Rabu, 17 Jun 2009

Jejaka Muda Mai Sahut Cabaran!!

Dulu-dulu mak kata :“ Anak dara tak elok menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua”..anak dara tika itu punya la takut!

Sekarang mak kata : “ Nak, ko p le nyanyi kat tv, nanti leh kahwin orang tua kaya”..

anak dara zaman sekarang sengaja melalak dengan harapan moga terkabul cakap-cakap ini! Mak nya pulak lagi lebih-lebih ,ghairah nak bermenantukan lelaki sebaya!

Tetiba, teringin nak kupas isu ini bila terbaca tulisan di akhbar hujung minggu lepas.
Trend kahwin lelaki tua. Iye ke?, masa tok nenek dulu lagi pun dah dengar kes kahwin lelaki tua. Pasti tersenyum bila ulang tayang wayang cerita ’Keluarga 69’.P.Ramlee memang dah macam tau hal ini akan terjadi...macam-macam skandal.

Apa maksud yang boleh dikategorikan sebagai lelaki tua? Julat usia antara pasangan mestilah jauh..kalau dah perempuan berumur 20 tahun lelakinya 45 tahun atau 60 tahun,apa maknanya? Eee..senyum simpol.Jantan perasan!!

Allah swt berfirman didalam surah al-Rum ayat 21:

Dan di antara membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi tanda-tanda yang orang-orang yang berfikir.

Trend ini wajar diikutikah ? Mai kita tanya dan jawab..( tak de markah atau pemenang kepada soalan –soalan ini)

Kepada lelaki dan perempuan:

-Cuba tanya apa asas dan tujuan perkahwinan
-Benar, cinta tak mengenal usia?
-Kasih sayang ni nikmat tuhan
-Panjangkah usia perkahwinan ini
-Persepsi pemikiran dan cara hidup
-Penerimaan keluarga pasangan
-Ikut sunnah nabi.

Soalan kepada Lelaki:

*Nak tunjuk ego ( akulah lelaki terhebat)..kalau ada yang puji lagilah kembang dada
*Bangga walau dah tua tapi masih mampu layan anak dara ( ehk..)
*Yang ada bisnes - perempuan muda boleh jadi tukang daya penarik
*Cover kekurangan diri..( jangan tipulah kalau dah 50 tahun, enjin dah macam-macam bunyi)
*Perempuan muda bebudak lagi..ikut cakap je
*Simpati ...konon nak bantu
*Sex bukan perkara pokok,kahwin bukan kerana nafsu
*Tapi bagaimana dah umur 60 kena bangun tukar lampin baby?? ( hahahaha...) patut bangun sembahyang tahajud
*Kalau yg dah ada isteri,kata ini saja cara nak ajar bini no satu yang kuat berleter tuu
*Aku lelaki,aku punya sukalah apa aku nak buat ..kuasa lelaki!

Soalan kepada perempuan ;

+Lelaki tua lebih matang?
+Lelaki tua lebih prihatin,penyayang dan pandai ambil hati?
+Masuk rumah cuci kaki saja!
+Nak senang hidup,tak kan nak naik kapcai ..malu lah!
+Terus dapat gelaran datin tau!
+Biar sakit mata tapi duit banyak
+Biar kaya walau hati tak senang ( orang lain bukan tau)
+Yang penting status.
+Gerenti hidup terjamin,boleh bantu keluarga juga
+Lebih cepat suami mati,lagi bagus,boleh kahwin lagi
+Lelaki muda lembap,pemalas ,tak de kepala agong, tak romantik

Kat Malaysia ini kajian menunjukkan bahawa aliran perkahwinan ialah antara 23.8 – 25.3 tahun manakala lelakinya pula berumur 27.4-28.9 tahun.

Kononnya ada kajian di Jerman mendapati kaum Adam ni berpeluang mengurangkan risiko mati muda sehingga satu perlima jika usia isteri antara 15 dan 17 tahun lebih muda.

Risiko mati muda dikurangkan sehingga 11 peratus jika mengahwini wanita tujuh hingga sembilan tahun lebih muda. Wallahualam....macam tak caya ja


p/s: Hai, jejaka-jejaka muda tak tercabar ke?
Ikan emas juga pernah terbaca wanita berusia yang pasangannya muda 14 tahun akan lebih awet muda!!! ( next entri lak..)

12 ulasan:

Pak Pelandok berkata...

Terima kasih ikan emas.......sayang u.....

Tu la halnya sekarang ni......

Melalak......melolong......terkinja.........
terjerit......sampai nangis-nangis tapi sempat lak tu peluk-peluk......dakap-dakap.

Mak ayah lak tu seronok sakan.....sokong habis.....nangis sedih dan pilu anak tak sukses sebagai penyanyi......sedangkan anak tak solat....tak baca Quran tak kisah dan tak ambil tahu pong.....

Dunia....dunia.....geli Pak Pelandok yang tua ni nengoknye.....

Unknown berkata...

salam
hmm agak tercabar jugala..sekarang ni pun ramai apa lelaki2 muda yang sukses dan berkarier.Mungkin nak cepat sangat dapat title datin tu pasal la kot

ikan emas berkata...

Pak Pekandok,
love u 2. Terasa geli ke atau teringin?

z,
benar..moga z tersenarai dlm golongan yg sukses!

Pok Li berkata...

Sekarang dah ramai cari pasangan muda, tak kira lelaki ke perempuan. Masing-masing nak umur panjang, kadang-kadang kita lupa ajal tu Allah yang tentukan.

HELMIE berkata...

klu dah jodoh..aper boleh kiter buat..tak kirala..macam manapun..asalkan bahagia.
Yang penting sekali bahagia dunia akhirat.

Rasa tercabar gak..bila bacer p/s puan..
he.he..Wahai jejaka-jejaka muda jom kiter sahut cabaran..berjaya dunia akhirat..
www.hshn9.blogspot.com

Mak Su berkata...

maksu skrg fikir bab anak2 plaks. bab sekolah, kawan, bopren, pakwe, balak dll

ikan emas berkata...

PokLi,
mmg ajal maut di tangan tuhan..tp knp kaum adam ni ghairah sgt bila bab-bab kuat dan umur pjg nie..?

Mie,
pe de hal, perempuan muda tak sudi..kan byk g yg ter'lebih' muda?...hahaha, bila lg?

Maksu,
baiknya maksu...nak berkwn tak kira tua muda kan,kan,kan.

adie berkata...

kalu menyanyi latar jer.. dpt kahwin ngan cucu datuk tu kut.hehe

Tanpa Nama berkata...

Salam.Bagi den, tua muda bukan soal. Yang penting bahagio.. Semua bergantung pada nawaitu masing-masing. Asalkan jangan lupakan Tuhan...
BAM AL-HAJ

BAM AL-HAJ berkata...

Salam.Bagi den, tua muda bukan soal. Yang penting bahagio.. Semua bergantung pada nawaitu masing-masing. Asalkan jangan lupakan Tuhan...
BAM AL-HAJ

jati berkata...

KALAU HATI DAH SUKA SEMUA INDAH BELAKA ATAU ORANG SEKARANG LEBIH MEMETINGKAN KEBENDAAN JAJI KAYA TUA PUN TUALAH...

ikan emas berkata...

Penyu,
mmg dah sah kaum adam macm tuu..

BAM,
t.k igt kat aku g.

jati..
igtkan balak ...minah rupanya.