Memaparkan catatan dengan label psikologi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label psikologi. Papar semua catatan

Isnin, 21 Mac 2011

first impression..harap-harap pilihan ini tepat


Pernahkah anda tertipu dengan pandangan pertama atau first impression ???
Tetiba terasa macam ada chemistry . Resah gelisah dan giler meroyan.

Adakah pandangan pertama kita bertumpu kepada;
paras rupa..cantik, putih melepak,hidung manjung, ala anak mami?
Tinggi lampai..kurus cekeding atau montok?


Suara power?..kalau lelakinya macam sohaimi pandang-pandang
atau suker ala-ala lelaki lembut ??


Atau suara perempuannya ala siti atau upin ipin betoi betoi betoi???
Suara tak payah pakai mikropon atau cakap macam dalam kelambu?


Pakaian: pakai purdah , jubah ,free hair ,kebaya sempit atau skirt pendek nampak peha ??


Kemarin hari terakhir IE terlibat denganMC...AC...selepas beberapa siri
( dah ohngap ni…) tetiba terjumpa yang ini…adakah ini yang dikatakan jatuh cinta pandang pertama ??..( giler kau!!!) oppss bukan fall in love lelaki vs perempuan…tetapi PAC ini untuk mencari yang terbaik di kalangan yang terbaik..yang terhebat di kalangan yang hebat dan bijak pandai ni…yang petah bercakap gossip bukan mengumpat . Yang bakal menjadi penyambung warisan.
Memang kerja agak sukar nak dibuat..kalah jadi juri mentor @raja lawak @ ratu kemban. Banyak yang nak ditelek ,ditengok dan diintai..…

masih adakah gadis melayu yang berdandan sebegini ??








Jumaat, 10 Disember 2010

GILA - macam-macam GILA

11.2 peratus orang dewasa dan 20.3 peratus remaja di Malaysia menghidap sakit mental atau GILA….wooooooooo banyaknya….itu belum dicampur tolak darab bahagi yang tak masuk dalam senarai…GILA MACAM-MACAM GILA…



1. Gila buku – cerdik


2. gila bayang – angau


3. gila motor – mat rempit


4. gila makan – boroi gile


5. gila gangdut – pekak bingit


6. gila betina – nafsu senget


7. gila jantan – songsang


8. gila ah long –kaya hutang


9. gila MLM – kayer gila


10. gila fb – berhantu


11. gila dadah – lalok


12. gila botox – cun plastik


13. gila kopi – lembik


14. gila shopping – harga gila


15. gila kuasa – mewah rasuah





p/s : suka baca GILA-GILA

















Jumaat, 22 Mei 2009

Dan Bila Sepi Singgah

Sepi? Ehh ikan emas kesepian? ,pe hal dah jadi ni? ..tak pernah-pernah layan kes macam ni..

Assalamualikum!! ( cakap gaya Apek)…cak cak.boleh tumpang lalu!

Kalau dah namanya manusia waras tentu punyai pelbagai emosi..senyum bila rasa gembira, muram bila rasa sedih,insan biasakan..sesekali rasa sepi menyapa,nak juga menumpang . Aduhai..kenapa sepi? Sunyi?

Kamus Dewan kata kesepian sama maknanya dengan kesunyian, kesaorangan di mana segala yang berlaku di sekelilinginya ketika itu tidaklah dapat menarik hatinya. Habis tu..apa dan kenapa tiada yang dapat menarik hati?

Adui..pernahkah jumpa orang yang sedang dilanda penyakit ini? Mesti mereka merasa tersiksa jiwa .Sakit yang tak boleh dicubit. Rasa tiada kebahagiaan. Muram menyingkapi kehidupan. Puas mencari dan berusaha memahami mengapa kesepian
ini. Ha mesti mereka akan menyalahkan alam sekeliling, orang lain atau apa-apa sajalah sebagai punca kesepian. Dulu ada kawan, lepas kawin kawan sorang-sorang kawan jauhkan diri. Sebok layan suami dan anak sampai tak sempat bergaul. Bila anak dah besar ,berdua-duaan semula,komunikasi pula semakin menjarak.Layan diri sendiri-sendiri.

