Sabtu, 16 Oktober 2010

BAJET 2011...30 PERKARA YANG kita SUKA aPA YANG kITA tak Suka ..tAK fAHAM ??

Selesai pembentangan bajet 2011 oleh YAB PM..Katanya sebanyak RM212 b diperuntukkan untuk menguruskan negara sepanjang tempoh 2011 depan. (pening den !!).

Tak kisahlah banyak mana pun …janji kita rakyat Malaysia dapat hidup dalam aman…makmur…senang lenang guna kereta buatan tempatan atau recorn atau import…makan kenyang pilih ajelah nak menu Negeri Sembilan, atau kari india atau arab atau siam ,western ke ..…tidur kita lena tanpa dentuman senapang atau bom.

Yang kita suka fasal bajet tadi ;

1. 2 anak syarikat Petronas akan menawarkan pegangan awam yang lebih tiinggi. (sesiapa nak beli kita tunggu aja laa...)

2. KWSP diberi dibenar melabur ke luar negara dari 7% ke 20%

3. Yayasan Amanah Bumiputera akan melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiptera dengan saiz bernilai RM 1juta.

4. Dana pencen swasta dilancarkan mulai 2011 untuk kakitangan swasta dan yang bekerja sendiri.

5. Peruntukan kepada orang pertanian yang suka nak bela burung walid ( macam YB nak buat tuu).

6. RM 50 juta akan digunakan untuk membuat bumbung di kawasan lingkaran KLCC –Bukit Bintang….tak lah kena hujan panas.

7. Duti import 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan seperti pewarna rambut…handbag, baju lampu, sampoo,langsir selimut cadar kemeja baju tidur seluar dalam serta minyak wangi termasuk kelambu!! Wow tak payah den shopping kat London ..

8. Cukai jualan semua telefon bimbit dikecualikan…maknanya harga telefon makin murah ke !

9. Akta Insolvensi akan dikaji semula…kot makin ramai yang bangkrap ke ??

10. RM6.4 bilion utk membina ,ubahsuai sekolah berasrama ….sekolah menengah dll

11. RM111 juta untuk program PERMATA NEGARA ( First Lady punya !!!) sekolah agama dapat RM95 juta.

12. RM500 juta diperuntukkan untuk Program Latihan 1 Malaysia ….tambah kerja den !!

13. Mulai Jan 2011, gaji minimum pak guard antara RM500 – RM700.Campur elaun bagai dapatlah lebih RM1,000 ..taklah bawah paras kemiskinan.

14. 40 buah Taska 1Malaysia baru..25 buah klinik 1Malaysia pun akan ditambah lagi.

15. Cuti bersalin 90 hari bergaji penuh ..atau 300 hari sepanjang tempoh berkhidmat.
( Hah????) maknanya sape nak anak sikit..ambillah cuti 90 hari… kalau nak banyak kenalah ambil 60 hari…

16. Kementerian Shahrizat dapat RM1.2 b untuk orang tua, kanak-kanak ,OKU.

17. Pengecualian 100% duti eksais ke atas sebuah kenderaan tempatan yang dibeli oleh OKU…

18. Pelepasan cukai sehingga RM5,000 diluaskan untuk rawatan dan penjagaan ibu bapa tua...termasuk kalau nak beli pampers utk mereka.Jgn ada lagi anak dehaka

19. Skim Rumah Pertamaku untuk golongan muda berpendapatan kurang RM3,000 bagi rumah berharga bawah RM220,000 dan boleh buat pinjaman penuh….

20. Kerajaan menyediakan 576 juta ringgit dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pengajian.

21. Elaun pengerusi JKKK naik kepada RM800 sebulan.....elaun mesyuarat naik kepada RM50.00 ..hai berebutlah nak jadi Tok Sidang.

22. Elaun Tok Imam juga naik dari RM450.00 kpd RM750. Elaun guru KAFA naik RM800 sebulan...elok laa tuu...

23. Kadar tol PLUS tidak akan dinaikkan dalam tempoh lima tahun akan datang...( janji sehingga PRU ke 14 akan datang ....

24. RM350 juta untuk program membenteras jenayah...termasuk wujudkan mahkamah khas .
Itu tak termasuk peruntukan kepada Ngo’s yang diiktiraf dan terpilih yang suka buat kerja membenteras jenayah dan gejala buang bayi.

25. Rebat bayaran bil elektrik yang di bawah RM20.( kira selaras la kan...sebab ada negeri dah buat pun )

26. Memperkasakan pengajian tinggi: menambah peratusan staff berkelulusan PHD kepada 75% bagi universiti penyelidikan dan 60% bagi IPTA lain dengan peruntukkan sebanyak 20 juta ringgit.Pensyarah boleh dipertimbangkan kenaikkan pangkat ke peringkat tertinggi gred Turus.

27. Memansuhkan PTK …YEAHHHHHHHHHH !!!! woi…kawan IE kat depan ni bersorak sakan....(apa lak makenisne baru ??? makin menyusahkan ke ?)

27. RM 500.00 aje diberi kepada orang gomen …termasuk pesara .gred atas 54 tak dapat.( nak genapkan RM1,000 daripada yang diberi masa raya dulu...)

