Memaparkan catatan dengan label politik-PRK Hulu Sgor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label politik-PRK Hulu Sgor. Papar semua catatan

Khamis, 22 April 2010

Kalau Waras...Pilih Ya ATau TiDak

Kenapa BN mesti menang di hulu Selangor??
sebab YA atau TIDAK perkara kat bawah nii
Ayat stereotaip , standard tapi tak ikut piawaian…

  1. meneruskan momentum BN selepas menang di PD
  2. hapuslah segala tsunami politik badai 2008
  3. Dato Najib memang PM hebat walau baru lepas pantang 1tahun
  4. Hilang lagi 1 kerusi PR di parlimen
  5. Bagi sapu semua kerusi Parlimen dan DUN di kawasan HS.
  6. Sgor, Penang, Kedah tak aman di bawah PR…Perak huru hara dek kerana PR punya hal..
  7. PR memang rapuh ….tidur tak sebantal, mimpi tak tau apa
  8. Dulu PR menang bukan sebab PKR tp calonnya bekas UMNO
  9. Lepas ni kebumikan PKR
  10. di HS laaa contoh reality 1Malaysia…..Rakyat didahulukan..
  11. 1Malaysia bukan Israel punya. APCO oh APCO !!
  12. Malaysia tak tunduk kat US , tp Najib yg jumpa Obama ( awak jumpa sape ??)
  13. Rakyat berangan nak jadi kaya dengan MEB
  14. BN banyak duit segera , projek segera
  15. MIC masih sayangkan Dato Samy
  16. MCA relevan sebagai parti skandal
  17. UMNO memang suka mengalah…tak pa laaa
  18. SPR betoi bila tetiba pindahkan 14,000 pengundi kat tempat lain…
  19. Nama calon memang serasi dgn kempen semasa.Kamal…ALAN…nATHAN
  20. boleh bagi buku Guinness kat DSAI sb pembelit putar alam sedunia
  21. Musim orang politik kechik nak glamer..bgtau nak keluar parti n sokong parti 1M …dapatlaa keluar kat tv….la la la la laa
  22. Ayat “ saya tidak dibeli,dan tidak menerima apa-apa habuan “ tiada apa-apa makna pun !!
  23. Banyak senjata tak laku sebab senjata mulut paling berbisa
  24. Cerita hal-hal peribadi orang tak berdosa pun…eh tepuk dulang paku serpih
  25. Nak tunaikan janji lama…dulu terlupa
  26. …….dannn tambah koleksi buat janji baru
  27. Orang Felda memang legasi Tun Razak sayang walau dulu tipah dah tertipu
  28. Hindu pun boleh ceramah kat masjid ( ada tauliah ke ??)
  29. Nak tubuhkan persatuan kaki-kaki….kaki botol,kaki kuda,kaki judi,kaki betina,kaki tipu…kaki liwat….
  30. Projek banyak dapek PRK kali ni..kayo de la den !! sapo la agak ee ?
  31. Lepas PRK ni sape pulak yg akan kawen lagi??
  32. Boleh buang DSAI kat pulau…duk diam-diam kat situ,biar org lain pulak jadi kepala pembangkang
  33. Negara dah aman nape nak kecoh2….kalau siankan si Brahim Katak boleh bagi dia kawan atau kalau rasa diri waras pangkah ajelah parti yang relevan !!

    **************

Bebaik lah !!! tak kira sape ,lepas ni buatlah sembahyang tobat sebab banyak buat fitnah.Dosa fitnah dan umpat ni sama dengan membunuh !!

Kalau dah jadi dipilih jd wakil rakyat…jgn berangan nak duduk dalam cabinet pulak..
jalankan tugas dengan ikhlas…kekalkan senyuman !!!

Sekian, terima kasih.Pesanan dari bukan pengundi HS








Jumaat, 16 April 2010

Mencari kerja ???...ni banyak jawatan kosong

Pengumuman !!!, pengumuman !!!..
Tengah mencari pekerjaan ?..mai sini ,ada banyak jawatan kosong yang perlu diisii ..urgent..kalau berminat sila hubungi …kerja apa?, kat mana? ,berapa gaji?glamer ke ? ok ke?...mai tengok kerja apa yang sesuai .....



