- Entri kali ini sengaja aku tulis lewat daripada insiden yang berlaku. Sengaja nak lihat reaaksi dari pelbagai pihak terhadap insiden tersebut. Nah ! sebagaimana yang dijangka semua nak bagi respon . Ada yang rasa nak jadi macam selebriti atau artis yang diburu oleh reporter dan ada juga yang berharap agar adalah reporter datang bertanya reaksi mereka. Iya laa ini kira KEMPEN percuma mereka kat media ( ehh boleh ke tak langgar Perkara 5.6.1 ke ??) dan ada juga yang kalau boleh nak lari dari reporter jangan la ada yang nak cari mereka .... takut silap cakap makan diri !!!
Aku fikir semua apa yang terjadi dan apa saja reaksi yang diberi telah memberi gambaran dalaman apa yang berlaku dalam parti utama ini. Ada golongan yang ’berjaya’ menguatkan hujah mereka bahawa keputusan Lembaga Displin dibuat berasaskan kecenderungan atau strategi untuk ’menumbangkan’ team Abdullah. Kalau berfikir yang tak nak berapa logik atau ada unsur-unsur persepsi maka akan kata ” iya tak iya juga ” kenapa ada tahap, keberatan atau keringanan dalam memutuskan hukuman sedangkan kes yang ’disiasat’ atau disabitkan adalah di bawah peruntukan yang sama . Ada pulak ahli dari team itu yang dah masuk dalam mahkamah (sah) tetapi tak de pulak di’kes’kan.
Ada juga yang dah sah-sah melanggar peraturan tetapi masih bebas . Dah ramai yang puas makan free belanja dari ejen ( calon ) yang bertanding..mereka tak kisah sebab tak de yang mengadu kot !! ( aku pun merasa juga makan free !!! )
Dari pelbagai reaksi dan respon yang pasti ada tentulah unsur-unsur yang mengaitkan KONSPIRASI DAN FITNAH . Yang agak lucu bila mana sang penyokong pulak yang lebih-lebih !! ( nampak sangat mereka terlalu bergantung ( bukan setia ) kepada pemimpin yang satu ). Aku tak berani nak cakap bahawa apa yang berlaku itu benar atau fitnah.Yang sepatutnya fikir ialah dulu kita juga yang beria-iya suruh wujudkan lembaga pemantau displin , cadangkan adakan Kod Etika ,gesa supaya lembaga ini tegas dan siasat siapa saja ( ..benar reaksi Ku Li , patutnya lembaga siasat semuanya tak kira siapa, tak kira bilis atau jerung , tak kira tahap keberatan unsur-unsur rasuah politik atau tindakan salah laku atau langgar kod etika itu dan tak kira apa jawatan dalam parti hukuman biarlah setimpal dan adil ) .
Tetapi biasalah bila lembaga yang dilantik bertindak , ada persepsi atau reaksi , ’ buat salah tak buat salah’ . Kepada Ku Din amanah yang diberi telah dilaksanakan. Samaada telah dilaksana secara adil ,telus dan demokrasi .Siasatan dan ..keputusan pula dibuat bukan kerana tuduhan melulu atau hearsay . mereka saja yang tau.
Yang aku ( personal ) dapat jawapan ( dan ingin sampaikan pesanan ) daripada keputusan ini ialah :- - Laluan Tan Sri M ke kerusi no.2 semakin mudah , harap-harap penyokong jangan overconfident , saya percaya ketokohan , personaliti yang lembut ,tenang tetapi tegas dan berhemah dan penuh kesabaran, kebijaksanaan , kelebihan ilmu agama menjadikan team Dato ’ Seri Najid menjadi lebih mantap ... ( bertambah CANTIk dengan gabungan dan gandingan Dr Zahid )
- Tan Sri MMT – tak perlu berselindung di sebalik agensi kerajaan yang diterajuinya.
- DSMAR – Ke mana dato’ selepas ini ? adakah peluang lagi ke nak duduk kerusi KM ? kalau msh KM Melaka maknanya masih ada peluang msk MKT...
- DrMKT – Santa Claus atau Robin Hood atau apa sahaja laa, lupakan kisah penyapu tetapi sy lebih suka stail lama Dato’ !!
- KJ – hai iye ke dah cuba nak berpaling arah ?
- DMM – imej yang lembut ( ada gaya DrM ) tetapi bernas , mempunyai tahap analitikal yang tinggi pasti anda akan menjadi idola golongan muda !!
Dalam situasi sekarang hukuman yang dibuat seolah-olah diputuskan secara tergesa-gesa ( eeh tak yakin aku nak cakap begini ) mereka dah diberi amanah dan tanggungjawab , tak kan nak buat tindakan melulu. Nanti kalau keputusan lewat selepas pemilihan lain pulak reaksi mereka... Itu satu hal lagi .. Kita belum fikir lagi implikasinya kepada suasana dan strategi kempen di PRK di BG ,BS dan BI . Dalam sebok layan rasa kecewa , sebenarnya kita ( ahli dan orang Melayu !!) perlu realistik dan fokuskan kepada cara dan strategi bagaimana nak memastikan tiga kawasan ini menjadi milik BN . Dah banyak kali ,bukan shj dari PM , mantan PM malah semua pemimpin bilis dan jerung , ahli dan bukan ahli dah banyak yang bercakap kita harus BELAJAR dari kekalahan lalu. Harap tiada yang lupa ..harap tiada yang menjadikan PRK ni sebagai medan membalas dendam ( dalaman ) .. banyak mata yang memandang .Di sana bukan hanya ada ahli UMNO , parti BN lain pun ada , kumpulan penyokong pembangkang pun ramai malah jangan lupa golongan yang tak ber’PARTI’ pun ramai. Mereka inilah yang menjadi pemerhati sejauh mana kejujuran yang dilaung-laungkan oleh pemimpim UMNO tuu..
Dalam senario dan keadaan negara yang semakin mencabar dan agak kritikal terutama dalam aspek perpaduan Melayu dan keselamatan negara , saya berdoa dan percaya semoga team dan gandingan yang diterajui Dato’ Seri Najib Tun Razak benar-benar layak dan dapat meneruskan misi perjuangan ,demi survival bangsa Melayu , Agama Islam dan Negara Malaysia !!!
Aku nak ceriakan hari-hari aku ni...mari kita main ( nyanyi ) lagu 10 budak hitam.:-
...hahaha ..tengah cari idea ni !!!
p/s: aku pun ahli UMNO ( cawangan ’ELIT’ kat NS ni , tapi tak pernah bayar yuran , macam ne ni??? )
Jumaat, 20 Mac 2009
Demi Survival
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Sangat menyokong kombinasi Muhyiddin-zahid hamidi-hishammudin-rais yatim-datuk muhkriz
Catat Ulasan