Jumaat, 8 Oktober 2010

Kenapa Kita NAIK HAJI ?? Pahala Berganda Atau Dosa Kering ??

Kaabah


Lusa 9 Oct jemaah pertama dari negara ni akan mula terbang ke ke Tanah Suci.Mula-mula mereka ni ke tanah Suci Madinah dulu ..lepas tu baru ke Mekah.Nak pergi NAIK HAJI Sejak memula kenal dunia ni, kita dah dengar orang sebut NAIK HAJI bila nak mengerjakan Rukun Islam Ke lima ini. Tak tau la kenapa disebut NAIK HAJI ? . Kenapa orang NAIK HAJI???

1. Sebab nak tunjuk yang kita banyak duit.

2. Nak dapat gelaran Haji ( sebab nak tunggu gelaran Dato’, Tuanku tak kenal punnn)tentu
orang hormat kat kita bila ada gelaran ini.

3. Sebab dah tua..

4. Nak pergi berbulan madu…maklum baru menikah ,dapat hadiah dari mertua.

5. Nak naik kapal terbang. Ramai cabin crew yang macho dan cun.

6. Anak yang beriya-iya taja mak ayah pergi atau mak ayah yang ajak buat menemankan mereka.

7. Dapat hadiah utama suatu pertandingan realiti.

8. Nak bernikah..nak lawan artis tuuu.

9. Nak buat publisiti pasang kain rentang besar-besar..mana tau lepas ni bisnes restoran meningkat maju mengalahkan MOM.

10. Nak tengok macam mana rupa Kaabah tuu..nak ambik kainnya dan nak tengok apa ada kat atasnya ??

11. Nak cium Hajaraswad..batu tergantung ???

12. Nak berdoa di Multazam, Hijr Ismail..Moga Mustajab dan Makbul doa nak kawen lagi satuu

13. Nak panjat Jabar Rahmah…mana tau dapat ketemu jodoh.

14. Nak ambik anak toyol ???..bertambah kayoooo den nanti !

15. Nak shopping Jubah katanya di Madinah elok dan murah ..lagi satu nak cari minyak attar
gred1,

16. Nak cari hati hempedu unta..buat ubat sakit semput anaknya si Bedah ...

17. Nak melontar syaitan di Jamrah ..hilangkan segala orang yang ‘buat’kan aku selama ni.

18. Nak ambil air zam-zam buat air penerang hati. Tahun depan anak nak periksa besar.

19. Nak tau bagaimana cerita orang yang dah pegi terdahulu tuu betul ke tak ?

20. Nak tengok jam terbesar di dunia dan bangunan kedua tertinggi di dunia tuu dah siap ke
belum dan LRT mana yang hebat ..kek kolumpo ke sana ?

**********************************************

AMPUNNNNN Pakkkk .!!!!!!!

Ni entri ….bukan tujuan nak mempermain atau menjadikan ia sebagai bahan lawak , sekadar mengingatkan matlamat sebenar Rukun ini. ampun dan maaf . Namun jika dibaca, didengar dan direnung di sekeliling kita ..wujud umat yang sebegitu bukan ??. Pengajarannya janganlah kita melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan bi'daah atau khurafat..Sia-sia sahaja amalan haji kita nanti.

Selamat mengerjakan Ibadah Haji kepada yang dapat menyahut panggilan Allah SWT, mengapai lambaian sebagaimana yang telah dilaungkan oleh nabi-nabi terdahulu seperti Adam dan Ibrahim.

Firman Allah SWT di dalam Surah al-Haj ayat 27:

وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالا وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ

Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.

Semoga mendapat Haji yang mabrur. Aminnnnn


...Alhamdulillah dah dapat seruan ini ....Insyaalllah akan poie lagii

26 ulasan:

IMANSHAH berkata...

salam kak IE..saya nak mati di mekah

ana berkata...

mari betulkan niat kita...

Abd Razak berkata...

Salam...

Naik gaji adalah kot, naik haji takder lak dalam bahasa saya...

Agaknya nak pendekkan 'Pergi ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji' jadilah naik haji...

Alhamdulillah kepada mereka berusaha bersungguh-sungguh mencari rezeki dan simpan duit kerana perintah Allah itu, moga mendapat haji yang mabrur..

atuk berkata...

Assalamualaikum IE

nikmat yg Allah beri tak terkata apabila Dia memanggil kita menjadi tetamuNya


Wassalam

Unknown berkata...

semoga kita dapat haji yg mabrur bila mengerjakan haji atau naik haji..atau masuk haji..mana2 jelah..haaaa
asalkan diterima ibadat kita oleh ALLAH SWT..

sahromnasrudin berkata...

salam ziarah..semoga apa yang IE paparkan ini kan menjadi pengajaran

ikan emas berkata...

