Selasa, 29 Mac 2011

Prejudis @ Persepsi? ..Wanita Oh Wanita

Datuk Bung Moktar yang bininya cantik molek gebu montok tu tetiba dapat idea nak bangkitkan kehangatan di Dewan Rakyat dengan mendakwa pemanduan golongan wanita di negara ini kebanyakkannya amat berbahaya sekali gus boleh mengundang kemalangan. Macam tak ada isu lain yang lebih dasar untuk dibincangkan..Jangan marah kat YB ni..sebab di Kinabatangan kemalangan kat sungai pun banyak..jalan raya pun banyak yang tak elok lagi.. *******************************************

INI MERUPAKAN ENTRI lapukberhabuk YANG IE TULIS DAH LAAAMA DULUUU. BILAN BUNG BANGKITKAN ISU INI..

TERINGAT PULAK. MAKA APA KATA KITA ULANG KAJI ..


Waa..Pompuan la tu..haa prejudis terhadap kaum wanita .

Atau sekadar persepsi ?


Akhirnya kuterima juga surat darinya ni..aduhai ,konon ingat terer beno tak kan dapat surat-surat yg macam ni.. terima aje laa..esok2 ku p la jumpa dia org yg nak sangat tengok macam ne aku ni…tak pasal2 terbang duit aku kena bagi kat depa. Ayatnya cintannya berbunyi begini "Pemandu kenderaan motor nombor pendaftaran.....dikatakan atau disyaki melakukan kesalahan berkaitan dengan pemanduan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987….bla, bla..bla….

Padan muka aku..selama ni ingat Highway Sban-Kl ku dah hafal mana tempat-tempat yg ada camera speed trap, kena jugak! Tapi nak Tanya la kat kekawan..


Apa reaksi anda bila tengok yang memandu dalam situasi begini ;-


1. Asyik-asyik tekan break.. ada corner tekan break, selekoh sikit tekan break ,sian pulak tengok lampu break tu.


2. Bila kat simpang, tetiba je ada yang celok tak bagi signal nak masuk kiri ke kanan?


3. Tengah2 jem giler dalam 3 lorong ni, ada hati la kiter nak masuk line kanan ke o kiri ke..ehh hampeh kete sebelah ni tak bagi peluang langsung ..


4. Satu lagi…terhegeh-hegeh kejap kiri kejap kanan ..lembap semacam jer.


5. Kalau depa nak motong kiter ,layan dia jer..sop sap..kadang2 signal pun lupa.


6. Haa…kat depan ada ‘bumper’ yg kete tu dok laju giler je…


7. Ada lobang,lopak pun hentam langgar aje.


8. Tgh jalan kat highway..orang dah kata kalau nak makan angin jalan la kat lorong kiri, tapi depa ni syok pulak kat lorong tengah..tu pun leh tahan lagi..kdg2 lorong kanan…selamber dek jer .


9. Bila dah leka makan angin atau berhati-hati sampai pegang stereng makan nak tegang lengan tu..ada pulak abang pon pon bagi horn..hoi..apa ingat sper ? nak lawan ?..siap bagi signak buku lima lagi ..manis tu..kalau yang blue yellow ??..hah kau ??


10. Kalau parking tu..main letak jer tak kawasan paip bomba pun depa masuk..kalu boleh nak bawa kete tu masuk dalam kedai yg depa nak p shoping tu.


11. Ehh,ada kereta terbiar kat tepi jalan ,pancit..sape punyae kereta daa.


12. Kalu depa yang tua bawa Merz mesti mamat akan cakap yg tu mesti bini millioner tapi kalu muda pulak depa dengki kata yg tu mesti ada yang taja..


13. Ehh ..sempat pulak masa tgh pegang stering depa make up,calit eyeshadow,lipstick, tadi kat rumah tak sempat,sebok bancuh air utk laki..


14. Bila pe-pe hal jadi kat tengah jalan…ha panic macam ner ni?apa nak buat ni? Mana nak bukak bonet enjin ni?Ntah2 minyak yg abis … Tapi tak pe ramai balak yg tolong.


