Rabu, 22 Julai 2009

Helah Bela Diri..

Situasi 1..kat sebuah pejabat ( tempat cari makan laaa)
Sibos bagi kerja tambahan kat sipolan ni tetapi sebenarnya dia tak mampu nak uruskan . Kat depan bos muka toye jer dia dok diam ,angguk dan senyum hayun aje, tetapi bila keluar bilik bos je ,ia melepaskan kegeramannya kepada orang lain atau kepada orang bawahannya pula.pot pet pot pet pot pet..siap hentak pintu lagi..? apa cerita ni?

Situasi 2 ( kat mana-mana boleh laa..)
Ada makhluk ni yang sentiasa jeles dan asik tak puas ati je dengan kelebihan si polan lain, namun spesies jeles tak dapat menerima hakikat si polan itu yang memang seentario dah tau kehebatannnya. Justru mahluk jeles ni menyatakan bahawa anggapan orang lain terhadap si polan itu adalah salah.Hanya dialah sahaja yang pandai buat kerja kononnya..


Situasi 3 ( konon-konon kat dalam lif laa...)
"Ehh sape umat yang buang angin nie?"
"Ehh bukan u ke ?"


Situasi 4 ( kat office i ler )
"kita mesti jadi hipokrit kalau nak hidup senang..."
"i jadikan sigedik gundik tu batu loncatan .senang i nanti "
jangan macam ikan emas tuu, jujur tak bertempat!!"


....ish,ish,ish , yang ini apa kes ? kot yer pun nak hidup senang jangan ler jadi sesumpah,sampai gadai maruah.. !


Lempar batu sembunyi tangan” atau ‘ batu itu dialih seolah-olah dilempar oleh orang lain”

PERNAH BERHADAPAN DENGAN SENARIO BEGINI?
Semua situasi ini merupakan cara-cara yang digunakan kononnya untuk mempertahankan harga diri . Mekanisme helah bela diri.ini merujuk kepada proses psikologi yang bertujuan mengawal ketidakupayaan dan penderitaan Ego yang mampu mempengaruhi dan mengawal Id dengan sempurna.

Helah bela diri ini juga mampu mempertahankan segala kutukan oleh Super Ego.

Memutabelitkan kenyataan atau menyangkal adalah dua bentuk umum kaedah helah bela diri ini.

Banyak factor yang mempengaruhi si pelaku supaya bertindak sedemikian.

Lima (5) Strategi yang diaplikasikan bagi melaksanakan helah bela diri ialah :-

i) REPRESI
bagi Teori Personaliti Freud, strategi ini merupakan terpenting dan paling asas.Ia sebagai usaha untuk melupakan sesuatu yang mengecewakan atau memalukan dirinya. Unsur ini akan aktif pada waktu tertentu dan akan mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku sesaorang tanpa disedari.

Contohnya : seorang Ketua Jabatan tidak dapat menerima hakikat apabila seorang pegawai bawahannya membuat teguran terbuka terhadap kelemahan atau kekurangannya. Maka si bos ini akan terus –terusan membenci orang bawahannya itu.Dan, kebenciannya itu sesekali akan dinyatakan melalui aktiviti cakap-cakap atau marah-marah atau kaedah lain yang dapat dia lakukan.Ish ish ish dahysat sungguh bos yg macam ni.

ii) FANTASI -
Berlaku apabila seseorang cuba mengurangkan ketegangan secara berkhayal. Imiginasi tersebut lebih baik / selesa dari situasi sebenar.

Seorang artis yang tidak popular mungkin berfantasi untuk berimaginasi bahawa dia disanjung dan diterima ramai peminat.Ala-ala perasan laa..

iii) PINDAH GANTI
Berlaku apabila perasaan marah dipindahkan dari seorang individu kepada individu yang lain.

…..yang ini ikan emas dah letih ,jemu dan naik meluat dengan seseorang yang cukup relevan guna strategi ini. Senyum dan ketawa sendiri tengok gelagat orang ni , tapi kesian pulak dengan orang lain yang kena tempiasnya tu.Ntah bila la nak tobatnya !

iv) PENAFIAN
Berlaku apabila seseorang itu tidak dapat menerima kenyataan.
Contohnya apabila seorang pesakit diberitahu yang dia menghidap penyakit barah, dia cuba menyatakan dignosis doctor adalah salah.

Contoh lain pula..situasi di mana seseorang tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia telah disoalsiasat oleh SPRM atas kes rasuah atau pecah amanah. Dia menafikan bahawa SPRM yang silap siasat atau sipelapor yang dengki terhadapnya atau ada orang lain yang buat skesalahan tersebut.

v) SUBLIMASI
Ini helah bela diri yang paling sihat. Ia menyalurkan perasaan kekecewaannya kepada saluran atau bentuk yang boleh diterima.

Contohnya seseorang yang tiada atau sukar mempunyai pasangan,mungkin menyalurkan perasaan sunyinya dengan mengubah pantun,puisi, berkaraoke /melalak menulis kat dairi,blog…

Kawallah diri kerana setiap perlakuan kita menunjukkan diri kita.!!

Khamis, 16 Julai 2009

Mentera Pengasih

Tembakau si Raja Ali,

Aku pintal engkau menjadi tali,

Aku memakai kasihan rindu,

Terindu-rindukan aku,

Terendang-rendangkan aku,

Tidur siang terlihat-lihatkan aku,

Tidur malam termimpi-mimpikan aku,

Berkat aku memakai kasihan rindu.



p/s : Sesiapa yang sedang mengayat bolehlah gunakan ayat ini.

Gerenti mujarab.Kalau tak pun badan menghasai ( ehh betul ke ejaan ni?)

Manik-manik yang dah terurai......

Ke Manik Urai pergi memancing
Bukan nak memancing ikan
Tapi undi yang nak dipancing
12,000 undi dipasang umpan

Pelbagai jenis diguna umpan
Kata diulam manis dijanji
Belum tentu tapi kena yakin
Tu sebab tak ingat apa dijanji.

BN hebat Najib dibawa
Nik Aziz Pas hebat diguna
BN ,Pas pun guna orang kedua
Nasrudin, Khairy pun sebok ke sana

Encik Fauzi dah diisytihar menang
Kesian Tuan Aziz dah kalah
BN kata bermaruah walau tak menang
Tapi Pas tetap senyum rasa tak salah

Katanya orang muda ramai yang balik
Nak pergi mengundi atau duit nak diambik
Katanya mereka dah sedar dan serik
Tu sebab dah pangkah dacing balik.

Penat berkempen puas memancing
Tak banyak dapat 65 undi aje
Yang pasti Pas dah menang
Kerusi tu tetap Pas yang punya.

Orang BN jangan perasan
Orang UMNO jangan kata dah lega
Ingat banyak janji yang dah dipesan
Banyak kata yang perlu dikota

Ada ubi ada batas
Ada budi kita balas
TPM kata macam nak balas
Zahid kata tak baik ,kena belas

Pas orang Melayu
UMNO pun juga Melayu
Yang kalah pun Melayu
Yang menang pun Melayu

Najib baru 100 hari
Dah banyak PRK dihadapi
Masih ada dua tahun lagi
Ke mana pula lepas ni?

Sama-sama kita renungkan..