Jumaat, 5 Jun 2009

Kempen 1,000 hari

Teraba-raba, dalam kesuraman,tak tau mana nak mengadu. Dah kesal dulu ingat nak beralih tempat bergantung,akhirnya memakan diri..rupanya tempat berpaut rapuh dan tak mampu lagi mengisi ruang-ruang hati ini..

  • Inilah yang dihadapi oleh banyak pengundi di Negeri Sembilan. Bagaimana nak mengisi ruang-ruang yang kosong ini?.YAB Menteri Besar Negeri Sembilan membangkitkan semula semangat rakyat negeri ini dengan menjadikan ‘setiap hari adalah hari berkempen’ .Matlamat utama ialah untuk memastikan PRU ke 13 nanti BN akan menyapu bersih semua 36 kerusi DUN di negeri ini.

  • Untuk itu YAB Dato’ Haji Mohamad Hj Hasan menetapkan supaya ruang-ruang kosong ini diisi, jangan biarkan rakyat terkapar-kapar tiada tempat mengadu.Iya mungkin, wakil rakyat pembangkang rajin turun ke kawasan tetapi kalau sekadar menjenguk tanpa ada tindakan apa kes?

  • Kawasan-kawasan yang dimenangi oleh pembangkang harus dijagai. Kerajaan Negeri benar-benar prihatin .Berusaha memberi kenyakinan semula kepada pengundi. Kawasan-kawasan ini dijadikan kawasan angkat kepada beberapa ahli EXCO BN ..peranan mereka sama sebagaimana mereka menjaga kawasan sendiri.Tetapi ia lebih kepada urusan pentadbiran. Mengisi kekosongan kepimpinan. Tempat mengadu. Aktifkan Pusat Khidmat Barisan Nasional di kawasan-kawasan berkenaan;

N08 Bahau

YB Tuan ShamsulKahar b Mohd Deli
( Pengerusi JK Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi/ ADUN Serting )

N10 Nilai/N21 Bukit Kepayang

YB Dato' Hasim Rusdi
(Pengerusi JK Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam /ADUN Labu)
N11 Lobak /N12 Temiang

YB Senator Dato’ Dr. Yau Chai Thiam.

N13 Sikamat

YB Dato' Mohd Radi Kail

(Pengerusi JK Bertindak Pelancongan,Perpaduan,Kebudayaan,Kesenian,Warisam dam Adat Istiadat Melayu/ ADUN Juaseh)

N14 Ampangan

YB Dato’ Yunus Rahmat
( Pengerusi JK Bertindak Pertanian dan Asas Tani / ADUN Klawang)

N22 Rahang

YB Dato’ Ismail Lasim
( Pengerusi JK Bertindak Infrastuktur,Air,Tenaga dan Telekomunikasi /ADUN Senaling)

N24 Senawang

YB Tuan Abd Samad b. Hj Ibrahim
( Pengerusi JK Bertindak Pembangunan Modal Insa,Belia dan Sukan /ADUN Seri Menanti)

N25 Paroi/N23 Mambau

YAB Dato’ Haji Mohamad Hj Hasan
(Menteri Besar Negeri Sembilan/ADUN Rantau )

N29 Chuah

YB Dato' Ismail Taib

( Pengerusi JK Bertindak Kesihatan,Sains,Teknologi dan Inovasi /ADUN Linggi)

N30 Lukut

YB Tuan Siow Chen Pin
( Pengerusi JK Bertindak Kerajaan Tempatan,Kampung Baru dan Pengangkutan Awam /ADUN Chennah)

N33 Port Dickson

YB V.S Mogan
( Pengerusi JK Bertindak Hal Ehwal Perladangan, Sumber Manusia,Alam Sekitar dan Pengaduan Awam /ADUN Jeram Padang)

N36 Repah

YB Puan Zainab bt Nasir
( Pengerusi JK Bertindak Pembangunan Wanita,Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat /ADUN Gemas)


Ikan emas harap strategi ini dilaksanakan dengan seikhlas dan ruang ini digunakan sebaik-baiknya.Tak perlu lah tunggu dijemput atau bila ada majlis baru nak menjenguk..Lupakan bunga manggar atau hamparan karpet atau dihidang jamuan baru nak melawat.bagi yang beragama Islam Masjid dan surau merupakan tempat yang paling baik utk menemui rakyat..Selama ini banyak komen dari pengundi bahawa pemimpin BN/UMNO cukup payah nak singgah ke masjid/surau melainkan bila ada majlis dijemput guna surat rasmi.

