Isnin, 26 April 2010

Nak Pegi TEMUDUGA ???- Sini Ada TIPS


Kring! Kring! kring!...(.dah 3 x ,mesti angkat, jangan tak angkat..)


"Iyer, Cik Ikan Emas yang cakap ni..."

‘Pn, tolonglah saya ni… .."

Kring ! kring! Kring!

"Cik Ikan Emas, nak jumpa laa…"


"Cik Puan ikan Emas , tolonglah anak saya ni….."


"Akak Ikan Emas, bagi la tips.."


"Cik Ikan Emas, pastikanlah anak buah den ni dapek yooo !!!...."

ayooo ayooo ayooo !!!!

“ Kalaulah IE ada benda ajaib macam doreamon tu…dah lama teman bagi dema ni apa yang dia org nakk…senang den tak payah fikir n buat ayat !!
Pepe pun …dek kerana dah pernah tulis fasal benda ni, jadi kira kopi ni dibancuh semula laaa…nak link aje tp fikir nanti byk koje pulak si tukang baca…)

Catatan ni dah ditulis setahun yang lalu…kira masih relevan lagi.


**********************************************************
Jumaat, 2009 Mac 20

SUATU PENCARIAN

Cerita 1 :


Kelmarin ada lagi berita yang menyatakan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melaporkan bahawa terdapat 46,000 kekosongan jawatan di dalam perkhidmatan awam. Ini kekosngan jawatan yang diisi menerusi SPA ,belum lagi melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran , Polis dan tentera ,badan berkanun dll yang menguruskan pengisian jawatan sendiri. Sepanjang beberapa bulan ini setiap hari ada sahaja berita yang berkaitan dengan situasi dan krisis ekonomi dunia yang tempiasnya turut sama dirasai oleh rakyat Malaysia .


Di laporkan dijangka berpuluh-lupuh ribu akan kehilangan pekerjaan. Malah di Negeri Sembilan sendiri sehingga bulan ini hampir 2,000 orang telah disenaraikan kehilangan pekerjaan. Kalau tak behenti kerja pun kebanyakan kilang sekarang hanya bekerja 4 hari seminggu… Kerajaan sentiasa prihatin dan melakukan banyak inisiatif untuk membantu bukan sahaja yang kehilangan pekerjaan tetapi juga penganggur sedia ada. Rujuk Bajet Mini 2009.


Cerita 2:


Minggu depan IE sekali lagi akan bergerak menjelajahi beberapa negeri untuk menjejaki dan mencari calon-calon yang layak untuk mewarisi generasi yang akan meneruskan perjuangan kami di sebuah jabatan kerajaan yang berusia lebih 60 tahun ini. Yang IE nak cerita di sini bukan kisah perjalanan ini tetapi memberi panduan atau TIPS kepada yang memerlukan.


Tulisan ini bukan diambil atau IE copy dari mana-mana artikel tetapi berdasarkan pengalaman yang dikutip sendiri semasa mengendalikan atau menjadi panel temuduga untuk mengisi jawatan-jawatan di tempat IE cari makan. Kaedah pengambilan pekerja dan sesi temuduga bagi jabatan kerajaan atau agensi swasta mungkin sama atau mungkin berbeza. Dalam suasana sekarang ditambah dengan desakan dan permintaan tinggi SPA berusaha untuk mempercepatkan proses pengambilan ini . Dan tanpa banyak birokrasi. Lebih 80,000 permohonan telah diterima oleh SPA .Ini bermakna pemohon mempunyai saingan yang cukup hebat. Adakah ini melemahkan pemohon ??


Analisa yang IE buat bagi jawatan Pen.Pegawai Siasatan P29 sebanyak 19,526 pemohonan diterima , hanya 5,750 orang dipanggil temuduga ( 29%) bagi mengisi kekosongan sebanyak 180 jawatan ( 3%) dan simpanan sebanyak 5.7% . Persaingan AMAT tinggi dan peluang untuk berjaya adalah tipis . Walaubagaimanapun ini bukan bermakna GAGAL. ( Ehhh cepatlaa , kata nak bagi tips , mana dia …asyik membebel pulak makchik nie )


Mudahkan cerita mari kita bayangkan yang kita telah dipanggil temuduga ( maknanya kita dah isi lah permohonan tersebut kan >>. Iya laa sekarang ni SPA suruh isi online jer tau !!!). Apa saya nak buat selepas dapat surat ni ? ( atau dah layari web SPA … )


1. Bacalah betul-betul surat tu , tengok tarikh , tempat dan apa jawatan yang nak ditemuduga tuu… ( kalau boleh hebohkan satu kampong !!)


