Jumaat, 31 Julai 2009

Pantun Pilihanraya Lagi


Najib baru 100 hari
Dah banyak PRK dihadapi
Masih ada dua tahun lagi
Ke mana pula lepas ni?
……ini pantun n3 yg lalu
Nak sambung ni,

Tempoh dua tahun ada lagi
Dah dapat berita pagi
Ada lagi yang dah pergi
Nampaknya ada PRK lagi

AlFatihah kita sedekah
Moga dirahmati si arwah
Wakil rakyat pergi sudah
Yang tinggal kena bersuarah

Permatang Pasir kat Pematang pauh
Hebat sungguh depa kat sana
Jangan Asyik nak bergaduh
Catat rekod bab pilihanraya

Dulu PAS yang punya kerusi
Macam mana BN kali ini
Tak kan takut lagi
Jangan malukan presiden parti


...nanti sambung lg..


p/s: ADUN Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pagi ini.Mohd Hamdan, 60, meninggal dunia akibat sakit jantung pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Rabu, 29 Julai 2009

Sambil Menyelam..

Dah 4 hari tak ngadap benda ni.Apa tajuk nak tulis nie?Fasal 1 Msia ke? Fasal promosi lilin BG oleh Nizar ke? sb tarif elektrik dgr kt nak naik lagi. Kita korek sape individu kes PKTZ ? Atau kita usik SPRM dgn TBH ? atau sembang mesyuarat UMNO ?nak cerita sensasi Zulkifli @Yasmin?

Tak mau tak mau..tak nak serabutkan fikiran..
Baik tulis apa hal Ikan emas hilang 4 hari ni.
Ikan emas p jalan utara lagi..mak oii jauh nye nak sampaikan tempat ni.Projek Sambil Menyelam Minum Air.Apa yang diselam?

yang ni projek 'menyelam'...
nak hebatkan anak buah dalam projek 'cakap-cakap dan tulis-tulis',


yang ni antara projek 'minum air'
ada yg sampai 12 biji sekali ngdap,ikan emas yg risau
pe pe hal jauh nie nak antar balik NS

sudah-sudah laa tuu..keje tak beres laghi

yang ni betoi-betoi kes menyelam !!bes nya tempat ni.



Banyak lagi projek o aktiviti lain yg kami buat kat sini.
Walau depa heran nape le ikan emas bawak mereka kat hutan hujung utara ni, jauh giler
( risau jg kot-kot dia org ni komplen )tapi bila tgk dia org hapi jer..Senang hati den !!

Dan yang tak dapat nk rakam dlm gambar ialah Ikan emas kene kejar ke klinik sb dah lembik .Rehat jap kat katil spital ..nasib tak warded..ms dia org cucuk tangan ikan emas tu,kepala mula fikir "virus H1N1 dah mai ke?" Nasib cuma gastrik ..

Tempat ni ialah SEDIM Eco Resort,Kulim
Lepas ni mana pulak nak bawak dia org nie? Ada cadangan?


Sabtu, 25 Julai 2009

DERMA DARAH

Ada sesape yang punyai darah jenis AB-? .Ha kalau anda atau sedara mara ada jenis tu mai p ramai-ramai derma kat anak minaci . Sian dia terlantar kat hospital.Amat memerlukan sumbangan darah jenis tuu.Hospital mana? sakit apa?



...Kat spital tv3..p la tgk iklan tuu..

kalau tak pun p la jumpa dracula kat Jln Tun Razak,Kl.

p/s: BUDI BAHASA BUDAYA KITA, AMALKAN BUDAYA TOLERANSI BANTU MEMBANTU.

Rabu, 22 Julai 2009

Helah Bela Diri..

Situasi 1..kat sebuah pejabat ( tempat cari makan laaa)
Sibos bagi kerja tambahan kat sipolan ni tetapi sebenarnya dia tak mampu nak uruskan . Kat depan bos muka toye jer dia dok diam ,angguk dan senyum hayun aje, tetapi bila keluar bilik bos je ,ia melepaskan kegeramannya kepada orang lain atau kepada orang bawahannya pula.pot pet pot pet pot pet..siap hentak pintu lagi..? apa cerita ni?

