Khamis, 29 Julai 2010

Tawaran Istimewa ...aDa JawaTan PenTing MenungGGu CiKgu Bulan OgoS NI...



Horey !!! horey !!! horey!!!


Wahai cikgu-cikgu..anda memang istimewa.
Penjawat awam yang lain dalam gred yang sama tak boleh nak aktif berpolitik…tuan/puan boleh pilih nak masuk parti apa, nak pegang jawatan kechik jawatan tinggi.Nak pergi ke bulan ke,ke bintang ke, nak naik roket ke, nak sukat guna dacing ke, mata lanun ke daun padi bagai…susah-susah kita guna payung aje …pilih saja mana yang suka !!


Wah meriah nanti dalam bilik guru macam-macam kaler ada …macam-macam ceramah ada , macam-macam kempen ada !


Dalam kelas cikgu mendidik..ajarlah subjek sejarah supaya anak murid ingat susah senang,sedar asal susul...., ajar bab perlembagaan supaya mereka ada jati diri.., didik dengan agama supaya mereka beriman.. .ajar matematik supaya anak murid pandai mengira berapa tahun dah negara ni merdeka dan supaya mereka tau mengira berapa undi yang boleh mereka tolong kempen.. ..Negara ni demokrasi ..cukup umur suruh anak murid mengundi..


Haa…bila dah pegang jawatan nanti jangan lak guna kuasa..
campurkan tangan kaki dalam pentadbiran sekolah !!


Bos –bos besar nampaknya kena menambah kaki- tangan-mata-telinga untuk memastikan bahawa cikgu –cikgu ni benar-benar profesional..berintergiti, displin…mana tau dok asyik mengekori ketua sampai lupa jalan ke sekolah , sesat jalan ke kelas..…
tambah-tambah musim kempen G7 ni !!


Politik dulu lain, sekarang lain…anak murid dulu lain, sekarang lain…bapa murid dulu lain ,sekarang dah lain..sistem pendidikan dulu lain, sekarang lain…
Ada pernah dengar ke bos besar kena kes tatatertib sebab langgar Peraturan 21(2) ni ??


Agaknya penjawat awam yang lain tak menyumbang khidmat kepada masyarakat ke ? tak menjana minda dan pembangunan negara ke ?
Siswatua pulak pun ada minat ???























Selasa, 27 Julai 2010

DIAM bukan bermakna HILANG

diam bukan bermakna bisu
sepi bukan bermakna lesu
sunyi bukan bermakna layu
jauh bukan bermakna jemu
kerja ku memetik bintang-bintang
ditiap langit
disusun melimpahi ruang
tetap setia si pembawa detik itu
cuma aku.....

*****
extra
kalau nak tau tingginya awam
mana nak sama si pohon manggis
kalau nak tau setianya kawan
di mana dia tika menangis???


catatan untuk mek enon;
rumah ni tak sejuk cuma suam-suam sahaja..







Jumaat, 23 Julai 2010

Ilusi..sejauh mana anda percaya ??

Sy antara yang minat tengok siaran jam 6.30 ptg TV3..Isnin hingga Khamis seboleh-bolehnya saya nak sampai rumah ( atau hotel laaa...kalau dah kat luar kaw) sebelum waktu itu...Ilusi punya fasal !! Mungkin ada yang kata skrip merapu..tapi cuba tengok klip ni...

( ni bukan slot drama tuu)...sekadar nak rehatkan minda

ilusi minda? ...ilusi optik ? ...ilusi warna ?...




sekarang dah ada alat yang boleh mengukur gelombang otak manusia yang dipanggil EEG, singkatan dari “Elctroencephalography” . Gelombang otak manusia biasanya dikelaskan kepada 4 tahap iaitu beta, alfa, theta dan delta...


( lain kali kiter tulis fasal tahap mana otak kiter ni...normal ke.?.waras ke ? ...biul ke ? )




hah !!!...mesti ramai pak cik-pak cik yang dah mabuk ..perasan...kepala dah berputar-putar !!!!
mintak maap ler yer !!















Khamis, 22 Julai 2010

Moyang Salleh...orang Negeri Sembilan , sila selusuri cerita ini..

Menghilangkan yang buruk,
Menimbulkan yang baik,
Air melurut dengan bandarnya,
Benar melurut dengan muafakatnya,
Negeri tumbuh dengan adatnya.