2. Dah baca… siapkan semua yang dikehendaki , - buat fail yang cantik , molek dan kemas ( tak perlu nak design kartun ) .Isikan dan susun semua sijil , surat beranak ke sijil akademik atau apa sahaja laa sijil yang dah dikumpul bertahun-tahun tuu…ala macam sijil masuk futsal , PLKN, pertandingan menari /drama , kawat kaki ke , pergi kem motiivasi ke ,jadi Ketua MPP ke, Pelapes ke . pengerusi kelab ke?..atau dalam konteks IE nak cari kelebihan macam kaki DEBAT , PIDATO , PENULIS ,MEREKA….. ( Panel bila tengok fail cantik,kemas dan bersih , tu pun dah sejukkan hati , dah dapat bayangkan bagaimana imej atau personality calon ini)


3. Jangan lupa pulak sijil-sijil tu diPHOTOSTAT sebab salinan ini akan diambil oleh panel temuduga ..


4. Kalau ada hasil kerja ( contohnya design atau rekaan atau bahan-bahan karya penulisan yang pernah dihasilkan atau pernah terima anugerah ..bawa sekali .


5. Kat surat SPA tu dah suruh buat CV/RESUME ringkas . Walaupun ringkas buat la elok sikit , maklumat yang lengkap tapi tak perlu la buat macam nak masuk AF pulak. Ini pun akan diambil oleh panel nanti.


6. Kepada calon yang dah bekerja ( jabatan kerajaan ) jangan lupa minta Ketua Jabatan kemukakan salinan laporan penilaian prestasi..


7. Seterusnya kalau rasa nak beli baju baru ke , seluar baru ke , kasut baru ke ...boleh la, Itu pun kalau ada sponsor ,kalau yang ada pun cukup makan jangan bimbang nanti pakai je la yang sedia ada. Kalau nak pinjam tie ( atau belajar pasang) cepat-cepat cari siapa yang boleh sponsor..


8. Menjelang tempoh tarikh nak sampai , seboleh-bolehnya sengkangkan masa melawat-lawat laman web atau fb jabatan berkenaan ...(jangan asyik dok jenguk web ntah apa-apa ….atau pergi jenguk-jenguk kat pejabat yang terdekat .Jadilah pelanggan mereka , tengok apa yang dia orang buat , ramah-ramah la untuk bertanya. Bukan setakat tanya apa jenis atau apa sebenarnya DISKREPSI TUGAS/JAWATAN yang dipohon tetapi juga LATAR BELAKANG ,FUNGSI DAN PERANAN JABATAN/KEMENTERIAN berkenaan.


9. Ada orang kata nak dapat kerja ni mesti ada ’kabel besar’ atau ’orang dalam’, pedulikan kata-kata ini ...anggap DIRI KITA SENDIRI adalah kabel besar itu .. Dah siap semuanya ..bersedialah menghadapi hari sebenar...... ccheng cheng cheng !!!


10. Malam sebelum pagi temuduga tu , tidurlah awal , relaxkan minda ,berdoa ...Sesi temuduga biasanya bermula jam 8.00 pagi , jadi bangun pagi dengan cergas , siap kemas-kemas dan bersih , semburlah minyak wangi ( jenama apa ye ?? ) tak kisahlah apa pun janji sedap dan harum !! (wow !! one drop perfume)


Bagi lelaki elok pakai baju lengan panjang dan ehh jangan lupa pakai stokin ( jangan sesekali pakai jeans atau t-shirt , nampak beno brutal dan serabut ..) atau pakai pakaian yang sopan bagi perempuan ( ada juga kes yang terlajak...hai entah laa.. )


11. Tempat temuduga jauh ke ?...kalau dah tau jauh siap awal –awal ,atau tumpang la mana-mana kawan atau sedara mara.


12. Siapa calon yang sampai awal terus daftar ,ambil tempat duduk dan rehatkan diri ...dah minum ke belum ??? nanti berbunyi pulak perut tuu..kalau pengsan siapa nak bantu ?


Wah..semangat betul nak temuduga nie...
hai kenapa laa lambat sangat ni, bila nak mula ,
nampaknyacalon lain ni hebat-hebat , lebih handsome ,lebih macho.lebih cantik ,lebih bergaya , cakap mereka pun confiden jer ..tinggi diri pulak tu , ada yang kata mereka ada CGPA 3.5 ke atas , ada pulak yang kata mereka ada kabel , orang dalam ,sedara mara orang besar-besar.. kata mereka dah banyak pengalaman ditemuduga ,dah baca banyak buku dan pergi kursus khas menghadapi temuduga ..


