Isnin, 11 April 2011

Amal Jariah ker?? Atau TerTipu ker???



Aku percaya antara kita seringkali berdepan dengan mereka yang membuka kata Assalamualaikum “puan”, “makcik”, atau “kak”, derma untuk anak yatim, untuk membina masjid atau untuk mengubati penyakit. Ada yang bawa “cetong” ke hulu ke hilir. Kadang-kadang disokong pula dengan surat sokongan rasmi pulak tu! Bagi RM 1 dapat tisu atau kismis. Baik punya strategi. Hati kecilku masih suci untuk menjawab salam mereka. Tetapi sekelumit terlintas di benak hati ini apakah tujuan ungkapan salam itu dihulurkan? Atau hanya sekadar syarat pembuka kata sahaja. Aku bukannya tak nak bagi tapi……..


Hati ini tidak puas untuk meneka apakah modus operandi mereka? Bukan aku berprasangka buruk. Tapi lebih berhati-hati. Menderma tu kan amalan yang mulia. Kadang-kadang melihat peminta sedekah dan metodologi yang digunakan adalah seakan sama jer di tempat-tempat strategik seperti di kaki-kaki lima bank, ruang pejalan kaki mahupun datang ke rumah. Sedih aku tengok mereka ni. Budak-budak sebaya mereka sepatutnya ke sekolah menimba ilmu, tetapi mereka terpaksa menggalas tanggungjawab untuk mencari nafkah. Pendatang asing pun sibuk jer ambik kesempatan nak minta sedekah kan? Buat wayang pacak situ sini. Paling kesian peminta sedekah wanita. Mereka sanggup mendukung si kecil di tengah panas terik untuk meraih simpati orang ramai. Aku sendiri pun tak sampai hati nak tengok. Ku hulur seikhlas hati. Kalau hati ini tetap berdegil untuk berkata-kata, maka rasanya tidak menjadi pula pahala bersedekah.


Masyarakat Malaysia janganlah terlalu pemurah. Bersamalah kita menyokong usaha pihak berkuasa membanteras masalah ini supaya tidak menjadi lebih parah. Aktiviti-aktiviti meminta sedekah ini boleh mencemarkan imej buruk kepada negara. Sesungguhnya…tangan yang MEMBERI lebih baik daripada yang MENERIMA



p/s: dikopi dari catatan Siti Dewi






21 ulasan:

Yunus Badawi berkata...

Salam IE,

Kalau hati kita berkata2 rasanya elok tak payah beri. Mungkin mereka itu dari sindiket.

Kalau kita beri juga, bersangka baiklah. Mana tahu, mmg mereka memerlukan bantuan dari org yg lebih berkemampuan.

Yunus Badawi berkata...

Tak akan miskin kerana bersedekah.

♥ manje ♥ berkata...

assalamualaikum...

kita pon kdg2 rasa mcmtu gak
tapi biarlah itu mereka dgn tuhan
yang penting... memberi itu lebih
baik dari yg menerima...

ikhlaskan hati kita utk bersedekah ~

Rozali berkata...

Assalamualaikum IE

kesian tengok mereka
kecil2 dah melalui kesusahan

tapi saya percaya, tauke sendikit yg kaya

saya lebih percaya kalau ustaz2 yg datang mengajar di surau/masjid

Wassalam

Aku Dan Teksi berkata...

Ada sesetengahnya hanya menipu,dan ada juga yang benar

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum IE...

Hulurkan saja bantuan ketika hati bersetuju, jangan sampai datangnya hasutan syaitan menghalang...

IMANSHAH berkata...

pg tadi ada seorg lelaki sihat tubuh badan..datang menghampiri, abang pinjam singgit..adei

ikan emas berkata...

YB 1 DAN YB2

kalau nak bersedekah hati kena ikhlas kan?

ikan emas berkata...

manja,

tapi hati sedih tengok budak-budak diperlakukan begitu.

ikan emas berkata...

TokLi,

W'salam..

sekarang ada ibu bapa menghantar anak ke sekolah pondon dgn harapan menimba ilmu akhirat tetapi sebenarnya mereka telah dipergunakan..KEsian

ikan emas berkata...

AnT,

masalahnya sukar nak tahu yg mana banar yg mana palsu...

IE sendiri pernah menyelidik mereka..

ikan emas berkata...

uST rAZ,


...walaupun kita tahu mereka mahu mendapatkan duit dgn cara paling mudah??

ikan emas berkata...

Cikgu IS,


bagi aje laa....mana tau sedekah yg ehinggit tu jadi berganda-ganda pulak...ex: tahun ni dpt cemerlang !!

al-lavendari berkata...

bagi saya lebih baik memberi walaupun hati tidak ikhlas dari tidak memberi langsung kerana hati berkata-kata.

walaupun mungkin kita tidak mendapat apa-apa pahala tapi mereka mendapat sesuatu dari kita.

pernah juga baru-baru ini, saya minta dari pengutip derma kat maybank taipan, nombor telefon pengerusi surau yang ingin di bina dan kemudian saya pergi menyerahkan sendiri derma saya kepada pengerusi surau tersebut. puas hati.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

niat saja sedekah...
walaupun memang tak sampai semuanya kat anak yatim

ikan emas berkata...

En AL,


boleh sy bagi no akaun saya ???

ikan emas berkata...

BS,


iyer laa..

macam zakat jg la..ada jg yg curiga apa pusat zakat buat dgn duit tu...

Miecyber berkata...

Sindiket banyak mempergunakan kanak kanak untuk memita sedekah..

Peribahasa Jepun ( Part 2 )

Sitie BUm BUm berkata...

Biar le die tipu ke ape...yg penting kite dah niat nk tolong die. Dapat pahala.

al-lavendari berkata...

awak nak buat surau juga ke ?

alhadimd berkata...

beri dapat pahala
kene tipu dapat pahala
uh banyak dah tu dah ganda