Rabu, 22 Julai 2009

Helah Bela Diri..

Situasi 1..kat sebuah pejabat ( tempat cari makan laaa)
Sibos bagi kerja tambahan kat sipolan ni tetapi sebenarnya dia tak mampu nak uruskan . Kat depan bos muka toye jer dia dok diam ,angguk dan senyum hayun aje, tetapi bila keluar bilik bos je ,ia melepaskan kegeramannya kepada orang lain atau kepada orang bawahannya pula.pot pet pot pet pot pet..siap hentak pintu lagi..? apa cerita ni?

Situasi 2 ( kat mana-mana boleh laa..)
Ada makhluk ni yang sentiasa jeles dan asik tak puas ati je dengan kelebihan si polan lain, namun spesies jeles tak dapat menerima hakikat si polan itu yang memang seentario dah tau kehebatannnya. Justru mahluk jeles ni menyatakan bahawa anggapan orang lain terhadap si polan itu adalah salah.Hanya dialah sahaja yang pandai buat kerja kononnya..


Situasi 3 ( konon-konon kat dalam lif laa...)
"Ehh sape umat yang buang angin nie?"
"Ehh bukan u ke ?"


Situasi 4 ( kat office i ler )
"kita mesti jadi hipokrit kalau nak hidup senang..."
"i jadikan sigedik gundik tu batu loncatan .senang i nanti "
jangan macam ikan emas tuu, jujur tak bertempat!!"


....ish,ish,ish , yang ini apa kes ? kot yer pun nak hidup senang jangan ler jadi sesumpah,sampai gadai maruah.. !


Lempar batu sembunyi tangan” atau ‘ batu itu dialih seolah-olah dilempar oleh orang lain”

PERNAH BERHADAPAN DENGAN SENARIO BEGINI?
Semua situasi ini merupakan cara-cara yang digunakan kononnya untuk mempertahankan harga diri . Mekanisme helah bela diri.ini merujuk kepada proses psikologi yang bertujuan mengawal ketidakupayaan dan penderitaan Ego yang mampu mempengaruhi dan mengawal Id dengan sempurna.

Helah bela diri ini juga mampu mempertahankan segala kutukan oleh Super Ego.

Memutabelitkan kenyataan atau menyangkal adalah dua bentuk umum kaedah helah bela diri ini.

Banyak factor yang mempengaruhi si pelaku supaya bertindak sedemikian.

Lima (5) Strategi yang diaplikasikan bagi melaksanakan helah bela diri ialah :-

i) REPRESI
bagi Teori Personaliti Freud, strategi ini merupakan terpenting dan paling asas.Ia sebagai usaha untuk melupakan sesuatu yang mengecewakan atau memalukan dirinya. Unsur ini akan aktif pada waktu tertentu dan akan mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku sesaorang tanpa disedari.

Contohnya : seorang Ketua Jabatan tidak dapat menerima hakikat apabila seorang pegawai bawahannya membuat teguran terbuka terhadap kelemahan atau kekurangannya. Maka si bos ini akan terus –terusan membenci orang bawahannya itu.Dan, kebenciannya itu sesekali akan dinyatakan melalui aktiviti cakap-cakap atau marah-marah atau kaedah lain yang dapat dia lakukan.Ish ish ish dahysat sungguh bos yg macam ni.

ii) FANTASI -
Berlaku apabila seseorang cuba mengurangkan ketegangan secara berkhayal. Imiginasi tersebut lebih baik / selesa dari situasi sebenar.

Seorang artis yang tidak popular mungkin berfantasi untuk berimaginasi bahawa dia disanjung dan diterima ramai peminat.Ala-ala perasan laa..

iii) PINDAH GANTI
Berlaku apabila perasaan marah dipindahkan dari seorang individu kepada individu yang lain.

…..yang ini ikan emas dah letih ,jemu dan naik meluat dengan seseorang yang cukup relevan guna strategi ini. Senyum dan ketawa sendiri tengok gelagat orang ni , tapi kesian pulak dengan orang lain yang kena tempiasnya tu.Ntah bila la nak tobatnya !

iv) PENAFIAN
Berlaku apabila seseorang itu tidak dapat menerima kenyataan.
Contohnya apabila seorang pesakit diberitahu yang dia menghidap penyakit barah, dia cuba menyatakan dignosis doctor adalah salah.