13. Apakah agaknya yang akan disoal ??


Biasanya panel temuduga terdiri daripada dua orang ahli , di mana salah seorangnya ialah ahli SPA dan seorang lagi wakil dari jabatan berkenaan . Skop soalan biasanya pengetahuan am , kenegaraan , bidang tugas jawatan yang dipohon , latar belakang jabatan/kementerian dan isu-isu semasa. ( contohnya ???) Macam ni laa..pengetahuan am tu termasuk lah sejarah negara , bendera , Rukun Negara,Sistem Pentadbiran ,pemerintahan atau apa sahaja yang hari-hari kita lalui ( yang sepatutnya semua Warganegara Malaysia tau ) . Apa dasar-dasar kerajaan yang telah dan sedang dilaksanakan , contohnya Dasar Kebudayaan , Intergrasi Nasional , Intergiti Nasional ,Dasar Perindustrian ,apa kempen yang kerajaan sedang laksanakan dll. Senario dan isu-isu semasa juga soalan lazim , contohnya calon seboleh-bolehnya jangan lupa baca surat khabar hari itu.. Calon yang ketinggalan berita semasa akan terperangkap dan menunjukkan seolah-olah mereka ketinggalan ..contoh isu semasa sekarang .. Bajet mini , mungkin juga perkembangan politik dll..


Sekiranya calon memohon jawatan sebagai Pegawai Imigresen bermakna calon –calon akan ditanya mengenai tugasan jawatan berkenaan. Apa tugas jawatan/tugas ini , apa yang kita perlu tahu mengenai jabatan berkenaan , ada tak tau pun Imigrsen buat kerja apa ,letak kat kementerian mana?


Biasanya soalan atau sesi temuduga akan bermula dengan sesi perkenalan. ( sebenarnya ini lah masa untuk menenangkan fikiran dan bagi calon masa untuk merelaxkan dan selesakan diri ) .Calon akan dikehendaki memperkenalkan diri dan cerita mengenai latarbelakang ..( jangan lebih-lebih pulak , takut nanti terperangkap dengan provokasi ahli panel ).Ceritakan mengenai diri , keluarga ,pendidikan , kemahiran , kegemaran atau dah ada pengalaman bekerja...( jangan perasan pulak !!


Kenapa anda memohon jawatan ini ?
haa...apa nak jawap ni? ..kerana minat ?,kelayakan , mak suruh atau tak sengaja terisi jawatan ini masa isi borang SPA tuu.. Penemuduga wakil jabatan juga akan menyoal soalan-soalan yang lebih khusus dan teknikal yang ada kaitan dengan jawatan yang hendak diambil. Iya laa..ada banyak klasifikasi dan bidang dalam perkhidmatan awam ini , dari pentadbiran, ekonomi, sosial , kejuruteraan ,keselamatan ,bakat dan seni dan berbagai lagi.


Dalam kes yg Ikan Emas dok cari ni mestilah pandai cakap-cakap ,suara power ( tapi bukan berleter atau mengumpat...pot pet pot pet.. ),terer menulis ( bukan tulis surat cinta atau surat layang…..) dan kuat berjalan-jalan,berenang-berenang mendaki gunung, meredah hutan ,laut,( bukan setakat tau nak skodeng jer…)...


Selain daripada itu , satu lagi tips yang amat PENTING ialah ... calon kena bersedia untuk menjawap soalan begini ”

Apa kelebihan anda berbanding calon lain ? ” .

Semua calon yang dipanggil adalah berkebolehan , oleh itu calon mesti memberi asas , fakta dan alasan-alasan yang menyakinkan. Jawapan biasa tentunya calon akan menjawab begini saya seorang yang jujur, sanggup kerja bila-bila dan di mana , komited ,rajin .......) .Pada IE ini jawapan common , apa kata calon beri jawapan yang lebih kritis , tahap fikiran menjangkau masa depan, berinisiatif mencabar minda dan lain dari yang lain TETAPI MENYAKINKAN . Mungkin calon akan ditanya mengenai PANDANGAN DAN PENDAPAT atau ANALISA terhadap sesuatu isu ?

Bagaimana nak jawap soalan begini ? Calon harus jujur , terbuka dan lahirkan idea bernas yang menyakinkan tetapi ingat tau jangan terlalu ghairah sampai tak dapat MENGAWAL EMOSI pulak. INGAT .. !! sepanjang tempoh sesi ini , calon mesti JUJUR , jangan terlalu ego , berpura-pura untuk menunjukkan kehebatan , RELAX dan SELESA ( maknanya jangan gelabah ,dan jangan terlalu merayu ..atau nak manja-manja ....AWWW, ).ANDA MESTI MENJADI DIRI ANDA SENDIRI.


