Isnin, 25 Mei 2009

Mai Pergi Naik Haji

Kenapa ikan emas semakin sepi dan lesu,dah tak ceria.
Nak gelak pun ada bila ada yg bertanya..
Iye ,ada banyak cara nak rasa ceria, bukan tak ada idea atau ilham atau dikekang masa…bukan,bukan ..jawapannya ..sajaa..!!

Siang tadi,terjumpa kawan sejemaah semasa menunaikan fardu haji beberapa tahun dulu.Iya la bila dah tukar balik keje kat Sban ni barulah dapat jumpa siang,barulah dapat jumpa orang Sban.

2 minggu dulu YB Menteri baru yg jaga agama tu umumkan tambang haji akan naik pada musim haji ni.. maka tercetuslah banyak respon,cakap-cakap dan pandangan yg kononnya tak puas hati .Kadang-kadang tak munasabah pun kalau nak dibahas. Fikir-fikir bukanlah banyak sangat pun kadar yang naik ( maaf,mungkin ada yg marah dan pertikaikan statement ini).

Alhamdullilah,masa ikan emas naik haji beberapa tahun dulu ,tambang ikut pakej swasta RM12,500 ( syok nak cerita fasal indahnya naik haji ni…tambah2 pergi masa muda ..) sekarang kalau pergi ikut swasta ntah laa berapa kena bayar.

Isunya kadar tambang haji ikut muhashasah Lembaga Tabung Haji naik dari RM8,973 ke RM9,980 ( ala..tambah RM20 jadi la RM10,000). Jangan terlalu fikir fasal rakyat susah,orang kampong atau yang berpendapatan rendah, kita faham..