1. Tea lady..
Jawatannya bukan macam Kakchik seroja. Yang ni kena rajin masak .tak kira the tarik ke, roti canai ke..kena pandai cari penganjur terutama yang dacing ..ataupun penganjur yang cari.Bayaran cash..sebab tauke semua tengah kaya..kalau jumpa pengantin baru Isa dan Bibi lagi bagus…

2. Pilot
Tempoh masa kerja yg terpenting pada 25 April .Bos akan arah pilot ambik anak buah dia kat mana—suruh hantar kat mana-mana sekolah n masa dalam kete tu pilot ni kena guna skill mengayat ..skill memangkah pun kena 1st class.

3. Usahawan
Yang ni kena daftar dulu kat Tok Nik Bulan…sebab depa yang dok cari temapt dan tlg buatkan publisiti.Tak perlu ada lesen atau permit…sebab tempoh masa berniaga ni PBT kat bandar KKB pun baik hati.

4. Nama jawatan – Juruheboh
Gaji – tengok kepada kadar atau gred bunyi yang dikeluarkan.
Syarat kelayakan – suara mesti power, pandai buat publisiti,mesti pandai mengayat,sanggup bekerja tak kira masa dan tempat,kalau pandai kelentong diberi keutamaan, tak pandai tipu tapi pandai auta,pandai cari hal (isu),pandai korek rahsia org terutama kalau kes peribadi ke skandal ke……..
Deskripsi tugas – kejar sana,kejar sini..cakap sana cakap sini..jerit sana jerit sini..bersilat dengan suara,


5. Nama jawatan – Tukang Catat
Bilangan kekosongan – tak kira berapa banyak pun, asal sanggup
Gaji – bergantung pada kos hidup si penjawat
Syarat kelayakan – mesti pandai tulis,pandai mengayat.akalau ada ciri-ciri provokasi,fitnah@ lagi baik..
Deskripsi tugas – Rakam, catat dan tulis apa-apa ajela yang berkaitan dengan situasi kat tempat bertugas. Tak kira statemanet sape..Tak kira kat mane orang bercakap..kat dewan ke, kat rumah ke/,kat masjid ke, kuil ke, felda ke ..catat aje laaa.. pastu publishkan kat- mana-mana blog ke ,fb ke, twitters ke..kos murah sikit.Catatan ini mesti disimpan sebab ia boleh jadi bahan bukti...mana tau nanti boss terlupa lak nak tunai janji..



6. Nama jawatan- kuli rakyat

Bilangan kekosongan – 1 sahaja
Syarat kelayakan – sanggup berenang tenggelam timbul bersama boss,penambilan menarik ,duit banyak
Deskripsi tugas -pandai cakap,pandai ambik hati orang, kalau ada bini/laki mesti yg tak cemburu.rajin ke sana sini kena ‘alim’. Semangat berjuang (dalam hati utk diri snd)..pemurah ( sebab tiap kalu jumpa boss,kiter lak yang kena hulurrr) mesti sentiasa senyummmmmmm( walaupun terpaksaaa.

Oleh sebab jawatan ni terhad, calon kena sediakan RM10,000 sebagai cagaran....kena pastikan ada panel penemuduga yg pilih kalau tak duit ni selamat masuk akaun gomen.
Borang pulak kena ambik kat Pej DO HS atau Spr g dekat. Cari saksi org kg sg buaya byk (eh macam nak kawin pulak..)
Kena ada logo .Dacing dgn mata sebelah dah ada orang booking
Tarikh tutup permohonan pada 17 April 2010 .Temu duga pada 25 April .
panel penemuduganya pulak nya seramai 64,500 org …(omak aiii






...ada banyak laei jwt tapi dah ponek den nak nulis...cari sendiri laaa




Rabu, 31 Mac 2010

Hulu Selangor...nak Melayu ke India ?????

Ini entri fasal PRK HS yg Ikan Emas suker baca...( Ghostwriter! bgtau GAP yg IE copy yer !!)


