Memaparkan catatan dengan label prk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label prk. Papar semua catatan

Jumaat, 25 Februari 2011

Mencari kerja ???...ni banyak jawatan kosong

Pengumuman !!!, pengumuman !!!..Tengah mencari pekerjaan ?..mai sini ,ada banyak jawatan kosong yang perlu diisii ..urgent..kalau berminat sila hubungi …kerja apa?, kat mana? ,berapa gaji? glamer ke ? ok ke?...mai tengok kerja apa yang sesuai .....


1. Tea lady.


.Jawatannya bukan macam Kakchik seroja. Yang ni kena rajin masak .tak kira teh tarik ke, roti canai ke..kena pandai cari penganjur terutama yang dacing ..ataupun penganjur yang cari.Bayaran cash..sebab tauke semua tengah kaya..

2. Pilot


Tempoh masa kerja yg terpenting pada 6 Mac 2011.Bos akan arah pilot ambik anak buah dia kat mana—suruh hantar kat mana-mana sekolah n masa dalam kete tu pilot ni kena guna skill mengayat ..skill memangkah pun kena 1st class.

3. Usahawan

Yang ni kena daftar dulu kat Tok Nik Bulan…sebab depa yang dok cari tempat dan tolong buatkan publisiti.Tak perlu ada lesen atau permit…sebab tempoh masa berniaga kat bandar buah limau dan jengka ni terhad dan tuan tanah pun baik hati.

4. Nama jawatan – Juruheboh Gaji –

tengok kepada kadar atau gred bunyi yang dikeluarkan.
Syarat kelayakan – suara mesti power, pandai buat publisiti,mesti pandai mengayat,sanggup bekerja tak kira masa dan tempat,kalau pandai kelentong diberi keutamaan, tak pandai tipu tapi pandai auta,pandai cari hal (isu),pandai korek rahsia org terutama kalau kes peribadi ke skandal ke…….
.Deskripsi tugas – kejar sana,kejar sini..cakap sana cakap sini..jerit sana jerit sini..bersilat dengan suara,

5. Nama jawatan – Tukang Catat

Bilangan kekosongan – tak kira berapa banyak pun, asal sanggupGaji – bergantung pada kos hidup si penjawat.
Syarat kelayakan – mesti pandai tulis,pandai mengayat.akalau ada ciri-ciri provokasi,fitnah@ lagi baik..

Deskripsi tugas – Rakam, catat dan tulis apa-apa ajela yang berkaitan dengan situasi kat tempat bertugas. Tak kira statemanet sape..Tak kira kat mane orang bercakap..kat dewan ke, kat rumah ke/,kat masjid ke, kuil ke, felda ke ..catat aje laaa.. pastu publishkan kat- mana-mana blog ke ,fb ke, twitters ke..kos murah sikit.Catatan ini mesti disimpan sebab ia boleh jadi bahan bukti...mana tau nanti boss terlupa lak nak tunai janji..

6. Nama jawatan- kuli rakyat

Bilangan kekosongan – 2 sahaja.
Satu kena lapor diri kat negeri tak ada raja ..dan satu lagi kat negeri bersultanah cantik molek.
.Syarat kelayakan – sanggup berenang tenggelam timbul bersama boss,penambilan menarik ,duit banyak.
Deskripsi tugas -pandai cakap,pandai ambik hati orang, kalau ada bini/laki mesti yg tak cemburu.rajin ke sana sini kena ‘alim’. Semangat berjuang (dalam hati utk diri snd)..pemurah ( sebab tiap kalu jumpa boss,kiter lak yang kena hulurrr) mesti sentiasa senyummmmmmm( walaupun terpaksaaa.

Oleh sebab jawatan ni terhad, calon kena sediakan RM10,000 sebagai cagaran....kena pastikan ada panel penemuduga yg pilih kalau tak duit ni selamat masuk akaun gomen.
Borang pulak kena ambik kat Pej DO Jasin, Pejabat DO Temerloh atau Spr yang terdekat. Cari saksi org kampong Lipat Kajang ( eh..kebetulan ke ????? (eh macam nak kawin pulak nak bersaksi-saksi.)


Kena ada logo .Dacing DAN Bulan dah ada orang booking.
Tarikh tutup permohonan pada 26 Februari 2011 .Temu duga pada 6 Mac 2011
panel penemuduganya pulak nya seramai 10,767 di Merlimau dan 9099 di Kerdau…(omak aiii…cantik pulak nombor ni.



p/s : Sebenarnya ini entri ulang tayang...rasanya masih relevan....IE edit sikit. Harap boleh dijadikan bacaan.








Jumaat, 21 Januari 2011

Cikgu Normala tak sanggup makan gaji dengan Kerajaan BN lagi..

Syabas..

calon PAS di PRK Tenang ialah seorang wanita…tentulah dia seorang yang hebat berbanding calon lelaki atau mana-mana wanita di kawasan tersebut. Tak kisah la..Ikan Emas tak mengundi di sana pun …di Merlimau pun tak..di Port Klang pun tak ada nama ..