Helah bela diri?

Idea Sigmund Freud yang mengistilahkan ,manusia memiliki id, ego, dan superego. Ketiga-tiga elemen kejiwaan ini saling kait mengait. Ia wujud dan memotivasikan tingakah laku dan emosi manusia. Selalu terjadi konfik dalam diri sesaorang. Konflik dalaman ini mengakibatkan penderitaan. Inilah konflik jiwa.Timbullah masalah-masalah kejiwaan dan kebatinan.

Sebenarnya kesepian lebih merupakan suatu symptom.Gejala dari suatu keadaan. Kesedihan. Terasa diri hidup kesaorangan. Tersisih, obsesif-kompulsif.Tentu terasa sakitnya. Boleh mengheret kecemasan dan kedukaan. Depresif dan tertekan…hati-hati nanti penyakit mudah hampir. Ini semua berdasarkan kajian sebab akibat antara rasa kesepian dengan berbagai penyakit terutama Jantung!

Apa-apa pun Islam dah kata proses pembelajaran membentuk emosi dan personality manusia.Kerohanian dan Kejiwaan. Hati,roh,nafsu dan akal yang mempengaruhi pemikiran kita.

Allahhuakbar…semakin banyak yang ku tahu semakin kerdil rasanya diri ini. Inilah kesepian yang sedang ku alami.

Sabtu, 9 Mei 2009

Motivasi Gila Kuasa

Situasi semasa dari pemilihan jawatan-jawatan penting dalam pelbagai parti politik ,pelantikan menteri cabinet sampai laa sekarang tengah dok kecoh yg tak habis-abis kat Perak negeriku..daripada aku tulis berkaitan kecelaruan itu ,mai ku tulis apa kaitannya dengan insan bernama MANUSIA ini…dah lama ku tak tulis berkaitan tajuk ini..

Drama pelbagai episode ini telah menimbulkan pelbagai persepsi negatif, prejudis dan pelbagai imaginasi yang mengelirukan telah menimbulkan rasa ketidakselesaan dan ada yang merasa keselamatan mereka terganggu ? Psikologi terganggu?

Fitrahnya ,keperluan manusia meliputi keperluan yang wujud secara semula jadi dan mesti dipenuhi oleh sesaorang dari segi individu, social dan fizikal. Pada asasnya semua manusia perlukan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.,perlukan jaminan keselamatan dan keselesaan psikologi .. keinginan-keinginan lain termasuk menjadi sesaorang yang ‘membanggakan’ !! Kalau boleh dapat jadi model muka depan majalah ‘Time’ …’’ waduh hebatnya si polan tuuu…”

Kat Malaysia ni misalnya manusianya memerlukan makanan asas seperti nasi tetapi dalam masa yang sama kemudiannya mereka akan mencari makanan lain seperti burger, stik, pizza, sushi…Pakaian pada asasnya cukuplah jenis cotton kemudian berkeinginan kain jenis sutera,berjenama ,berkualiti dan fesyen ekslusif..!! ..rumah dari rumah papan nak rumah batu..rumah teres ke banglo yang hebat dgn perabot Itali, landskap hijau yg indah ..ahh dulu jd ahli biasa ,kemudian jd AJK ..ADUN biasa ..kemudian kehendak hati nak jd pemimpin tertinggi pulak !!

Aduhai..apa yang mendorong manusia untuk sesuatu tujuan itu ialah apa yang dinamakan ‘motivasi kehendak’ !!

