Jumaat, 6 Mac 2009

SELAMAT HARI WANITA


8 Mac 2009 – Hari Wanita Antarabangsa

“ Selamat Hari Wanita “ …. Ramai kawan aku yang ternganga bila aku sampaikan ucapan ini .. Setiap tahun, Hari Wanita Antarabangsa disambut pada tanggal 8 Mac. Mungkin ramai yang tidak menyedarinya kerana di Malaysia, sambutan Hari Wanita disambut pada 25 Ogos. Tarikh yang dipilih sendiri oleh Perdana Menteri Pertama , Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan diisytiharkan pada tahun 1961.

Sejarah sambutan Hari Wanita Antarabangsa bermula pada tahun 1910 , dua tahun selepas wanita di Ameraka Syarikat menyambutnya pada tahun 1908 , di mana ia menjadi ilham untuk mengadakan sambutan yang sama di peringkat antarabangsa.

Apa maknanya sambutan ini ? …. Asalnya sambutan Hari Wanita ini hanyalah sebagai cara bagi kaum wanita menuntut hak asasi mereka , berpolitik, melihat perkembangan da kemajuan yang dialami atau sekadar satu hari sambutan untuk wanita.

Namun pada tahun 1910 seorang sosialis Amerika Syarikat bernama Lena Hewis mengumumkan , 8 Mac bukan sekadar bertujuan meraikan sesuatu sebaliknya ia adalah untuk merancang atau memikirkan usaha yang perlu dilakukan bagi memantapkan keadaan wanita di seluruh dunia.

Tanpa disedari Hari Wanita Antarabangsa adalah titik tolak kepada perkembangan dan kemajuan wanita hari ini tidak kira di mana saja mereka berada.


Bersyukurlah kita dilahirkan di sebuah Negara yang mengiktiraf wanita ..kita diberi peluang untuk sama-sama berjuang sejak dari dulu lagi , dari proses mendapatkan kemerdekaan sehingga sekarang wanita turut sama-sama bertanggungjawab mengisi dan memastikan kemerdekaan ini berterusan.

Dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 8(2) (pindaan 2001) ,jelas dan nyata tertera bahawa sebarang bentuk diskriminasi berasaskan gender tidak dibenarkan.

Keganasan rumah tangga merupakan isu yang masih berterusan. Jangan jadikan ia wabak yang boleh menghancurkan masyarakat dan negara malah dunia hari ini. Malah isu ini sentiasa dibincang dan dibahaskan terutama oleh pertubuhan-pertubuhan antarabangsa. Isu ini bukan sahaja melibatkan wanita atau kanak-kanak . Ia juga menjadi tanggungjawab semua pihak . Justru tema kali ini bukan sekadar tema tapi perlu tanggungjawab semua . ” Wanita dan Lelaki Bersama Menentang Keganasan Ke atas Wanita dan Kanak-Kanak ".

Satu tekad dan hasrat untuk dunia tanpa keganasan.

Hampir dua dekad, usaha-usaha untuk meletakkan kepentingan kepada isu keganasan terhadap wanita telah diterajui oleh beberapa organisasi wanita di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Persidangan mengenai Hak-hak Asasi di Vienna, 1992, Persidangan Antarabangsa mengenai Populasi dan Pembangunan di Kaherah, 1994 dan kemudian Persidangan ke-4 mengenai Wanita di Beijing 1995 telah mengiktiraf hak-hak wanita sebagai hak-hak asasi dan telah meletakkan isu keganasan terhadap wanita sebagai salah satu agenda dunia yang penting.

Di Amerka Syarikat, hanya 55% pelajar merasa selamat ketika berada di sekolah-sekolah. Insiden keganasan terhadap wanita dan gadis, seperti rogol, keganasan rumahtangga, keganasan seksual, perdagangan wanita dan gadis, penderaan psikologi, buruh paksaan adalah sebahagian dari bentuk-bentuk keganasan terhadap wanita dan gadis, yang masih belum berkurangan. Bahkan keganasan terus berlaku dan ada insiden keganasan yang berbentuk eksploitasi yang memberi hasil lumayan kepada para penjenayah.


Di Malaysia, dikatakan , 50% daripada wanita yang berkahwin pernah mengalami keganasan rumahtangga dalam perkahwinan mereka( nasib aku tak masuk dalam senarai ni....). Purata enam wanita atau gadis dirogol setiap hari di Malaysia. Manakala hanya 25% dari kes-kes rogol sahaja dilaporkan. Itu bermakna bahawa bilangan kejadian rogol sebenarnya adalah lebih tinggi.

Dalam pergolakan ekonomi dunia yang berlaku sekarang , ia membawa kebimbangan peningkatan keganasan rumah tangga . Keganasan atau penderaan ke atas wanita dan kanak-kanak bukan sahaja dilakukan secara fizikal malah lebih hebat penderaan emosi yang sukar dilihat atau dibuktikan. Impak daripada penderaan ini sama besar atau lebih teruk .

Sempena sambutan hari wanita ini , kepada suami , anak-anak , adik-adik ,ingatlah dan hargailah sumbangan dan jasa-jasa insan bernama wanita ini . Terlalu banyak kehebatan seorang wanita . Kelembutannya bukan bermakna lemah !! Tak percaya ? ..kalau la ada alat meter yang boleh mengukur kehebatan , keupayaan , kekuatan , kecerdikan dan kecantikan seorang wanita , tak tau la . Tangan yang menghayun buaian , boleh menggoncangkan dunia ”

“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan “


“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya “


“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh “


“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya “


“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya “


“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu “


“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dikeluarkan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan apabila ia diperlukan”


“LINDUNGILAH DIRIMU, SEINDAH PERHIASAN DUNIA”


SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA !!!

4 ulasan:

Pok Li berkata...

Wanita pertama yang saya kenali ialah ibu. Kemudian ramai lagi dan lagi, isteri dan anak-anak perempuan. Selamat Hari wanita

alizankamar berkata...

selamat hari wanita....

pure cotton bed sheets online berkata...

Tanpa disedari Hari Wanita Antarabangsa adalah titik tolak kepada perkembangan dan kemajuan wanita hari ini tidak kira di mana saja mereka berada.
garment stitching services ,
ladies kurti stitching ,

soslought berkata...

e7a32c1n39 u0j78r1j37 e6s29m9p68 d0h82d2w92 x8n41q7b11 e7s49j8i98