Dialog dari kes cuti raya dan yang masih disembangkan ;
#####################################
KISAH 1: LOKASI DI TI
IE-"hah ?..siti dah lari ?"
ALONG –" Iyer !...geram bebeno, ada ker dia berani buat kiter macam tu..dia api-apikan keluarga kiter. Opah pun diumpatnye. Ditipunye kite ."
IE- "macam mane dia lari ?"
ALONG – "dia ajak org buat kerepek..masa org pegi kedai,balik tu tengok ada orang datang ambik dia. Orang siap sesah kat makchik tu..kata jangan pecaya kat si siti ni kalau dia kata kami dera ke, layan dia tak elok ke apa ke..sebab selama ni kami anggap macam keluarga, makan sama …bla bla bla…bla sebab masa dia datang sini dulu pun dia kata dia kena dera dek majikan lamanya….bla bla blab la…"
IE – "nasib dia pegi cepat…kalau tak huru hara keluarga kiter. Dah check tengok kot-kota ade barang ilang ? mana tau kot gelang opah pun dirembatnya ?"
+++++++++++++++++++++++++
KISAH 2: LOKASI S.A
PAH BEDAH – "IE tau tak yg maid si Noi dah lari ?"
IE – "macam mana ceritanya ? ..kan ke selama ni budak tu elok aje?"
PAH BEDAH – "dah terkena laa.. masa bawa Noi bawa ke rumah mentuanya, tetiba maid dia meraung-raung kata mak dia sakit teruk kat kg..So, Noi kata tak per laa. Dia akan hantar terus ke epot …Maid dia tak mahu, sebab nak balik ambik barang dulu keat rumah…Si Noi konon sian antar juga si maid naik fligt..Balik rumah, selongkar kat bilik si maid , jumpa macam-macam khazanah yang selama ni disoroknya..rupa-rupanya selama ni duit belanja sekolah anak si noi ni pun disapunya ! kira peras ugut lah !"
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
KISAH 3 : NEBER
IE – "apa khabar maid awak yg sakit tu ?"
KEROL – "eh…dia dah lari !"
IE – "pulak ! bila ??"
KEROL – "Aku agak dia pregnant ,tu sebab asik pengsan aje. Nasib aku tak diftnahnya.Hari tu, dia kata nak jumpa sedara di T.one ,aku hanta laa…lepas tu terus lesap..aku agak ada orang dah tunggu dia. Aku dah repot polis. Pasport dia ada kat aku."
++++++++++++++++++++++++++++++++
++++++++++++++++++++++++++++++++
Kisah 4 : OFC
GAYAH LAWA (kemarin dulu) –" esok sy nak cuti…nak jumpa bomoh sebab selama ni kakak sy di Mka tu dah dibomoh oleh maidnya..macam-macam dah dibaginya kakak sy makan benda kotor !"
IE – "hah ??? ish ish ish "
GAYAH LAWA (semalam )-" maid kakak sy tu dah kakak sy tinggalkan kat AS ..biar dia rasa keje kedai makan. Nak lari pun tak boleh sebab pasportnya kakak sy pegang. Kalau dia buat hal kami ugutnak jual dia ke Siam……Sebab selama ni dia memang dah banyak kali tipu kami…..bla bla"
++++++++++++++++++++++++++++++++
Kisah 5 : Rumah IE
IE – "oooo.. Nyonya Lim, silalah masuk …"
( wah ! siap suruh maid dia duduk kat sofa empuk …..)
NYONYA LIM – "Ayaaa…IE , dia bukan Indon..itu Cambodia punya orang. Apa pun tatak tau cakap ka tulis ka.. Melayu ka, cina ka, English kaa..bila nak suruh kita guna body language. Lagi satu, itu ajen sudah bgtau jangan ajar dia ni cakap Melayu atau English….3 bulan ni dia elok aje.Anak wa pun suka sama dia.gua harap dia okay ."
IE – "yang lama pegi mana ?"
NYONYA LIM – "dua kali wa kena la..satu dia tipu wa, sampai bawak balik kawan lelaki perempuan.. pakai baju wa macam modelling..keleja malas. Nombor dua pulak..Muslim tapi wa tak tengok pun dia sembahyang..dia suka cubit wa punya anak…tetiba hilang..wa pun tatak tau macam mana dia pegi sebab 24 jam wa ada rumah bukan keje pun."
****************************************************
Nak kata apa lagi ?...Pak Menteri di Indon dah bagi warning larang calon pembantu rumah ke Malaysia...Baca sini