Jumaat, 31 Julai 2009

Pantun Pilihanraya Lagi


Najib baru 100 hari
Dah banyak PRK dihadapi
Masih ada dua tahun lagi
Ke mana pula lepas ni?
……ini pantun n3 yg lalu
Nak sambung ni,

Tempoh dua tahun ada lagi
Dah dapat berita pagi
Ada lagi yang dah pergi
Nampaknya ada PRK lagi

AlFatihah kita sedekah
Moga dirahmati si arwah
Wakil rakyat pergi sudah
Yang tinggal kena bersuarah

Permatang Pasir kat Pematang pauh
Hebat sungguh depa kat sana
Jangan Asyik nak bergaduh
Catat rekod bab pilihanraya

Dulu PAS yang punya kerusi
Macam mana BN kali ini
Tak kan takut lagi
Jangan malukan presiden parti


...nanti sambung lg..


p/s: ADUN Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pagi ini.Mohd Hamdan, 60, meninggal dunia akibat sakit jantung pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

7 ulasan:

ZHARIF BADRUL berkata...

emm pilihanraya lagi
ujian kekuatan PAS dan UMNO sekali lagi

Basuh Baju berkata...

PRK lg? PKR la jwbnya..haha

nohas berkata...

PRK ni memang seronok, macam2 penduduk dapat, dgn segera, pantas..tanpa kerenah birokrasi..

Jom pi kempen, leh singgah makan mee udang..

zino berkata...

pilihan raya lagi? kempen lagi kutuk mengutuk lagi fitnah menfitnah lagi ngumpat mengumpat lagi.. yg tu semua org segar dan bersemangat...

tapi jangan la lupa... sampai masa Allah akan menjemput pergi.. kepada kelurga YB, salam takziah... al- fatihah...

ikan emas berkata...

Salam semua,
peliknya nape asik PRK kat kaw tuu jer yer??

daaksaytunk berkata...

ermmm asal prk mst kat situ jer? macam satu .....

ikan emas berkata...

daaksatunk,
iyer ler ajal maut tuhan yg tentukan..

mai main teka teki, lepas ni kat mana plk?