Khamis, 16 Julai 2009

Manik-manik yang dah terurai......

Ke Manik Urai pergi memancing
Bukan nak memancing ikan
Tapi undi yang nak dipancing
12,000 undi dipasang umpan

Pelbagai jenis diguna umpan
Kata diulam manis dijanji
Belum tentu tapi kena yakin
Tu sebab tak ingat apa dijanji.

BN hebat Najib dibawa
Nik Aziz Pas hebat diguna
BN ,Pas pun guna orang kedua
Nasrudin, Khairy pun sebok ke sana

Encik Fauzi dah diisytihar menang
Kesian Tuan Aziz dah kalah
BN kata bermaruah walau tak menang
Tapi Pas tetap senyum rasa tak salah

Katanya orang muda ramai yang balik
Nak pergi mengundi atau duit nak diambik
Katanya mereka dah sedar dan serik
Tu sebab dah pangkah dacing balik.

Penat berkempen puas memancing
Tak banyak dapat 65 undi aje
Yang pasti Pas dah menang
Kerusi tu tetap Pas yang punya.

Orang BN jangan perasan
Orang UMNO jangan kata dah lega
Ingat banyak janji yang dah dipesan
Banyak kata yang perlu dikota

Ada ubi ada batas
Ada budi kita balas
TPM kata macam nak balas
Zahid kata tak baik ,kena belas

Pas orang Melayu
UMNO pun juga Melayu
Yang kalah pun Melayu
Yang menang pun Melayu

Najib baru 100 hari
Dah banyak PRK dihadapi
Masih ada dua tahun lagi
Ke mana pula lepas ni?

Sama-sama kita renungkan..

8 ulasan:

ZHARIF BADRUL berkata...

wah pantun yang sangat menarik
malangnya z tidak pandai berpantun untuk membalas hehe

Pok Li berkata...

Politik. Politiking. Politikus. Cerita yang bermacam-macam ghitewww.

ikan emas berkata...

z,
pantun merapu sekadar hiburan dan kdg kala sindiran..hentam aje lah labu!!

PokLi,
kita ni mmg dah bergelumang dgn politik..,di rumah, di pejabat, di tmpt tgl,.. di..mana-mana..

Junah berkata...

Salam,

Sepatutnya PAS istiqamah berjln sendiri menegakkan daulah islam. Namun jelas ketidak yakinan mereka lalu berpelukan dgn politician. dan PAS sekarang berperangai spt politician, opportunist, ada peluang sebat,matlamat menghalalkan cara, mcm UMNO juga.

kelambuharimau berkata...

emm pantut menarik..sangat//apesal cita bukan2

ikan emas berkata...

Junah,
betoi,betoi,

Kelambuharimau,
(mcm ne ler rupanye harimau duk dlm kelambu?)

sekadar mengingat..baik BN atau Pas

zino berkata...

ada makna pantun tu.. hehe

ikan emas berkata...

zino,
dah namanya pantun, buat ponek aje den ngarang..