Khamis, 10 September 2009

N31 Bagan Pinang-Mai kita Teropong Calon-Calonnya..

Salam 1Malaysia!!

Kali ini ikan emas nak teropong pulak sesape yang rasanya popular jadi calon untuk bertanding dlm PRK Bagan Pinang ni.. ( banyak ke pokok pinang kat sini???)

Memula kita teropong calun BN..sah-sah calon UMNO ler, tak kan nak serah kat MCA ke atau MIC pulak..BN dah bagi depa tiga (3) kerusi yang lain…semuanya hampeh! Mereka dah sedekah kat PKR dan DAP!!

Mai kita teropong adakah nama-nama ini ‘bersih’?

Koran dah banyak tulis yang nama dalam ranking pertama sekarang ialah Tan Sri Mohamad Isa Samad.Bebudak kecik pun tau sape beliau ni.Masa mula bertanding kat DUN Linggi ganti kan ayahnya dulu umurnya baru 26 tahun.,Pernah jadi MB,bertanding kat Parlimen Jempol lantik jadi menteri kabinet.La ni masih Ketua Bahagian Teluk Kemang sebab Timbalan dan ahli yang lain setia menunggu dia lepas dari hukuman displin.

Dek bertahun-tahun jadi MB dari masa belum lahir sampai dah boleh mengundi ramai ler pengundi X ,Y yang tak berapa suker dengan dia sebab mereka kata masa pimpinan Mat Isa tak ada pun pembangunan yang dibawanya ke NS..dok macam tahun 80an lagi..

Walau pernah dikata jadi ‘kambing hitam’ tapi kiranya dia dah ada rekod lah!! Tu belum nanti keluar nama-nama Norlida, Bibi laa….walau tak pernah sahih pun cerita ni tetapi susah juga nanti kalau nak tangkis peluru pembangkang yang cukup suker kalau Mat Isa yang bertanding. Mereka kata "Isa calun PR untung"

Dah jadi kebiasaan nama Ketua Bahagian mesti masuk dalam list ke Pengerusi pusat!.

Tetapi satu perkara yang Ikan Emas nak dok bagi peringatkan.Jadikan kisah di Kuala Terengganu sebagai pengajaran.Kononnya calun BN memang mendapat sokongan penuh padu dari pengundi,keluarga dan kaum tempatan tetapi bila hari mengundi apa yang mereka pangkah????

ehem..tlg orderkan pizza,nak buka posa ni


Mari kita tengok pula calun yang ni.Dia orang muda sikit,Tun Hairuddin b. Abu Bakar. Tun tu bukan dapat dari Agong tapi nama keturunannya.Nama glamer org panggil Don. Tapi dia ni bukan lah Don Juan. Bisnes feri ke Dumai.Ramah mersa orangnya. AJK Bahagian Teluk Kemang dan jadi Ahli MPPD.

Sape dia ni?.Cop surat beranak dia bukan kat NS.Tapi dek kerana bapak dia bermastautin kat Kg Baru Bagan Pinang, jadilah dia org NS.Cakap bab bapak dia ni bekas tentera...dah tentu rapat dengan org kem.Begitu juga Si Don ni, kem tentera kat PD tu macam rumah dia aje. Mengundi pun dalam kawasan ni. Dengar kata Haji Ramli PAS pun takut nak bertanding kalau
Don yang jadi calun BN....

Dia pun kawan rapat dengan Naib Presiden UMNO ,Menteri yang jaga mat terap ni!!!( hahaaa..orang Perak la katakan!!). Dari dulu dia ni rajin turun padang terutama bila ada majlis-majlis kat PD.Dan yang istimewanya Si Don ni tentu mendapat restu Pengerusi Perhubungan UMNO NS!!.

Pemuda pun berminat nak letak calun, mai kita tengok.Ketua Pemuda Bahagian namanya Mohd Faisal Ramli.Bekas ADUN Kaw ni dulu laa..PRU 2008 namanya tak naik lagi.Sebelum PRU pun dah ada sok sek sok sek yang kononya dia ni diminta latak jawatan sebab ada skandal..Jadi siapa calun Pemuda pulak? Naib Ketua Pemuda Bahagian berumur 31 tahun, kira dah matang.Anak Tan Sri Isa ,namanya sama macam nama PM, Mohd Najib.Akauntan. Orang baru dalam pemuda.