Situasi 2 ( kat mana-mana boleh laa..)
Ada makhluk ni yang sentiasa jeles dan asik tak puas ati je dengan kelebihan si polan lain, namun spesies jeles tak dapat menerima hakikat si polan itu yang memang seentario dah tau kehebatannnya. Justru mahluk jeles ni menyatakan bahawa anggapan orang lain terhadap si polan itu adalah salah.Hanya dialah sahaja yang pandai buat kerja kononnya..


Situasi 3 ( konon-konon kat dalam lif laa...)
"Ehh sape umat yang buang angin nie?"
"Ehh bukan u ke ?"


Situasi 4 ( kat office i ler )
"kita mesti jadi hipokrit kalau nak hidup senang..."
"i jadikan sigedik gundik tu batu loncatan .senang i nanti "
jangan macam ikan emas tuu, jujur tak bertempat!!"


....ish,ish,ish , yang ini apa kes ? kot yer pun nak hidup senang jangan ler jadi sesumpah,sampai gadai maruah.. !


Lempar batu sembunyi tangan” atau ‘ batu itu dialih seolah-olah dilempar oleh orang lain”

PERNAH BERHADAPAN DENGAN SENARIO BEGINI?
Semua situasi ini merupakan cara-cara yang digunakan kononnya untuk mempertahankan harga diri . Mekanisme helah bela diri.ini merujuk kepada proses psikologi yang bertujuan mengawal ketidakupayaan dan penderitaan Ego yang mampu mempengaruhi dan mengawal Id dengan sempurna.

Helah bela diri ini juga mampu mempertahankan segala kutukan oleh Super Ego.

Memutabelitkan kenyataan atau menyangkal adalah dua bentuk umum kaedah helah bela diri ini.

Banyak factor yang mempengaruhi si pelaku supaya bertindak sedemikian.

Lima (5) Strategi yang diaplikasikan bagi melaksanakan helah bela diri ialah :-

i) REPRESI
bagi Teori Personaliti Freud, strategi ini merupakan terpenting dan paling asas.Ia sebagai usaha untuk melupakan sesuatu yang mengecewakan atau memalukan dirinya. Unsur ini akan aktif pada waktu tertentu dan akan mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku sesaorang tanpa disedari.

Contohnya : seorang Ketua Jabatan tidak dapat menerima hakikat apabila seorang pegawai bawahannya membuat teguran terbuka terhadap kelemahan atau kekurangannya. Maka si bos ini akan terus –terusan membenci orang bawahannya itu.Dan, kebenciannya itu sesekali akan dinyatakan melalui aktiviti cakap-cakap atau marah-marah atau kaedah lain yang dapat dia lakukan.Ish ish ish dahysat sungguh bos yg macam ni.

ii) FANTASI -
Berlaku apabila seseorang cuba mengurangkan ketegangan secara berkhayal. Imiginasi tersebut lebih baik / selesa dari situasi sebenar.

Seorang artis yang tidak popular mungkin berfantasi untuk berimaginasi bahawa dia disanjung dan diterima ramai peminat.Ala-ala perasan laa..

iii) PINDAH GANTI
Berlaku apabila perasaan marah dipindahkan dari seorang individu kepada individu yang lain.

…..yang ini ikan emas dah letih ,jemu dan naik meluat dengan seseorang yang cukup relevan guna strategi ini. Senyum dan ketawa sendiri tengok gelagat orang ni , tapi kesian pulak dengan orang lain yang kena tempiasnya tu.Ntah bila la nak tobatnya !

iv) PENAFIAN
Berlaku apabila seseorang itu tidak dapat menerima kenyataan.
Contohnya apabila seorang pesakit diberitahu yang dia menghidap penyakit barah, dia cuba menyatakan dignosis doctor adalah salah.

Contoh lain pula..situasi di mana seseorang tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia telah disoalsiasat oleh SPRM atas kes rasuah atau pecah amanah. Dia menafikan bahawa SPRM yang silap siasat atau sipelapor yang dengki terhadapnya atau ada orang lain yang buat skesalahan tersebut.

v) SUBLIMASI
Ini helah bela diri yang paling sihat. Ia menyalurkan perasaan kekecewaannya kepada saluran atau bentuk yang boleh diterima.