Kenyataan ini bukan sekadar catatan merepek aku tetapi Abraham Maslow (1954) melalui teorinya menyatakan bahawa Manusia mempunyai pelbagai bentuk kehendak serta dorongan dalaman..motif ini diklasifikasikan oleh Maslow dalam bentuk hierarki 5 peringkat ( Maslow’s Hierarchy of Needs)

Dalam hierarki kehendak Maslow ini menyatakan yang manusia harus memiliki setiap kehendak dan keperluan-keperluan sesaorang individu bermula daripada keperluan asas hinggalah kepada keperluan individualistic seseorang :

Peringkat 1 - Keperluan Asas ( Physiological)

Peringkat 2 – Keperluan Keselamatan ( Safety Needs)

Peringkat 3 – Keperluan Emosi ( Emotional Needs)

Peringkat 4 – Keperluan Perasaan Kendiri ( Esteem Needs)

Peringkat 5 – Keperluan Kesedaran Kendiri (Self Actualization Needs)





Segala keperluan ini wujud sepanjang hayat manusia, tetapi ada berlaku perubahan yang progresif terhadap tahap-tahap keperluan tersebut.Pada permulaannya kehendak fisiologi berada pada tahap yang paling maksimum dan apabila keperluan itu dicapai, barulah keperluan-keperluan lain meningkat satu persatu.. Keinginan manusia semakin lama semakin besar bergantung kepada keperluan hidupnya..Ini berlaku secara automatic…kemudian manusia akan bermotivasi untuk memenuhi keperluan ‘ individualistik’, kemahuan emosi ,rasa ingin dikasih sayang menyayangi ,rasa kepunyaan …ingin menjadi orang terkenal,disanjungi dan dihormati.

Apabila sampai tahap muktamat, keperluan untuk kesempurnaan kendiri berakhir pada peringkat kemuncak, tetapi seperti kata Maslow, hanya segelintir manusia shj yang akan mencapai tahap ini.

Apa kaitannya dengan suasana sekarang?

Cuba tengok sekarang ni..gelagat manusia-manusia yang ‘gilakan kuasa’ tak kira siapa mereka, apa bangsa mereka, apa parti yang mereka anggotai ..mungkin dulu mereka ini hanya sekadar ahli biasa ..kemudian meningkat mahu menjadi AJK Bahagian,jadi calon ADUN …berusaha untuk meningkat kepada yang lebih tinggi …matlamatnya sama..KUASA ! Mereka mengeksplotasi rakyat bagi memenuhi kehendak mereka. Motivasi mendorong mereka utk berusaha memastikan keperluan dan kehendak mereka tercapai, Manusia narkisistik ini menganggap diri mereka ’penting’ dan berusaha mendapatkan ‘perhatian’ dan ‘penghargaan’..Nafsu motivasi untuk memiliki KUASA menguasai diri …

Manusia jenis inilah yang mungkin dianggap oleh Maslow sebagai katarlis yang boleh menghuru harakan Negara...krisis kesejahteraan, keselamatan terancam, ekonomi pun tergugat.

Fikir-fikirkan laa.. "Jangan mahu dikuasai oleh hidup, jadilah orang yang dapat menguasai hidup"

p/s : Wahai rakan warga Malaysia..walau apa bangsa ,budaya dan agamamu.ayuh mari kita sama-sama eratkan ikatan perpaduan bagi menjaga kemerdekaan ini, kita sama-sama bangunkan ia, terus maju dan makmur. Satu Malaysia !!

Jumaat, 13 Mac 2009

PECAYAKAN TUHAN BANTU ATASI STRES


Jumaat, 2009 Mac 06

Percayakan Tuhan bantu atasi stres


TORONTO: Satu kajian baru mendapati percaya kepada Tuhan sebenarnya membantu mengurangkan kebimbangan dan meminimumkan tekanan.Sekumpulan penyelidik dari Universiti Toronto berkata, otak golongan yang percayakan Tuhan dan ateis bekerja dengan cara berbeza apabila berdepan tekanan.