CikguIman,

usia dan hidup mati ni hanya Tuhan yang menentukan..kita hanya memohon yang terbaik dariNya.

ikan emas berkata...

ana,
BENAR,

SEPATUTNYA SEMUA UMAT ISLAM MEMNAG PUNYA NIAT UNTUK MENGERJAKAN IBADAH INI..TAK PAYAH TUNGGU JIN MENYERU !

ikan emas berkata...

UST RAZ,

IE MASIH TERTANYA-TANYA JUGA LAA KOTA ADA CERITA DISEBALIK TERM 'NAIK HAJI' NI..BUKAN NAIK DAM HAJI.

KALAU DENGAR CERITA ORANG DULU-DULU ADA YANG KE MEKAH JUAL SIREH MALAH ADA YG SANGGUP JUAL TANAH SEMATA-MATA NAK MENGCUKUPKAN RUKUN ISLAM.

ahmad humairi berkata...

salam,

...mendapat haji mabrur....itu tujuan utama.

moga selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air.

ikan emas berkata...

ATUK ZALI,


ALLAHUAKBAR,

HANYA SESIAPA YANG DAH PERNAH TAU BETAPA HEBAT DAN NIKMATNYA IBADAH DI TANAH SUCI INI...

ikan emas berkata...

LANABULU,

YG PENTING ALLAH TAU NIAT DAN APA YANG KITA KERJAKAN !

Relevan berkata...

Jangan ramai yang naik Haji Dam sudah..

ikan emas berkata...

ROM,

BYK N3 FASAL HAJI CERITA FASAL PENGALAMAN KAN..JADIKAN TELADAN DAN PANDUAN

ikan emas berkata...

CKGU AHMAD,

SEMOGA MENDAPAT HAJI MABRUR !

ikan emas berkata...

MR RELEVAN,

KALAU GITU DAH BERJUTA-JUTA HAJI DAM KAT SINI....

al-lavendari berkata...

YB.

AWAK MEMANG LAYAK DICADANGKAN MENJADI PENGHULU BLOGGERS. CADANGAN DI TUTUP.

TENTANG KOMEN IE TU, SEBENARNYA SAYA DAH NYATAKAN SEBAB2NYA DALAM POS MELEKAT SAYA SEBELUM INI SEBELUM SAYA RINGKASKAN. MUNGKIN DIA TAK BACALAH TU.

TAK APALAH SAYA NYATAKAN SEKALI SEBAB2NYA SECARA RINGKAS.

1. SEBAGAI PENUNTUT TUA, SAYA HARUS BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI PEPERIKASAAN AKHIR SAYA YG DAH TERLALU HAMPIR.

2. SEBAGAI PEKERJA, 'WORK LOAD' HARUS DI 'CLEAR'KAN. DAN BULAN NI AKAN ADA DUA OUTSTATION.

3. SEBAGAI AYAH, SEKARANG NI SEDANG MENYELIA KERJA2 PEMASANGAN GRILL DAN LAMPU/KIPAS KAT RUMAH ANAK SAYA DI PUCHONG.

4. JEMPUTAN RUMAH TERBUKA DAN ORANG KENDURI, NAMPAKNAY BELUM SURUT LAGI.

5. DLL

S.K

IKAN EMAS.

Yunus Badawi berkata...

Ada yg naik haji nak beli dob. Makan biawak pasir tu boleh tambah power hehehe.

Malam tadi di surau kami diadakan majlis meraikan bakal2 haji. Ada 8 org yg pergi dari taman kami. Yg pertama akan naik KT1 awal pagi ini.

Yunus Badawi berkata...

Abg al-lavendari dah balas pertanyaan awak di blog saya. Harap jawapannya memuaskan. Kalau tak puas hati jgn salahkan saya hehehe

ikan emas berkata...

Hj Hamzah
( musim haji kena panggil Pak Haji laaa )

T.Kasih.
maaf sebab IE terlepas beberapa entri Tuan Hj kerana IE pun berada di tahap yg ke ???ntah tak der tahap kot.

ikan emas berkata...

YB,

dah jadi PRO pulak daaa..

bila jadi Penghulu ni tak der elaun tau !

nidus2 berkata...

Mana yang tersirat, mana yang tersurat?

nidus2 berkata...

Mana yang tersirat, mana yang tersurat?

ikan emas berkata...

PakNidus,

yg tersurat atau tersirat sekiranya tidak melanggar akidah tak der masalah kan ? ..

umumnya ke tanah suci ni kita dah beribadat sebanyak-banyaknya

zino berkata...

selamat menunaikan haji kepada yg bakal berangkat ke sana..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

rajinnya ko kak tulis panjang panjang nice n3...