Semua orang tau..kek Nogori Sembilan ni rajanyo ado 5..

Ha?..selain dari Yang Di Pertuan Bosar ..kek sini ado Undang yang ompek..campo laghi satu Tunku Bosar Tampin.
Den cayo..mesti ado orang nogori yang tak tahu macam mano mulo eh sejarah Undang kek sini.
Moh kito imbau ..

Dedolu..Jelobu ni di bawah kekuasaan Johor. Pado tahun 1725, Sultan Johor pekonan kek anak daro Dato’ Penghulu Rombau. Seri Banun namo eh ..tapi ditolak sobab Seri Banun ni ado pakwo ( tunang ler )..


.. Lopak orang jangan dibajak
Bukit orang jangan ditarah”……
sah cari nahas !

Boto la kan..
“Lombu pogang pado tali
Manusio pogang pado janji”

Sultan Johor pun murka…disuruh la bapak Seri Banun ni mengadap…ha !!..tapi dio antar Si Amat yo..Sultan murko amek la ! Sian Si Amat kono bunuh !!( org Johor jangan emo tau !).

Abeh tu..Tok Penghulu Rombau mintak tolong kawan eh Moyang Salleh poie mengadap Sultan Johor…Moyang Salleh poie jumpo dan ajak samo kengkawan eh yang bogolar To’ Gagah Lela Perkasa, To’ Laut Api, To’ Beruang Hitam dan To’ Bauk..OWooo…5 sahabat ni memang hebat gagah perkaso :


To’ Gagah Lela Perkasa – tiap kali mengeselkan badan kat tiang istano..abeh bergogar macam gempo bumi.


Tok Api – setiap kali ombuih napeh eh..keluar api dari lubang idung eh..abis tebaka langsir //dayang-dayang kocut..pengawal terkoncing-koncing!!

To’ Beruang Hitam- bilo mencaka bondul mo dinding istano laksano beruang sampai abeh semuo eh dicaka hancur lumat.


To; Bauk – pulo melompek macam gimau teruih membaham tanah hinggo belubang sebosa kawah.


Haaa…Sultan Johor dah kocut porut ..buek-buek mujuk Moyang Salleh dengan nak bagi makan-makan..jamuan dirajo la

Ok apo laie..Si Moyang Salleh ni pun orderlaa..untuk makan berlimo orang ni sekor kobau dongan 50 gantang boreh ….( haa…melantak ko apo ni ???)….

Makan punyo makan…orang Johor tegamang…
Ambik ! …si Moyang Salleh pun cakap la “ Jelobu nak keluar dari Johor …sekarang putuihlah tali ke Johor !!!”…sambil melibeh podang eh kek tompayan yang dokek situ
” selagi tompayan ini putuih, selamo itulah putuih eh hubungan Jolobu mo Johor!!”

….Sultan Johor akhirnyo mengiktiraf Moyang Salleh sebagai Rajo Jolobu…dan bermulolah institusi Undang yang pertamo di Negeri Sembilan.

..makam Dato' Moyang Salleh di Kampung Bandar Tinggi, Jelebu




p/s: ..iyer ke tali antara Jelebu-Johor dah putus ?...berapa ramai orang negeri dah kahwin dengan org Johor ?..sila angkat tangan !!!!

Tq kat gruop ARAB..IE celok kisah ni...walau kalah tapi ramai yang puji!!..tahun depan cuba lagi.












Selasa, 20 Julai 2010

Banci ??? ...Ku TunGGu MeREKa MaSih TaK kUnjUNG DaTang


Anda telah dibanci ??

Belum ??

Sibuk ??

Tak mahu dibanci ??

Macam ni, tak kira tuan-puan warga ke , pendatang ke ..
dah lama lahir ke ...baru tengok dunia ke..

Duduk dalam rumah ke …tidur kat hotel ke…hutan ke…kat tepi longkang ke
Asal duduk kat muka bumi Malaysia ni

Semua kena dikira dan disiasat ?

Siasat ?
Apa lak salah den nak disiasat?

Malas nak hidang kopi kat si pembanci di rumah ?

Nanti kalau dia orang drop-off borang kat rumah kita ..
kita isi n dia orang akan pick-up
Atau

e-Census ( apa binatang ni ?)

