Jumaat, 18 September 2009

Salam Selamat Hari Raya


Hi kekawan,
bagaimana puasa tahun ni?
Dah siap buat persiapan hari raya?
Baju,kasut dah siap? Kuih dah beli (??)
Jangan lupa sediakan duit raya !
Kereta dah service?
(besnya raya dgn kereta baru mcm Cikgu Star yg nk blk Ktan tuuu)
yang naik kenderaan awam ,cuba check blk tiket tuu betul ke tarikh dan masa
jgn lak terlelap ,nanti terlepas


Ini bukan fesen baju aya ikan emas..

( sopannya....!!!)

Ikan emas takde baju raya tahun ni sebab semua dah kena pakai...ehehe

Lagipun tak berapa nak ceria raya tahun ni
banyak yang menunggu
asik keje ,keje , keje ...tak dapat nak siap apa pun
tapi teman totap nak balik kampung walau cuti dah kena potong!!

tapi duit raya dah ready..



ha ha ha ...kenangan lalu..

sebenarnya image ikan emas tu ada cerita disebaliknya..
kenangan raya ntah tahun bila ..tetiba ikan emas jd model raya !!!
ni semua keje kreatif pakar grafik dan tukang reka-reka kat tempat kejo di kolumpo dulu
terima kasih la kat wati n s'pah


Tq jgk kat dak pesal tlg buat kad raya ni..


Istimewa kepada semua kekawan maya..
Terima kasih kerana sudi bertandang ke sini
mintak ampun dan maaf ,
mana tau kot-kot selama ni ada tulisan Ikan Emas yang menyebabkan anda
tersinggung,ada yg terasa , terguris .

Rumah den kek Soromban

Balik raya terus kene pindah kojap kek PD..

berayo sakan kat sinon pulak.

Sah-sah kena sediakan duit raya byk-byk !!

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN



Istimewanya ini catatan ke 100 sejak ikan emas berenang kat sini..
mungkin agak lombab berbanding kekwn lain.Terima kasih kepada yg memberi sokongan.

9 ulasan:

Tirana berkata...

Selamat hari raya..maaf zahir dan batin

ikan emas berkata...

Tirana,
Sama-sama ,Selamat Hari raya,maaf zahir dan batin.

myQza berkata...

selamat hari raya ikan_emas

Ashley Ahmed berkata...

Salam,

Ikan emas ni kartunis ker?

Eid mubarak

Unknown berkata...

selamat hari raya maaf zahir dan batin =)

YANG GAMBI berkata...

Salam sahabat,

SELAMAT HARI RAYA ‘IDIL FITRI
Maafkanlah kat kawan kalau ada terlajak tulis, terpanjang tajuk, terumpat keji dari ujung rambut sampai ke kaki………….

Pn Kartini berkata...

Salam...
Selamat hari raya..Semoga kebahagiaan bersama anda dan jua utk keluarga tercinta...:)

IMANSHAH berkata...

Biar hati sejernih air,jangan pula dipenuhi lumpur
Kalau salah belum berakhir,harap diampun dengan rasa syukur
Jika budi dipenuhi ikhlas, jangan ia disulam tuba
Jika ada salah dan silap, harap diampun di hari raya...
Biar amarah disunting sunyum,ibarat pekerti disulam kasih
Harap dihalal makan dan minum, ibarat rezeki yang tidak disisih

IMANSHAH berkata...

wah, i like..macam cikgu star yang nak balik kelantan tu