Contoh lain pula..situasi di mana seseorang tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia telah disoalsiasat oleh SPRM atas kes rasuah atau pecah amanah. Dia menafikan bahawa SPRM yang silap siasat atau sipelapor yang dengki terhadapnya atau ada orang lain yang buat skesalahan tersebut.

v) SUBLIMASI
Ini helah bela diri yang paling sihat. Ia menyalurkan perasaan kekecewaannya kepada saluran atau bentuk yang boleh diterima.

Contohnya seseorang yang tiada atau sukar mempunyai pasangan,mungkin menyalurkan perasaan sunyinya dengan mengubah pantun,puisi, berkaraoke /melalak menulis kat dairi,blog…

Kawallah diri kerana setiap perlakuan kita menunjukkan diri kita.!!

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kat office ..ramai hipokrit.. aku benci giler ..

~ iza ~ berkata...

iza cuba nak aplikasikan sublimasi..
org2 bawahan cam iza, mmg itu je kot yang boleh dibuat.. :)

nuranuraniku.blogspot.com berkata...

saam sobat, komplit ya ,,,situasi yang harus kita jaga diri,,trims sobat infonya,,,saya jadi lebih hati-hati dalam bertindak/ melakukan sesuatu.

nohas berkata...

Paling takut musuh dlm selimut, gunting dlm lipatan..cucuk mencucuk, fitnah...

p/s: Allah melihat apa yg kita lakukan..

Pok Li berkata...

sobar je lah

backtobasic561 berkata...

Betul betul betul! Saya terpaksa berhenti kerja pada 31 Julai 2007 dari Yayasan Selangor kerana boss dan Pengerusi yang dengki dan bersikap & berlagak pandai. Bayangkan dengan gaji RM6,539.30 (Gred N2, P3 T7 = N48), takde siapa nak berhenti kerja kalau tidak kerana tekanan melampau. Saya ditukarkan 8 kali ke pelbagai ceruk cawangan dalam tempoh 6 tahun!
Daripada hidup dalam ketidaktentuan dan menanggung stress yang berlebihan, saya membulatkan tekad berhenti kerja dan mncuba haluan baru dalam bidang latihan. Boleh juga hidup. Yang penting tawakal. Alhamdulillah.
BAM AL-HAJ

dalinn berkata...

apa yg boleh dilakukan selain berdoa semoga mereka2 ini ditunjukkan jalan yg benar dan berubah..atau mungkin mereka ini tidak mahu berubah kerana telah telah selesa dan terbiasa dengan kehidupan menyalahkan orang lain..xpun belum sampai masa untuk mereka2 itu berubah...

ikan emas berkata...

Win,
tak baik tau benci smpai giler..

Hariza,
tak juga kekadang kita kena lebih berterus terang utk kebenaran.Tu hanya satu cara..

Nura,
thanks...Insyallah moga berkat!!

ikan emas berkata...

Nohas,
hehehe..ikan emas ada pengalaman,konon nak apply kan apa yang dibaca.Artikel tu kata kita tak perlu beri/mohon maaf kat org yg jeles/dengki kat kita.Kita kena senyum je dia.Ape yg ikan emas dpt?..sungguh kurang sopan si polan tuu..Moga Allah bersih dan lembutkan hatinya.

ikan emas berkata...

PokLi,
benar, pengalaman mengajar kita.

Bam,
hebat pengalaman u yer.Benar kekadang tekanan dan cabaran menjadikan kita lebih berjaya. Semoga lebih sukses!!

Dalinn,
benar..Semoga orang seperti ini mendapat cahaya keinsafan.tak baik doakan yg tak baik kpd mereka.Tok Guru ajar macam ni.

Unknown berkata...

pandai-pandailah jage diri, jangan jadi macam org yg bukan2 kerenah dan pe'el

Diarihatiku1976 berkata...

saya add puan ekk... tak pasan plak puan rupanya....tukar link tau

ikan emas berkata...

adik,
baik kita layan diri kiter kan...kan...kan

Dairihati,
iyer laa tuu..sy dh link pun

Unknown berkata...

walaupun single tapi rasanye taklah z termasuk dalam sublimasi tu hehe

Basuh Baju berkata...

di mana2 pon sama..

kat ofis ada politik..kat sekolah ada politik..dalam keluarga pon ada politik..adoi ai..