Contohnya seseorang yang tiada atau sukar mempunyai pasangan,mungkin menyalurkan perasaan sunyinya dengan mengubah pantun,puisi, berkaraoke /melalak menulis kat dairi,blog…

Kawallah diri kerana setiap perlakuan kita menunjukkan diri kita.!!

Khamis, 16 Julai 2009

Mentera Pengasih

Tembakau si Raja Ali,

Aku pintal engkau menjadi tali,

Aku memakai kasihan rindu,

Terindu-rindukan aku,

Terendang-rendangkan aku,

Tidur siang terlihat-lihatkan aku,

Tidur malam termimpi-mimpikan aku,

Berkat aku memakai kasihan rindu.



p/s : Sesiapa yang sedang mengayat bolehlah gunakan ayat ini.

Gerenti mujarab.Kalau tak pun badan menghasai ( ehh betul ke ejaan ni?)

Manik-manik yang dah terurai......

Ke Manik Urai pergi memancing
Bukan nak memancing ikan
Tapi undi yang nak dipancing
12,000 undi dipasang umpan

Pelbagai jenis diguna umpan
Kata diulam manis dijanji
Belum tentu tapi kena yakin
Tu sebab tak ingat apa dijanji.

BN hebat Najib dibawa
Nik Aziz Pas hebat diguna
BN ,Pas pun guna orang kedua
Nasrudin, Khairy pun sebok ke sana

Encik Fauzi dah diisytihar menang
Kesian Tuan Aziz dah kalah
BN kata bermaruah walau tak menang
Tapi Pas tetap senyum rasa tak salah

Katanya orang muda ramai yang balik
Nak pergi mengundi atau duit nak diambik
Katanya mereka dah sedar dan serik
Tu sebab dah pangkah dacing balik.

Penat berkempen puas memancing
Tak banyak dapat 65 undi aje
Yang pasti Pas dah menang
Kerusi tu tetap Pas yang punya.

Orang BN jangan perasan
Orang UMNO jangan kata dah lega
Ingat banyak janji yang dah dipesan
Banyak kata yang perlu dikota

Ada ubi ada batas
Ada budi kita balas
TPM kata macam nak balas
Zahid kata tak baik ,kena belas

Pas orang Melayu
UMNO pun juga Melayu
Yang kalah pun Melayu
Yang menang pun Melayu

Najib baru 100 hari
Dah banyak PRK dihadapi
Masih ada dua tahun lagi
Ke mana pula lepas ni?

Sama-sama kita renungkan..

Selasa, 14 Julai 2009

Promosi Ubat kuat

Dari penghujung selatan tugasan menjalar pula ke penghujung sempadan di utara.Tetap tersenyum walau dalam kepenatan.Tetap menyeronokan walau dalam keletihan !!

Dari Sungai Petani ,Alor Setar ,ke Jitra hingga Padang Besar..kerja - kerja –kerja.Tugasan syok sendiri,meraikan rakan-rakan setugas hingga jumpa orang ramai.Cerita biasa.

Suatu malam kami dipelawa makan malam di sebuah kampung. Dalam keletihan dan kelaparan .Terlalu ghairah dah nak makan ..kampung ni rupa-rupanya lebih 50 km dari tempat penginapan kami.Bas tak boleh masuk, siap kawan bagitau kena naik bot pulak..ehh merepek punya lawak!!

Wah-wah..hebat punya sambutan! Satu kampung datang siap pakai uniform.Tiupan serunai dari kumpulan Gendang Peribumi menjadi halwa telinga. Makan?..menu istimewa berasaskan rebung. Kari rebung + daging ketetel(?), sop rebung, kerabu rebung +perut,ikan pekasam ,goreng ikan keli...adoi mak, pendek kata rebung,rebung,rebung ...nasib tak ada menu buluh perindu ! menu ni semua bukan senarai saya! Macam mana ni..perut teramat la lapar ..dah rasa boleh membunuh tahap dewa gaban .Akhirnya dengan penuh sopannya ,Hentam aje la walau hanya suap nasi dengan sambal belacan!!

