Memaparkan catatan dengan label pemikiran positif. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pemikiran positif. Papar semua catatan

Rabu, 29 September 2010

FiKirkan YanG PosiTif Sahaja !!

Anda terganggu ? Fikiran celaru ?
Persepsi sentiasa negatif
Dah tentu kerana ia berpunca dari pandangan buruk terhadap diri sendiri.
Hukum dan burukkan diri sendiri.
Merendahkan diri sendiri .
Berselindung disebalik kekurangan diri sehingga memburukkan orang lain..?

Mai kita cuba hilangkan pemikiran negatif ini ;



  1. Fikirkan hidup pada masa ini. Jangan dikurung dengan kehidupan silam atau ketakuran menghadapi hidup hari esok.

  2. Katakan yang positif sahaja. Katakan pada diri kita bahawa kita kuat, kita mampu. Ucapkan perkara tersebut terus-menerus, tiap masa, bila-bilapun.

  3. Yakin pada kekuatan fikiran positf. Jika kita berfikir positif, perkara-perkara positif akan datang dan kesukaran-kesukaran akan terasa lebih ringan.

  4. Telusuri apa yang membuat kita berfikiran negatif, perbaiki, dan kembali bergerak maju

  5. Berhenti mengeluh dan menyesal, petik hikmah/pelajaran dari perkara yang kita fikirkan tersebut.

  6. Ingat , nilai dan hargai apa yang kita miliki. Buatlah sebuah jurnal rasa syukur.Catat semua nikmat yang diterima.

  7. Bergeraklah !...bersenam…keluarkan peluh..jangan nak memerap aje !

  8. Sentiasa rasa berani. Perasaan negatif muncul dari rasa takut, sekiranya kita makin takut akan hidup, makin banyak fikiran negatif menguasai diri .

  9. Pandangan positif saja.. Dalam setiap cabaran terdapat keuntungan, dalam setiap keuntungan terdapat cabaran.

  10. Cuba perkara-perkara baru. Katakan “BOLEH’ dan “YA” pada kehidupan kita.Jangan cuba nak pecahkan rekod 8 jahaman di Tanjung Sepat sudaaa…


Sekian leteran pelajaran hari ini. Cikgu Nak membuta tidur
Rehatkan kepala otak minda.