14. Bagaimana nak ambil hati atau perhatian ahli panel ??

Asssalamualaikum !! wah panel pun senyum tengok calon masuk ni..ada aura !! . Senyuman dan salam serta muka penuh ceria turut MENCERIAKAN hati ahli panel. Masa perbualan berlangsung , anggap sahaja sesi tersebut dalam suasana sesi bertukar-tukar pendapat dan ilmu,santai ,beri tumpuan kepada kedua-dua ahli panel. Calon boleh menunjukkan kelebihan atau meninggi diri atau nak ’protes’ pandangan ahli panel tetapi bahayanya ia hanya akan memakan diri...baik berhati-hati dengan menyusun ayat yang sopan. Semasa bercakap tu , bercakaplah secara biasa , tetapi janganlah macam bercakap dalam kelambu” .. butir ayat tu biarlah teratur dan jelas serta mudah difahami. Buat macam sesi sembang-sembang biasa ,jawab dalam keadaan perlahan-lahan dan dalam fikiran yang tenang ( jangan gopoh gapah..Cuma janganlah cakap macam dengan kekawan pulak !! Lu gua. Meriah dengan gelak ketawa pulak ... )


Gementar ?

Satu lagi , yang biasa calon buat >>> semasa sesi tu , macam-macam gaya dan aksi . Ini dilakukan semata-mata untuk menghilangkan rasa gemuruh mereka. Jangan lah ada yang asyik cuit hidung , betulkan tepi tudung , gulung baju atau goyang-goyangkan kaki macam kat kelab pulak dahhh.. Malah ada juga yang menangis , senyap sunyi tak bercakap atau lansung tak masuk bilik temuduga....( kesiaaaaan.... Sebenarnya semua manusia waras mempunyai perasaan ini. Siti Nurhaliza, M.Nasir atau Ahli Parlimen yang petah berpidato dan berhujah itu pun pernah mengalami situasi ini. Maknanya kalau anda pun mengalami perasaan ini bermakna anda MANUSIA WARAS !!Cuma pandai-pandai la nak menyembunyikannya. Macam ne nak hilangkan rasa begini ... Tengok muka ahli panel ni ( jangan takut sekarang ni ahli panel mukanya semuanya CERIA , MANIS , SENYUM dan penuh KASIH SAYANG dan ada PERASAAN INGIN MEMBANTU ). Ada juga calon yang dok asyik pandang ke atas jer..ai ci kak !! ada cicak ke ? atau ada ilham atau idea tertulis kat atas tu...jangan lupa penemuduga ada kat depan , fokuskan kepada mereka.


Kalau tak tahu jawapannya bagaimana ???
Tak mengapa , jawapan betul@ salah bukan kepentingan utama tetapi bagaimana kejujuran anda menjawab soalan tersebut yang penting. Elok beritahu dan berterus terang tetapi ingat cara anda menjawab tu biarlah menunjukkan bahawa anda benar-benar ingin tahu juga jawapan sebenarnya. Jangan sambil lewa.. Bagaimana kalau berbohong ? Ha...ramai yang dah terkantoi bila menggunakan taktik ini. Ada yang berbohong stataus perkahwinan , dah kerja bagitau menganggur , ada ijazah tapi apply jawatan SPM dan macam-macam lagi. Jangan lupa penemuduga biasanya oarang yang memiliki ilmu psikologi. Mereka tahu membaca dan menilai ciri-ciri orang yang berbohong.Oleh itu jangan ego, sombon walaupun terlalu meninggi diri..walaupun kadangkala kena tonjolkan diri !! Awas jangan terkantoi !!!


Penemu duga ni garang ke??
Di sinilah penemu duga akan gunakan skillnya..mungkin akan guna ala Gestalt ke yang lebih direct n provokasi,mungkin cara Rogers atau lebih humanistik..pokoknya IE yakin,panel sekarang baik hati dan lebih terbuka....Ikan Emas memang baik hati !!!


15. Calon Sedang Bekerja
Anda punya kelebihan dari segi pengalaman.Tak kiralah kerja di agensi yang sama, swasta atau kerja sendiri…Bersedialah dengan sesi soal jawap berkenaan bidang kerja sekarng,mungkin ia memberi kelebihan kepada anda…Fikirkan positif, jangan hentam majikan sekarang,keseronokan kerja sekarang menunjukkan bahawa anda seorang pekerja yang baik..

16. Haii...bila nak tamat niii...

dah macam-macam rasa .Nak terkuncil pun ada .Biarkan panel penemuduga yang menamatkan sesi tersebut. Opps jangan lupa ucapkan terima kasih. ..dan lagi satu macamkata Pengkritik program Raja Lawak tuu , teruskan ’acting’ sehingga habis sesi temuduga sebenar .... ( mana lah tau ada yang sampai melompat tembus ke silling tak sempat habis lagi sesi tu !!!)


….Yang penting, amalkan doa supaya dilancar dan dipermudahkan segala urusan dan bertawakkallah. Insyaallah !!!

