Ooo…Dah 1 Ogos !! Hari ni serentak di seluruh Negara ….beberapa tempat di Negeri Sembilan pun ada buat program pagi tadi ( ada juga yang buat pada 7 hb nanti…)
Kempen Kibar Jalur Gemilang Semarak Merdeka 1M sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke 53..di Perlis Pelancaran Peringkat Kebangsaan…macam-macam aktiviti ada ..larian ada..bicara tokoh ada , sukan ada…dan macam-macam lagi.,,
kek Somban pagi tadi....
Moga warga Negara ni sedar nak pasang bendera tak kira di mana jua…pejabat ke …sekolah ke...premis perniaagaan ke , rumah ke ..surau ke..Janganlah mengharapkan bendera percuma…Walaupun ekonomi agak suram tapi apalah nilainya RM10 dengan harga sebuah kemerdekaan.
Tahun ni ada pertandingan keceriaan kibar jalur gemilang..macam-macam kategori ada..dari kategori bangunan , kenderaan, kediaman ,pejabat kerajaan/swasta ,dan kampong-kampung 1 Malaysia ….hadiah lumayan !!!
Warga Negeri Sembilan..mai ke Dataran Senawang pada 7hb
1 Malaysia Menjana Tranformasi
16 ulasan:
salam..selangor menang Liga Super...yahoo....
Tim Pre FAM orang baru ek???
den pun kira org Sgor jg !!!
salam,
kibar jangan tak kibar cuma jangan kebas yang tergantung kat tepi jalan tu dah le..
SETIAP TAHUN KITA MENGADAKAN KEMPEN BEGINI, SAYANG NEGARALAH, PATRIOTIK LAH..TAPI GENG2 SEBELAH SANA MACAM TU JUGA..DOK KRITIK JE APA YG KERAJAAN BUAT
weh... raya ni mai la rumah aku
weh... raya ni mai la rumah aku
PM,
bendera yang tergantung kat surau , masjid pun habis kena kebas..punyer ler bersemangat !
Dya,
tak payah tunggu raya laa..
laa ni pun akak boleh datang !!
Merdeka !!
Medeka !!
Merdeka !!
iMAN,
ORANG SEBELAH MANA ? KIRI KE KANAN ?
BAB KEMERDEKAAN NI TAK KIRALAH FAHAMAN MANA PUN ..NEGARA KALAU TAK BERDAULAT MANA MEREKA BOLEH NAK BERLOGOKAN PARTI PILIHAN SENDIRI ..
......bila STAR nak dpt dpt pegang juara pidato ke ??
yes.....
mari kibarkan...
kat kereta tak mo...sebab mesti hilang, terbang...
tak sanggup pikir bendera yang terbang tu digilis kereta lain...
Dr,
kat kereta tak boleh..apa kata kat rumah ...kat klinik..
kat katil pesakit
kat basikal anak
Siapa yg berjaya mengekalkan bendera di kereta tanpa terbang akan menang. Kena tukar pakai gam gajah agaknya.
Sebelum ni letak mesti terbang sampai 3-4 kali. Tinggal 'rumah' dia je
Salam...
Kibar waktu berjogging bawa beg kat belakang ngan bendera kecik hehe
tiap2 tahun saya kibar depan rumah saya sorang-sorang. jiran kiri kanan depan belakang tak ikut !
tahun ini fikir semula. takut nanti orang ingat rumah wakil rakyat pulak !
maka bertaburanlah jalur gemilang kat atas jalan raya akibat tercabut daripada kenderaan.
Merdeka !
Catat Ulasan