Selasa, 14 Julai 2009

Promosi Ubat kuat

Dari penghujung selatan tugasan menjalar pula ke penghujung sempadan di utara.Tetap tersenyum walau dalam kepenatan.Tetap menyeronokan walau dalam keletihan !!

Dari Sungai Petani ,Alor Setar ,ke Jitra hingga Padang Besar..kerja - kerja –kerja.Tugasan syok sendiri,meraikan rakan-rakan setugas hingga jumpa orang ramai.Cerita biasa.

Suatu malam kami dipelawa makan malam di sebuah kampung. Dalam keletihan dan kelaparan .Terlalu ghairah dah nak makan ..kampung ni rupa-rupanya lebih 50 km dari tempat penginapan kami.Bas tak boleh masuk, siap kawan bagitau kena naik bot pulak..ehh merepek punya lawak!!

Wah-wah..hebat punya sambutan! Satu kampung datang siap pakai uniform.Tiupan serunai dari kumpulan Gendang Peribumi menjadi halwa telinga. Makan?..menu istimewa berasaskan rebung. Kari rebung + daging ketetel(?), sop rebung, kerabu rebung +perut,ikan pekasam ,goreng ikan keli...adoi mak, pendek kata rebung,rebung,rebung ...nasib tak ada menu buluh perindu ! menu ni semua bukan senarai saya! Macam mana ni..perut teramat la lapar ..dah rasa boleh membunuh tahap dewa gaban .Akhirnya dengan penuh sopannya ,Hentam aje la walau hanya suap nasi dengan sambal belacan!!

Namun dalam ucapan siap puji dah kenyang, sedap dan cadang nak tambah menu istimewa dari Nogeri,rebung masak lemak cili api...

Lepas makan, kawan-kawan dipaksa pula dengan hidangan istimewa.Menyedut rokok daun !!, benda ni memang popular kat orang Kedah.ehh dia orang pun dah macam mabuk kepayang.

Dikatakan rokok daun ni diperbuat dari daun nipah yang dah dikering dan digulung-gulung bersama tembakau.Apa istimewanya? Ntah kekawan org Kedah kata banyak istimewa dan khasiatnya. Katanya boleh jadi ubat Kuat dan hebat. Ehh yang ini lelaki mesti suka...( Tu sebab org Kedah kuat ,sihat dan hebat !!!)
Kalau kena gigitan atau sengatan binatang berbisa .Lagi satu ia boleh mustajab untuk merawat luka kecil. Samada dikunyah-kunyah dan tampal kat luka tu atau pun direbus dan minum airnya..Tapi kalau dah teruk tuu baik p klinik jer.Wallahualam !!

Sedar-sedar dah tgh malam. esok pagi-pagi ada urusan lagi..

Terima kasih bebanyak kepada penduduk Kampung Kokdiang Dalam Lama. Layanan dan sambutan yang amat istimewa. Rasa macam nak p lagi....