Sembang-sembang di kaki lima ada jugalah menyebut nama Puan Normala Samsudin Sudirman ni..

Namun Ikan Emas ada sikit konfius bila nama cikgu ni disebut-sebut sehinggalah diumum jadi calon ni..selamat memasuki dewan penamaan calon..


Dia dah jadi GURU sejak tahun 1997

Dia dah AKTIF dengan PAS sejak lepas keluar maktab lagi..

Dia dah jadi KETUA MUSLIMAT PAS Labis sejak tahun 2000

Dia MELETAK JAWATAN 24 JAM selepas kekosongan kerusi DUN Tenang

Dia punya SUAMI CIKGU MAAROF juga seorang guru yang masih berkhidmat

Fikir-fikirkanlah !!

Maknanya dah lebih 10 tahun makan minum dia , suami , anak-anak dan keluarga dia daripada duit gaji yang diberi oleh kerajaan memerintah.

Dah lebih 10 tahun dia mengajar mengenai dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan memerintah.

Dah lebih 10 tahun dia berkempen menentang dan membangkang semua dasar dan program yang dilaksanakan oleh kerajaan memerintah.

Dah lebih 10 tahun dia jadi spy DAP melalui PAS…oooo patut la banyak isu yang membabitkan pelajar, guru dan Jabatan Pelajaran Johor menjadi isu sehingga huru hara dan kecoh jadinya...???....agaknya berapa la elaun khas dia ni i=yer ??

Dah lebih 10 tahun dia memegang jawatan dalam parti..pihak jabatan dah memberi kelulusan ke ?

Kalau tiada kelulusan adakah Ketua Jabatan pernah mengambil tindakan mengikut prosedur tatatertib ???...

Memang tak pernah dengar lagi ada kes penjawat awam kena tindakan tatatertib sebab perkara ni.
Bla bla bla….


Sesi mengumpat kita kali ini ditamatkan. Sekian.










Khamis, 20 Januari 2011

AjaL Maut TuHan Yang TenTukan..

Cornfirm...semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi..

ADUN Merlimau meninggal dunia pukul 8.10 malam ini
20/01/2011 8:38pm

MELAKA 20 Jan. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, 54, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putra kira-kira pukul 8.10 malam ini.
Perkara tersebut disahkan oleh doktor yang merawat Mohamad Hidhir, Datuk Dr. Suhaimi Mohd. Uda Tenang.

Ketika ini Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berada di Hospital Putra sebelum membuat pengumuman mengenai perkara tersebut.
Utusan difahamkan jenazah akan dibawa ke rumahnya di Kampung Tersusun, Lipat Kajang, Merlimau malam ini. - Utusan







AL-fatihah..PRK di Merlimau pulak



Al-Fatihah ,


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia hari ini setelah tenat selepas mendapat rawatan serangan jantung.



Pengerusi SPR telah menerima surat rasmi dari Speaker DUN Melaka memaklumkan kekosongan itu, tetapi SPR mempunyai tempoh sehingga 30 Januari untuk menetapkan tarikh pilihan raya tersebut.....Utusanonline

Takziah kepada keluarga Allahyarham..semoga rohnya dicucuri rahmat.

p/s: yang pasti ada PRK lagi sebelum Mac 2011….P.Klang apa cerita ???...wow ..Malaysia memang sebuah Negara demokrasi yang hebat !!

sila baca sini pulak:

TERKINI DI UTUSAN













Selasa, 2 November 2010

Mari Kita BerGurindaM...Marilah Mari Pergi Mengundi


Marilah mari pergi mengundi
Yang hanya di galas dan di batu sapi
Yang jadi calon diarak ke tengah ke tepi
Yang ada berkhidmat sebab makan gaji
Yang lain sibuk kempen berapi-api
Yang baik dipuji ada juga umpat dan keji
Yang pemimpin berucap nak tabur budi
Yang ditunjuk sifat baik sebab nak ambil hati

Marilah mari pergi mengundi
Yang bertarung di galas en aziz dan dr zulkifli
Yang hebat ku li sebab kerabat dihormati
Yang isu tanah nak pengaruhi orang asli
Yang suka bola dah dapat tiket frii
Yang hantu pun dikata nak mengundi
Yang penakut asyik buat provokasi

Marilah mari pergi mengundi
Yang sibalu berentap dengan ansari
Yang gila kuasa linda ataupun teck li
Yang sipengecut guna sms penganti diri
Yang suka fitnah elok disumpah menjadi sapi

Marilah mari pergi mengundi
Yang jadi hakim hanyalah si pengundi
Yang bijak pangkah yang ingin berbakti
Yang sebenar yb bukan hanya bergoyang kaki

4 November hari mengundi
Yang menang atau yang kalah nanti
Yang dah bergelar yb terutama sekali
Jangan buat-buat lupa segala yang dijanji…..