Namun dalam ucapan siap puji dah kenyang, sedap dan cadang nak tambah menu istimewa dari Nogeri,rebung masak lemak cili api...

Lepas makan, kawan-kawan dipaksa pula dengan hidangan istimewa.Menyedut rokok daun !!, benda ni memang popular kat orang Kedah.ehh dia orang pun dah macam mabuk kepayang.

Dikatakan rokok daun ni diperbuat dari daun nipah yang dah dikering dan digulung-gulung bersama tembakau.Apa istimewanya? Ntah kekawan org Kedah kata banyak istimewa dan khasiatnya. Katanya boleh jadi ubat Kuat dan hebat. Ehh yang ini lelaki mesti suka...( Tu sebab org Kedah kuat ,sihat dan hebat !!!)
Kalau kena gigitan atau sengatan binatang berbisa .Lagi satu ia boleh mustajab untuk merawat luka kecil. Samada dikunyah-kunyah dan tampal kat luka tu atau pun direbus dan minum airnya..Tapi kalau dah teruk tuu baik p klinik jer.Wallahualam !!

Sedar-sedar dah tgh malam. esok pagi-pagi ada urusan lagi..

Terima kasih bebanyak kepada penduduk Kampung Kokdiang Dalam Lama. Layanan dan sambutan yang amat istimewa. Rasa macam nak p lagi....

Jumaat, 3 Julai 2009

Sembang Orang Muda UMNO-PAS


  • Sembang-Sembang ,Dailog ,Wacana ,Muzakarah atau Debat …semuanya lebih kurang sama aje..
  • Tak tau apa sebenarnya yang tersirat di hati sanubari Ketua Dewan Pemuda PAS Nasruddin Hasan Tantawi ketika menyerahkan surat untuk mengajak Pemuda UMNO berdailog. Surat diterima oleh Naib Ketua Pemuda UMNO orang no dua yang jaga golongan muda...Kononnya tajuk dialog pun dah ditetapkan ‘BENARKAH PERJUANGAN UMNO TIDAK BERTENTANGAN DENGAN ISLAM.
  • Tak kira apa tajuk atau program yg nak dilaksanakan waima nak ajak sembang di kedai kopi ke? Berdailog satu lawan satu ,berforum atau nak berdebat ala Anwar vs Shabeery .Rakyat seanterio pelusuk bumi ini tersangatlah ingin nak melihat supaya cadangan ini benar-benar menjadi reality.Bila? di mana ? siapa yang terlibat? dan bagaimana kaedahnya?..seronok ni nak juga tau siapa pulak yang jadi moderatornya? Siapa pula yg jadi penontonnya?.Siapa pula yang jadi tukang sorak?
  • Adakah ini hanya retorik ? Ilusi atau angan-angan yang hanya tinggal mimpi?
    Adakah ini suatu kesinambungan isu Kerajaan Perpaduan ? Cuma nak tukar tajuk cerita aje?..harap-harap tidak.
  • Wacana ilmiah atau dailog ilmu ini amat wajar dilaksanakan .Ia akan memang benar-benar melambangkan sistem demokrasi negara ini amat BERSIH, SUCI DAN TERPELIHARA! ..walau berbeza ideologi tapi masih tetap duduk semeja .Pasti ini akan menjadi contoh kepada semua negara dunia!
  • Perbincangan ini amat bagus dan sesuai sekali sekiranya ia dilakukan dengan tujuan untuk menyelesaikan beberapa isu yang menjadi polemik akibat ketidakfahaman atau putar belit yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu. Ia bukan digunakan untuk mencari publisiti atau suatu provokasi agenda menjatuhkan maruah dan peribadi. Bukan untuk mencari kesilapan UMNO selaku parti memrintah. Tiada kalah atau menang .
  • Tajuk itu berat sebelah?..Pemuda UMNO jangan takut walau apa tajuk yang diberi..yang pasti apa sahaja isi atau topik serta hujah yang dikemukakan mestilah berlandaskan fakta dan pasti UMNO mempunyai Pemuda-Pemuda yang hebat berhujah? Khairy ? ...rasanya kalau isu atau tema itulah yang nak dibincangkan...ntah sesuaikah? Hati-hati jangan makan diri..
  • Kalau dah benar selama ini UMNO memperjuangkan Melayu dan Islam. Berjuang berlandaskan Melayu dan Islam apa takut? Apa ada hal..Belasah aje laa..
  • Ingin diingatkan di sini .wahai sekelian umat Melayu tak kira pemuda atau pemudi..Ingat idea nak mengadakan wacana ilmu ini datangnya dari Pemuda PAS... janganlah ada yang memutar belitkan ia sebagaimana cadangan mewujudkan Kerajaan Perpaduan dulu. Dah berbelit-belit isu ini dikusutkan..akhirnya siapa yang untung? Surat khabar juga yang untung !!
  • DAP dah awal-awal bagi amaran supaya Pemuda PAS jangan memandai-mandai nak duduk semeja dengan Pemuda PAS.Orang muda DAP Rasah tu katanya amat kecewa dengan tindakan Nasruddin.Kononya PAS dah melanggar persetujuan bersama. Ish ish ish...apalah salahnya pemuda-pemuda Melayu ni nak sembang-sembang fasal masalah Islam . Loke you CEMBURU ke? atau TAKUT ke? .Tak terbuka langsung fikiran Pemuda DAP yang comel ni !
  • Jadi, tak perlu la nak jemput pemuda atau pemudi atau puteri dari parti lain menyertainya. Bagi pusingan pertama ini kita nak tengok pemuda Umno dan PAS dulu..so, parti lain jangan kacau. Kalau nak jadi penonton duk diam dulu.
  • Kepada Pemimpin besar DAP atau PKR atau parti-parti komponen BN yang lain.. restuilah hasrat anak-anak muda ini.Perkara yang baik tak patut dihalang. Niat yang baik harus disokong. Lim Kit Siang atau DSAI janganlah jadi dalang dan buat gangguan lagi. Presiden dan Tok Guru PAS pun berilah kepercayaan dan yakinlah kepada pelapis mereka.
  • Kalan nak kata inilah suatu usaha dakwah yang paling murni..maknanya kalau benar pemuda-pemuda ni nak berwacana ia harus dilaksanakan secara tulus, ikhlas tidak mengambil kesempatan dan biarlah matlamat yang wujud dalam hati kedua-dua kumpulan ini sama iaitu ke arah kesefahaman dan kepenyatuan bangsa dan agama.
  • Mana tau wacana ilmu ini memberi petunjuk dan laluan kepada penyatuan Bangsa MELAYU dan umat ISLAM di negara ini. Siapa yang untung ? KITA JUGA !!

