Rabu, 8 Jun 2011

Tolong Saya Bantu Masalah siDura nie...




Ada satu kes.. dia seorang perempuan muda. Rupa ada tapi jarang bermake up dan dek kerana badan tu ada terlebih sihat dia malu nak pakai baju kurung…tapi bila sesekali dia colek muka dia ..baru nampak keayuannya.

Bukan itu nak diceritakan..sebenarnya IE nak minta pandangan mengenai kes dia ni. Dia baru saja tukar ke tempat kerja IE. Baru dapat kerja tak sampai setahun, sebelum ini dia kerja di KL. Belum cornfirm pun. Jenis kerja ni perlu bakat dan skill..maknanya tak semua orang boleh buat….dan perjawatan dia ni hanya satu aja ada di sini.




Dia amat gembira dan bersyukur dapat kerja ini…orang lain sukar nak dapat. Cuma kerja ini memerlukan dia keluar dari pejabat tak kira masa, tempat dan tak kira hari apa. Dia dah kahwin, suami pula kerja tak tetap ,ada kerja ada gaji dah tu pula kerja tak kira masa juga ..artis la katakan.



Dia orang KL, suami orang Pahang ..duduk di Melaka ,dulu kerja di KL dapat tukar ke Seremban.


Apa yang jadi masalahnya??



.. Dia ada dua orang anak ditambah pula dengan 4 orang anak angkat semuanya berusia antara 4 tahun dan 2 bulan. Anak-anak angkat ini merupakan anak-anak yang dilahirkan dari insan bermasalah. Maknanya dia ini seorang yang amat prihatin dan suka membantu golongan yang bermasalah sosial.



Tiada penjaga yang sanggup untuk menjaga anak-anak dia ni..ramai la katakan. Ada nursery pun kira waktu .


Dia hanya gred 17, nampaknya gajinya melebihi daripada perbelanjaan termasuk urusan makan minum dan duit minyak dia berulang alik Melaka-Seremban.


Kerja dia ni tak tentu masa..dengan kediaman yang jauh, anak yang ditinggalkan menyebabkan tahap kerisauan dia tak dapat dibendung lagi. Nursery tempat anak-anak ditinggalkan pulak cukup berkira berkenaan masa dan bayaran..


Dia terasa cukup bersalah kerana bila diberi tugasan dia tak boleh nak mengelak sebab jenis kerja dia ni tak boleh nak ditolong-tolong. Sedangkan dia hadir untuk mengisi jawatan yang telah kosong beberapa bulan lamanya. Tentulah bos dan rakan-rakan sekerja menaruh pengharapan yang tinggi terhadap kehadirannya walaupun mereka mengharapkan yang datang tu seorang lelaki...tapi tak kisahlah !!.


Suami dia pula dah mula sound..mungkin selama ini suami dia memang dah banyak membantu dan sama-sama menjaga anak-anak tersebut..daripada terbiar atau dibuang mereka sanggup mengambil dan menjaga anak-anak tersebut…banyak pahala mereka ini.



..Bos dia dan rakan lain dah bagi nasihat dan kaunseling.


..Akhirnya dia terus tak datang kerja dan kononnya ambil keputusan memohon cuti tanpa gaji selama setahun.


Persoalannya;
1) Kalau anda jadi DIA apa yang akan dilakukan/
2) Kalau anda KETUA dia ..bagaimana ?..kepada orang pejabat kerajaan tentu tahu prosedur nak mohon cuti tak bergaji ni kan ???








6 ulasan:

terokai seni berkata...

huk aloh, kiri kanan depan belakang minta tunai tanggungjawab yerk...

dengan kekangan kewangan, pilihan cuti tanpa gaji mungkin tak berapa bagus tapi kalu dah ada keja luo mungkin itu yang terbaik daripada outstation manjang sampai suami pon muncng jadi panjang

Hamizah berkata...

suruh la dia bw anak2 nursery dekat2 opis je

azieazah berkata...

Hmm... pelik juga. Dia sendiri tak cukup waktu untuk keluarga kerana kerjaya yang sebegitu, sanggup pula nak menjaga anak-anak angkat? Bukan pertikai, tapi jika sampai menyusahkan dan buat suami pun muncung hari2 tarik muka, esok lusa bergaduh? Cemana plak tu?

Nanti jadi ungkit-ungkit. Tiada pihak lain boleh menjaga anak2 itu?

Keluarga sendiri kena utamakan. Berbakti beramal pun biarlah kena pada caranya...

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Pening juga fikirkan..

Ateh Nour berkata...

Sallam,

Pendapat saya, hantar saja anak2 angkatnya tu ke rumah kanak-kanak yatim, lebih selamat dan terjamin mereka.

Utamakan keluarga sendiri, nanti porak peranda rumahtangga, lagi pun dia perlu bekerja untuk menyara hidup memandangkan suaminya kerja tak menentu masa, pendapatan juga mesti tak menentu...

Tia berkata...

bawak bincang elok2, hanya dia yg boleh selesaikan masalah tu kerana hanya dia dan suaminya saja tahu masalah sebenar....nak cuti lama2pun bos mesti tak berapa berkenan kalau takde masalah yg seriuskan....