U ll kan suka layan internet?

Mari kita melayari ke
http://www.statistics.gov.my/

Bebaik..jangan tertipu lak !!























Isnin, 19 Julai 2010

Bila Diri Disayangi..



















bukan nak suruh layan video tu..


cuba hayati liriknya sahaja..


Terdengar bisikan mesra

Kalimah keramat bermentera

Bermulanya siang berakhir malamku

Tak akan kujemu menyebut namamu
Tiada batasan waktu

Tiada tempat mu tertentu

Di gunung di lembah, di darat, di air

Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih

Merubah takdir

Bila ku sedari diri disayangi

Langkah kaki ini semakin berani

Bila terkeliru ku ucap namamu

Terasa diriku kembali dipandu
Engkau yang pertama tiada akhirnya

Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya

Izinkahlah aku menumpang di sini

Di bawah naungan kasih dan sayang mu

Ku berserah diri
Tiada batasan waktu

Tiada tempat mu tertentu

Di gunung di lembah, di darat, di air

Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih

Merubah takdir..


Rabu, 14 Julai 2010

HiLang Ku TiaDa Siapa YanG RinDu ????


Ada yang tercari-cari …tertanya-tanya ???
Ke mana Ikan Emas menghilang ?

Pergi umrah ?
….nak tengok hotel baru kat Mekah ?

Memanjat tembok kat negeri China ?
…sampai semput tertidur lena!

Dating gan Kaka di Johannesburg ?
...terkekik makan sotong ?

Mengira batu-batu di jalanan Tanah Melayu
…Subjek kira-kira tak lulus..tu sampai sampai terkulai layu !

Mengukat air laut Cina Selatan dan Selat Melaka.
.macam dah tohor sikit laa
Layan Mr Doc di Rumah yang sakit ?
jangan cari penyakit !

Ketuk pintu rumah orang ..”helo ! saya tukang banci !!”
Opps..tidak !!!!!


Kurung diri....mencari ilham.


Atau


Kena kidnap ????





Tolong !!!!!!!










Jumaat, 2 Julai 2010

Mai TeNgOK sIarAN lANGsUNG di tv1 ..percuma



Bola…bola …bola
Dek kerana deman dah semakin hangat….kechik besar tua muda jantan tino semua deman !
Rehat 2 hari macam dah kena gila talak.

Tapi Berapa ramai yang sedar acara yang berlangsung di Wisma MUIS Kota Kinabalu mulai 29 Jun hingga 3 Julai 2010 ?
Siapa yang mengadap siaran langsung di TV1 ?
Tu belum siapa yang menghayati kemerduan suara yang dicorong speaker tv tersebut?
Aduhai…kenapa begini jadinya ?
Kurang publisiti ke ?
Atau orang kita dah semakin jauh darinya??

“Keajaiban al-Quran tidak pernah luput dan habis. al-Quran tidak jemu dibaca walaupun berulang kali dialunkan”.

‘Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah’.














Khamis, 1 Julai 2010

Duit, Duit ,Duit...semuanya kerana duit


Suara Keadilan cakap yang Felda dah bangkrap ?
Orang Felda marah..sampai nak saman menyaman…tunggu jer lah
Apa pulak pandangan Jabatan Insolvensi ?
Koperasi ATM beri dividen 13% kepada lebih 140,000 ahlinya yang membabitkan jumlah saham sebanyak RM700 juta. Wah..sejak 13 tahun lalu ,koperasi ATM mampu memberi dividen kepada ahlinya. RISDA bagi berapa pulak?



****************************

Catatan Peribadi ( juga terbuka untuk tatapan semua)

Terima kasih kepada rakan ahli.
Ana dan team akan cuba pulihkan mana yang dah lembab.
Ana dan team akan bekerja dengan gigih dan ikhlas demi kita juga..
Ana dan team akan usaha tingkatkan prestasi…kalau boleh nak bagi lebih dari 20% !!!



Yang lalu..lupakan.
Sokongan dan kenyakinan kekawan yang penting..
Terima kasih atas kepercayaan yang diberi !!!
Tahniah juga kepada rakan team .

Pulihkan mana yang dah senget
Kuatkan mana yang dah longgar.

Namun …kita bukan ATM ataupun Felda !!