Selasa, 26 Oktober 2010

DaTo SiAMang GaGaP akan pastikan si TWIN STAR aIDIL Zaquan aDHA MENANG !!

Wow !!!! …Sabtu ni Negeri Sembilan pasti akan menang lagi !!!
Tiap hari IE akan dating dengan si kembar ni..tengok senyum mereka .
Bukan sebab lepak kat rumah ibu bapa mereka tapi jumpa dia orang kat simpang jalan…hehehehe..…………….Persimpangan Jalan Siamang Gagap - Jalan Sikamat -Jalan Tunku Kursiah ( mr gugel boleh tolong carikan,,,)
*****************************
sila baca cerita seterusnya; KISAH SIAMANG GAGAP

Memula memang tergelak tanya-tanya dan fikir mesti somebody juga situan punya nama ni…SIAMANG GAGAP ???? kenapa pulak begitu gelarannya ?..Eh orang Negeri Sembilan ni memang menyesahkan teori Darwin ke ? …

Maka dari mulut ke mulut dari google ke google..kita tau laa bahawa sebenarnya cerita di sebalik nama jalan yang saban hari IE lalui ni..Ampun Tok..cucu nak tumpang lalu....

Jalan ni dulu namanya Channer Road. Captain Murray residen Inggeris di Sungai Ujong dikatakan pernah tinggal kat jalan ni..( tak nampak pulak mana ada rumah lama kat area ni…kubur adalah !!)



Siapa Dato’ Siamang Gagap ?
  • Pembesar Negeri Sembilan pada masa pemerintahan Yamtuan Antah (m.m. 1872-1889).
  • Nama sebenarnya Abdul Qahar bin Mukmin .
  • Lahir 1817 di Repah kemudian berpindah ke Seri Menanti.
  • Gagap sewaktu kecil tetapi masalah itu diatasi sebaik dewasa.
  • Berasal dari suku Tanah Datar di Seri Menanti..
  • Mempunyai badan sasa dan tegap dengan bulu mata kening tebal menutup pelupuk mata.
  • Pernah dikatakan belajar dengan Tok Kali Singa ,di Patani dan di Sumatera, Indonesia .
  • Berkahwin dengan gadis bernama Cik Kembang .
  • Mendapat gelaran Datuk Siamang Gagap selepas menewaskan orang Rawa (Temusi) secara sendirian .
  1. (Dikatakan dulu-dulu memang ada seekor siamang yang gagap di kampung tu dan dianggap keramat ).
  2. Ada pulak yang kata , nama dia Aman atau Abdul Rahman, orang kampung suka panggil shortname jadilah di SiAman…lelama terus orang panggil Siamang (????)
  • Pembesar istana dan terbabit dalam pelantikan Yamtuan …sama macam Bendahara atau Menteri Besar.
  • Dia juga dipanggil Dato’ Imam Perang kerana mengetuai pasukan Yamtuan Antah ketika mempertahankan Seri Menanti daripada serangan British.
  • Mengetuai pasukan Yamtuan Antah menentang Inggeris dalam "Perang Bukit Putus" pada 25 November 1875 . (Perang saudara sebab berebutkan tahta dan bermulanya campur tangan British di NS) tu sebab banyak hantu kat bukit putus
  • Merajuk dan melarikan diri ke Pahang ( Semantan ) selepas Inggeris menguasai Seri Menanti ( bergabung dengan Tok Bahaman…ada yang kata dialah sebenasrnya Dato’ Bahaman ????)
  • Dikatakan meninggal dunia di Mekah, Pahang dan Kampung Terusan Juaseh (??????)
  • Warisnya dikatakan membawa diri ke Kampung Sungai Ramal, Kajang dan ada juga di Temerloh…
  • Ada cakap-cakap bagitau bahawa Leftenen Adnan tuuu merupakan waris Dato’ Siamang Gagap (???)

Ada sesiapa yang mengaku waris Dato’ Siamang Gagap ??
( ntah-ntah si Aidil dan Si Adha tu waris nya ke ????)


Wallahualam !!!!
























20 ulasan:

ISAC berkata...

Salam IE,

Ekau pumyo blog ni payah nak komen... Dia bertindih-tindih...

Adik dio mano ado lai... Operate lutut... Ekau mano ado nengok bolar....

:) lama X menyakat...IE

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

IE,


belajar sejarah kita hari ni...

timaseh. kalau tak; takde nak carinya...

ikan emas berkata...

Isac,

iyo laa tuu....kepalo lutut nye kono sepak dek ayu ke ?

sebonar ee kek simpang tu ada holding gambar dak berduo tu,

p/s " ni cito sejarah

ikan emas berkata...

rina,

saja nulis..den nak bagitau joo
dah hari-hari lalu kek sinun.

Abd Razak berkata...

Salam...

Kamek baca sejarahnya..:)

ikan emas berkata...

Ust Raz,

kitak pun kena ambik tau sejarah.
Menteri Pelajaran dah bagitau

IMANSHAH berkata...

saya mengaja ni

sahromnasrudin berkata...

salam..yg aku tahu jalan tue terkenal sebab ada pasaraya ocean pacific a.k.a the store..pasal ape dia gagap, memang pasaraya tue tak leh nak huraikan huhuhuhuh

ikan emas berkata...

CikguIman,


oooo..dalam silibus ada yer ?
elok tuuu

ikan emas berkata...

ROM,


hehehe..
IE p pasaraya tu bila nak makan pizza

Relevan berkata...

Kome sedara dengan Sulaiman Akhkhelaken je..

ibuintan berkata...

salam IE,
mungkin twin star tu waghih ea dato siamang tak, sobab togap saso cam dato siamang tu... twin tu gagap tak, kalau gagap sah la tu

po pun geng ujang mesti hebat minggu ni...

Yunus Badawi berkata...

IE kerja dekat Jalan Siamang Gagap tu? Dulu ke situ kalau nak ke JKR Seremban masa ada projek.

Lepas ni bolehlah jumpa IE kat pasaraya tu. Kita pergi makan pizza nak?

Esok saya ada ke NS hehehe

Yunus Badawi berkata...

Kawan saya ada yg dari suku Tanah Datar. Waris Dato' ni lah kot.

Tanpa Nama berkata...

salam

dato siamang ni gagap tetapi hebat la ye....

ana berkata...

gagap2 pun hebat tau!

ana berkata...

gagap2 pun hebat tau!

ana berkata...

gagap2 pun hebat tau!

al-lavendari berkata...

betul ke ada hantu kat bukit putus ..? awak pernah jumpa ke ? lepas ni takut pula saya nak lalu ikut jalan itu. walaupun jalan baru dah ada, saya suka jalan lama tu .. nostalgia.

IMANSHAH berkata...

Ada dalam silibus tingkatan dua..

tapi bila sampai sini murid2 selalu gelak..cg dia gagap ke??

saya jawab..ahah gagap..tapi gagap2 dia berani..kamu yang tak gagap penakut