#Tambahan ;

Senario dan isu semasa – seperti 1Malaysia,MEB, GTP,NKRA..APCO,PRK HS dan Sibu…Kempen Kami Prihatin…....

# harap catatan ini berguna .....Semoga Berjaya !!!



...rasa macam nak pencen lak...

Sabtu, 24 April 2010

BuKan APa-aPa...SaJa SaJa

rELax dI pEtaNG SaBTu...


pernah dengan promo ini?
bukan kata
tapi berkata-kata


....Mi kita RElAxKan MiNDa..


bukan baru
hanya baru-baru
***
bukan suka
tapi suka-suka
***
bukan hati
hanya hati-hati
***
bukan curi
tapi curi-curi
***
bukan main
saja main-main
***
bukan gila
memang sah gila-gila !!!



.........


Khamis, 22 April 2010

Kalau Waras...Pilih Ya ATau TiDak

Kenapa BN mesti menang di hulu Selangor??
sebab YA atau TIDAK perkara kat bawah nii
Ayat stereotaip , standard tapi tak ikut piawaian…

  1. meneruskan momentum BN selepas menang di PD
  2. hapuslah segala tsunami politik badai 2008
  3. Dato Najib memang PM hebat walau baru lepas pantang 1tahun
  4. Hilang lagi 1 kerusi PR di parlimen
  5. Bagi sapu semua kerusi Parlimen dan DUN di kawasan HS.
  6. Sgor, Penang, Kedah tak aman di bawah PR…Perak huru hara dek kerana PR punya hal..
  7. PR memang rapuh ….tidur tak sebantal, mimpi tak tau apa
  8. Dulu PR menang bukan sebab PKR tp calonnya bekas UMNO
  9. Lepas ni kebumikan PKR
  10. di HS laaa contoh reality 1Malaysia…..Rakyat didahulukan..
  11. 1Malaysia bukan Israel punya. APCO oh APCO !!
  12. Malaysia tak tunduk kat US , tp Najib yg jumpa Obama ( awak jumpa sape ??)
  13. Rakyat berangan nak jadi kaya dengan MEB
  14. BN banyak duit segera , projek segera
  15. MIC masih sayangkan Dato Samy
  16. MCA relevan sebagai parti skandal
  17. UMNO memang suka mengalah…tak pa laaa
  18. SPR betoi bila tetiba pindahkan 14,000 pengundi kat tempat lain…
  19. Nama calon memang serasi dgn kempen semasa.Kamal…ALAN…nATHAN
  20. boleh bagi buku Guinness kat DSAI sb pembelit putar alam sedunia
  21. Musim orang politik kechik nak glamer..bgtau nak keluar parti n sokong parti 1M …dapatlaa keluar kat tv….la la la la laa
  22. Ayat “ saya tidak dibeli,dan tidak menerima apa-apa habuan “ tiada apa-apa makna pun !!
  23. Banyak senjata tak laku sebab senjata mulut paling berbisa
  24. Cerita hal-hal peribadi orang tak berdosa pun…eh tepuk dulang paku serpih
  25. Nak tunaikan janji lama…dulu terlupa
  26. …….dannn tambah koleksi buat janji baru
  27. Orang Felda memang legasi Tun Razak sayang walau dulu tipah dah tertipu
  28. Hindu pun boleh ceramah kat masjid ( ada tauliah ke ??)
  29. Nak tubuhkan persatuan kaki-kaki….kaki botol,kaki kuda,kaki judi,kaki betina,kaki tipu…kaki liwat….
  30. Projek banyak dapek PRK kali ni..kayo de la den !! sapo la agak ee ?
  31. Lepas PRK ni sape pulak yg akan kawen lagi??
  32. Boleh buang DSAI kat pulau…duk diam-diam kat situ,biar org lain pulak jadi kepala pembangkang
  33. Negara dah aman nape nak kecoh2….kalau siankan si Brahim Katak boleh bagi dia kawan atau kalau rasa diri waras pangkah ajelah parti yang relevan !!

    **************

Bebaik lah !!! tak kira sape ,lepas ni buatlah sembahyang tobat sebab banyak buat fitnah.Dosa fitnah dan umpat ni sama dengan membunuh !!

Kalau dah jadi dipilih jd wakil rakyat…jgn berangan nak duduk dalam cabinet pulak..
jalankan tugas dengan ikhlas…kekalkan senyuman !!!

