Isnin, 28 September 2009

Ayah !!! Ampunkanlah anakmu ini...


Hampir setahun ni ,tiap kali deringan telepon dari abang di kampong seolah-olah mengundang fobia ,tambah-tambah kalau dah malam..tak berani nak jawap.Kenapa?

26 Disember 1992 emak pergi mengadap Ilahi..ayah sendirian. Suatu hari tetiba dia kata nak kahwin lagi.Kami tak tau siapa pun orangnya. Hari pertama kahwin tetiba ayah buat hal, minta kami hantar isterinya balik.Ish..merepek punya kerja!! Kami pujuk dia tak baik buat macam ni.

Pelik akhirnya ayah lansung pindah ke tempat isteri barunya.Meninggalkan kampung halaman.Jauh dari sanak saudara.Duduk kat tempat yang budaya dan cara hidup dan makan minumnya lain.Pun begitu ayah tak pernah lupa menyebut nama emak kami. Sesekali kami pergi melawatnya.Terasa seolah-olah melawat orang asing.Rasa bersalah teramat sangat!!

Bertahun di rantau orang.Kami ambil keputusan membawa ayah balik ke kampung.Abang berkorban tinggal kat kampung menjaga ayah. Terasa amat bersalah !!! kerana aku tak mampu nak menjaga ayah.

Balik cuti raya dulu kulihat ayah dah tak mampu bercakap mahupun makan atau minum.Berat hati nak meninggalkan kampung..kulawan perasaan hati. Sehari selepas tu dapat talipon dari no yang tak biasa kulihat...rupanya abang bagitau yang ayah dah ...pergi!! Ya Allah , apa dah aku lakukan sebagai anak ni??

6 Syawal dengan tenang ayah menghabiskan nafas terakhirnya di kampung kami. Di rumah yang dibinanya bersama arwah ibu dulu.Pagi Jumaat tuu. Kuiringi jenazah ayah. Kalau la aku ni anak lelakinya dah tentu aku yang turut memandi , menkafan dan menyembahyangkannya. Dipusara..kalaulah aku ni anak lelakinya dah pasti akan ku sama mengurusi tanah pusaranya. Ku lawan rasa duka dan hiba ini. Kalau dulu ayahlah yang mengimankan sembahyang kali ini dia disembahyangkan.Kalau dulu ayah yang membacakan talkin ,kali ini dia yang mendengar bacaan itu dibacakan oleh anak didiknya.

Akhirnya tumpah juga air mataku bila melihat sedikit demi sedikit tanah menutupi liang lahad.Akhirnya ayah bersamadi di sisi pusara ibu yang terletak di kawasan tanah pusara khas keluarga kami.Hanya beberapa langkah dari kaki masjid di kampung kami.

Ayah, ampunkan anakmu ini.Ya Allah! cucurilah rahmat ke atas roh ayahku.Al-Fatihah untuk ayah, semoga ayah ditempatkan dalam golongan ahli syurgaMu.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ko perempuan rupanya.. yang selama ini aku ingatkan lelaki....

salam takziah utk kamu ikan emas....

Diarihatiku1976 berkata...

Puan.. sedihnya baca citer ni.. kisah benar ker... tapi itulah kan.. orang tua memang sensitif.... moga-moga rohnya dicucuri rahmat ... amin..

myQza berkata...

Takziah ikan _emas. Al-fatihah untuk arwah ayah!!

al-lavendari berkata...

kita juga akan menyusul, cuma tak tahu bila. semoga roh arwah ayah sdri di tempatkan dikalangan roh orang2 yang muttaqin dan mukhlisin. amin.

YANG GAMBI berkata...

Salam, takziah buat Ikan Emas. Al-Fatihah buat ayahndanya yang tercinta.....

Kekadang, kita tak terasa kita telah mengabaikan ibu bapa semasa hayatnya, kesalan akan wujud bila mereka tiada, itu lumrah, sebagai anak sentiasalah bersedekah Al Fatihah kepadanya.....

IMANSHAH berkata...

Salam takziah, moga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman!!

Abu Aiman berkata...

Banyak bersabar dan teruskan berdoa utk ibu bapa.

Tokwan saya pun meninggal masa raya, 2 Syawal, 15 tahun dulu.

ikan emas berkata...

Salam,
terima kasih semua.
Doa sentiasa diucapkan..
Benar kita akan tau nilai sebenrnya bila kita kehilangannya...

scorpio berkata...

Salam takziah
semoga puan tabah menghadapi dugaan ini

gondangmas berkata...

salam ikan emas.
Al- Fatihah.Takziah buat ikan emas di atas kepulangan ayahanda tercinta.
Semoga rohnya berada dikalangan orang-rang yg beriman dan soleh.amin..

Pn Kartini berkata...

Salam...
takziah dik...
Semoga sedekah dr anak yang solehah..takkan putus buat arwah ayahanda...

ikan emas berkata...

Scopio,
tkasih

Gondangemas,
t.k...siapa anda yer?

Pn Kartini,
Insyaalah..moga sy sentiasa ingat pesnan ni.