Dari Sungai Petani ,Alor Setar ,ke Jitra hingga Padang Besar..kerja - kerja –kerja.Tugasan syok sendiri,meraikan rakan-rakan setugas hingga jumpa orang ramai.Cerita biasa.
Suatu malam kami dipelawa makan malam di sebuah kampung. Dalam keletihan dan kelaparan .Terlalu ghairah dah nak makan ..kampung ni rupa-rupanya lebih 50 km dari tempat penginapan kami.Bas tak boleh masuk, siap kawan bagitau kena naik bot pulak..ehh merepek punya lawak!!
Wah-wah..hebat punya sambutan! Satu kampung datang siap pakai uniform.Tiupan serunai dari kumpulan Gendang Peribumi menjadi halwa telinga. Makan?..menu istimewa berasaskan rebung. Kari rebung + daging ketetel(?), sop rebung, kerabu rebung +perut,ikan pekasam ,goreng ikan keli...adoi mak, pendek kata rebung,rebung,rebung ...nasib tak ada menu buluh perindu ! menu ni semua bukan senarai saya! Macam mana ni..perut teramat la lapar ..dah rasa boleh membunuh tahap dewa gaban .Akhirnya dengan penuh sopannya ,Hentam aje la walau hanya suap nasi dengan sambal belacan!!
Namun dalam ucapan siap puji dah kenyang, sedap dan cadang nak tambah menu istimewa dari Nogeri,rebung masak lemak cili api...
Lepas makan, kawan-kawan dipaksa pula dengan hidangan istimewa.Menyedut rokok daun !!, benda ni memang popular kat orang Kedah.ehh dia orang pun dah macam mabuk kepayang.
Dikatakan rokok daun ni diperbuat dari daun nipah yang dah dikering dan digulung-gulung bersama tembakau.Apa istimewanya? Ntah kekawan org Kedah kata banyak istimewa dan khasiatnya. Katanya boleh jadi ubat Kuat dan hebat. Ehh yang ini lelaki mesti suka...( Tu sebab org Kedah kuat ,sihat dan hebat !!!)
Kalau kena gigitan atau sengatan binatang berbisa .Lagi satu ia boleh mustajab untuk merawat luka kecil. Samada dikunyah-kunyah dan tampal kat luka tu atau pun direbus dan minum airnya..Tapi kalau dah teruk tuu baik p klinik jer.Wallahualam !!
Sedar-sedar dah tgh malam. esok pagi-pagi ada urusan lagi..
Terima kasih bebanyak kepada penduduk Kampung Kokdiang Dalam Lama. Layanan dan sambutan yang amat istimewa. Rasa macam nak p lagi....
Sedar-sedar dah tgh malam. esok pagi-pagi ada urusan lagi..
Terima kasih bebanyak kepada penduduk Kampung Kokdiang Dalam Lama. Layanan dan sambutan yang amat istimewa. Rasa macam nak p lagi....
6 ulasan:
wah saya dah setahun tinggal kat sini tapi xpernah merasa lagi ubat kuat ni hehe..agak2 z dah cukup umur kew nak try ubat ni??
kalau kat kampong dolu dolu terkenal la rokok daun ni tapi sekarang dah tak nampak pula sesiapa yg hisap nya.. hehe
tersebar gambar sepatronggeng..
tak payah ubat kuat pun sepatronggeng dah kuat.. sbb tu leh duk bebas diperairan.. tak mcm ikan emas yang duk dalam akuarium pun kena bantuan oksigen.. ikan manja ni.. kena layan ubat kuat ni.. hehehhe
z,zino,
kekawan kata dek kerana harga rokok dah mkn naik ,maka dia org pun dh cuba nak hisap rokok ni laa..blh buat bisnes ni.
sepat,
hehehe..gatai jg sepat ni tau asik nk ronggeng aje.nanti mu mabuk dek rokok daun ni,sape nk tlg?..oksigen ikan emas tak cukup nk cover
TERBAIK NYER..tak yah merokok...KATA TIDAK PADA ROKOK>..hehehe...
Namun dalam ucapan siap puji dah kenyang, sedap dan cadang nak tambah menu istimewa dari Nogeri,rebung masak lemak cili api...
black velvet churidar designs ,
black shalwar kameez for ladies ,
Catat Ulasan