Sekian, terima kasih.Pesanan dari bukan pengundi HS








Selasa, 20 April 2010

Asalkan den bahagio..Mr Google

Apakah terapi mujarab untuk bidang kerja ku ini?..wah soalan sendiri jawab sendiri laa...Lotehhh yo..Mai layan jap suara Saleem.....Tetiba dapat idea nak buat n3 nii..Sebelum kena saman, Ikan Emas nak buat pengakuan bahawa ini tak boleh didaftar sebagai harta intelek IE sebab ia diceduk dari hak cipta Mr Komensen. Cuba layan dulu lagu ni…




haaaa...inilah hasil tugasan Mr google'

Eclipse Cinta Luka

Artist: Climate

Twilight sun rays

Bright cover

Circular life

You appear like a dream

Like the morning dew

The hose

Pintamu extreme

Castle peak air

I can not fulfill

Only sad poems

Can kudendangkanYou ...

We drifted in turbulent Buai

We left room layarkan

Finally sinks

Capsized in the sea of love

Grow lost Patah change

Mengertilah oh ...

Although different end

Receive ...

Do not regretIf you tortured

Document destinySuffered

We ...

Loose allegiance

Musnahlah everything

Crown dreams

I suppose there is no

Do not ditangiskan

Loss ...

p/s ; pokok dek eko la jang !!!.....asalkan den bahagia!

Ikan Emas


Jumaat, 16 April 2010

Mencari kerja ???...ni banyak jawatan kosong

Pengumuman !!!, pengumuman !!!..
Tengah mencari pekerjaan ?..mai sini ,ada banyak jawatan kosong yang perlu diisii ..urgent..kalau berminat sila hubungi …kerja apa?, kat mana? ,berapa gaji?glamer ke ? ok ke?...mai tengok kerja apa yang sesuai .....



1. Tea lady..
Jawatannya bukan macam Kakchik seroja. Yang ni kena rajin masak .tak kira the tarik ke, roti canai ke..kena pandai cari penganjur terutama yang dacing ..ataupun penganjur yang cari.Bayaran cash..sebab tauke semua tengah kaya..kalau jumpa pengantin baru Isa dan Bibi lagi bagus…

2. Pilot
Tempoh masa kerja yg terpenting pada 25 April .Bos akan arah pilot ambik anak buah dia kat mana—suruh hantar kat mana-mana sekolah n masa dalam kete tu pilot ni kena guna skill mengayat ..skill memangkah pun kena 1st class.

3. Usahawan
Yang ni kena daftar dulu kat Tok Nik Bulan…sebab depa yang dok cari temapt dan tlg buatkan publisiti.Tak perlu ada lesen atau permit…sebab tempoh masa berniaga ni PBT kat bandar KKB pun baik hati.

4. Nama jawatan – Juruheboh
Gaji – tengok kepada kadar atau gred bunyi yang dikeluarkan.
Syarat kelayakan – suara mesti power, pandai buat publisiti,mesti pandai mengayat,sanggup bekerja tak kira masa dan tempat,kalau pandai kelentong diberi keutamaan, tak pandai tipu tapi pandai auta,pandai cari hal (isu),pandai korek rahsia org terutama kalau kes peribadi ke skandal ke……..
Deskripsi tugas – kejar sana,kejar sini..cakap sana cakap sini..jerit sana jerit sini..bersilat dengan suara,


5. Nama jawatan – Tukang Catat
Bilangan kekosongan – tak kira berapa banyak pun, asal sanggup
Gaji – bergantung pada kos hidup si penjawat
Syarat kelayakan – mesti pandai tulis,pandai mengayat.akalau ada ciri-ciri provokasi,fitnah@ lagi baik..
Deskripsi tugas – Rakam, catat dan tulis apa-apa ajela yang berkaitan dengan situasi kat tempat bertugas. Tak kira statemanet sape..Tak kira kat mane orang bercakap..kat dewan ke, kat rumah ke/,kat masjid ke, kuil ke, felda ke ..catat aje laaa.. pastu publishkan kat- mana-mana blog ke ,fb ke, twitters ke..kos murah sikit.Catatan ini mesti disimpan sebab ia boleh jadi bahan bukti...mana tau nanti boss terlupa lak nak tunai janji..



6. Nama jawatan- kuli rakyat

Bilangan kekosongan – 1 sahaja
Syarat kelayakan – sanggup berenang tenggelam timbul bersama boss,penambilan menarik ,duit banyak
Deskripsi tugas -pandai cakap,pandai ambik hati orang, kalau ada bini/laki mesti yg tak cemburu.rajin ke sana sini kena ‘alim’. Semangat berjuang (dalam hati utk diri snd)..pemurah ( sebab tiap kalu jumpa boss,kiter lak yang kena hulurrr) mesti sentiasa senyummmmmmm( walaupun terpaksaaa.