28. Kontrak Pegawai Khidmat Singkat disambung setahun lagi..ada 2 orang kat pejabat IE ni.

29. Akademik Sukan Bola Sepak akan dibina di Pahang dengan nilai RM20 juta...(ramai la lagi klon Aidil dan Adha )

30. Menara 100 tingkat akan dibina di KL....wow !!!!! ( mercu tanda era Najib pulak )

p/s : Mohon dicadangkan. Sekali lagi diingatkan kepada semua Ahli MP jangan lupa tarikh sidang untuk meluluskan !!!

dicatat pada : 15.10.10 17.50










25 ulasan:

Abd Razak berkata...

Salam...

Esok exam PTK camner erk?

ikan emas berkata...

OH YAA..

ADA JG YG TANYA NI..

PERGI AJA LAA...ITU SATU KELEBIHAN KPD YG DAH LULUS ATAU ADA PTK NI..

Unknown berkata...

yg elok kena support...

Abu Aiman berkata...

salaam,
semoga rakyat semakin sejahtera hendaknya yer...

ana berkata...

Mulai Jan 2011, gaji minimum pak guard antara RM500 – RM700 juta...biar betul??? hehehehe

IMANSHAH berkata...

ambo tak dok semangat nak PTK

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Salam Kenal.


biar ada dari yang tak ada ....

atuk berkata...

Assalamualaikum IE

terima kasih atas info bajet

tak payah beli surat khabar besuk

Wassalam

ikan emas berkata...

LB,

BETUL...

JGN ASYIK NAK CARI SILAP AJA.
BUKAN SETAKAT SUPPORT, KITA LAKSANAKAN BERSAMA...MANA YG TAK KENA KITA TEGUR BARU BETUL KAN KAN KAN

ikan emas berkata...

ABUAIMAN,

AMINN !!!!
TRATEGI UTK KESEJAHTERAAN RAKYAT TANOA MENGIRA LAPISAN ...KIRA 1MALAYSIA

ikan emas berkata...

ANA,

OMAKKK AIII...
TQ
MAKNANNYA AWAK MEMANG BETUL-BETUL BACA NI..
IE DAH SYOK SEBUT N TULIS JUTA-JUTA..( NANTI IE BETULKAN YER )

GAJI PAK GUARD DITETAPKAN ANTARA RM500-RM700.00 DITAMBAH DGN ELAUN BAGAI MEREKA AKAN DAPAT LEBIH RM1,000 ..TAK LER BWH PARAS KEMISKINAN

ikan emas berkata...

AZRINA,

SALAM KENAL JG...
T.KASIH KERANA JOIN KITA..NANTI IE AKAN JENGUK KE SANA PULAK.

KAUM WANITA YG MUDA-MUDA NI MESTI SUKA HATI..PARA SUAMI PUN TUMPANG SENANG...JGN MENDERA BINI SURUH BERANAK AJE DAH LAH

ikan emas berkata...

PAK ZALI,

WASSSALAM,
BYK LAGI INFO YG IE TAK CATAT..INI INFO AWAL..KITA NAK TAU JG REAKSI RAKYAT MACAM MANA.

RAKYAT MARHAEIN MACAM KITA NI MENGIKUT AJA APA YG PEMIMPIN DAN PENTADBIR BUAT KAN ? JANJI KITA BAHAGIA !

Relevan berkata...

Cukai kelambu dihapus kan ke?..

sahromnasrudin berkata...

salam..saya cume nak tanye apa org kampong dpt??? nothing..
ape penternak, nelayan, petani dpt?? nothing...
padahal mereka nielah yg sokong kerajaan melalui peti undi..nak harap org kl sokong bee end, alamak mmg takde la....
kita selalu nak tarik sokongan tetapi kita lupe sokongan yg telah sedia ada..pembangunan luar bandar perlu dipertingkatkan lg

zino berkata...

dah lengkap lapuran ni tak payah baca paper lagi hehe

Unknown berkata...

SALAM,
TAK MAHU CERITA BANYAK FASAL BAJET NI. LF DAPAT RM 500 UTK GOLONGAN PESARA. TAK MINTAK DAN TAK TOLAK ! YANG TAK UNTUNGNYA, LF TAK SELALU BELI SELUAR DALAM. KADANG2 TAK PAKAI PUN, IE.

tukang karut berkata...

takde satu pun khas utk aku...grrrrr

Bingai @ Bangang berkata...

Salam IE,
Tertarik tang P/S tu. ada lak yang buat-buat lupa datang luluskan badjet.

Bagi yang rasa orang kampung tak dapat apa dari badjet ni, buat cadangan kat poskaduntukpm. yang dah bagi tu sapu je dulu. hehehe

Aku Yang Bingai
Dari Emelku: Jeli Gelatin Babi?

DrSam berkata...

apa-apa pun, belanjawan kita sekeluarga mesti sentiasa berhemat...

Hamizah berkata...

dok tunggu regahandbag turun ni..teringin juga pki lv,gucci etc..hehehe

en_me berkata...

Muger2 negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa.. aminn ya robbal alaminn

Mak Su berkata...

suka gaks ;)

Yunus Badawi berkata...

Selaku YB saya sokong cadangan YAB Pekan ini terutama yg no 5 tu.

Dapatlah Atikah pakai Swift nanti hahaha

Yunus Badawi berkata...

Hai. Boleh berkenalan? hehehe

Lama awak tak update.