Rabu, 25 Ogos 2010

eNTRI hARI kE 15 pUASa ...mARI kITA bERGUrINdAM PuLAK !!

Hi...mari layan ini dulu.....
katanya puasa
nak dapat banyak pahala
buat ibadat di mana saja
namun mulut masih mengata
hasad dengki berapi membara
lupa azab api neraka


katanya puasa
setan iblis semua ditambat
nafsu manusia yang susah disekat
bayi dibuang merata tempat
elok direjam dan disebat
ramadhan ni eloklah kita bertaubat !!
( laa...macam dah pernah baca ni..ek kan IE punyer komen kat blog AL ???)
SILA TERUSKAN MEMBACA YANG SETERUSNYA !!!

***********************************************************

bulan Ramadhan bulan mulia
semua orang pun tahu tapi saja buat-buat tak tahu
sebab iman nipis hati bersalut palsu
yang berpura tak dapat mengawal nafsu
puasa hanya lapar dahaga dan lesu
taunya bersembang dan tidur mengisi waktu

Bulan Ramadhan tiga puluh hari
Ibadatnya diganda beribu-ribu kali
Quran menenami menyuci hati
Banyakkan Sedekah tanda berbudi
Rugilah siapa yang tak ambil peduli
Disebab asyik leka dengan buku resepi
Menu berbuka sentiasa menggoda diri
Berbelanja besar menunjuk diri
Bawa awek shopping sana sini
Sampai berhutang besar dengan koperasi
Bila dah sesah baru ingatkan anak isteri !


Bulan Ramadahan bulan orang berniaga
Ramai usahawan tua dan muda
Mencari duit sebab nak kaya
Sampai lupa waktu sembahyang dan puasa
Pembeli juga tak kurang yang leka
Katanya ekonomi meleset sedunia
Marah sebab harga barang naik termasuk gula
Tapi sebok juga membeli belah tak tentu hala
Semua diborong konon untuk keluarga dan mertua
Akhirnya diri sendiri yang hampir papa
Sape nak tolong awak sendiri yang cari bala !


Indahnya Lailatulkqadar di penghujung Ramadhan
Malam kebajikan, keberkatan dan keampunan
Meriah pula dengan bulan kemerdekaan
Doa ,wirid , zikir dan baca Quran dibanyakkan
Melimpahruah sedekah dan sumbangan
Ingatlah Zakat wajib ditunaikan
Pintu syurga terbuka luas ,indah dan nyaman

Namun masih ada yang mencari neraka jahanam
Membuat maksiat tak kira siang dan malam
Konon merdeka tapi jiwa dan minda masih terbenam
Moga mereka mendapat taufik hidayah lupakan yang silam
Insan bertaubat Allah tetap beri keampunan !!













27 ulasan:

al-lavendari berkata...

salam.

pandai awak bersyair. penuh makna dan cantik susunan bahasanya. kalau saya, mahu sehari semalam mengarangnya tu. syabas.

Pok Li berkata...

kueh dah naik harga RM2.00 5 biji. Selalu beli dua biji aje.

ikan emas berkata...

En AL,

t.kasih !
ni idea belasah je,
nk tulis bab puasa tentu jd hikayat bermuka-muka surat kan..
so,buat mcm ni je laa...hrp2 tuhan terus melimpahkan idea-idea yg lebih baik..

ikan emas berkata...

PokLi,

selamat berpuasa..
kek Somban ni lg dasat..walau harga mahal n rasanya plk ntah apa-apa, tp bila ditanya kat peniaga tu hebat jg bisnes mereka.?

p/s : buka makan nasik

Abd Razak berkata...

Salam...

Moga puasa kita dapat menjaga kita dari perkara-perkara yang dibenci atau dicela, serta perkara-perkara yang dapat menyibukkan dan melupakan hati dari berzikir kepada Allah.

hentakbelipat berkata...

insyaallah ..rmadhan kali ni jadi yang terbaek

Relevan berkata...

Pertengahan Ramadan semakin mengoda keadaan..InsyaAllah dapat ku teruskan..

ikan emas berkata...

SDR RAZAK,

HAJAT HATI BULAN PUASA NI NK FOKUS DGN IBADAT ..NMPAKNYA MSH TETAP SIBUK DGN AKTIVITI SYMP..MOUDAH-MUDAHAN ITU PUN DIIKTIRAF SEBAGAI IBADAH

ikan emas berkata...

HENTAKLIPAT,

MEMULA T.KASIH SB BERKUNJUNG KE KOLAM NI..

HEBAT AWAK PUNYA BLOG YAA!!

ikan emas berkata...

MR RELEVAN,

1

TANDA RAYA DAH MAKIN DEKAT YG KE 11...

KENA JUMPA PAK RIMAU..SB NAK TUKAR NOTE ...TGH KIRA BRAPE ORG ANAK BUAH

sahromnasrudin berkata...

salam..cantik tatabahasanya..comel susun galurnya dan jelita cara penceritaannya...syabas dari saya :-)
p/s: sib bek surau saudari itu dah dibaiki kan..rupanya budak2 nakal aje..tak pasal2, jadik isu perkauman..mintak JAINS buh pagar la...

ikan emas berkata...

ROM,

SY TAK TERAWIH KAT SITU..

UTK MAKLUMAN YAB MBNS MMG DAH BG RM35,000 UTK BUEK PAGAR SURAU TUUU...( BKN SB KES KEMARIN TUU)

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

makan dalam kak

Yunus Badawi berkata...

Salam IE,
Pandai sungguh awak bersyair dan bergurindam. Kalau abg AL ambil sehari semalam nak karang yg mcm ni. Kalau saya seminggu pun tak siap huhuhu.

ikan emas berkata...

brutal,

nk tulis hikayat pjg bonar kesah bulan puasa

so, kiter karang mcm ni kan sonang gitu

ikan emas berkata...

YB,

kekadang ilham dtg mencurah-curah

tp bila block...


adoiiiii..

tolong...

ni la cabaran kalau keje tulis-tulis ni

sonata anak kancil berkata...

puisi puitis...saya boleh berpantun aje..

Makbonda berkata...

salam Ani,dah jenguk blogni tapi belum sempat komen,wah berbakatlah kawan lama saya ni.....teruskan menulis.

ikan emas berkata...

anak kecil,

budak-budak naik perahu
setakat pantun 2 kerat sy pun tahu!!



hehehe

ikan emas berkata...

MAKBONDA,

T.KASIH..
JENGUK-JENGUK LA LAGI

IMANSHAH berkata...

kak ikan....gurindam ni memang sesuai kalau hantar masuk surat khabar...cantik bahasanya, tajam sindirannya, banyak pengajarannya, dan teguh jati diri penulisnya!!!

en_me berkata...

gurindam yg indah bahasanya.. salamm

ikan emas berkata...

iman,

t.kasih..

nanti akak masukkan yer..
tgh pilih suratkhabar mana

ikan emas berkata...

en_me

indah dibaca

kena juga tafsirkan di hati

Unknown berkata...

Salam,
Hebat IE bergurindam ! Nampak macam bersahaja dan berjenaka tetapi penuh dengan nasihat dan peringatan. Terima kasih IE

ikan emas berkata...

Dato LF,

terima kasih..
kekadang kita ni kalau nasihat secara direct tak faham-faham, kena bahasa kias ,berbunga-bunga dan sindiran mungkin baru faham kot.

ni bersemangat nak buat lagi ...
silalah rajin berkunjung ke sini walaupun tuan rumah ni asyik tenggelam timbul

nobet berkata...

replica bags joy replica bags near me replica bags china free shipping