Opps..ikan emas tak termasuk dalam kategori –kategori merapu ni.. Haha…kan dah kata mesti ada yg jawap ’ TU MESTI POMPUAN” Sabar lah .jangan la macam tu..sebenarnya pemandu wanita ni berhemah, bersopan, berhati-hati.. tak caya? Tu yang banyak accident tu kan ke sebab pemandu lelaki!! Kereta ikan emas pun dah terguling-guling 2-3 kali disebabkan pemandunya pun jejaka macho..sabar,sabar.








Isnin, 28 Mac 2011

Syukur...kembali di sini

Waktu bersenang-senang selama 2 jam di petang minggu ( rehat 2 jam macam-macam boleh buat…boleh main twit, boleh main macam-macam mainan..) sambil menjeling tayangan video blue 68SX Paknil..IE sempat menyelongkar, mengerodek , menyapu dan mengemas kolam ni yang sudah terkena kesan radiasi pencemaran virus agaknya datang dari hotel carcosa tak pun dari flamingo… ****/ Dek sobab takdo maso IE ingat nak rujuk kes ini kepada pakar sahaja..OOooo..Nasib IE tak buang duet bayo engineer kapal terbang, engineer jalan, doktor, majestrit , pakar bom, pakar nuklear ..kemas sendiri lagi baik. ***/ Syukur. Berkesan juga 5’S ni..20 minit sahaja akhirnya dengan mudah IE jumpa dan buang segala virus dan dajal yang tiba-tiba minat sangat nak join dengan si ikan emas…Walaupun masih tak kemas , kiranya ok juga la..Terima kasih kepada kekewan maya yang prihatin. ***/ Agaknya kes 20 minit ni juga boleh membuang semua dan segala dajal-dajal yang berkeliaran kat bumi mesia ni???






Khamis, 24 Mac 2011

Apa Masalahnya pulak ni...

ada banyak berita terkini dan sensasi hari ni.
Orang serawak nak mengundi 16 April ni.
Eh patutnya tarikh tu PM nak mai NS ...jadi ke ni ?
Ada pulak Datuk T ...rio suap repoter dengan news
eeee...menyampah
meluat..
bukan saya ....dia... bukan dia...saya ....bukan saya..saya..dia ..saya !!!
ini bukan berita kontroversi
tapi masalah kat belog IE..bila bukak aje view ..tetiba view ini yang keluar
balik-balik view ni jugak yang kuar..pe hal ni ??
ish tak faham betul la..
orang nak selongkar rumah orang lain pun susah..
nasib boleh pulak dapat buat post baru..
makin tak faham!!
soalan hari ini: Apakah yang paling anda meluat sekarang ini?
p/s: walaupun ada laptop 14in n 10in..tp IE ttp sygkan skrin yg segedebak ni














Selasa, 22 Mac 2011

Mereka PERMATA bersinar yang mesti terus DIGILAP dan DIJAGA

Alamak…susah nak cari makan lepas ni.
Malam tadi leka dan terpaku di katildepan tv..aduhai..anak sape la mereka ni.

Mereka masuk gelanggang dengan penuh kenyakinan. Kecomelan dan kiutnya mereka menjadi tarikan utama..
Segala ruang dan pentas digunakan.

Hebat, petah ,sopan, kata-kata yang tersusun, tonasi suara yang amat baik, ekspresi muka yang bukan lakonan..kontak mata yang merata..mainan bahasa badan yang memukau.

Penggunaan bahasa yang berbunga-bunga namun mudah difahami. Ada juga yang menggunakan bahasa asing. Sebutan yang amat jelas dan tiada yang tergagap-gagap.

Audien berjaya dipengaruhi dan dijadikan pelakon tambahan.

Isi disusun kemas. Diterapkan dengan isu-isu dan perkembangan semasa , isu tempatan , isu global dan relevan dengan usia . Tahap kupasan idea mereka menjangkau jauh dari realiti usia sebenar mereka.

Elemen-elemen keagamaan, hiburan dan ilmu pengetahuan serta motivasi .
Sesekali kita dibawa jauh ke sejarah silam..kemudian dibawa bergelak ketawa, senyum simpul..tiba-tiba kita dibawa ke suasana sedih pilu dan insaf.