Kebanyakan kawasan ini merupakan kawasan urban dan sub-urban,pengundinya pelbagai kaum.Pelbagai latarbelakang pendidikan dan pekerjaan, ramai yang menganggap mereka profesional..pandai-pandailah merapatkan diri.Jangan pula terlalu mengharapkan agensi atau jabatan kerajaan yang membantu.Pastikan pegawai-pegawai kanan atau orang perantaraan yang dilantik tidak mementingkan diri atau ada unsur-unsur politik .

Kerajaan BN NS mesti sedar bahawa sebab-sebab kekalahan BN di banyak tempat ini adalah datang dari faktor dalaman sendiri. Faktor calon yang lemah dan percakaran sesama sendiri. Tak guna kerajaan negeri berusaha menarik hati rakyat dengan pelbagai program kesejahteraan rakyat kalau semua ini tak sampai kepada mereka atau mereka tidak menghargainya..yang penting matlamat PRU13 nanti.

Rabu, 3 Jun 2009

SPM - subjek apa?

Benar sembang lawak kami, sedangkan seorang kerani baru bertukar mesti akan mengubah sesuatu hatta alih meja kerja. Apa tah lagi kalau seorang menteri . Mesti ada 2 benda yang mereka akan tukar. Pertama nak tukar logo ( tak kira la..logo kem ke ,jabatan ke , apa aje la) kedua akan tukar ‘tagline’ atau slogan.

Yang ini ikan emas dah pernah sindir pun.Bila Menteri Pelajaran tukar mesti akan ada sistem yang akan ditukar. Mula-mula nak hadkan bilangan subjek yang boleh diambil oleh calon SPM. Kemudian nak kurangkan bilangan subjek teras daripada enam kepada empat. Alasan :
  • Calon-calon SPM punya lebih banyak pilihan subjek elektif
  • Kurangkan beban golongan guru dan pelajar dengan mata pelajaran yang banyak untuk diajar atau dipelajari.
  • Kurangkan kos kelas tuisyen.
  • Mudahkan pengredan
  • Kesamarataan dan ketelusan pengmeritan untuk pemberian biasiswa.
  • Melahirkan produk lulusan SPM yang lebih berkualiti dan pakar

Ikan emas cuba nak faham kenapa ada cadangan-cadangan dan idea untuk perubahan-perubahan ini ;

  • Kenapa la pelajar-pelajar kita sering jadi bahan eksperimen.
  • Katanya lebih 10% calon SPM telah mengambil lebih daripada 10 subjek..maknanya pelajar-pelajar kita berani,cemerlang dan hebat lah!
  • Mereka ni tentulah terdiri daripada pelajar Melayu, Cina, India dan lain-lain…
  • Selepas beberapa tahun jadi bahan ujikaji,tengok hasilnya ramai calon SPM yang berjaya mendapat ‘A’ dalam banyak subjek yang diambil… anak siapa yer?
  • Subjek elektif yang banyak ialah subjek agama…ehh macam ada yang tak kena dengan cadangan ini..nak sekat pelajar Melayu kita dapat banyak ‘A’ ke?
  • Nampaknya Amelina ,Nik Nur Madhihah akan pegang rekod lah!.
  • Apa empat subjek yang akan dipilh sebagai subjek teras?. BM?,BI?,Pendidikan Islam/Moral?, Sejarah?, Matematik? atau Sains?..
  • Takkan nak tolak BM? ..sedangkan ia dah tercatat dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan…habis tu.?
  • Matematik atau Sains? ..ehh kan ke kita nak melahirkan generasi yang maju dalam bidang sains dan teknologi? atau
  • BI? Kan ke kita menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia?.
  • Dalam scenario sekarang, banyak yang menyesorkan supaya subjek Sejarah diwajibkan..takkanlah kerajaan nak membiarkan generasi buta sejarah?..kalau dijadikan subjek elektif memang semakin jauhlah sejarah dari minda anak-anak kita…subjek ini walau membosankan tetapi ia amatlah penting!
  • Tak semestinya pelajar jurusan agama hanya hebat dan cenderung dalam bidang agama sahaja..mereka juga telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang lain..kan ke kita nak melahirkan generasi yang berakhlak , punya minda kelas pertama,hebat dunia,hebat ilmu akhirat…kejayaan ini telah ditunjukkan oleh ramai pelajar jurusan agama kita.Orang Kita!

Ikan emas percaya AJK dan ahli pemikir yang dilantik akan benar-benar memikir dan mengkaji sedalam-dalamnya impak isu ini terhadap masa depan generasi kita. Yang penting apa pun keputusannya subjek-subjek dan silibus dalam sistem pendidikan kita tentu bermatlamat mewujudkan generasi yang berkualiti,cemerlang dalam bidang akademik, intelektual ,hebat dalam kerohanian .Berupaya membangunkan minda.Punya jatidiri, cintakan dan berupaya mewarisi Negara ini. Sama-sama kita fikir!

