Khamis, 28 April 2011

SaYa Suka Kat Orang SPRM....

Pegawai di SPRM tengah glamer. Tengah hot, jadi sasaran . Semua peluru dihamburkan ke arah SPRM. Samada oleh along, kontraktor, gangster, jerung, bilis, parti politik malah orang gomen sendiri. Seronok pulak tengok sesama jabatan dan agensi kerajaan gaduh-gaduh fasal rasuah. Ada yang marah-marah sebab kena serbu. Kenapa SPRM menyebok kat tempat mereka cari makan. Sampai ada yang mati..tak tau la dimati atau sengaja mematikan diri. Duit dan harta memang berhantu. Kuasa ada maka mudahlah nak mengumpul harta.



‘Kami ambik rasuah sebab gaji kechik..tak cukup makan..tak cukup nak pegi joli”…hehehe..Mereka ni spesis yang tamak, bernafsu besar, tak bersyukur, nak cepat kaya ….
Dulu polis kata gitu..hah tetiba gaji melompat..sekarang Kastam, Imi kata gitu jugak..habis gaji kakitangan lain tinggi ke ..cukup ke ?..kerja dan tugas mereka tak penting ke ? ..tak teruk ke? Tak mencabar ke ? Tak berisiko ke ? Tak bahaya ke ??...



Kepada SPRM , jangan berundur diri..Jangan gentar, jangan takut…teruskan perjuangan, bongkar dan banteras virus dan penyakit rasuah. Namun kena ingat..jika awak boleh masuk ke rumah orang..orang lain pun tentu jeling-jeling, pandang-pandang dan intai-intai juga kat rumah awak. Ingat jangan asyik nampak orang luar..orang dalam pun kena diperhati dan dipantau juga..



Ikan Emas puji dan respek kat SPRM .Sedih juga bila ada yang direhatkan dari pegi office sebab orang lain. Semoga mereka dilindungi. Posan IE, janganlah dok cari penerima aja..pemberi pun kena juga sebab tangan merekalah yang lebih kotor. Duit pelincir merekalah yang mengelapkan mata dan mengotorkan tangan yang ada kuasa. Bila matlamat menghalalkan cara, yang salah jadi betul dan sebaliknya. Pemberi dan penerima sama-sama dah puas berseronok dengan harta haram. Memang sedap dan berselera makan jika disuap, Tetapi ingat, bukan semua suapan enak dikunyah. Salah suapan yang masuk, bahana dan tercekik jadinya..



AKAN DATANG PADA HARI KIAMAT NANTI SEGOLONGAN MANUSIA YANG AMAL KEBAJIKANNYA SEUMPAMA BUKIT TAHAMAH, TETAPI ALLAH AKAN MENJADIKANNYA DEBU YANG BERTERBANGAN SELEPAS ITU DICAMPAKKAN KE DALAM NERAKA.



“ Mereka semua bersembahyang, berzakat, berpuasa dan berhaji, Cuma mereka; apabila ditawarkan sesuatu yang haram terus mereka ambil, lalu Allah membatalkan amalan-amalan mereka”


Ketua Pesuruhjaya SPRM, DS Abu Kassim, pada tahun lepas SPRM merekodkan sebanyak 944 kes dengan melibatkan sebanyak 424 orang disiasat kerana kes merasuah kakitangan kerajaan.


Kepada rakan penjawat awam, kalau kerja ikhlas dan bersih tak usahlah takut dan bimbang….


































12 ulasan:

bujal X berkata...

saya pun suka sprm jugak~yay~~

al-lavendari berkata...

takut saya membaca entri ini .. semoga SPRM juga tidak lupa orang dalam. kalau berlaku nanti, habis kredibiliti. akibatnya bahaya sekali.

ikan emas berkata...

bujal,

mai kita mintak keje kat sprm nak???

ikan emas berkata...

En AL,

apa lak takut eeaaa..

nampaknya sprm kena psg cctv kat badan org dia snd kan...hehehe

mana la rupanya yer

kakcik berkata...

Nak minta kerja kat SPRM la juga - nanti kalau orang tanya kerja kata mana, boleh jawab dengan bangga. hehehe...

ikan emas berkata...

kakchik,


hehehe..
ada jg kes org yg kejenya ada ;kuasa' dah terlebih lagak!!

IMANSHAH berkata...

cuba kita letakkan kaki dalam kasut mereka..

Faizal Ibrahim berkata...

kita bantu lah mereka..salurkan maklumat yang bagus supaya aktiviti rasuah terhalang dari terus berlaku..

kita tanamkan sifat membenci penerima dan pemberi rasuah..baru betul jadi muslim yang berguna dan berjasa.

ikan emas berkata...

masukkan dalam kasut keluarga mereka juga..

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Jangan seperti labah-labah memasang sesewangnya untuk memerangkap, yang kecil pasti tidakkan terlepas dan yang besar tetap senyum kerana terlepas...

ikan emas berkata...

FI,

setuju sangat..
kalau la semua rakyat msia ni amanah tentu tenteram .

semoga NKRA ni benar-benar dicapai

ikan emas berkata...

Ust AR,

yg besar tu macam-macam pelincirnya..


jangan jadi macam dalam cerita tamil sudah laa