Ada yang bagi pendapat kalau Mohamad Hassan nak ’padamkan’ pengaruh Tan Sri dalam UMNO negeri letakkanlah anak dia ni . Sekurang-kurang Tan Sri Isa tentu akan hempas pulas bantu kempen nanti. Undi dari kaum keluarga arwah mak dia kat Kg Bagan Pinang dah tentu memihak kepada anak muda ini. Tetapi ada juga yang cakap, mampu ke Najib ini menangkis serangan dan sergahan kempen PAS dan PKR?


UMNO NS pernah memberi 1 kerusi kepada Puteri.DUN Paroi masa PRU11 dimenangi oleh Bibi Sharliza yang kalah bertanding Ketua Puteri masa Perhimpunan Agong dulu.PRU12 kerusi DUN Paroi ini dah bagi kat PAS !!.

Jadi, apa kata Puteri memujuk rayu dapatkan satu kerusi ni semula.Kalau gitu Ketua Puteri Teluk Kemang namanya Mimi Fadzurry Md Tahir.Kerja PR kat Telekom P.D.

Kalau Puteri merayu, Wanita pun nak juga..La ni hanya YB Zainab Nasir terkontang kanting dalam Dewan Negeri. Jadi, masukkan nama Ketua Wanita Bahagian Teluk Kemang.Puan Hajjah Rohani Yaacob.Dulu dia kerja gomen bab cakap-cakap ni tapi la ni duk rumah aje.Dia pun ahli MPPD.Orang veteran dalam UMNO.Sejak DUN Chembong masih dalam Bahagian Teluk Kemang, Kak Ani ni dah jadi Ketua Wanita Bahagian.Setia dengan Tan Sri Isa. Tetapi tetap patuh dengan Dato Mohamad Hassan.

Kalau la Kak Ani ni tak dipilih sebagai calon, Ikan Emas nak cadangkan supaya Pimpinan UMNO Negeri syorkan nama Kak Ani ni jadi Senator aje la.Gantikan YB Dato’ Shamsiah Ketua Wanita Bhg Seremban bila tamat tempohnya nanti.Rasanya dah tak lama lagi.

Ada lagi nama-nama lain seperti Wahab Ibrahim, AJK Bahagian yang berniaga.Begitu juga anak tempatan AJK Bahagian usahawan berhati mulia dan pemurah namanya Kamil Aziz. Begitu juga nama Misnan seorang kakitangan kerajaan yg boleh juga difikir-fikirkan.

Seorang lagi AJK Bahagian bernama Halim Mohamad yang lain ada juga tersebut nama Lokman , Ezam Noor. Tak tau sejauh mana bersihnya mereka ni.


Orang Bagan Pinang kata "biarlah calonnya orang tempatan ,datang dari Bagan Pinang sendiri”


”Apa yang penting calon-calon yang mereka pilih mesti seorang yang baik, berkredibiliti, berwibawa dan berpengalaman untuk menegakkkan keadilan rakyat. Seandainya mereka mereka memilih calon yang buruk rekodnya, agak sukar bagi kita untuk menegakkan kepada pembangkang nanti” kata ,Pengerusi Perhubungan Badan UMNO N.Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

BN Teluk Kemang akan bermesyuarat petang ini.Kononnya senarai nama akan dikemukakan oleh Perhubungan UMNO Negeri terus ke pusat.Tak akan ada pinda meminda.Biar pusat yang tentukan.Iyer ke? Mana tau ada tangan dan suara ghaib dari negeri atau luar NS pulak?

Ikan emas berharap agar calon yang bakal dipilih nanti benar-benar dapat memenuhi citarasa pengundi sekarang. Bukan setakat bersih peribadi,sihat fzikal.Baik sifat lakunya, Rajin turun menemui rakyat,kena juga ada pendidikan sebagai landasan menghadapi dunia era siber ni.Kalau ada isteri/suami pastikan mereka jg bersih dan berjiwa rakyat.Maknanya mereka mesti punya IQ,EQ dan SQ..!!

p/s : PR NS dah setuju kompromi letakkan calon PAS bertanding.Mereka akan umum lepas raya.Jadi, kita teropong esok lusa laa.

18 ulasan:

Mak Su berkata...

maksu nak masuk calun gaks, tapi tak cukup tinggi ler puloks

ikan emas berkata...

