Memaparkan catatan dengan label info tanjung sepat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info tanjung sepat. Papar semua catatan

Rabu, 15 September 2010

TanJung SePat - Ini Bukan ENTRI Kes dATuk P vs DatuK S

IE pun nak tulis fasal ni juga tapi bukan kronologi kes..yang itu biar pak polisi yang buat kerja. Tapi nak tulis fasal satu tempat ni..Tetiba nama Tanjung Sepat jadi popular! Bukan Tanjung Sepat di Pahang tapi di Selangor !

Apa lagi yang istimewanya Tanjung Sepat ini ??? Ia satu pekan kecil tak jauh dari Banting - Sepang-Nilai



abaikan yg berselerak tuu..ni pakcik gugle yg tolong
Senja yang penuh shahdu ! Kalau nak cari ilham atau nak layan perasaan bolehlah ke sini..
jangan melencong ke Ladang Gadong pulak ... takut tak jumpa jalan balik
dari KLIA bolehlah ke sini pulak..


Penduduknya memang dah lama dalam komuniti 1 Malaysia..
macam-macam warna dan bahasa ada.. sedara isteri YB pun ramai kat sini.
kalau nak cari keropok kerepek untuk hari raya ni boleh cari kat area sini.

Kalau yang ada hobi macam En AL suka pancing-pancing..boleh ke sini juga..
(Pak Aji tuu asyik-asyik pergi ke Lukut je…) kalau malas nak berjemur kita beli aje lah kat jeti …segar bugar ikan-ikan yang baru naik dari laut ..
( tapi teringat pulak yang Tanjung Sepat ni dekat aja dengan kes binatang haram tuu….
(ahak rasa nak termuntah !!!)


( TAK PERLU ADA PIC )

Satu lagi yang best…banyak restoran makanan laut…tapi yang tak bestnya tuan punyanya dan caranya..walau ada tanda logo halal tapi ????? (bagi kawan cha ya nun alif memang suka ke sini)

Haaaa…apa pulak kena mengena dengan gambar ni ? ni lagi satu yang special..tanya kat kekawang bikers tak kira dari KL, Selangor, NS atau lain-lain negeri ..
rasanya majoriti tau apa ada kat pekan kechik ni..
dedulu IE rajin juga ikut pegi ke situ…satu workshop kechik kat belakang pekan ni…
katanya kalau ada motor besar tak kira apa jenis gold wing pun boleh dibaiki atau ditokoktambah di sini..sparepart semua jenis kechik beso ada..charge pun boleh tahan….
kekadang tertanya-tanya juga macam mana dan bagaimana datangnya benda-benda semua ni (tak tau la ada lagi ke workshop tuuu).


Tuuu aje untuk kali ini. Masih dalam raya mood..

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.