Isnin, 7 Mei 2012

Amaran seorang anak terhadap Rintihan seorang Ibu..

Salam sejahtera,

Berbahagialah kepada sesiapa yang masih punya ibu dan bapa. Sesekali hati terasa begitu kesal mengapa dulu ketika ibu masih ada tidak ku jaga dia dengan baik. Tidak ku jaga tingkah laku dan tutur kata ketika bersamanya. Mungkin pernah hatinya terguris. Mengapa tidak ku gunakan sepenuh masa untuk menghiburkan hatinya..kenapa tidak ku gunakan semuanya untuk menggembirakan hatinya. Kenapa tidak aku yang menyedaikan makan minumnya...Sekarang terasa begitu rugi dan rindu untuk semua itu.


Begitulah rasanya bila mereka telah tiada. Menonton rintihan seorang ibu di kaca tv tempoh hari benar-benar menimbulkan rasa sayu dan sedih. Yakin , itu bukan lakonan, itu bukan ungkapan dari skrip yang ditulis. Bukan ada tuan pengarah atau penerbit lakon layar. Tak kan seorang ibu sanggup dipergunakan untuk menjatuhkan anak sendiri ?

Kita sering diingatkan dengan hadis Keredhaan Allah bergantung kepada keredaan kedua-dua ibu bapa. Kenapa akibat fahaman politik, akibat kesetiaan kepada ketua yang suka kepada huru hara, akibat taksub dengan pemikiran ala yahudi , akibat ketamakan kuasa dan kekayaan…maka ibu dan keluarga sanggup dibelakangkan.

dari sekecil tapak tangan, diberi pelajaran dah jadi orang berpangkat ..lupa tempat asalnya..lupa susah payah seorang ibu yang melahirkan..yang memberikan lampin untuk menutup tubuhnya dari kesejukan.
Hari ini si anak mengaku sayangkan ibu, mengaku perlunya institusi keluarga tetapi kenapa masih tidak mengaku kesilapan atau kekhilafan..masih angkuh tidak mahu memohon keampunan kerana menghiris hati ibunya. Masih menuding jari menyalahkan orang lain...aduhai..
Lupa bahawa memandang ibu bapa itu adalah suatu ibadah !

Teringat kisah di zaman nabi, Alqamah yang begitu seksa dan sengsara ketika nazak akibat sukarnya sakratul maut mengambil nyawanya yang terikat ..rupanya-rupa itulah balasan yang diterima akibat melebihkan isteri dari ibunya . Itu belum kisah Sitanggang, kisah Malim Kundang malah mungkin secebis cerita Batu Belah batu Bertangkup.

 Elok program tv Tanah Kubur tu buat kisah anak derhaka macam ni..bukan cerita karut tahyul sekadar peringatan kepada kita semua.

p/s : bila kali terakhir anda bercakap dengan ibu anda ??


Khamis, 3 Mei 2012

Bersihkan blog ini dari semak samun


Salam sejahtera

lama sungguh tak membuka laman ini. Sebok membersihkan laman laman lain yang nampaknya begitu kotor dengan sawang-sawang, habuk , semak samun dan serangga liar yang tak boleh diajar. Bagaimana melihat ada kalangan orang tua yg kononnya berilmu dunia dan akhirat tp berfikir dan bertindak macam dirasuk syaitan, yg kononnya pejuang untuk keadilan yg entah apa yg dia nak . Meneropong anak muda yg macam monyet..semakin diberi ilmu semakin kurang ajar. Berjuang tanpa kewarasan akal. Berjuang dengan nafsu macam orang tak beriman. Semalam  mereka meletakkan kaki mereka di badan yg mereka anggap anjing. Mana tau esok mereka memerlukan si anjing ini untuk menghalau hantu-hantu jembalang yg merasuk di kediaman mereka ?

Aku sentiasa berdoa semoga kehidupan aku dan generasi aku masa akan datang sentiasa dilindung , sentiasa mendapat rahmat. Dijauhkan dr segala mala petaka. Semoga anak cucu aku merasai nikmat keamanan dan kemakmuran.


p/s: ..tetiba tgk layout n setting blog ni dah huru hara..kena belajo balik ni.

Khamis, 12 April 2012

Kalau bukan ahli parti boleh juga jadi winnable candidate ke?

Pak Menteri ada mengingatkan kami supaya menjadi seorang yang neutral. Adakah ia bermaksud berkecuali ? Tak juga kot. Tak berparti ? atau tidak partisan ? Mungkin ! Habis tu tak boleh la nak berpolitik ? .Tapi macam mana nak hidup tanpa politik ? Hidup ni kan ke penuh dengan drama politik ?..kat pejabat politik, tengok bola ada politik, nak jadi pengerusi surau pun ada politik, nak masuk tender pun ada politik. Masa belajar kimia dulu pun ada simbol neutral . Bawa kereta ada gear neutral.


Dalam situasi menjelang pilihan raya umum ke 13 kita kena neutral. Tak payah la nak jadi geng kepada mana-mana parti . Tak kira parti mana. Tapi bukan bermakna kita jadi dungu. Bukan bermakna kita tak ambil kisah tentang dunia politik. Neutral bukan bermakna kita tidak berhak menyatakan sokongan dan pendirian kepada mana-mana parti . Neutral bukan bermakna kita setuju dengan strategik anwarism atau taksub dengan mat sabu. Walaupun tak berparti bukan bermakna kita tak tau hak kita sebagai pengundi. Kalaupun kita jadi ahli parti Umno bukan bermakna semua yang pemimpin umno buat tu berkenan di hati kita.

Tidak salah berparti atau menyokong parti politik. Macam-macam cara dan strategik parti nak menarik hati penyokong mereka. Tapi adakah mereka betul-betul mengamalkan konsep berpolitik yang berhemah? Integriti yang tinggi? Tidak tamak kuasa ? mendahulukan rakyat ? Tapi kalau ada yang mengaku berkecuali tu ada pulak sampai tak kisah dunia politik berparti. Di negara ini nak tak hendak kita kena ambil tau dan sesekali kena menyebok juga. Tapi jangan sampai sombong tak bertempat!

Walaupun kita ni non-partisan mana tau kita ni tergolong sebagai winnable candidate ?