Oleh sebab jawatan ni terhad, calon kena sediakan RM10,000 sebagai cagaran....kena pastikan ada panel penemuduga yg pilih kalau tak duit ni selamat masuk akaun gomen.
Borang pulak kena ambik kat Pej DO HS atau Spr g dekat. Cari saksi org kg sg buaya byk (eh macam nak kawin pulak..)
Kena ada logo .Dacing dgn mata sebelah dah ada orang booking
Tarikh tutup permohonan pada 17 April 2010 .Temu duga pada 25 April .
panel penemuduganya pulak nya seramai 64,500 org …(omak aiii






...ada banyak laei jwt tapi dah ponek den nak nulis...cari sendiri laaa




Rabu, 14 April 2010

Tan Sri Isa nak kawen Bibi ???

Isa pilih Bibi selepas 4 tahun menduda
2010/04/14


SEREMBAN: Selepas lebih empat tahun menduda, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad, yang kini Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Pinang akan bernikah dengan bekas Setiausaha Puteri Umno, Bibi Sharliza Mohd Khalid, hari ini.Mohd Isa, 61, yang kembali aktif berpolitik selepas menang pilihan raya kecil Bagan Pinang pada Oktober tahun lalu, dijadual bernikah dengan Bibi Sharliza, 40, di rumah keluarga perempuan, di Taman Fatimah, Kuala Pilah, jam 3 petang ini.


Ikan Emas nak mengomen ...
...tahniah, elok la tuu..kalau jodoh tak ke mana..lambat laun ketemu juga..
dah lama sangat pun goSip ni kita layan..dah macam artis pulak , nafi-nafi akhirnya bebetoi.Tan Sri Isa pun pernah kena gosip konon dah kawen dgn sorang artis tp tak da apa pun !
Untungnya pembangkang tak guna isu ni masa kempen BP dulu...sebab depa pun dah dingatkan supaya 'jarak-jarak' sesama depa..sekarang pun Tan Sri dah jadi Ketua Penerangan UMNO NS..ligat lagi la dok cermah sana sini..
Al=Fatihah buat Puan Sri Hazizah, yang memang sesuai sngat jadi wanita pertama NS ..harap Bibi lepas jdi isteri YB ni pun kena dekatkan diri dgn rakyat jg..awak pun dah pernah jadi YB..harap2 jangan terlepas kerusi BP ke PAS pulak, macam Paroi tuu.
Kpd Farid, hang carilah penganti ..jgn lupa tanggungjawab jaga anak ..

p/s : ..ada yang menidirikan masjid selepas menggoncang dan meruntuhkan masjid lain...wajarkah ?? ...Maaf...minggu ni den tak mau balik kampung !!

Isnin, 12 April 2010

Cantik ke ??

Syukur...selesai satu tugasan lagi !
perjalanan lancar dan laju di highway yag lurus ..
negara kita membangun dgn begitu pesat, highwaynya sentiasa dibaik pulih ,dinaiktaraf !!!)
(walaupun kena bayar tol..berRM-RM

sampai rumah...lega..
rehat jap..
buat apa yang patut..

...bukak pc ni..
Omak aiii...nape lak jadi gini??
Semalam tukar baju baru ( pinjam onezaba punya ayat...)
punya bangga sebab kejap jer aku dah selesaikan
malam tadi tengok jap ,ok jer..sempat tambah background lagi!!

Tetiba, mlm ni ..
dah jadi huru hara gini...
berselerak,bersepah tunggang langgang...
nape ha??
confuse dari 3 kolum jadi 2??
cantik ke kalau gini rupa sebenarnya??
memang templates ni ke punya hal ?
atau pc ni punyer kes??
atau aku yang terlebih bijak ??? (kena cakap bebaik jer ...minda separa sedar)
atau aku kena pakai baju lama semula ??

p/s; sabar dulu..
baik kita pergi makan ....kat Usop tomyam


entri ni sebagai testing


Ahad, 11 April 2010

Tahniah ...Rusa punya tandukan !!!

Tahniah,
Malam tadi den colek an mato dek sobab nak nengok bola. Den nengok si dalin sobolah tuu jorit pokik nyobut namo si aidil adha zaquan..Kepado pasukan ruso yang dah berjayo menanduk si kenari….tahniah dan syabas ..
Walopun kono behompeh puleh nak dapek an gol..

Dapek la RM200,000..nanti jangan lupo bagi samo rato..

Kerajaan nogori pimpinan Tok Mat Asan memang mahukan bidang sukan ni dibori pohatian. Dari 6 NKRA negaro yang Dato’ Najib umumkan, Tok Mat nambah laie 3 untuk jadikan SKRA NS, satu eh nak membangun dan mecemerlangkan bidang sukan ni.

Namun janganlah asyik tumpu kek bola sepak yo..tengok-tengok jugak la sukan lain, sukan kek bebudak sekolah pun kono dibori perhatian dan dibantu samo. Dorang nilah penontu kejayaan bidang sukan dimaso akan datang…
p/s : Tagline NS " Mengurus Kejayaan,Melonjak Kecemerlangan"



Sabtu, 10 April 2010

Hoben Jang Hoben...Si Rusa Monang Laie !

