Sabtu, 9 Mei 2009

Motivasi Gila Kuasa

Situasi semasa dari pemilihan jawatan-jawatan penting dalam pelbagai parti politik ,pelantikan menteri cabinet sampai laa sekarang tengah dok kecoh yg tak habis-abis kat Perak negeriku..daripada aku tulis berkaitan kecelaruan itu ,mai ku tulis apa kaitannya dengan insan bernama MANUSIA ini…dah lama ku tak tulis berkaitan tajuk ini..

Drama pelbagai episode ini telah menimbulkan pelbagai persepsi negatif, prejudis dan pelbagai imaginasi yang mengelirukan telah menimbulkan rasa ketidakselesaan dan ada yang merasa keselamatan mereka terganggu ? Psikologi terganggu?

Fitrahnya ,keperluan manusia meliputi keperluan yang wujud secara semula jadi dan mesti dipenuhi oleh sesaorang dari segi individu, social dan fizikal. Pada asasnya semua manusia perlukan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.,perlukan jaminan keselamatan dan keselesaan psikologi .. keinginan-keinginan lain termasuk menjadi sesaorang yang ‘membanggakan’ !! Kalau boleh dapat jadi model muka depan majalah ‘Time’ …’’ waduh hebatnya si polan tuuu…”

Kat Malaysia ni misalnya manusianya memerlukan makanan asas seperti nasi tetapi dalam masa yang sama kemudiannya mereka akan mencari makanan lain seperti burger, stik, pizza, sushi…Pakaian pada asasnya cukuplah jenis cotton kemudian berkeinginan kain jenis sutera,berjenama ,berkualiti dan fesyen ekslusif..!! ..rumah dari rumah papan nak rumah batu..rumah teres ke banglo yang hebat dgn perabot Itali, landskap hijau yg indah ..ahh dulu jd ahli biasa ,kemudian jd AJK ..ADUN biasa ..kemudian kehendak hati nak jd pemimpin tertinggi pulak !!

Aduhai..apa yang mendorong manusia untuk sesuatu tujuan itu ialah apa yang dinamakan ‘motivasi kehendak’ !!

Kenyataan ini bukan sekadar catatan merepek aku tetapi Abraham Maslow (1954) melalui teorinya menyatakan bahawa Manusia mempunyai pelbagai bentuk kehendak serta dorongan dalaman..motif ini diklasifikasikan oleh Maslow dalam bentuk hierarki 5 peringkat ( Maslow’s Hierarchy of Needs)

Dalam hierarki kehendak Maslow ini menyatakan yang manusia harus memiliki setiap kehendak dan keperluan-keperluan sesaorang individu bermula daripada keperluan asas hinggalah kepada keperluan individualistic seseorang :

Peringkat 1 - Keperluan Asas ( Physiological)

Peringkat 2 – Keperluan Keselamatan ( Safety Needs)

Peringkat 3 – Keperluan Emosi ( Emotional Needs)

Peringkat 4 – Keperluan Perasaan Kendiri ( Esteem Needs)

Peringkat 5 – Keperluan Kesedaran Kendiri (Self Actualization Needs)





Segala keperluan ini wujud sepanjang hayat manusia, tetapi ada berlaku perubahan yang progresif terhadap tahap-tahap keperluan tersebut.Pada permulaannya kehendak fisiologi berada pada tahap yang paling maksimum dan apabila keperluan itu dicapai, barulah keperluan-keperluan lain meningkat satu persatu.. Keinginan manusia semakin lama semakin besar bergantung kepada keperluan hidupnya..Ini berlaku secara automatic…kemudian manusia akan bermotivasi untuk memenuhi keperluan ‘ individualistik’, kemahuan emosi ,rasa ingin dikasih sayang menyayangi ,rasa kepunyaan …ingin menjadi orang terkenal,disanjungi dan dihormati.

Apabila sampai tahap muktamat, keperluan untuk kesempurnaan kendiri berakhir pada peringkat kemuncak, tetapi seperti kata Maslow, hanya segelintir manusia shj yang akan mencapai tahap ini.

Apa kaitannya dengan suasana sekarang?

Cuba tengok sekarang ni..gelagat manusia-manusia yang ‘gilakan kuasa’ tak kira siapa mereka, apa bangsa mereka, apa parti yang mereka anggotai ..mungkin dulu mereka ini hanya sekadar ahli biasa ..kemudian meningkat mahu menjadi AJK Bahagian,jadi calon ADUN …berusaha untuk meningkat kepada yang lebih tinggi …matlamatnya sama..KUASA ! Mereka mengeksplotasi rakyat bagi memenuhi kehendak mereka. Motivasi mendorong mereka utk berusaha memastikan keperluan dan kehendak mereka tercapai, Manusia narkisistik ini menganggap diri mereka ’penting’ dan berusaha mendapatkan ‘perhatian’ dan ‘penghargaan’..Nafsu motivasi untuk memiliki KUASA menguasai diri …

Manusia jenis inilah yang mungkin dianggap oleh Maslow sebagai katarlis yang boleh menghuru harakan Negara...krisis kesejahteraan, keselamatan terancam, ekonomi pun tergugat.

Fikir-fikirkan laa.. "Jangan mahu dikuasai oleh hidup, jadilah orang yang dapat menguasai hidup"

p/s : Wahai rakan warga Malaysia..walau apa bangsa ,budaya dan agamamu.ayuh mari kita sama-sama eratkan ikatan perpaduan bagi menjaga kemerdekaan ini, kita sama-sama bangunkan ia, terus maju dan makmur. Satu Malaysia !!

3 ulasan:

PenaKiri berkata...

untuk pengetahuan ikan emas, saya adalah peljar psikology, memang betul teori itu, pada pemerhatian saya jiwa pemimpin politik di malaysia belum sampai ke self actualization, iaitu tahap yang macam mahatma gandhi dah samapi kalau kita bandingkan dengan sejarah modenlah. Macam nelson madela, anwar mungkin dipenjarakan, tapi belum sampai disitu, sebab itu politik semakin bercelaru.
Sebenarnya saya sedang menulis sifat politik di malaysia, tapi belum siap. doakan siap artikel tu.

Unknown berkata...

salam
kalau manusia dikawal oleh hidup akan musnahklah kehidupannya itu sendiri

ikan emas berkata...

penakiri,
UKM? UM?..bidang yg amat seronok kan!.sy dah 'berkarat' mujur ada sorang kwn se'kepala' msk kat jab ni..so seskali lah dpt refesh.Moga u sukses.

Saudara(kita) blh tulis senario skrg dr sisi pandang teori personaliti Sigmund Frued atau Holland