INI ANTARA PETIKAN UCAPAN YAB PRESIDEN UMNO SEMASA SIDANG UMNO TADI.
IE TAK RAJIN NAK ULAS APA YANG DICAKAPKAN SEBAB BYK YG DAH FAHAM..CUMA NAK PETIK
*********,
'"Dalam konteks ini, sesuai jika saya mengungkap beberapa baris puisi indah oleh Sasterawan Negara, Allahyarham Usman Awang serta bait-bait coretan gurindam daripada seorang tokoh persuratan, Tenas Effendy yang membicarakan tentang Melayu.
Pertama sekali dari segi usul dan asalnya disebut:
Melayu itu, kaya falsafahnya
Melayu itu, orang yang bijaksana
Akal budi bersulamkan daya
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah muallaf bertakrif Melayu
Mendakap realiti semasa Malaysia pula:
Kadazan, Bajau, India Muslim dan Siam,
Melanau, Bidayuh dan berpuluh suku kaum,
Kita bersama dalam serumpun,
Di sudut perpaduan dan agama dinyatakan bahawa:
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Seterusnya dari perspektif kepimpinan dan amanah, Melayu dimadahkan:
Menjadi pemimpin sifatnya agung
Syarak dipakai adat dijunjung
Hidupnya mengabdi kepada rakyat
Taat setia membela umat
Akhirnya, disimpulkan Melayu itu:
Dijadikan induk kuat berdiri
Umat sentosa bertuahlah negeri
Berdasarkan baris-baris yang saya lafazkan, begitu langsung memperlihatkan betapa, dalam sifat, psikologi, dan sikap atau perwatakan Melayu itu terpamer asas-asas yang membenih nilai kepimpinan murni. Jika digarap lagi, demikianlah orang Melayu, meletakkan martabat tinggi kemuliaan sikap pemimpin dan kepimpinan dalam masyarakat."
*****************
P/S : POKOKNYA KOK TERJAGA DAN TERSEDAR KITA .TAFSIRLAH SENDIRI SIAPA DAN BAGAIMANA MELAYU ITU..
22 ulasan:
saya tengah deklamasi sajak ni!!huhu
mood..semangat melayu islam!!
IMAN,
NAK JADI DEKLAMATOR PULAK ?
CANTIKKK...
TAHUN DEPAN NAJIB PANGGIL SHOW KAT DATARAN MERDEKA
salam...saya pun nak jadik pemuisinya..( betulkah perkataan ini???)
SROM,
KATA ASAL PUISI..
KATA BUATNYA ...BETUL LAH KOT..IE BUKAN PAKAR BAHASA TP PAKAR MAKAN LAKSA.
P/S ; PUISI BYK JENISNYA...SETAKAT PANTUN DUA KERAT TU BOLEHLAH DIPUISIKAN
wahh!!! laksa..awak sebut laksa terus saya ingat laksa mak mertua saya..sungguh sedap..raya haji nie lik kampong nak minta dia buat lah huhuhhuhuu
SROM,
LAKSA UTARA MMG BEST..
TANJUNG DAWAI PUNYER KE ?
tanjung dawai tue tempat ikan masin la..tapi kalau awak nak pekena ikan bakar, saya suggest kat citu la..awak duk hotel swiss in, sg petani..malam layan ikan bakaq kat tanjong dawai..
keluarga mertua saya duk kota kuala muda dekat tikam batu lah huhhuhu...
Assalamualaikum IE
atas kertas secantik bahasa
apakah rialitinya mengikut atas kertas!!!!
Wassalam
jgn me"layu' dah ler...
TUK ZALI,
SAMALAH
ANTARA YANG 'TERSURAT' DAN 'TERSIRAT'
ANA,
OOOO..IE NAK.CUBA SELUSURI MANA DATANGNYA PERKATAAN 'MELAYU' NII
NASIB TAK 'ME LOYA'
org melayu mesti marah kalau dikatakan Melayu berasal drp perkataan layu, kan?
realitinya itulah kita..tp kenapa, ye?
MIZAH,
KALAU KITA MENGAKU KETURUNAN ARAB TENTU AGAKNYA BANGSA KITA JADI MELASTAN ?????
WALAU APA PUN KITA BANGGGA DENGAN BANGSA KITA !!!!
HIDUP MELAYU !!!
penah dengar juga pantun dari pak tenas... sangat kagum tentang orang melayu malangnya sebahagian beso sifat tu dah takde
CEMOMOI,
DAH TUU...KITA NI SAPE ?..
AYUH..
MARI KITA REDAH GERIMIS MAHUPUN HUJAN
KITA HARUNGI RIBUT MAHUPUN TAUFAN
KITA RENANGI BANJIR MAHUPUN GELOMBANG
KITA TERANGI GELAP MAHUPUN GERHANA...
sekarang yg tinggal hanya melayu yang layu
hhmm..IE
payah juga nak beri meaning sajak ni..banyak bahasa tersirat tu..
SALAM,
BETAPA MEKAR DAN HARUMNYA BANGSAKU MELAYU TETAPI KALAU TAK BERSATU DAN BERPADU, TAK ADA APA ERTINYA ! MELAYU AKAN TENGGELAM BUKAN KERANA ORANG BUKAN MELAYU ITU KUAT TETAPI SEBENARNYA KERANA KITA LEMAH !
salam ziarah
melayu terkenal dengan semangat setiakawan sejak dahulukala...
namun zaman kini, bukan lagi setia dengan kawan tapi lebih kepada kawan makan kawan ~
........
.......
....
Hidup Jawa bererti hidup Melayu sbb Jawa juga Melayu hehehe
see hereclick reference More about the authorvisit this site right here have a peek at this web-siteMore Info
Catat Ulasan