak RM 200 juta pelaburan .Tak lama lagi, Kilang Coca Cola ( bukan F&N punyer) akan dibuka Ensteks.
  25. Sebanyak 118 pertubuhan bukan kerajaan, persatuan, sekolah dan rumah ibadat menerima bantuan daripada kerajaan negeri berjumlah RM912,500 keseluruhannya.
  26. Jabatan Bekalan Air dah jadi SAINS…TARIF AIR TAK NAIK.Projek RM 1.22 bilion untuk atasi gangguan bekalan air.Projek utama Skim Bekalan Air Triang,Jelebubu (RM850 juta),Skim Bekalan Air Batu Hampar,Rembau ( RM350 juta) dan Projek Penukaran Saluran Paip di Tampin (RM20 juta)….siap ada terowong lagi!!
  27. Daripada lebih 5,122 aduan awam,sebanyak 4,678 atau 91% aduan telah dapat diselesaikan.
  28. 29 September 2009, Port Dickson diisytiharkan sebagai Bandar Tentera Darat.Kerajaan Negeri meletakkan PD sebagai sebuah destinasi PWT iaitu Pelancongan, Wellness dan Tentera.
  29. Terbinanya Pusat Kegiatan Saudara Baru yang pertama di Malaysia …Projek bernilai RM7.7 JUTA terletak Taman Seri Rahang...macam-macam kemudahan disediakan untuk mualaf kaum Cina.
  30. Kempen ‘ Work in Kl, stay in Seremban” ...mai ramai-ramai beli rumah kat Seremban!!


Ada banyak lagi yang hebat-hebat …………….# Lapangan Terbang tak jadi pulak !!!
Semoga Negeri Sembilan terus makmur, aman damai dan sejahtera…bes tau duk kat sini!!