Horey !!! horey !!! horey!!!
Wahai cikgu-cikgu..anda memang istimewa.
Penjawat awam yang lain dalam gred yang sama tak boleh nak aktif berpolitik…tuan/puan boleh pilih nak masuk parti apa, nak pegang jawatan kechik jawatan tinggi.Nak pergi ke bulan ke,ke bintang ke, nak naik roket ke, nak sukat guna dacing ke, mata lanun ke daun padi bagai…susah-susah kita guna payung aje …pilih saja mana yang suka !!
Wah meriah nanti dalam bilik guru macam-macam kaler ada …macam-macam ceramah ada , macam-macam kempen ada !
Dalam kelas cikgu mendidik..ajarlah subjek sejarah supaya anak murid ingat susah senang,sedar asal susul...., ajar bab perlembagaan supaya mereka ada jati diri.., didik dengan agama supaya mereka beriman.. .ajar matematik supaya anak murid pandai mengira berapa tahun dah negara ni merdeka dan supaya mereka tau mengira berapa undi yang boleh mereka tolong kempen.. ..Negara ni demokrasi ..cukup umur suruh anak murid mengundi..
Haa…bila dah pegang jawatan nanti jangan lak guna kuasa..
campurkan tangan kaki dalam pentadbiran sekolah !!
Bos –bos besar nampaknya kena menambah kaki- tangan-mata-telinga untuk memastikan bahawa cikgu –cikgu ni benar-benar profesional..berintergiti, displin…mana tau dok asyik mengekori ketua sampai lupa jalan ke sekolah , sesat jalan ke kelas..…
tambah-tambah musim kempen G7 ni !!
Politik dulu lain, sekarang lain…anak murid dulu lain, sekarang lain…bapa murid dulu lain ,sekarang dah lain..sistem pendidikan dulu lain, sekarang lain…
Ada pernah dengar ke bos besar kena kes tatatertib sebab langgar Peraturan 21(2) ni ??
Agaknya penjawat awam yang lain tak menyumbang khidmat kepada masyarakat ke ? tak menjana minda dan pembangunan negara ke ?
Siswatua pulak pun ada minat ???
22 ulasan:
saya dah berangan nak ganti datuk najib
terbaru dari saya : apa citer ?
CKG cT
wah !!!
nanti asyik meeting sana meeting sini...ramai yang menangis bila cikgu ganti najib ?
eh najib yang mana ni ?
ada ramai najib !
mengajar pun tak habis2, toksahlah nak main politik..huhu
mari kita tengok sapa yang keenaaaaa!!!
Salam...
Kalau cikgu dah berpolitik, pelajar lak berkempen..
Assalamualaikum wbt
Ala itu hanya retorik saja! Apa2 pun, kena buat permohnan dahulu kpd KSU samaada boleh atau tidak. Tidaklah semudah itu spt yg dibenarkan, apa2 pun kita mesti mengetahui agenda disebalik kebenaran ini.
Pulun ..jgn tak pulun..wahai cikgu2 semua...
haaa..untung sabut timbul..untung cikgu silap2 kena pi mengajaq dalam kawasan dasar pendalaman sarawak lah...hhee
hmmm ghitewww..
cikguiman,
walau kelas tak abis-abis..skill politik mengajar pun penting juga..!
Iz,
kita tgk cikgu!Z yg kenaaaa ...!!
( yg kena hijau ke biru ????
mengah nak naik gunung !!!!
Saudara razak,
elok juga murid diajar cara-cara berkempen...strategi bagaimana nak memenangi vs memerangi hati..bukan setakat dalam menentukn pemilihan ketua darjah malah ketua negara jg..
mereka kempen untuk siapa??
tajnur,
kumpulan sokongan yg dibenrakan berpolitik skrg pun kena kelulusan KSU jg tetapi berapa ramai daripada mereka yg benar-benar membuat permohonan ...atau berapa ramai pulak daripada mereka yg diambil tindakan kerana tidak mengemukakan permohonan/mendapat kelulusan ??
tak caya ???...kita tanya en AL
salam...pengetua suruh jadi ketua program anak angkat, dia plak jadi ketua cawangan..pengetua suruh chair mesyuarat program trek pantas, dia chair mesyuarat cawangan kat dewan skolah hahahahahah
lana_bulu
alaa...
bukan cikgu aje yg kena jauh di hujung sana...
kiter-kiter ni pun sama juga ...tak heboh pun !!
en-me,
...harap mereka tak salah gunakan kuasa ( kalau ada la...kot perasan aje !!
shahrom,
ekk...ada kes ke ??
Terimakasih kerana menjadi "Followers" di blog Tendang Terajang. Blog anda telah saya senaraikan di dalam Blog Followers 2 saya.
Selamat berblog dan selamat berziarah di antara kita.
Aku yang bingai
Layakkah Mahasiswa Mengundi di Tendang Terajang
boleh sampai bertanding pilihanraya ke mereka?
Mr Bingai,
tkasih jg..
DrSinga,
kita pun boleh bertanding PR kalau dicalonkan !!!
keh keh keh
kera... jaan nak menambahkan sokongan
ceh takpernah nak jujur
cikgu pulak sedia jadi kuda kena tunggang
ada terbaca gak pasal ni kat paper sinar. tapi dah confirm ke?.. karang cikgu² dh ligat berpolitik, skali kena cekup cz perlembagaan belum dipinda lagi. dah tak pasal² teraniaya plak. :)
http://wanshah87.blogspot.com
Catat Ulasan