Imam Ghazali bertanya .....
"Apakah yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab " Negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang".
Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar.
Tapi yang paling benar adalah " MASA LALU' .Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
Di dunia ini benda-benda tidak berubah kecuali kalau ada yang mengubahnya. Tiada sesiapa akan merubah nasib kita melainkan atas usaha diri kita sendiri.
Tindakan di dalam kehidupan kita adalah seperti bercucuk tanam maka kalau kita menanam padi seharusnya kita tidak boleh berharap untuk menghasilkan pisang.
Makin kaya sesaorang itu,makin mereka merasakan diri mereka kosong dan tidak bermakna.Hubungan mereka dengan keluarga makin renggang,hubungan suami isteri semakin longgar dan yang paling penting hubungan dengan Pencipta kita iaitu Allah s.wt semakin jauh. Itulah yang yang dirasai oleh kebanyakan daripada kita sekarang.Kita sedar akan bencana dan malapetaka yang berlaku di sekeliling kita, dan kita tahu dunia semakin hari semakin menuju ke zaman kemusnahan ( kiamat).
Dan kita sedar yang kita perlu berTAUBAT, tetapi berapa ramaikah di antara kita yang melakukannya ( TAUBAT).
p/s ; Ingatan kepada ikan emas !!
5 ulasan:
Syukran ikan emas..ingatan utk para pembaca juga. Manusia sekarang semakin sibuk, 24jam rasa tak cukup..ontah apo yg dibueknya..
ingatan untuk para pembaca juga =)
Bila melihat anak semakin membesar. Saya tersedar berapa jauh masa berlalu itu meinggalkan saya.
Masa,nak tak mampu rasanya nak mengejarnya.Sedangkan ia masih 24 jam sehari?
Nohas,
Benar,ontah apo yg dikojar.
Z,
duniamu masih panjang lagi.Lari bersamany
Kata-kata hikmah macam ini perlu untuk menyedarkan kita. Apapun, kita kena kembali kepada firah - back to basic. Dari mana kita datang, di mana kita sekarang dan ke mana kita nak pergi sesudah kehidupan ini.
Catat Ulasan