Selasa, 2 Jun 2009

Prejudis @ Persepsi?


Datuk Bung Moktar yang bininya cantik molek gebu montok tu tetiba dapat idea nak bangkitkan kehangatan di Dewan Rakyat dengan mendakwa pemanduan golongan wanita di negara ini kebanyakkannya amat berbahaya sekali gus boleh mengundang kemalangan.


Macam tak ada isu lain yang lebih dasar untuk dibincangkan..Jangan marah kat YB ni..sebab di Kinabatangan kemalangan kat sungai pun banyak..jalan raya pun banyak yang tak elok lagi..


***************************************************

INI MERUPAKAN ENTRI lapukberhabuk YANG IE TULIS DAH LAAAMA DULUUU. BILAN BUNG BANGKITKAN ISU INI..TERINGAT PULAK. MAKA APA KATA KITA ULANG KAJI ..


Waa..Pompuan la tu..haa prejudis terhadap kaum wanita . Atau sekadar persepsi ? Akhirnya kuterima juga surat darinya ni..aduhai ,konon ingat terer beno tak kan dapat surat-surat yg macam ni.. terima aje laa..esok2 ku p la jumpa dia org yg nak sangat tengok macam ne aku ni…tak pasal2 terbang duit aku kena bagi kat depa.


Ayatnya cintannya berbunyi begini “ Pemandu kenderaan motor nombor pendaftaran…….dikatakan atau disyaki melakukan kesalahan berkaitan dengan pemanduan kenderaan motor tersebut di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987….bla, bla..bla…. Padan muka aku..selama ni ingat Highway Sban-Kl ku dah hafal mana tempat-tempat yg ada camera speed trap, kena jugak! Tapi nak Tanya la kat kekawan.. Apa reaksi anda bila tengok yang memandu dalam situasi begini ;-



  • Asyik-asyik tekan break.. ada corner tekan break, selekoh sikit tekan break ,sian pulak tengok lampu break tu.


  • Bila kat simpang, tetiba je ada yang celok tak bagi signal nak masuk kiri ke kanan?


  • Tengah2 jem giler dalam 3 lorong ni, ada hati la kiter nak masuk line kanan ke o kiri ke..ehh hampeh kete sebelah ni tak bagi peluang langsung ..


  • Satu lagi…terhegeh-hegeh kejap kiri kejap kanan ..lembap semacam jer.


  • Kalau depa nak motong kiter ,layan dia jer..sop sap..kadang2 signal pun lupa.


  • Haa…kat depan ada ‘bumper’ yg kete tu dok laju giler je…


  • Ada lobang,lopak pun hentam langgar aje.


  • Tgh jalan kat highway..orang dah kata kalau nak makan angin jalan la kat lorong kiri, tapi depa ni syok pulak kat lorong tengah..tu pun leh tahan lagi..kdg2 lorong kanan…selamber dek jer .




  • Bila dah leka makan angin atau berhati-hati sampai pegang stereng makan nak tegang lengan tu..ada pulak abang pon pon bagi horn..hoi..apa ingat sper ? nak lawan ?..siap bagi signak buku lima lagi ..manis tu..kalau yang blue yellow ??..hah kau ??


  • Kalau parking tu..main letak jer tak kawasan paip bomba pun depa masuk..kalu boleh nak bawa kete tu masuk dalam kedai yg depa nak p shoping tu.


  • Ehh,ada kereta terbiar kat tepi jalan ,pancit..sape punyae kereta daa.


  • Kalu depa yang tua bawa Merz mesti mamat akan cakap yg tu mesti bini millioner tapi kalu muda pulak depa dengki kata yg tu mesti ada yang taja..


  • Ehh ..sempat pulak masa tgh pegang stering depa make up,calit eyeshadow,lipstick, tadi kat rumah tak sempat,sebok bancuh air utk laki..



  • Bila pe-pe hal jadi kat tengah jalan…ha panic macam ner ni?apa nak buat ni? Mana nak bukak bonet enjin ni?Ntah2 minyak yg abis … Tapi tak pe ramai balak yg tolong.

Opps..ikan emas tak termasuk dalam kategori –kategori merapu ni..


Haha…kan dah kata mesti ada yg jawap ’ TU MESTI POMPUAN” Sabar lah .jangan la macam tu..sebenarnya pemandu wanita ni berhemah, bersopan, berhati-hati.. tak caya? Tu yang banyak accident tu kan ke sebab pemandu lelaki!!


Kereta ikan emas pun dah terguling-guling 2-3 kali disebabkan pemandunya jejaka..sabar,sabar.