Ahad, 4 Oktober 2009

Cinta Monyet


“Oh Faizal. Cari Rosie ye?”, salah seorang menyapanya.

“Dia ada?”, Faizal menguatkan suaranya.

“Dia keluar lepas Maghrib tadi’, suara itu menjawab sambil empunya diri menghampiri pintu pagar. “Kejap lagi balik la dia tu. Kalau nak tunggu masuk la”, lontaran suara itu semakin jelas.

Faizal melihat jam di tangannya. ‘Dah pukul 10.00. Nak tunggu ke tak?’, fikirannya berputar-putar, bagai putaran gasing. Ligat, tidak berhenti-henti.

“Dia ke mana? Dengan siapa?”, tanya Faizal. Dia turun dari motorsikalnya dan membuka topi keledar.

“Katanya ke pasar malam. Dengan kawan”, balas suara itu.

“Lelaki ke perempuan?”, tanyanya lagi sambil menolak motosikalnya ke halaman rumah itu.

“Kawan lelaki...”, jawaban itu bagai halilintar. Tembus ke cuping telinga Faizal. Dia berdiri di pintu. ‘Aku dah agak dah’, hatinya berdetik. ‘Mesti ada somebody else. Patutlah dia buat aku macam ni. Tapi apa kurangnya aku. Kalau setakat budak kolej perguruan tak ada lebihnya. Aku mahasiswa. Masa depannya lebih cerah kalau dengan aku. Tapi kenapa dia mengkhianatiku?, otak Faizal berputar laju sambil melangkah masuk. Selaju kipas angin di ruang tamu rumah sewa itu. Hatinya semakin panas, berbahang. Sejuk angin kipas bagaikan tidak terasa baginya.


.....................................................

Faizal masih tertanya-tanya kenapa Rosie bertindak begitu padanya. Bulan lepas ketika dia bertandang ke rumah Rosie di kampung, tidak timbul sedikitpun soal itu. ‘Kenapa tiba-tiba dia berubah hati’, Faizal cuba menelusuri hubungan cinta pertamanya itu.

Masih terbayang di matanya ketika kali pertama bersemuka dengan Rosie di perpustakaan sekolah. Ketika mula melabuhkan punggungnya di kerusi perpustakaan di meja yang paling hujung, Nana, rakan sekelasnya datang dengan wajah ceria, tetapi penuh persoalan. Akhirnya Faizal diberitahu yang Rosie hendak berjumpanya jam empat petang nanti.

“Katanya ada hal penting”, jelas Nana. Hati Faizal berdebar. Jam di tangannya baru pukul tiga. ‘Ah, lambatnya’, desis Faizal. Mereka berbual.


................ini kawan punya idea. Novel yang sedang disiapkannya.Hasil kisah benar... Ada watak ikan emas di sini...cuba teka yang mana satu?

Ehh...benar dikata orang.Cinta pertama amat sukar untuk dilupa.Apatah untuk dipadam. Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat layan perasaan.Kalau lupa maknanya dah hilang ingatanlah!!! Nape orang kata cinta monyet yer?? Kita yang angau monyet lak yang dapat nama.


6 ulasan:

Pok Li berkata...

Cinta tiga segi ke

sI tEDI berkata...

Rose watak ikan emas?

ikan emas berkata...

PokLi,
hehe...teritat kisah lama..

Tedi,
ika emas jenis setia !!1

Media Cyber berkata...

ikan emas - nana

Mawar_berduri berkata...

Cinta Monyet?...knape la orang panggil cinta monyet yek?...tapi cinta monyet tu indah kan..klakar pun ade ...huhu

merah_s berkata...

mungkin setiap orang yang bercinta, pernah mengalami 'cinta monyet' kut? Yakni orang2 yang bercinta ketika masih belum cukup umur..