p/s:Respek kat YAB MB Kedah dan MBAS,tak perlu tunduk dengan 'ugutan' pengundi yg bermuka-muka.Lusa Ikan emas nak p Alor Setaq tp bukan nak tgk kandang binatang yg dah menghuru harakan dunia.

Apakah yang paling jauh?


Imam Ghazali bertanya .....
"Apakah yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab " Negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang".

Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar.

Tapi yang paling benar adalah " MASA LALU' .Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


Di dunia ini benda-benda tidak berubah kecuali kalau ada yang mengubahnya. Tiada sesiapa akan merubah nasib kita melainkan atas usaha diri kita sendiri.

Tindakan di dalam kehidupan kita adalah seperti bercucuk tanam maka kalau kita menanam padi seharusnya kita tidak boleh berharap untuk menghasilkan pisang.

Makin kaya sesaorang itu,makin mereka merasakan diri mereka kosong dan tidak bermakna.Hubungan mereka dengan keluarga makin renggang,hubungan suami isteri semakin longgar dan yang paling penting hubungan dengan Pencipta kita iaitu Allah s.wt semakin jauh. Itulah yang yang dirasai oleh kebanyakan daripada kita sekarang.Kita sedar akan bencana dan malapetaka yang berlaku di sekeliling kita, dan kita tahu dunia semakin hari semakin menuju ke zaman kemusnahan ( kiamat).

Dan kita sedar yang kita perlu berTAUBAT, tetapi berapa ramaikah di antara kita yang melakukannya ( TAUBAT).

p/s ; Ingatan kepada ikan emas !!