Memaparkan catatan dengan label santai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label santai. Papar semua catatan

Selasa, 11 Januari 2011

Gear LiMa Di BuLan JaNuari ke SeRi MeNanti

Pagi-pagi ke seri seri menanti
Ke seri menanti setiap hari
Apa ada di seri menanti
Yang kau pegi setiap hari

Pagi-pagi ke seri menanti
Ke seri menanti ikut terachi
Kenduri besar di seri menanti
Banyak orang yang ternanti-nanti

Pagi-pagi ke seri menanti
Pekannya kechil sunyi dan sepi
Tetapi tidak empat belas januari
Sebab ramai yang nak pergi

Pagi-pagi ke seri menanti
Sempat menjeling rumah lavendari
Bulan Januari di seri menanti
Ada yang senyum sampai ke kaki

Pagi-pagi ke seri menanti
Ada yang senyum sampai ke kaki
Bawa anak bawa isteri
Maklumlah dah dapat hajat di hati

Pagi-pagi ke seri menanti
Menelan kabus memandu sendiri
Tokeh cuepacs dah senang hati
Bakal bergelar ahli kelab negeri…!!


Bulan Januari dah masuk gear lima……
Bulan Februari gear berapa lak pulak…
Omakkkk aiiii……mudahkanlah kojo ni haaa



Rehat kojap ....catatan merapu ini sekadar
nak lopehkan ongap!!







Ahad, 9 Januari 2011

Hari CuTi UnTuk MaKan-MaKan...bersama Faizal Tahir

Hari cuti ..( ????) ..adalah hari makan-makan....


pagi-pagi dah oder capati..ni melayu bikin


sekeping capati tak cukup...oder pulak lempeng kelapa ..hah ?
ala pancake yang macam opah buat !
breakfast ni kat gerai jalan ujung pasir...somban, nisbilan..bukan ujung pasir melake ..
ronda-ronda di tengahari...pekena pulak cendol Haji Sharif !
huh !! yang ni cendol campur ..sebab selain cendol , ditambah dengan jagung, kacang dan pulut.



menu kat Hj sharif cendul di Jalan Yam Tuan..tengah pokan Somban... yg ni mee rojak
( tapi tak boleh lawan keenakan rojak/mee rebus Mastan Ghani, T.intan..)




****************************************

nampaknya dinner SELAMAT MALAM ni pekena salad aje laa....

sebagai persiapan untuk tidak HANYUT dengan

FAIZAL TAHIRR!!!!!!!











































Isnin, 3 Januari 2011

PanTun Dulu-Sekarang... FaSal BoLa

HARIMAU MALAYA
Baik-baik bertanam petola
Jangan sampai di makan buaya
Baik-baik bermain bola
Jangan sampai jadi bahaya

Baik-baik bertanam petola
supaya menjadi kacang dan sayur
Baik-baik bermain bola
Supaya menjadi kaya dan mashyur

Baik-baik bertanam petola
Jangan sampai tumbuhnya lada
Baik-baik bermain bola
Jangan sampai artis mengoda

Baik-baik bertanam petola
Jangan lupakan nangka dan turi
Baik-baik bermain bola
Jangan lupakan Negara sendiri...


fahmifahnafahnofahnifahta....
p/s; rupanya ada yg tak tau 'Harimau Malaya' tu spesis yang dah semakin pupus.Kena cari spesis rimau baruyang boleh dinamakan Harimau Malaysia....
.jangan la pulak pemain bola kita pun makin pupus juga.