Percayakan Tuhan mempunyai kesan menenangkan pada otak yang membantu ia menghalang kebimbangan dan meminimumkan ketegangan dengan mudah, menurut kajian.Sebagai sebahagian kajian, penyelidik diketuai pakar psikologi, Profesor Michael Inzlicht, melakukan tugasan 'Stroop task' atau ujian kawalan kognitif, ke atas peserta sambil meneliti elektrod yang mengukur aktiviti otak mereka, menurut kenyataan universiti itu.Berbanding ateis, peserta yang kuat pegangan agama menunjukkan aktiviti yang kurang dalam anterior cingulate cortex (ACC) otak. ACC ialah bahagian otak yang membantu mengubah suai tingkah laku dengan memberi isyarat apabila perhatian dan kawalan diperlukan, terutama ketika kejadian yang menerbitkan kebimbangan seperti melakukan kesilapan.


Semakin kukuh pegangan agama dan semakin kukuh kepercayaan kepada Tuhan, semakin kurang ACC dilepaskan sebagai reaksi kepada kesilapan dan semakin kurang kesalahan yang dilakukan."Kami mendapati golongan yang kuat pegangan agama atau sekadar percaya kepada kewujudan Tuhan menunjukkan aktiviti otak yang kurang berkaitan dengan kesilapan mereka. Golongan itu kurang berasa bimbang dan kurang tertekan apabila melakukan kesilapan."Hubung kait ini kekal kukuh walaupun selepas mengawal personaliti dan kemampuan kognitif," kata Inzlicht sambil menambah peserta yang kuat agama tidak banyak melakukan kesilapan dalam tugasan Stroop berbanding golongan ateis. �






Jumaat, 20 Februari 2009

Power of Love







Masih di dalam bulan Februari. Oh ye , Februari dikatakan bulan kasih sayang .Catatan kali ini bukan kerana excited nak meraikan ‘14 Feb’ tetapi nak lari sikit dari scenario isu semasa yang memeningkan !!

Kasih sayang , cinta punya pengertian yang amat luas. Bukankah kasih sayang dan cinta itu sesuatu yang universal !! . CINTA adalah pertalian kasih sayang yang merangkumi aspek spiritual ,emosi ,fizikal , intelektual dan sosial . Ia bererti ada kemahuan,keasyikan,tarikan,kerinduan dan keresahan. CINTA adalah pengorbanan , perkongsian ,kesabaran dan ketaatan.

Ayat Al-Quran “ Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasang supaya kamu mengingati kebesaran Allah “

“ The Theory of Triangular of Love “ oleh Robert J.Sternberg pula menyatakan ia melibatkan ‘ intimacy’ , ‘ passion’ dan ‘ commitment’ .

Sigmund Frued pula berteori bahawa CINTA adalah kemahuan seksual yang terpendam !!

Ada juga orang barat kata CINTA ada 4 jenis iaitu CINTA berahi, CINTA sahabat , CINTA bodoh dan CINTA sempurna , ada pula yang kata ada 8 kategori.


‘ Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap manusia ,ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci,jika ia jatuh pada tanah yang subur ,di sana akan tumbuh kesucian hati,keikhlasan , setia ,budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai terpuji “ – HAMKA

Byrne (1987) menyatakan bahawa pengalaman CINTA itu berubah mengikut masa dan umur..... ( yang ini aku nak cerita episod seterusnya ……………..BERSAMBUNG !! )


“ Ya Allah,jadikanlah aku ini dicintai dalam hati setiap orang yang beriman ,dan jadikanlah aku ini dicintai dalam hati setiap hati semua manusia..”

TANPA
Resah yang ku ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa KAU aku tak mengerti

Meski pagi itu indah
Tapi akan sunyi tanpaMU
Menemani aku sepi

Tanpa...
CintaMU aku resah
Tanpa...
KasihMU aku hampa
Tanpa....

