Memaparkan catatan dengan label puisi-apa-apa saja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puisi-apa-apa saja. Papar semua catatan

Selasa, 15 Februari 2011

15hb Hari Kempen untuk Tuan Pu.e.c x re.t ...

Hari ini 15hb Februari 2011...
sebagai memenuhi hasrat dan kempen Tuan Haji HAH Lavendari maka saya dengan sukacitanya menyahut seruan supaya pada setiap 15 haribulan kita hendaklah menggunakan sepenuhnya BAHASA MELAYU BAKU.
Untuk catatan pada hari ini, sebenarnya saya amat merasa sedih di hati apabila membaca keluhan sesaorang yang berada di dalam delima. Bagaimanakah hendak kita membantu beliau ini ?. Saya menyeru kepada sekelian pengunjung maya di sini, marilah kita lancarkan kempen untuk meningkatkan peminat beliau. Ubatilah hati si penulis catatan di bawah ini.
****************************


khas buat ..
ikan emas,
sayangsayangibu,
kakcik,
dinas aldi
,ku tak sempurna,
insan marhaen,
yus,
gadis bunga,
dan amnya buat ..peminat2 gelap

awak ...sebenarnya hati kita berperang
antara cemuih dan sayang
kerana awak buat kita
macam mengejar bayang-bayang
tapi sudahnya kita mengaku kalah
kerana meninggalkan awak
bukannya mudah
muka kita asyik berpaling di setiap langkah.
awak ...
zahir kita telah sampai ke daerah baru
tapi ingatan kita tetap tinggal di situ
tiada maknanya jasad kosong tanpa jiwa
lalu kita kembali semula ke daerah lama.

tapi ...
kita tak berani janji untuk berapa purnama
kerana siapalah kita
hendaklah menelah hari di muka
harap kita boleh bergembira
semasa masih lagi berada.

**********************************************
huhuhuhuhuhu...







Selasa, 27 Julai 2010

DIAM bukan bermakna HILANG

diam bukan bermakna bisu
sepi bukan bermakna lesu
sunyi bukan bermakna layu
jauh bukan bermakna jemu
kerja ku memetik bintang-bintang
ditiap langit
disusun melimpahi ruang
tetap setia si pembawa detik itu
cuma aku.....

*****
extra
kalau nak tau tingginya awam
mana nak sama si pohon manggis
kalau nak tau setianya kawan
di mana dia tika menangis???


catatan untuk mek enon;
rumah ni tak sejuk cuma suam-suam sahaja..







Sabtu, 27 Mac 2010

SeMuaNYa TeNtanG HaTi

Buta Hati
( pakai ajelah tongkat putih ..
kot-kot dapat tengok mana langit ,mana bumi !!!)
Mata Hati
( syukur ...nikmat yang Tuhan bagi....)
BuaH HaTi
( I lov U !!!.....)
KaYa HaTi
( Sekaya-kaya manusia...
bila hatinya kaya )
SaMpai HaTi
( biarlah aku abadikan cintaku..
dalam kenangan menjadi impian...cinta di hati..)
sUka HaTi
( pokok dek den laaa nak buek apo pun !!!)
JatuH HaTi
( adoiiii...bergetar jiwa ragaku !!)
MakaN HaTi
( dah puas makan daging ,limpa ,jantung...orang kata banyak zat besi,
tapi dok gini jugak !!...oooo patutlaa sebab den makan hati!!)
SakiT HaTi
( tak sama dengan sakit mata !
sabar !!...tak baik macam ni, lepas sakit hati,
nanti kena sakit jantung pulak , sian doktor)
Hati BaTu
( den tak kiro, apa nak jadi, jadilah !!)
KAta HaTi
( kadang-kadang benar, adakala salah....)


........................................

..............................
HaTi-HaTi
( ni yang elok dalam setiap tindakan )