Jang,
jangan buek malu muko yoo..
kalau nak RM200,000 main boto-boto jeng oii..
Piala Malaysia dah enkau pogang, mlm ni pulak monang Piala Fa !!!
Alaa...setakat Rusa mesti laie laju dari Kenari !!
Keh keh keh...




...Perak dah kalah weh oiii

Sabtu, 3 April 2010

Tag PUnya Soal...iNi.jaWapaN IkHlas

Tag berantai ni sampai lagi..ntah kenapa En Komensen punya fasal IE ada hati nak jawap.Walaupun kena cari kawasan lapang dulu..
Yang pasti,jawapan ni lahir dari hati yang jujur,ikhlas ,berintegriti dan tiada kes sorok-sorok..Tiada unsur-unsur penipuan,masuk bakul, pilih kasih,rasuah atau materialistik!!

-siapakah diri anda di rumah?-
sama dan serupa aje..( takkan jadi hulk pulak ) 45 kilo. ..
Bessstnya kat rumah ada tempat landing.
**************
- siapakah diri anda di samping rakan?-
Tu kena tanya dengan rakan i ler!!
( sape rakan-rakan i ???..sila angkat tangan n tolong jawapkan soklan ni !!
**********
-5 benda yg anda idamkan tapi masih belum tercapai-
Dek kerana tanya ‘benda’ maka teman jawap fasal benda laa…

1) master ...
( masterbedroom ada laaaa..)
2) kereta BMW sport 2 pintu
( laa..kes kedekut tak bagi orang tumpang !!cardina ni pun ok !!)
3) nak tengok dengan mata sendiri Piramid n Sphinx, Giza
( dulu dah sampai dekat jer..tp tak dapat jejak kat situ)
4) pegang duit RM 1juta
( alang2 dah org fitnah kita songlap duit sejuta ,so nak jg kiter pegang yg ori punyer !! bukan rupiah tau!!
5) butik sendiri
( harap2 untuk menjual bukan untuk guna sendiri )
**************
-siapakah nama pasangan anda?-

( iyer ke aisey ni ada couple ???...
anggap ada jer laaa sebab nak jawap soklan ni)
Masih rahsia.tak boleh bagitau nanti ada yg hantar sms mms pulak..
**************

-ceritakan 5 perkara yg paling anda suka tentang pasangan anda-
(angan-angan atau reality ????)
1) macho sesangat...boleh jadi kerabat SRK.( kalau jumpa dia mesti org pandang tiga-empat kali...ni yg i jeles )

2) Tak pernah marah..senyummmmmmm aje
3) masak kari dia lagi sedap dari kedai mamak ( alaa...bodek jer, untung sebab tak pyh kawan susah2 masuk dapur !!!)
4) Baik hati sebab bagi kiter kad kredit (tp bila kiter guna ,dia pot pet pulakkk..mcm tak ikhlas jer)
5) Tak kisah pun mem dia selalu tinggalkan dia >>( ala kita out station je…sayangkan couple kena tinggal-tinggalkan!..)
****************
-bila tarikh anda couple-

sejak pakai uniform lagi…masih couple sampai bila-bila!!!
Rasa macam nak masuk Program si Misha Sehati Sejiwa tuuu
***************
-apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda-
nanti…..tengah fikir..rasa-rasanya macam tak de yg pahit, manis jer yg kiter simpan….haaa satu ....mee maggi saya dah kembang !!!
**************
-lagu tema cinta anda-
Tak de lagu tema pun…..
semua lagu cinta ala rock kiter minat,walaupun dia tak suker ( pokok dek den laa)
*********************
-apa perubahan yg ingin anda lihat dari pasangan anda-
Saya tak ingin dia berubah !
(jawapan sama macam En Lavendari…
sebab nampaknya dia orang ni cepat mengembang...ngeh ngeh ngeh ...
Che Pit tlggggggggg!!!
****************
-tag 10 rakan yg lain-
(ni yang susah nak jawap nii..

Ampun kawan, den rasa semua nak di’tag’…susah nak pilih sebab dema ni byk yg masih solo ,yg dah couple takut terbongkar pulak..ada yg dah byk kali jwp tag mcm ni ( mana tau nanti jwp lain pulak..haa naya pulak….ataupun depa ni dok tulis fasal politik aje…)

jadi supaya soalan ni berjawab juga...Ikan Emas beri tag percuma kepada kekawan maya semua terutama yang ada nametag...Silakan jawab tag ni !! (tolong laa....nanti Abang Lavendari marah i...please !!!!


p/s : Terimakasih kpd si jari hantu Gengkapak yg msk jd geng IE...