DiriMU aku mati

Kini berat benar kurasakan
Dalam benuk hatiku tanpaMU
Aku tak mengerti

Takut aku jauh dari diriMU
Dan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpa menuggu mati


IE- Signora

Selasa, 3 Februari 2009

IKAN EMAS 2- PERSONALITI

Setiap individu yang lahir di dunia ini mempunyai sifat , sikap ,gaya dan personaliti tersendiri. Personaliti atau sahsiah merupakan cirri-ciri kepribadian sesaorang itu, dan sememangnya mencirikan perbezaan antara individu yang lain. Peronaliti memperihalkan sifat-sifat fizikal , emosi dan kognitif sesorang itu. Begitu ramai pakar-pakar psikologi yang mengkaji mengenai personaliti manusia ini , antara yang terkenal ialah Sigmund Frued, Carl Jung , Alfred Alder , Carl Roger , Albert Bandura , Abraham Maslow . B.F Skinner ….dan banyak lagi .
1. Kajian mengenai bulan dan sikap yang dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah menyatakan bahawa individu yang lahir pada bulan APRIL adalah :-

• Sangat aktif dan dinamik.
• Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
• Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
• Punya daya mental yang sangat kuat.
• Suka diberi perhatian.
• Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
• Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
• Sangat berani dan tiada perasaan takut.
• Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
• Emosi cepat terusik.
• Cuba kawal perasaan.
• Kecenderungan bersifat pendendam.
• Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
• Kuat daya ingatan.
• Gerak hati yang sangat kuat.
• Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
• Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
• Sangat cemburu dan terlalu cemburu

2. TEORI RIASEC (SDS) HOLLAND

Menurut Holland ( 1973, 1978, 1985) , setiap individu akan menyerupai salah satu daripada enam jenis personaliti yang asas .Semakin hampir sesaorang itu menyerupai sesuatu jenis personaliti , maka semakin besar kebarangkalian ia akan menunjukkan tingkah laku dan ciri-ciri yang berkaitan dengan jenis tersebut. Ciri-ciri ini melibatkan enam jenis persekitaran dan enam jenis ciri-ciri pekerjaan. Enam ciri personality menurut Holland ialah REALISTIC ® , INVESTIGATIF (I), ARTISTIK (A), SOSIAL (S), ENTREPRISING(E), dan CONVENTIONAL(C).

Menurut ujian personaliti Holland , hasil ujian mendapati bahawa IKAN EMAS mempunyai ciri-ciri personaliti SOSIAL (S) . Menurut Holland individu yang mempunyai personaliti SOSIAL mempunyai ciri-ciri persnoaliti , persekitaran dan bidang perkerjaan yang kongruen sebagaimana berikut :-

i) Ciri-Ciri Personaliti S
- bertanggungjawab , suka bersosial , berinteraksi,suka membantu,baik hati, murah hati, empati, suka berkerjasama, peramah, pemimpin yang baik, suka membuat kebajikan kepada orang lain tanpa mengharap ganjaran.
- Katanya lagi, individu ydari personaliti ini cekap dan mahir menggunakan kata-kata dan berkomunikasi dengan orang lain. Pandai memainkan peranan membantu, menyembuh dan memberi ilham.Cekap dalam hubungan kemanusiaan dan pendidikan.

ii) Kehidupan dan Persekitaran S

- Peluang untuk memanipulasi, mendidik , membantu orang lain
- Gunakan amalam bercorak sosial dan kebajikan
- Pengaruh sosial , dan kemanusiaan
- Perlu kepada pergaulan dan komunikasi dengan orang lain.

iii) Pekerjaan Sosial

- Kaunselor, Pegawai Kebajikan , Wartawan, Pegawai Penerangan , Guru, Sukarelawan, Pengacara , Pegawai Perhubungan Awam, Diplomat, Pensyarah ...dll yang berkaitan dengan sosial.

p/s : jawapannya agak selaras , Ikan Emas berada dalam senarai ini.