Jumaat, 3 Julai 2009

Sembang Orang Muda UMNO-PAS


  • Sembang-Sembang ,Dailog ,Wacana ,Muzakarah atau Debat …semuanya lebih kurang sama aje..
  • Tak tau apa sebenarnya yang tersirat di hati sanubari Ketua Dewan Pemuda PAS Nasruddin Hasan Tantawi ketika menyerahkan surat untuk mengajak Pemuda UMNO berdailog. Surat diterima oleh Naib Ketua Pemuda UMNO orang no dua yang jaga golongan muda...Kononnya tajuk dialog pun dah ditetapkan ‘BENARKAH PERJUANGAN UMNO TIDAK BERTENTANGAN DENGAN ISLAM.
  • Tak kira apa tajuk atau program yg nak dilaksanakan waima nak ajak sembang di kedai kopi ke? Berdailog satu lawan satu ,berforum atau nak berdebat ala Anwar vs Shabeery .Rakyat seanterio pelusuk bumi ini tersangatlah ingin nak melihat supaya cadangan ini benar-benar menjadi reality.Bila? di mana ? siapa yang terlibat? dan bagaimana kaedahnya?..seronok ni nak juga tau siapa pulak yang jadi moderatornya? Siapa pula yg jadi penontonnya?.Siapa pula yang jadi tukang sorak?
  • Adakah ini hanya retorik ? Ilusi atau angan-angan yang hanya tinggal mimpi?
    Adakah ini suatu kesinambungan isu Kerajaan Perpaduan ? Cuma nak tukar tajuk cerita aje?..harap-harap tidak.
  • Wacana ilmiah atau dailog ilmu ini amat wajar dilaksanakan .Ia akan memang benar-benar melambangkan sistem demokrasi negara ini amat BERSIH, SUCI DAN TERPELIHARA! ..walau berbeza ideologi tapi masih tetap duduk semeja .Pasti ini akan menjadi contoh kepada semua negara dunia!
  • Perbincangan ini amat bagus dan sesuai sekali sekiranya ia dilakukan dengan tujuan untuk menyelesaikan beberapa isu yang menjadi polemik akibat ketidakfahaman atau putar belit yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu. Ia bukan digunakan untuk mencari publisiti atau suatu provokasi agenda menjatuhkan maruah dan peribadi. Bukan untuk mencari kesilapan UMNO selaku parti memrintah. Tiada kalah atau menang .
  • Tajuk itu berat sebelah?..Pemuda UMNO jangan takut walau apa tajuk yang diberi..yang pasti apa sahaja isi atau topik serta hujah yang dikemukakan mestilah berlandaskan fakta dan pasti UMNO mempunyai Pemuda-Pemuda yang hebat berhujah? Khairy ? ...rasanya kalau isu atau tema itulah yang nak dibincangkan...ntah sesuaikah? Hati-hati jangan makan diri..
  • Kalau dah benar selama ini UMNO memperjuangkan Melayu dan Islam. Berjuang berlandaskan Melayu dan Islam apa takut? Apa ada hal..Belasah aje laa..
  • Ingin diingatkan di sini .wahai sekelian umat Melayu tak kira pemuda atau pemudi..Ingat idea nak mengadakan wacana ilmu ini datangnya dari Pemuda PAS... janganlah ada yang memutar belitkan ia sebagaimana cadangan mewujudkan Kerajaan Perpaduan dulu. Dah berbelit-belit isu ini dikusutkan..akhirnya siapa yang untung? Surat khabar juga yang untung !!
  • DAP dah awal-awal bagi amaran supaya Pemuda PAS jangan memandai-mandai nak duduk semeja dengan Pemuda PAS.Orang muda DAP Rasah tu katanya amat kecewa dengan tindakan Nasruddin.Kononya PAS dah melanggar persetujuan bersama. Ish ish ish...apalah salahnya pemuda-pemuda Melayu ni nak sembang-sembang fasal masalah Islam . Loke you CEMBURU ke? atau TAKUT ke? .Tak terbuka langsung fikiran Pemuda DAP yang comel ni !
  • Jadi, tak perlu la nak jemput pemuda atau pemudi atau puteri dari parti lain menyertainya. Bagi pusingan pertama ini kita nak tengok pemuda Umno dan PAS dulu..so, parti lain jangan kacau. Kalau nak jadi penonton duk diam dulu.
  • Kepada Pemimpin besar DAP atau PKR atau parti-parti komponen BN yang lain.. restuilah hasrat anak-anak muda ini.Perkara yang baik tak patut dihalang. Niat yang baik harus disokong. Lim Kit Siang atau DSAI janganlah jadi dalang dan buat gangguan lagi. Presiden dan Tok Guru PAS pun berilah kepercayaan dan yakinlah kepada pelapis mereka.
  • Kalan nak kata inilah suatu usaha dakwah yang paling murni..maknanya kalau benar pemuda-pemuda ni nak berwacana ia harus dilaksanakan secara tulus, ikhlas tidak mengambil kesempatan dan biarlah matlamat yang wujud dalam hati kedua-dua kumpulan ini sama iaitu ke arah kesefahaman dan kepenyatuan bangsa dan agama.
  • Mana tau wacana ilmu ini memberi petunjuk dan laluan kepada penyatuan Bangsa MELAYU dan umat ISLAM di negara ini. Siapa yang untung ? KITA JUGA !!

p/s:Respek kat YAB MB Kedah dan MBAS,tak perlu tunduk dengan 'ugutan' pengundi yg bermuka-muka.Lusa Ikan emas nak p Alor Setaq tp bukan nak tgk kandang binatang yg dah menghuru harakan dunia.

Apakah yang paling jauh?


Imam Ghazali bertanya .....
"Apakah yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab " Negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang".

Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar.

Tapi yang paling benar adalah " MASA LALU' .Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


Di dunia ini benda-benda tidak berubah kecuali kalau ada yang mengubahnya. Tiada sesiapa akan merubah nasib kita melainkan atas usaha diri kita sendiri.

Tindakan di dalam kehidupan kita adalah seperti bercucuk tanam maka kalau kita menanam padi seharusnya kita tidak boleh berharap untuk menghasilkan pisang.

Makin kaya sesaorang itu,makin mereka merasakan diri mereka kosong dan tidak bermakna.Hubungan mereka dengan keluarga makin renggang,hubungan suami isteri semakin longgar dan yang paling penting hubungan dengan Pencipta kita iaitu Allah s.wt semakin jauh. Itulah yang yang dirasai oleh kebanyakan daripada kita sekarang.Kita sedar akan bencana dan malapetaka yang berlaku di sekeliling kita, dan kita tahu dunia semakin hari semakin menuju ke zaman kemusnahan ( kiamat).

Dan kita sedar yang kita perlu berTAUBAT, tetapi berapa ramaikah di antara kita yang melakukannya ( TAUBAT).

p/s ; Ingatan kepada ikan emas !!