Mereka berbakat sungguh. Boleh jadi penceramah, pakar motivasi, guru, pelakon, penyanyi , pemuzik dan imam...ah mereka bakal Dae'i

Malah terkesima bila mendengar cara mereka menjawab soalan spontan yang diajukan selepas selesai pidato mereka..

Yang pasti walaupun mungkin mereka menghafal setiap skrip dan dialog tetapi nampaknya setiap ungkapan yang dilontarkan lahir daripada naluri mereka.

.Dramatik..fantastik..kagum sungguh. Mereka masih kecil tapi berjiwa besar. Mereka lah penerus legasi pimpinan sekarang.

Amirul Munir akhirnya menang nombor satu….malah semua memang budak- budak yang hebat!!!

Ke mana kah mereka selepas 10 atau 20 tahun akan datang ??

Syabas RTM, JAKIM dan penaja..

Adik-Adikku Insyaallah Boleh !!!!

p/s: masalahnya selepas ini kena sediakan kos yang agak terkejut kalau nak panggil mereka ….









Isnin, 21 Mac 2011

first impression..harap-harap pilihan ini tepat


Pernahkah anda tertipu dengan pandangan pertama atau first impression ???
Tetiba terasa macam ada chemistry . Resah gelisah dan giler meroyan.

Adakah pandangan pertama kita bertumpu kepada;
paras rupa..cantik, putih melepak,hidung manjung, ala anak mami?
Tinggi lampai..kurus cekeding atau montok?


Suara power?..kalau lelakinya macam sohaimi pandang-pandang
atau suker ala-ala lelaki lembut ??


Atau suara perempuannya ala siti atau upin ipin betoi betoi betoi???
Suara tak payah pakai mikropon atau cakap macam dalam kelambu?


Pakaian: pakai purdah , jubah ,free hair ,kebaya sempit atau skirt pendek nampak peha ??


Kemarin hari terakhir IE terlibat denganMC...AC...selepas beberapa siri
( dah ohngap ni…) tetiba terjumpa yang ini…adakah ini yang dikatakan jatuh cinta pandang pertama ??..( giler kau!!!) oppss bukan fall in love lelaki vs perempuan…tetapi PAC ini untuk mencari yang terbaik di kalangan yang terbaik..yang terhebat di kalangan yang hebat dan bijak pandai ni…yang petah bercakap gossip bukan mengumpat . Yang bakal menjadi penyambung warisan.
Memang kerja agak sukar nak dibuat..kalah jadi juri mentor @raja lawak @ ratu kemban. Banyak yang nak ditelek ,ditengok dan diintai..…

masih adakah gadis melayu yang berdandan sebegini ??








Ahad, 20 Mac 2011

Hari-Hari Cikgu Main Bola..

Hari minggu berlalu lagi

Banyak yang senang dan suka hati
Maklum diguna untuk bercuti
berkepit dengan anak dan bini
Dapat berdamping dengan buah hati
Yang menyapu atau mencuci
Bercucuk tanam atau memancing ikan di kali
Jalan-jalan cari makan cendol kopitiam ,tosei, pizza mee kari
Atau lepaskan gian tidor sepajang hari

Ada seperti si IE
Yang sebok berlari-lari
Pokok dek kita la apa yang kita nak buat dua hari di PD
Kerja diberes dengan amanah dan berintergriti

Walau tenaga disedut tapi letak ditepi
Yang penting senang dihati
Kembang kingcup Suka hati
Cukup bulan dapat gaji
Walau tak ada OT
Janji ….Tak makan hati
Orang pun tak ada yang benci.

Esok hari baru bermula lagi..

Den nak rehat ni…

Selamat malam dunia !!!!!!!

Aminnnn!!!!


p/s: macam ada yang tak kena dengan tajuk entri ni....







Khamis, 17 Mac 2011

Sibuk Tahap Cipan bukan ala YB

Tajuk entri ini diciplak dari tajuk entri YB..harap-harap dia tak kan hantar saman.
Kalau dia saman..kita akan saman dia balik…hehehehe .sebab ia tiada kena mengena dengan cipan @ tenuk yang dia dan famili jumpa kat zoo tuu.

