Jumaat, 13 Mac 2009

Peristiwa 1 Januari

Dah hampir 3 bulan peristiwa itu berlalu..namun aku masih tak dapat melupainya. Menjadi ingauan dan tak boleh dipadam dari kotak ingatan..
Mengingatinya menjadikan aku semakin rindu. Semakin cuba dilupa ,ia semakin mengekori dan memburu ingatanku terhadapnya. Sakit untuk dikenang !!.

Dah 5 tahun aku bersamanya, dia sentiasa setia menemani , membawa aku ke mana saja ..sejauh mana yang aku mahu..Tak pernah dia menyakiti atau menimbulkan masalah pada aku. Kadangkala dia menjadi tempat aku melepaskan segala kesedihan , kedukaan ,kemarahan, kebosanan , keletihan dan kepenatan aku… dia tetap setia !! Kadangkala dia menjadi tempat aku melepas segala yang terpendam .. yang pasti dia sentiasa menjadi tempat aku berhibur. Dengan dendangan lagu-lagu yang menjadi kegemaran dan pilihan aku, walau ada kala aku minta dia menyanyi dengan sekuat hari…dia pasti menceriakan hidup aku tiap hari!!. Dia sentiasa membisu walau apa emosi yang aku luahkan.. betapa setia dan romantiknya dia !!
Gayanya, kehebatannya ,alunan suaranya yang tak pernah meninggi , hayunan kakinya amat santun walau aku paksa ia berlari sekuat-kuatnya sampai pernah dapat surat cinta dari pak polisi...tu semua yang menyebabkan aku tak dapat melupakannya.

Ada orang kata mungkin dia melarikan diri sebab kecil hati dan merajuk dengan aku ,kononnya aku dah cuba nak cari yang lain sebagai penganti dia ( "eeh , aku cuma pergi tengok si sity baru tu ...bukan jadi penganti tp jadi kawan dia jugak... dah sah-sah aku memang terlalu sayangkan dia "!!!! )

2 minggu sebelum tu , hati aku dah rasa berdebar-debar , dup-dap-dup-dap,apa hal pulak ni ? apa yang terjadi ? orang tua kat kampungkah ? Iyelaa cuti panjang ni aku belum balik kg lagi. Jadi aku cadang pagi tahun baru esk aku balik kg la dengan dia.

Malam tadi, abang sebelah dah tegur kenapa dia kat luar aje ? .,. nak buat macam mana kat dalam tu dah penuh ,” masing-masing nak ambik tempat baik, aku mengalah aje la”, kata dia).

Pagi tahun baru tu, hati aku cukup berbunga sebab nak balik kg dengan dia. Ku jenguk dia tapi tak nampak pun bayang , mana ? jangan buat aku keliru , dah libang libu hati aku,..nak nangis pun dah tak mampu.. Sah dia dah larikan diri atau dah ada yang berkenankan dia , memujuk ,merayu dan mengoda dia untuk lari bersama ..ke mana dia ? Ada yang kata dia membawa diri ke Spore ,ada yang kata ke Thailand..
Aduhai apa aku nak buat ni ..cancel balik kg !!. Uruskan kes dia ni, hubungi polis, jiran dan sms kawan-kawan serata tempat. Makin sakit jiwa aku bila aku pulak kena ‘ pau’ sebab ada pulak yang ingat aku kacau laki dia cuti-cuti ni, hai susahnya berkawan dengan suami orang !!!) Ada yang syor aku jumpa pakar yang boleh menelek mana perginya dia ni tapi aah lain kali aje la. Hubby pulak kata ‘apa nak buat dah tak de rezeki ( sabor aje la ).Alhamdulillah !!( teringat aku kisah Raja dengan penasihatnya ...)

Sekarang aku doakan moga dia selamat dan berada dalam keadaan sihat dan bahagia...Kembalilah , kami semua masih mengharap!!! Black Sentra 6111

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

buang yang keruh ambil yg jernih. patah tumbuh hilang berganti. hati jangan byk sedih. beli baru puas hati. hehe

Tanpa Nama berkata...

kesiannya yang dah lepas tu janganlah di kenang mungkin ada hikmah di sebaliknya

Tanpa Nama berkata...

sETIAP YANG BERLAKU SEBENARNYA MENGINGATKAN KITA SUPAYA SENTIASA BERSYUKUR DENGAN NIKMAT YANG TUHAN DAH BERIKAN. REZEKI ADA DI MANA-MANA , CARAI LAIN SEBAGAI GANTI