Pemimpin demokratik percaya kepada penglibatan semua orang dalam membuat sesuatu keputusan/tindakan. Dia juga percaya kepada musyawarah. Dia sering menurunkan kuasanya kepada orang-orang bawahan dan memberi kebebasan kepada mereka untuk membuat sesuatu keputusan berlandaskan kebijaksanaan dan kebolehan masing-masing. Para pemimpin jenis demokratik ini juga dikatakan mudah lentur dan bergantung kepada sumber-sumber kuasa yang tidak mendesak seperti kepakaran, memujuk, alasan-alasan yang kukuh dan ganjaran. Di samping itu, dia juga menekankan konsep perkongsian tanggungjawab apabila sesuai dan juga memberi kuasa. Di antara matlamat stail kepimpinan ini adalah semangat kerja berpasukan.
Contohnya…ajak-ajak la anak buah turt sama bagi ide dan berbincang jika ada sesuatu projek…tak kira la program jom heboh ke, nak buat filem ke atau nak famili day..
Individu autokrat percaya kuasa membuat keputusan mesti dipegang oleh pemimpin. Dia memberi perintah dan pengikut mesti patuh kepada arahan yang diberi tanpa banyak soal. Pemimpin autocrat dapat mempastikan tugas-tugas yang diberi dilaksanakan dengan sempurna oleh orang bawahannya, tetapi oleh kerana mereka hanya mengikut arahan dan tidak boleh bersuara, semangat kerjasama mereka lemah dan mereka tidak kreatif serta tidak mempunyai inisiatif. Stail kepimpinan autokratik diangggap berkesan dalam situasi yang terdesak kerana ia membenarkan proses membuat keputusan yang tepat.
Kes-kes yang melibatkan undang-undang dan peraturan kenalah guna stail ini !! takkan nak biarkan anak buah ponteng kerja !
Kes-kes yang melibatkan undang-undang dan peraturan kenalah guna stail ini !! takkan nak biarkan anak buah ponteng kerja !
Pemimpin jenis ini memberi sepenuh kebebasan kepada orang-orang bawahan untuk bertindak atau membuat keputusan. Dia tidak mencampuri langsung. Dia melihat mereka sudah matang, tahu yang mana baik dan yang mana buruk serta membezakan antara betul dan salah. Baginya mereka bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tindakan yang dilakukan, membiarkan mereka bersendirian dan jangan mengusik. Apa yang diperlukan hanyalah matlamat yang telah dipersetujui tercapai. Selain itu, pemimpin jenis ini tidak mempunyai matlamat dan objektif kerja yang jelas dan juga tidak mempunyai perancangan. Oleh kerana keadaan organisasi di bawah pemimpin-pemimpin itu tidak ada prosedur untuk membuat keputusan yang jelas, maka konflik antara berbagai kumpulan dinamik sama ada formal atau tidak formal akan wujud dan sukar untuk dikawal.
Walaupun anak buah tu cerdik, hebat bagai…sebagai pemimpin kena juga tengok-tengok dan semak apa yang depa dok buat…tetiba dibueknya silap sikit jo…tak pepesal kita lak yang kono !
Walaupun anak buah tu cerdik, hebat bagai…sebagai pemimpin kena juga tengok-tengok dan semak apa yang depa dok buat…tetiba dibueknya silap sikit jo…tak pepesal kita lak yang kono !
Dari entri lepas…saya suka respon dari Mr KOMENSEN ni
2010 Mei 7 21:39
al-lavendari berkata...
saya jenis Pemimpin Lepas-Bebas kalau staf tu saya rasa berakal. Kalau dia kurang akal, saya jadi Autokratik. Saya akan jadi pemimpin Demokratik dalam badan sukarela macam RT ke dsb
Setuju ke kalau dikatakan seorang pemimpin yang baik dia tak tamak kerja dan pandai agih-agihkan tugas sehingga dia sendiri dah tak da kerje nak buat ???
bagaimana anda??….ada banyak Leadership Style Survey atau ujian personaliti yang boleh dicuba..
Kalau mencari tempat bermandi
Pertama teluk kedua pantai
Kalau mencari pemimpin negeri
Pertama elok kedua pandai