Ceritanya begini…wah macam nak buat drama pulak!!
Semenjak duamenjak tIGA menjak ni IE memang sibuk..gaban pun dah pergi membantu rakyat jepun maka tinggallah si cipan.
Tiap hari dibayangi dengan kaler cipan..
HITAM-PUTIH-HITAM PUTIH-HITAM –PUTIH…KELABU..

MENANG-KALAH-
ATAS PAGAR-LOMPAT PAGAR
TEGAR-TRADISI-BARU

Akhirnya

Matapun dah naik juling itik










Rabu, 16 Mac 2011

cucucicit gempa dah sampai ke sini...

lebih kurang jam empat petang tadi bumi Somban begogar

jangan silap bukan gempa
hujan turun dengan lebatnya
bersama angin ribut dan taufan
pokok bergoyang-goyang
.kalau ditiup angin tentulah pokok bergoyang..)

tetiba terfikir
apa akan jadi kalau cucu cicit gempa sampai ke sini ?
duduk pulak di bangunan bertingkat-tingkat ni
air selat melaka yang jaraknya 50 km boleh sampai ke ke sini ???

atau adakah hujan lebat ni memusnahkan kot-kot ada radioaktif radiasi nuklear
yang otw ke sini ???

sekejap aja..
namun banyak pokok yang tumbang
banyak jalan yang terhalang
dekat rumah IE ni pun banyak kes
orang PBT nampak sebok
nak tengok gambar ..tunggu surat khabar esok laa..

info kata
kawasan Levendar yang tak berapa tinggi tu
tak dapat ribut tu sampai..
agaknya sebab ada utraman kot..


syukur Somban tak der banjir kilat laghi
timo kasih kek Tok Mat!










Selasa, 15 Mac 2011

fukushima miyami iwate ibaraki

masih menjadi bahan berita dan cerita

gempa bumi

tsunami

radiasi

lobai kulup kata sebab dia orang banyak dosa..balasan

langau kata sebab nak buat ujian ..kira testing laa

ahlam kata sebab bumi tergelincir..habis semua segala raksasa ultraman utrasound keluar...

tolonglah kalau nak buat lawak ..masuk aje program raja lawak
bukan sini dan masa ini

tolonglah..kalau rajin sangat nak main sms ..( INI BUKAN TAJUK ENTRI EN AL..)
bukan ini bahannya..tak untung pun!

BAIK KITA SOLAT ..SUJUD SYUKUR

sebab

bila krisis mesir syria lubnan yemen libya
anak saudara keluarga rakan rakyat kita selamat

bila bumi bergoyang dichistchurch
anak saudara rakan rakyat kita selamat

bila bumi terbelah
bila laut membelah bumi
disisi matahari terbit lesu
anak saudara rakan rakyat kita selamat

agak-agaknya
sampai ke pencemaran radiasi nuklear tu ke sini ??
kalau tak esok , lusa tahun depan atau sepuluh tahun lagi ???

ahh..relax
kau faham ke apa bendanya radiasi tu ??
tahu tapi tak faham
berguna tapi tak baik


hiroshima nagasaki...
kemusnahannya MEMBANGUNKAN Jepun!!

Fukushima..Miyagi..Iwate..Ibaraki

??????







Jumaat, 11 Mac 2011

Ini CaTatan RiNdu Si Ikan Emas

Salam rindu teramat rindu..

ini catatan rindu
hilang bukan sebab dah lenyap
tapi banyak yang lagi yang lebih rindukan sisi IE
yang mengharap tenaga , fikiran dan entah apa-apa lagi..
puas mengukur jarak
letih menongkah arus di lautan
penat menongak langit

untuk diri
untuk dia
demi rezeki sendiri
untuk rezeki dan masa depan generasi

Catatan ini
sambil berlari
sambil menyuap
sambil menguap...

hanya pelepas rindu Si Ikan Emas..

....."" iyer..IE kat sini..tunggu ya..bagi can IE nak intai blog ni jap ya !!!!!

ha..dengar tu..ada yang memanggil-manggil
entah dari mana-mana