Ke mana pula kita lepas ni
Nak p Selangor atau Kedah la ni
Itulah cara hidup kita berdemokrasi..
bersambung.....
Masin pulak mulut ikan emas ni
Pantun ni kita sambung lagi
Kali ini kita pergi ke negori
Bagan Pinang tempat ditujui.
Al-Fatihah untuk arwah Azman
Orangnya mersa walaupun pendiam
DUN Bagan Pinang ni kawasannya aman
Kurang isu banyak projek dah dibangunkan
Pantun ni kita sambung lagi
Kali ini kita pergi ke negori
Bagan Pinang tempat ditujui.
Al-Fatihah untuk arwah Azman
Orangnya mersa walaupun pendiam
DUN Bagan Pinang ni kawasannya aman
Kurang isu banyak projek dah dibangunkan
Port Dickson tempatnya Bagan Pinang
Tempat berkelah dan berenang-renang
Kali ni kita pergi bukan nak bersenang
Pergi kita untuk berjuang.
Kawasan Melayu banyak tentera
Tak tau la mereka undi siapa
Dulu 2,333 undi jadi beza
Kali ini maruah perlu dijaga
Isa Samad ketua bahagian
Masih bertaring walau pernah digulingkan
UMNO Bahagian hebat dia yang pimpin
Orang PD kekal setia dengan dugaan.
UMNO T.Kemang cukup kompromi
Ketuanya dulu digantung tak bertali
Respek kat Ismail ADUN Linggi
Setia berpegang pada janji
Arwahnya Azman baru disemadi
Namun ada yang sudah mimpi
Mula sebok menonjol diri
Angan nama dicalon menjadi
Siapakah calon yang dipilih nanti
Banyak nama yang sedia menanti
Apa kata Tan Sri Isa bertanding lagi
Tapi setujukah Md Asan dengan syor ini?
Tak payah bertanding lagi la Mat Isa
Carilah calon yang masih muda
Banyak yang sihat berkelibar juga
Lapukan Faisal ,kita cuba Don pula
Ada lagi satu nama
Najib anak MB yang lama
Bagaimana dengan calon wanita
Kak Ani pun dah tunggu lama
Orang parti baru saja lega
Dah datang lagi PRK menduga
Kali ke sembilan SPR kena kerja
Kali ini apa pula yang nak dipinda
Rekod sekarang tujuh satu
Tujuh kosong PR menipu
Pak Lah menjauh sebab malu
Betulkah Najib dapat sokongan padu?
bersambung...
17 ulasan:
Sudah tentu menang.. :)
Kena menang dgn majoriti lbh besar, imbau kembali keputusan 2004!
suka lah ngan pantun kak ikan..huhu bersahaja tapi da mesej..apa kata bagi kak ani pulak bak kata Dato' Kamilia
Najib anak MB lama rasanya baru 31 tahun. Beranikah?
maksu orang rembau, tapi tak sedar pun bagan pinang tu adalah dalam NS.. aramak, malunyer... (maklumlah, sekarang dah dok kat key ell )
;D
Iman,
'kak ani tu bkn ikan emas tp Ketua Wanita Bhg.Namanya Rohani Yaacob kwn Kamilia laa
Nuar,
Najib anak Tan Sri Isa skrg Naib Ketua Pemuda Bhg.Tan Sri Isa msh kuat pengaruhnya ,ada yg kata dgn letak anaknya kurang sikit la taringnya..ATAU mgkin pjgkan lg lagasi Isa?..Jgn lupa peranan dan suara Pengerusi Perhubungan Negeri.
Mak Su,
ish ish..kg Bagan Pinang ni dah lama wujud.2-3 km jer dari pokan PD.Nk p Rembau leh ikut Linggi.Tmpt mandi manda.Alaa ntah-ntah tmpt maksu dating dl tak?.Ai NS ni tak ler beso mana pun ...Amboi dh duk Kl lupa lak kg snd yer!!
3 ADUN Selangor keluar dari Pakatan. MB baru selangor akan diumumkan sebelum Raya diblog Media Cyber. Sebarkan!
Salam, walau siapa pun calon di DUN Bagan Pinang, yang penting UMNO-BN wajib bersatu menentang kemungkaran pembangkang.....
InsyaAllah, UMNO-BN menang di DUN Bagan Pinang.
Med,
kwn dok tetunggu-tunggu ni..ialah tompat jatih lagi dikenang !!
Yang,
menang tetap menang, tp biarlah menang dgn penuh maruah.Tau laa bl PRK mcm/ cerita luar dlm kuar.
yg penting media perdana jgn lagi terlalu dipergunakan kerana rakyat dah meluat.
Mandi laut pun sodap....
adik,
dah keje depa menulis..tu kan senjata mereka.
PokLi,
bila nak mai mandi laut?
best pantun..hehe
BN boleh menang asalkan letakkan calon yg betull..kalau taruk Isa sebagai calon, alamatnya bungkus la
Basuhbaju,
nanti kita sambung pantun ni sambil membasuh baju di pantai PD.
Sape2 nk jd calun kena sedia ditelanjangi...Isa bersih ke?
Pantun warisan budaya bangsa...
Tapi kalau letak Isa Samad, alamat lingkupla Muhammad Hasssan kalau dia menang.. dpt MB Baru ler ekau nanti eh..
Kuda,
mai dtg sini kita p berperang kat bgn pinang.
eden kalu mat isa jd mb pun den suko yo
Catat Ulasan