Jumaat, 3 Julai 2009

Sembang Orang Muda UMNO-PAS


  • Sembang-Sembang ,Dailog ,Wacana ,Muzakarah atau Debat …semuanya lebih kurang sama aje..
  • Tak tau apa sebenarnya yang tersirat di hati sanubari Ketua Dewan Pemuda PAS Nasruddin Hasan Tantawi ketika menyerahkan surat untuk mengajak Pemuda UMNO berdailog. Surat diterima oleh Naib Ketua Pemuda UMNO orang no dua yang jaga golongan muda...Kononnya tajuk dialog pun dah ditetapkan ‘BENARKAH PERJUANGAN UMNO TIDAK BERTENTANGAN DENGAN ISLAM.
  • Tak kira apa tajuk atau program yg nak dilaksanakan waima nak ajak sembang di kedai kopi ke? Berdailog satu lawan satu ,berforum atau nak berdebat ala Anwar vs Shabeery .Rakyat seanterio pelusuk bumi ini tersangatlah ingin nak melihat supaya cadangan ini benar-benar menjadi reality.Bila? di mana ? siapa yang terlibat? dan bagaimana kaedahnya?..seronok ni nak juga tau siapa pulak yang jadi moderatornya? Siapa pula yg jadi penontonnya?.Siapa pula yang jadi tukang sorak?
  • Adakah ini hanya retorik ? Ilusi atau angan-angan yang hanya tinggal mimpi?
    Adakah ini suatu kesinambungan isu Kerajaan Perpaduan ? Cuma nak tukar tajuk cerita aje?..harap-harap tidak.
  • Wacana ilmiah atau dailog ilmu ini amat wajar dilaksanakan .Ia akan memang benar-benar melambangkan sistem demokrasi negara ini amat BERSIH, SUCI DAN TERPELIHARA! ..walau berbeza ideologi tapi masih tetap duduk semeja .Pasti ini akan menjadi contoh kepada semua negara dunia!
  • Perbincangan ini amat bagus dan sesuai sekali sekiranya ia dilakukan dengan tujuan untuk menyelesaikan beberapa isu yang menjadi polemik akibat ketidakfahaman atau putar belit yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu. Ia bukan digunakan untuk mencari publisiti atau suatu provokasi agenda menjatuhkan maruah dan peribadi. Bukan untuk mencari kesilapan UMNO selaku parti memrintah. Tiada kalah atau menang .
  • Tajuk itu berat sebelah?..Pemuda UMNO jangan takut walau apa tajuk yang diberi..yang pasti apa sahaja isi atau topik serta hujah yang dikemukakan mestilah berlandaskan fakta dan pasti UMNO mempunyai Pemuda-Pemuda yang hebat berhujah? Khairy ? ...rasanya kalau isu atau tema itulah yang nak dibincangkan...ntah sesuaikah? Hati-hati jangan makan diri..
  • Kalau dah benar selama ini UMNO memperjuangkan Melayu dan Islam. Berjuang berlandaskan Melayu dan Islam apa takut? Apa ada hal..Belasah aje laa..
  • Ingin diingatkan di sini .wahai sekelian umat Melayu tak kira pemuda atau pemudi..Ingat idea nak mengadakan wacana ilmu ini datangnya dari Pemuda PAS... janganlah ada yang memutar belitkan ia sebagaimana cadangan mewujudkan Kerajaan Perpaduan dulu. Dah berbelit-belit isu ini dikusutkan..akhirnya siapa yang untung? Surat khabar juga yang untung !!
  • DAP dah awal-awal bagi amaran supaya Pemuda PAS jangan memandai-mandai nak duduk semeja dengan Pemuda PAS.Orang muda DAP Rasah tu katanya amat kecewa dengan tindakan Nasruddin.Kononya PAS dah melanggar persetujuan bersama. Ish ish ish...apalah salahnya pemuda-pemuda Melayu ni nak sembang-sembang fasal masalah Islam . Loke you CEMBURU ke? atau TAKUT ke? .Tak terbuka langsung fikiran Pemuda DAP yang comel ni !
  • Jadi, tak perlu la nak jemput pemuda atau pemudi atau puteri dari parti lain menyertainya. Bagi pusingan pertama ini kita nak tengok pemuda Umno dan PAS dulu..so, parti lain jangan kacau. Kalau nak jadi penonton duk diam dulu.
  • Kepada Pemimpin besar DAP atau PKR atau parti-parti komponen BN yang lain.. restuilah hasrat anak-anak muda ini.Perkara yang baik tak patut dihalang. Niat yang baik harus disokong. Lim Kit Siang atau DSAI janganlah jadi dalang dan buat gangguan lagi. Presiden dan Tok Guru PAS pun berilah kepercayaan dan yakinlah kepada pelapis mereka.
  • Kalan nak kata inilah suatu usaha dakwah yang paling murni..maknanya kalau benar pemuda-pemuda ni nak berwacana ia harus dilaksanakan secara tulus, ikhlas tidak mengambil kesempatan dan biarlah matlamat yang wujud dalam hati kedua-dua kumpulan ini sama iaitu ke arah kesefahaman dan kepenyatuan bangsa dan agama.
  • Mana tau wacana ilmu ini memberi petunjuk dan laluan kepada penyatuan Bangsa MELAYU dan umat ISLAM di negara ini. Siapa yang untung ? KITA JUGA !!

p/s:Respek kat YAB MB Kedah dan MBAS,tak perlu tunduk dengan 'ugutan' pengundi yg bermuka-muka.Lusa Ikan emas nak p Alor Setaq tp bukan nak tgk kandang binatang yg dah menghuru harakan dunia.

4 ulasan:

imanshah berkata...

Selamat berdiskusi...

ZHARIF BADRUL berkata...

salam
jangan jadi retorik lagi dahla..cukupla dengan isu kerajaan perpaduan aritu sampai dah berbelit2 minda rakyat siapa yang introduce dulu idea tu
harap2 lepas ni jadila demi kebaikan semua
*terfikir kenapa xkasi kat KJ surat jemputan tu..

BAM ALHAJ berkata...

Orang politik ni poli taktik je. Tu semua nak cari publisiti. Maklumlah KP PAS ni kan orang baru. Dgn cara itu dia dapat publisiti. Macam Anwar vs Shabery dulu la. Tapi publisiti untungkan siapa? Apa pun, semangat duduk semja dua parti besar Melayu ini tetap ada hikmah-Nya. Moga nawaitu masing-masing ikhlas.

nohas berkata...

Bersatu teguh, bercerai roboh..berdialog utk mencari titik persamaan..