Jumaat, 16 Oktober 2009

Masihkah Kau Rindu.....


Masihkah kau suka
Hari ini manisku macam gula
Esok dah masam macam cuka

Masihkah kau cinta
Hari ini madahku tersusun kata
Esok dah terhambar nesta

Masihkah kau kasih
Hari ini senyum mengulas indah
Esok dah juling tersengih

Masihkah kau rindu
Hari ini aku anggun ayu
Esok dah terkulai layu

Masihkah kau angau
Hari ini lunakku bak buluh perindu
Esok ntah mengaum bak harimau

Masihkah kau sayang
Hari ini daku ibarat bulan mengambang
Esok dah macam hantu jembalang

Masihkah kau terbayang
Hari ini mahkotaku terurai mayang
Esok sanggul ku dah mengerbang

Masihkah kau ingati
Hari ini aku slim melidi
Esok dah sihat macam guni

Masihkah kau ingini
Hari ini harumku semerbak mewangi
Esok dah bau setanggi

Masihkah kau sudi
Hari ini sepatuku bertumit tinggi
Esok bertongkat tak mampu berdiri

Siapakah kita sebenarnya ?
Kenapa kita tidak mensyukuri apa yang kita miliki....


15 ulasan:

myQza berkata...

cinta biar di hati bukan di mata!

ONE ZABA berkata...

adat manusia la tu. mana pernah puas dengan apa yang ada.

Frodo Baggins berkata...

hehehehe kak ikan!!!


sentap jer wa baca ... kalau ari ni beliau lah miss world tercanteq esok2 jadi cam nenek kebayan jugak .. bongkok tiga. Masih sama kew rasa sayangnya. Andai ikhlas insyaalah tegar terima kekurangan diri seadanya .. hohohoo


"menjadi tua bersama pasangan adalah salah satu nikmat hidup" ~ abah wa kata


>>______<< xoxoxo kawaiii neh!!!

Yunus Badawi berkata...

Beautifully said. Bravo!

IMANSHAH berkata...

kalau tua pun, biarlah jangan sampai nyanyuk kan..hurm

ONE ZABA berkata...

hepi depavali..

" தமிழ் மொழியை சுவாசிக்கும் மலேசியப் படைப்பாளர்களே, பன்மொழியும் பல்லின மக்களும் வாழும் மலேசிய நாட்டில், தமிழ் மொழிக்காக தொண்டாற்றிய பேரருளார்களை இளைய தலைமுறையினர் மட்டுமல்லாது உலகமெங்கும் வாழும் தமிழ் மக்கள் அறிந்து கொள்ள இந்த அகப்பக்கம் நீண்ட யாத்திரை மேற்கொண்டுள்ளது."

pecah kaca pecah gelas. lepas baca harap balas...wakakaka!!!

al-lavendari berkata...

saya tak ada masalah dengan bau setanggi !
saya juga suka awak mengaum bak harimau !
jadi apa masalahnya?

ikan emas berkata...

Tedi,

zaman skrg cinta tampak di kocek.

1Zb,
makan pun tak pernah puas!

Frodo,
kalau nak tgk pasangan kita masa tua tgk la mak dia !!

darkpress berkata...

begitu la kehidupan didunia ini...bukan semua pinjaman dari-Nya adalah manis.....dalam kemanisan ada masamnya......dalam senyum..ada sedihnya.....tidak semuanya kekal.......pasti ada perubahan....macam kat bagan pinang tu la......ingatkan PAS nak menang....last2....BN jugak la....yang menyelamatkannya...........

Pok Li berkata...

Teringat kita kena jaga kesihatan

ikan emas berkata...

Yunus,
bravo !!

lavendari,
yg sy tau sy mmg suker giler haruman lavendar...di mana-mana lavendar

1zaaba,
nak balas dgn teh ke?

orggelap,
tak abis cerita bgn pinang lagi?

Pok Li,
moga sihat walafiat!

Abu Aiman berkata...

kawen dulu baru tahu.
makin hari makin sayang tau... hahaha..

Prasert Chaipradit berkata...

Kalau akulah, masa jadi gula aku buat bancuh kopi, masa jadi cuka aku buat jeruk cili api.

ikan emas berkata...

abuaiman,
iyer laa tuuuuu

Prasert,
wah apa-apa pun boleh.Serbaguna bah!

Mien berkata...

Wah...bestnya madah. TQ. Tersentap gak hati bila baca. Maklumlah, pompuan nie bila umur dah 30an mula lah mengembang sana sini. So kena sedar diri lah. Pujian n teguran suami kenalah di ambil peduli supaya kelak tak sendirian.