Berikut adalah kesinambungan kemenangan calon perikatan/barisan yang menang kerana
EHSAN PENGUNDI MELAYU HULU SELANGOR yang dipaparkan di blog GAP.


1959 ong yoke lin (BN) vs chai yoke kim (BEBAS) BN 6537 BEBAS 5121
1964 khaw khai boh (BN) vs nazar ong (FS) BN 9412 FS 4199
1969 khaw khai boh (BN) vs liong ah nai (DAP) BN 8278 DAP 6755
1974 michael cheng win su (BN) vs G davidson (DAP) BN 15323 DAP 5070
1978 michael cheng wing su (BN) vs leong ching hoe (DAP) BN 17670 DAP 4868
1982 lee kim sai (BN) vs mohd arif dato kamarudin (BEBAS) BN 14138 BEBAS 6761
1986 ss subramanian (BN) vs mohd arif dato kamarudin (BEBAS) BN 19201 BEBAS 9281
1990 palanivel (BN) vs nazar yakin (S46) BN 20839 S46 11857
1995 palanivel (BN) vs peng kim sing (DAP) BN 26829 DAP 1231
1999 palanivel (BN) vs dr halili rahmat (ADIL) BN 22143 ADIL 13548
2004 palanivel (BN) vs ismail kamus (PAS) BN 27807 PAS 13324
2008 palanivel (BN) vs dato zainal abidin ahmad (PKR) BN 22979 PKR 23177


kita tengok pula peratusan pengundi di P94 HULU SELANGOR
Jumlah Pengundi: 63,593
Peratusan Kaum: M:53.94% C: 26.67% I: 18.98% L:0.41%


1. Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad (PKR) (23,177)
2. Datuk G. Palanivel (BN) (22,979)


Majoriti: 198
Jumlah undi: 47,622
Peratus mengundi: 74.89%
Undi rosak: 1,466

Dan yang terakhir sekali, kita saksikan kejayaan BN dalam 3 DUN di bawah Parlimen Hulu Selangor.

Di DUN Hulu Bernam,Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Idris Abu Bakar menewaskan calon PAS Abdul Shukor Ali dengan majoriti 3,549 undi. Idris mendapat 7,985 undi manakala Shukor 4,436 undi.Di situ ada seramai 17,549 pengundi.


Di DUN Kuala Kubu Bharu calon MCA ,Wong Kun Moon menewaskan calon DAP Annamalai Ramu dengan majoriti 448 undi. Beliau dapat 6,107 undi manakala Ramu 6,555.Pengundi di situ ialah seramai 18,212 orang.


Di DUN Batang kali , calon UMNO Mohd Isa Abu Kasim menewaskan calon Mohd Nasarudin Abdul Aziz dengan majoriti 2,179 undi . Mohd Isa dapat 11,724 undi manakala Mohd Nasarudin 9,545 undi. Pengundi ialah seramai 27,832 orang.


NI PENULIS HANTU PUNYER KOMEN;


GHOSTWRITER :Pernahkah Melayu mewakili BN di Hulu Selangor? Sedangkan Melayu adalah majoriti rakyat di Hulu Selangor. Benarkan ada protest pengundi yang mengundi BN di DUN dan PKR di Parlimen. Mengapa ini terjadi? Ghostwriter rasa anda semua bijak menilai mengapa ini terjadi.


NI PULAK RESAHAN SI IKAN EMAS;


'''''''Tok Samy ketua MIC kata " itu calon Presiden BN punyer kuasa...Presiden parti komponen pun ada kuasa, kemukakan nama calon".....haa, tak sabor betoi ,..toleransi dan kompromi biar bertempat....Bagan Pinang tak sama dengan Hulu Selangor..apa org Samy nak demontrasi ke kalau tak dapat jd calon?

....mlm tadi Mat Tyson kata dah tak nak jd calon lagi...dah tua !! ( ke ?...atau tempat tu bukan UMNO punyer?

.....tentera UMNO NS dah siap kain baju nak tawan 4 kawasan,Sungai Choh, Sungai Buaya, Taman Sg Buaya dan.......1 rahsia lagi???


.......pot ..pet ...pot ...pet... pot ...pet........