Selasa, 12 Oktober 2010

Sembang-Sembang Fasal Duit ..Bajet..2011 makin hampir

Salam 1 Malaysia murid-murid tua


Kita belajar ekonomi rumah tangga lagi .Kali ini bab bajet pulak. Duit aku duit aku, duit engkau duit aku


Jumaat 15 Oktober 2010 jam 4.00 petang..pembentangan Bajet 2011. Sedar tak sedar dah hampir penghujung tahun. Apa agaknya yang nak diumumkan oleh YAB Menteri Kewangan kali ini ? Yang jelas bajet 2011 bermakna dah mula masuk tahun bermula RMK10 dan NKEA ( apa ke benda ni ???) Bidang Ekonomi Utama Negara . makin konfius ???


Gaya tadbir Dato’ Najib nak tranformasikan negara ini menjadi negara berekonomi maju dan berpendapatan tinggi. Oleh itu gaya bajet ni mesti ikut 4 tunggak identiti Najib iaitu 1M, GTP,MBE dan RMK10.


Berasaskan 4 tunggak tersebut, Mai kita bayangkan bagaimana ,apa jadi dan berapa banyak perkara perkara berikut di dalam Bajet 2011 :-

  1. Berapa banyak projek baru dan duit untuk buat jalan-jalan, rumah orang miskin dan infrastruktur lain untuk orang kampung ?..orang miskin diminta cepat-cepat tukar atau buka akaun bank baru…

  2. Bagaimana nasib pengusaha IKS ?....berkembang sebesar mana ?..Hub Halal juga kena intai juga.
  3. NKRA pertama ialah nak mengurangkan kadar jenayah..KPN dan KP Kastam dah orang baru..Org IMI pun dah banyak yang di’rehat’kan…bagaimana hal ini diperuntukkan dalam bajet ?

  4. Bagaimana nasib anak-anak kita khususnya dalam bidang pendidikan ?..Sistem sentiasa berubah ..PMR nak diubahsuai. Banyak quarters cikgu tak diguna. Ada anak-anak yang masih tercicir. Bidang vokasional, teknikal dan kemahiran perlu diberi bajet yang tinggi supaya mereka tak sibuk dengan aktiviti merempit, lepak dan lari iktu lelaki Lombok..

  5. Sibuk dengan ICT..netbook kena diberikan lebih banyak lagi terutama kepada yang layak..jangan kira kroni….kawasan-kawasan liputan jalur lebar kena dilebarluaskan lagi…kena yang laju ..pejabat kerajaan dan pegawai-pegawainya kenalah cerdik ilmu ICT ni..

  6. Banyak kilang lama , kilang baru…pelabur baru pelabur lama..bagaimana nasib mereka?..Union GLC nak pastikan dua tuntutan mereka berkaitan dengan pekerja mereka diambil perhatian terutama bab perkhidmatan dan persaraan ? Bagaimana Menteri Kewangan memandang perkara ini ?

  7. Dengar kata ada yang berminat nak ambil alih GLC besar ?...siapa yang kena ?..UEM ?..PLUS?

  8. Cukai ?...cukai apa pulak yang naik kali ini…rokok ? barangan sukan ? kenderaan ?
    Bagaimana GST (Cukai barangan dan perkhidmatan ) tu ??jadi ke ? sesuai ke pada masa sekarang ?..

  9. Cukai pendapatan individu pulak bagaimana ?..ada peluang dikurangkan kadarnya ke ??

  10. Kakitangan Kerajaan pun tuntut ‘hutang ‘juga …dulu duit raya dah dapat RM500..nak minta tambahan lagi ! Dua bulan bonus atau insentif ke atau apa istilah pun tak kisahlah asalkan ada ..!

Berapa bajet untuk kementerian kita ?