Tak pe cuba kita rasional dan sembang-sembang mengenai isu ini dari sudut akal ikan emas yang tak berapa cerdik bab agama dan ekonomi ni.
  • Insyallah, kalau kita dah pasang niat betul-betul nak menunaikan fardu haji ( semua umat Islam wajib ada niat ni) ,maka rezeki takkan menjauh..ada sahaja rezeki yang datang,kadang-kadang tak disedari pun.
  • Bagi yang bekerja,saya nasihatkan mula la menyimpan di Tabung Haji secara potong gaji,jangan takut walau RM20 sebulan ia tak kan menyebabkan kita tak cukup makan.lama-lama tak sedar banyak simpanan kita.
  • Bagi ibubapa pula,apa kata buat potongan tu masukkan juga akaun utk anak-anak.
  • Simpan di Tabung Haji sebab nak dapat faedah atau dividen? Kalau inilah yang diharapkan, duit pun takut nak dekat dengan kita.
  • Syukurlah sebab ada idea Pak Ungku Aziz nak tubuh Tabung Haji ni,..terlalu banyak kelebihan dan kemudahan yang didapati oleh umat Islam di Negara ini berbanding umat Islam dari Negara lain.
  • Nak tau, jemaah Negara lain seperti rakan dari Indonesia,ramai pasangan jemaah muda yang ditemui. Mereka menyatakan bahawa naik haji didahulukan berbanding membina rumah dan kelengkapan lain...orang kita lak,sebok nak beli kereta,rumah,perabot ,bulan madu dulu..
  • Sebenarnya mereka ‘berhutang’ (pinjaman) dengan bank atau pihak-pihak tertentu untuk memastikan bahawa mereka dapat naik haji…senangnya kita sebab ada Tabung Haji! Balik Mekah tak payah fikir nak bayar hutang, Fikir simpan lagi kat Tabung Haji.
  • Pengalaman sendiri..baik ikut pakej swasta,pakej Tabung Haji atau muhashasah tak banyak bezanya.di Mekah hotel atau tempat penginapan hanya di depan Masjidil Haram 200 meter.paling jauh pun lebih kurang 800 meter aje.begitu juga ketika di Madinah.ada pun jemaah yang dapat tempat penginapan yang agak jauh ia tak sejauh jemaah dari Negara lain atau ada jemaah Negara-negara lain yang hanya tidur di khemah-khemah yang begitu tidak selesa,tiada bekalan air dan api, jauh dari Masjid..malah ada yang berkampung dalam kenderaan atau di tepi-tepi jalan jer.
    Berbanding masa ikan emas dulu,sekarang hotel-hotel di Mekah dan di Madinah sudah dibina semakin moden dan selesa dan semakin hamper dengan masjid.
  • Tempat penginapan yang dekat menyebabkan rata-rata jemaah Negara ini dapat menunaikan setiap fardu di hadapan Kaabah sendiri.Isilah masa ini untuk beribadat sepuas-puasnya!!
  • Makan minum jemaah terurus,setiap waktu makan berbagai menu sedia menunggu,jemaah hanya perlu mengisi waktu untuk beribadat.berbanding jemaah Negara lain yang kena membeli makanan atau memasak sendiri..
  • Ingat tak,dulu-dulu memang atuk nenek kita masa nak pergi siap bawa periuk belanga,bahan-bahan masakan berbulan-bulan dalam kapal …sekarang semua itu dah tak ada lagi..Tetapi jemaah dari Negara lain masih macam tuu..tak caya ? tanyalah rakan dari Indon, Thailand, India,Iran, China dll. Ada juga yang berjalan kaki berbulan-bulan semata-semata nak menunaikan Rukun Islam kelima ini.
  • Di Mina, khemah-khemah untuk jemaah kita amat selesa,dekat dengan tempat melontar. Tak le kena berjalan berbatu-batu .Makan minum tukang masak dah sediakan.Sediakan diri untuk laksanakan ibadah saja..
  • Sakit? ..Mudahnya jemaah kita, klinik disediakan berhampiran setiap hotel,doctor ,jururawat dan petugas Tabung Haji sentiasa membantu..tak payah bayar kalau nak menerima rawatan atau nak ambil ubat.
  • Duit?..bayaran tambang dah selesai, tetapi nak juga bawa duit untuk berbelanja. Tak payah bawa cash banyak-banyak ,nanti kat Mekah atau Madinah banyak kaunter Tabung Haji..keluar aje la berapa banyak,bila-bila masa,( iya la nak simpan tunai banyak-banyak pun risau juga..)malah lebih mudah berbanding kat sini. Tetapi rakan kita dari Spore atau Brunei yang banyak duit tu..mereka terpaksa membawa wang tunai dari tanah air,bahaya kan?
  • Setiap musim jemaah Msia membelanjakan lebih RM100 juta untuk bershooping..cuba fikir kalau 25,000 orang jemaah tiap seorang sedekah RM100 ke RM1000 sorang tentu Tabung Haji boleh salurkan kepada yang benar-benar berhajat tapi tak mampu.
  • Rata-rata keselesaan ,kemudahan dan nikmat yang diperolehi oleh jemaah kita terlalu dicemburui oleh rakan-rakan jemaah lain..rakan serumpun dari sia Tenggara, Asia Tengah ,umat Islam dari Afrika,Negara Balkan malah dari tanah Arab sendiri.Kata mereka alangkah beruntungnya menjadi umat Islam di Negara bernama Malaysia!!
  • Kenapa orang kita bila sebut fasal tambang haji melenting ? sedangkan kalau pergi makan angin kat mana-mana tu tak kecoh pulak. Atau cuba la pada orang yang banyak duit,tak tau nak belanja mana. Yang dah banyak kali pergi Mekah.Yang banyak duit tapi tak nak pergi sebab belum ada seru ..apa salahnya kalau orang-orang seperti ini taja aje la pakcik –makchik kita yang memang berhajat sangat nak ke Mekah tu.Dapat gak pahala.
  • Jangan lupa Kerajaan sebenarnya telah memberi subsidi lebih kurang RM2,000 untuk menampung jumlah sebenar kos yang terpaksa ditanggung oleh setiap jemaah haji.Pembesaran kawasan masjid,Kemudahan hotel, system kawalan.Kemudahan pengangkutan.Keselesaan untuk melaksanakan ibadat ketika melontar Jamratul. Keselesaan ketika wukuf di Arafah.. ahh terlalu banyak nikmat yang memudahkan kita untuk beribadat di sana..kalau dikira-kira semuanya amat berbaloi kos yang kena kita bayar ini…
  • Bersyukurlah wahai rakyat Islam Malaysia.Terlalu banyak nikmat yang kita perolehi.Jangan risau, usah bimbang. Rezeki kita akan bertambah murah.


    p/s; InsyaAllah akan pergi lagi...

5 ulasan:

Unknown berkata...

salam
Bila baca entri kali ni membuatkan z mula menyimpan hasrat nak pergi haji..Kalau pergi muda2 lagi bagus badan masih sihat dan bertenaga nak buat rukun2 haji tu.
Bersyukur rakyat Malaysia sebab mempunyai sistem pengurusan haji yang terbaik di dunia.

Media Siber berkata...

hehehe! saya plak boleh bace jer... :)

PenaKiri berkata...

salam
1.saya akui malaysia punya sistem pengurusan haji terbaik di dunia. National Geografi pun iktiraf.

2. Kebanyakan pendeposit adalah orang kampong dan berpendapatan sederhana. Kos pasti meningkat setiap tahun, tapi kita mengharapkan pengurusan pelaburan yang lebih baik.
Keuntungan pelaburan boleh menyebabkan TH menampung sedikit kos lagi. Sedih bila dengar kerugian dan penipuan dalam TH.
Tak silap kes masih dibicarakan.

ikan emas berkata...

z,
Insyallah semoga dimakbulkan. Seronok tau pergi masa muda.

M.siber,
Mekah pun ada line jg..mai la

Kidal,
Tu namanya Harapkan pagar,pagar makan padi.
Mata mereka dah dikaburi wang ringgit.
Wbp setakat ini sy nampk org LTH ni baik-baik belaka..sopan je layan kita.

just myslf berkata...

insha allah stu hri nanti