Maksu,
tak dpt jd calon pilihanraya, kita jadi calon nak beraya .Ada ke yg nak bagi duit raya?

myQza berkata...

rindu bagan pinang. dulu masa cinonet dulu duduk sana...

salam kenal :)

YANG GAMBI berkata...

Salam, apakah masih berjangkit lagi penyakit puak si anu dan si anu tu, kalau mavam ni teruk kita kena pukul luar dalam..... (bukan pukul depan belakang ye....)

IMANSHAH berkata...

huhu kak ikan emas tak mo bertanding ka??

ikan emas berkata...

S Tedi,
salam kenal,t.k join.Nanti ikan emas pun nk p jenguk tedi yer...siap kan la carpet merah !!! Mai la dtg bagan pinang..Bt 5 Teluk Kemang..Haaa mesti anak askar ni!!

Yang,
rasanya virus tu mash tak dpt dihapus lg.Nk minta kesihatan buat fogging kot!

iman,
akak tak pyh bertanding, kerusi kat rumah pun byk lg.!!akak menyebok je laa

Precious berkata...

Aihhh ... takot ler bab2 politik ni. Banyak tikussss!!

ghostWRITER berkata...

Calon dah ada, jangan berulang masalah yang dihadapi di Permatang Pasir dah!! BN dan UMNo mesti bersatu support calon mereka sendiri kalu nak lihat kemenangan yang ke dua bagi tahun ini.

baijaybee berkata...

sape pun calon yang bakal dipilih..UMNO harus pastikan calon tersebut benar-benar diterima..bukan sekadar diterima oleh kepimpinan parti malahan diterima dan disenangi oleh para pengundi...Yela, para pengundi ni la sok yang bakal menentukan pilihan mereka..UMNO kena muhasabah diri, jadi kekalahan PRK lalu seperti d Permatang Pasir sebagai iktibar...jangan sekadar tangkap muat sahaja...
Sekarang, ramai rakyat dah bijak dalam membuat pilihan dan penilaian mereka..Kalau dulu sering kita dengar, letakla sape sahaja calon yang bertanding atas tiket BN (nenek tua ke, budak2 ke) pasti mereka akan menang...Namun sekarang tidak lagi...Berpada-padalah...

ikan emas berkata...

Precious,
jgn takut.Ia tanggungjawab kita jg.

Dak dan bjb,
betul...betul..betul !!

NURA berkata...

salam sobat
ada AWARD sederhana untuk sobat,,mohon diterima ya,,di blog NURANURANIKU,sahabat lama di ALJUBAIL.S.A,trims

AnTi AljUbuRi berkata...

den dah tak ado pati lai, dah coghai talak satu dongan pak lobai nyanyok tu!

Den tak suko dongan ameno ni tapi taklah so bonci den dongan anu war al juburi tu..

Kalau si lobai tu buleh bekawan dongan kapei nak jahanamkan ameno, takkan den tak buleh bokawan dan tolong oghang yang sougamo dan sebangso dongan den untuk meghanapkan cito cito si penyontot jubo tu!!!

Takkan den nak duduk ontok ontok jo..hobin totap hobin !!!

Tanpa Nama berkata...

ikan mas.. ko ni ... saje tayang gambar pizza ek?? cess! :p

ntah laaa..... berkata...

ko dah kawin ko blom? baik pikir calon idup ko dulu... silap2 parti yg ko bonci tu la calon idup ko...wukakakaka...

kuIna berkata...

eeehhh kenapa sy tiada dalam senarai a..

Faridrashidi berkata...

Salam,

Mari kita teruskan beribadat dipenghujung ramadhan.. semoga kita temui lailatul qadar yang dijanjikan.

Tanpa Nama berkata...

nama misnan tu yang paling sesuai..

ikan emas berkata...

Media tak berpena,
bila nak blanjer ikan emas pekena pizza?

kunyil,
nape ,nak msk meminang ke?jemput laa..
den bonci parti tupperware sn menjahanamkan duit jer


Ladyred,
nape merah ?..ape susah,kita buat list baru..

Farid,
T.K atas ingatan..mkn dkt nak raya mkn mencabar..Byk raya yg ikan emas kena raikan skrn ni....

Yg xde nama,
kalu nk dia jd calun u jd cmpn manager dia laa..ntah2 u misnan ?