Dah lah ! penat nak tulis taip klik

PERINGATAN : KEPADA SEMUA PAK MENTERI DAN AHLI MP (YG BN SAHAJA ) PASTIKAN YB-YB DATANG DAN BERADA DI DEWAN SIDANG SEHINGGA TAMAT PEMBENTANGAN !!!( raya dah habis...tak payah sebok lawat kawasan atau buat open house dengan bini muda...)


p/s : Ikan Emas,awak tak boleh tulis serius sikit ke ? .orang awak pun sama juga ....DBP dah tegur !!..
kalau dah semua tak betul…hang saja yang bijak berbahasa …hang tak payah minta tolong kawan….hang pun minta tolong ,kawan tak kenakan bajet .
















25 ulasan:

sahromnasrudin berkata...

tahniah!!! entri yg menarik..kita tunggu kemunculannya..yg paling penting, rakyat luar bandar harus menerima tempiasnya...

Pok Li berkata...

Masih menunggu komen yang pelbagai. Dengarnya ada kementerian yang kurang bajet tahun ni.

ikan emas berkata...

ROM,

KERJA SAMBILAN AJA NI...

ikan emas berkata...

POKLI,

...MANA LAK AGAKNYA..

HUJUNG TAHUN NI PUN DAH IKAT PERUT KITA..PRK ADA LAGI ..PERJUANGAN PERLU DITERUSKAN

Relevan berkata...

Dengar cerita orang gomen dapat 2 bulan bonus ..ye ke?..

ahmad humairi berkata...

salam,

belanja lah ikut bajet.
tapi bajet selalu lari.
dia tak jalan...

ikan emas berkata...

MR RELEVAN,

AMINNNNN!!

KALAU BETUL..BOLEH IE ODER KETE BARU...( orang lain bonus 6 bulan gaji tak kecoh pun !!!)

ikan emas berkata...

TUAN AH,

RANCANG LAIN
LAKSANA LAIN..belum kira yang terbelangkalai lagi

MACAM ISTERI PEGI PASAR
TULIS LAIN
YANG DIBELINYA SEBONET KERETA..

MANA TAK LARI BAJET...

Abd Razak berkata...

Salam...

Tunggu dengan sabar..:)

ghostWRITER berkata...

nantikan live dari TV dan blog..hehehe

Unknown berkata...

Yang pastinya..bonus sekurang2nya satu bulan..kan3...

atuk berkata...

Assalamualaikum IE

ada rezeki untuk kakitangan kerajaan kut

Wassalam

terokai seni berkata...

nak gak bonusssss

ikan emas berkata...

UST,

SABAR ITU KAN SEPARUH DRPD IMAN...

ikan emas berkata...

GW,

LIVE DARI GALAS KE ???

ikan emas berkata...

LB,

SYUKUR JG LAA KALAU ADA 1 BULAN..KITA JG HARAP KOT ADA PENYELARASAN KE APA KE ..MCM GAJI POLIS ...

ikan emas berkata...

UST R,

INSYAALLAH...MUDAHA-MUDAHAN DIMAKBULKAN..

ana berkata...

nak bonus leh? hehehehe

Yunus Badawi berkata...

Tahniah di atas n3 yg menarik bagi topik yg agak berat ni.

Saya bukan kerja gomen - jadi tak harap bonus (setakat Bonus air soya tu bolehlah huhuhu).

Unknown berkata...

SALAM,
N3 YANG MEMBERIKAN INFO YANG BAIK TENTANG BUDGET YANG TERDEKAT INI. SEBAGAI ORANG BERSARA, NAK TAHU JUGAK APA IMPLIKASI BUDGET KEPADA PESARA !

abu muaz berkata...

tungguuuuuuuuuuuu....

ikan emas berkata...

ana,

nak bonus ?

nah ! ambik ni...

pastu pegi main jauh-jauh ...


hehehehe

ikan emas berkata...

YB,

TUAN LAH YG KENA BAGI BONUS KAT STAFF..TAHUN NI DAPAT BRAPE ? IE ADA SHARE KE ?

ikan emas berkata...

DR LF,

PESARA PUN TAK PERNAH DILUPAKAN..
KAN ? KAN ? KAN ?

DATO' PERNAH DUK DI TMN SERI SETIA ?? BILA TU ???

ikan emas berkata...

AM,

SY PUN TAK SABAR DAH NII...


TGH MLM NI MGKN DAH DPT INFO KTTTT...

PSYTTTTTTT